Sunday, July 24, 2011

Cinta, Untuk Apa?

Assalamualaikum dan salam sjahtera.

Pa habaq semua? Sihat ka? Hopefully, all is well :)

Actually,banyak je kerja nak kena buat. Tapi memandangkan kesemuanya itu berbentuk soft copy, maka semua itu tidak terusik lagi. Haish..entah bile nak siap kalau terus camtu. Kan?

Emm, pernah dengar tak :

Dalam bercinta, duit bukan segalanya.
Tapi untuk memelihara cinta, kita perlukan duit.

Betul jugak kan? Ada banyak ragam lah org bercinta nih. Cinta pandang pertama lah, cinta sangkut time lalu-lalang kat kaki lima lah, dan macam2 lagi. Korang pun mesti da banyak baca or dengar macam2 siri kisah cinta, dan sudah sedia maklum tentang itu.

Hari tu time nak release tension (kononnya), I bukak la youtube, cari lagu2..mula2 layan Mes'ut Kurtis..then Maher Zain..eh, tibe2 Twinkle2 Little Star pulak..huhu Then tibe2 tercampak kat satu video ni. Tajuk dy "Awak, Maafkan Saya!"

Ingatkan pasal apa..Rupanya luahan ati seorang lelaki kpd seorang pompuan. Sinopsisnya lebih kurang gini..Lelaki tu mintak maaf kat gf dy cz dy tak berharta, tak mmpu nak beri kesenangan utk perempuan tu. Dia hnya fikirkan kebahagiaan perempuan tu, tp tak fikir pun sal hati gf dy. Pe kena-mengenanya? Huhu Entahla.

Saya tak brape nk layan sgt video tu. Bosan lah. Kata2 yg tah pape je..So sy scroll down, cz sy suka tengok komen2 yg org bg kat video2 nih..Pastu, ada satu komen ni, terbaikk..

"Akak, saya takda duit nak bayar makanan ni. Tapi saya ada cinta. Akak nak ?"
Pffft ! -.- Be rational lah. Ikhlas tu memang perlu. Tapi setakat ikhlas tak boleh bayar rumah, bil ect.

Betul kan? Takkan ke mana lah cinta yg hanya bertunjangkan ikhlas dll..Sebab kita bercinta tu utk apa? Utk main2? Bercinta utk berkahwin? Anda yg tentukan sendiri..

So, bg sesiapa yg rasanya cinta itu bukan utk dijadikan permainan, maka peliharalah cinta itu sebaiknya. Bukan buat sambil lewa, fikir nak bahagia je, nak senang je, nak puaskan nafsu je.

Kalau kau lelaki, kau cinta sama perempuan tu utk apa? Nak ambik kesempatan? Cehh. Lupakan la. Dia pun manusia jugak. Ada hati ada perasaan. Sekali dua kau merayu, boleh la dia cair. Tapi lama2 nanti dia takkan mmpu lg nak sabar. Kau lelaki kena kerja lebih sikit. Ingat perempuan senang2 ke nak kat org yg dia yakin tak mmpu jamin hidup dia nanti? Huhu Kalau kau perempuan pulak..fikir, fikir...Betul ke cinta yg aku dapat sekarang ni, betul2 untuk aku? Fikir sedalam-dalamnya. Harapnya tak berlaku "cinta dgn org lain, kahwin dgn org lain".

Sy pun harap begitu.

Perkara cinta ni selalu membuatkan org bermain dgn perasaan. Selalu membuat org terfikir. Hmm. Sampai bila kita akan kejar cinta palsu? Wallahua'lam.


"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya"    ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)




Diari pengarang : Haisyh. Jiwang lagi. Huhh.. =.="

Wednesday, July 20, 2011

Apa Yang Kita Cari Sebenarnya?

Kadang-kadang org selalu bagi nasihat kalau kita dalam stress mode. Kadang-kadang kita yg bg nasihat pd org lain yg sedang stress. Tapi, semua tu..Haisyh...

Senang kan berkata-kata?

Bila berkata tak berfikir, semuanya just mcm angin lalu. Tapi bila cakapnya fikir, dan fikirnya itu zikir, itulah yg paling membawa kesan pada sesiapa yg mendengar.

Emm, nape ek tetibe je wat post camni? Takdelah. Duk ronda2 facebook tadi. Nampak status seseorang..Yeah, someone yg I kenal dulu, tapi dah berubah 88.8% dah la ni.(memandai je) Sedih pun ada, curious to know what happen to her pun ada...

Dari status tu, sy agak dy sedang miserable. Hidup cacamarba. Bukan takde pegangan agama. Tapi penghayatan agama tu yg kurang. Mungkin? Ahh, yg bercakap ni 2X5 je. Nak berlagak baik pulak.

Then sy tengok ramai gak yg komen. Mostly, lelaki. Yelah, bile awek cantik rasa sedih for sure lah ramai cowok2 yg nak tolong pujuk, ambik hati..an.. Tapi yg hairan bin ajaibnya, semua lelaki itu suh dy ingat Allah, solat, dll. Walhal lelaki2 itu? Huhu..Entahlah der. Siapalah kite ni nak menilai tahap keimanan seseorang, sebab yg kita ada hnya pandangan mata zahir, bukan pndgn mata hati.

Awek tu pulak mungkin dy rasa rimas, mungkin termalu, mungkin tak jumpa apa yg dy nak cari sebenar-benarnya, dy just leh cakap, thankz, insyaAllah dan apa2 ucapan yg sewktu dengannya sahaja. Yelah, nak komen byk2 pun, bila masalah hati yg menyerang, kite tak mmpu nak luah semuanya.

Takpelah. Saya harap that sis jumpa apa yg dy cari. Sama seperti kita ni. Sebenarnya, pada hakikatnya, jiwa dalaman kita ni sentiasa mencari sesuatu yg kadang2 kita sendiri tak tahu bhwa roh kita sgt perlu kepada perkara tu. Mungkin juga bila kita rasa begitu, Allah sengaja nak uji hati kita, iman kita, sejauh mana usaha kita untuk mencari kebenaran yg terselindung di sebalik segala kepalsuan dunia ni..

Emm, banyak bercakap banyak jugak salahnya, kan?

Dah2. Actually, I ada kelas lagi ni. Dan sebenarnya ada rasa bersalah yg masih beraja di dalam lubuk hati nih. Makin dipendam, makin parah. But...entahlah. Maaf atas segala khilaf yg hamba telah lakukan..

Jom sama2 mencari apa yg sepatutnya kita cari. Semoga kalian berjaya bertemu dengan apa yg dicari itu..Sekian utk setakat ini, adios!~

Kebenaran yg selalu ditidakkan.




Diari pengarang : Susun semula jadual kerja!

Monday, July 4, 2011

Sayang Yang Bagaimana?

Salam.

Semalam tengok Ram Jaane. Sy tengok Hindustan? Ye,tengok jap. Hobi saya ialah melepak kat bilik tv. So tak heran kalau saya tengok cite2 yg entah hape2.

Emm, Ram Jaane (Shah Rukh Khan) ada cakap dekat Bella (Juhi Chawla), kenapa perempuan bila nak masuk ke hati seorang lelaki, dia tak ketuk dulu hati lelaki tu? *macam ketuk pintu sebelum masuk ke bilik sesiapa la..

Betul jugak kan? Kenapa bila someone nak masuk dalam hati kita, takde ucap salam ke hape ke, tibe2 sedar2 je, eh? Dia dah ada dalam hati aku? Selalu tak/ Pernah tak rasa camtu? Rata2 kamu semua ni mesti pernah rasa, kan? Kalau bukan someone pun, mungkin something..

Contohnya, kat rumah kau ada seekor anak kucing. Kau biasa2 je pd mulanya dgn anak kucing tu, cz kucing tu bukan kau punya, org yg buang kat situ. Tibe2 beberapa bulan kemudian baru kau sedar, rupanya kau dah mula sayang dekat anak kucing tu. Hah, lebih kurang camtu la situasinya. Mengerti? Tak faham? Takpelah. =.="

Susah bila dah sayang sesuatu. Lagi susah bila sayang sangat2.

Sebab tu kita dah diberi peringatan, utk bersederhana dalam semua perkara. Dalam hal menyayangi sesuatu pun, perlu bersederhana. Sebab macam yg dah disebutkan Allah dalam firmannya :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah: 216)

Ya, bila hati dah sayang, apa yg kita sayang tu susah utk kita lepaskan. Segala yg kita nampak, just yg baik2 je. Bila apa yg kita sayang buat something bad pd kita, kita SABAR. Bila something yg kita sayang bersikap annoying pada kita, kita RILEKS. Kita simpann je apa yg kita rasa. Ahh. MANUSIA. Sampai bila??

Salah ke kau lukakan sikit hati something yg kau sayang tu, dgn hanya berterus-terang ttg apa yg kau rasa, apa yg kau pendam, apa yg kau simpan dalam hati kau? Salah ke kalau berbincang baik2 tuk cari solusi? Huhh........

Sorry. Too emotional.

Suka hati kau lah. Kalau sayang something, jgn buat apa yg kau sayang tu macam sampah. Macam alat mainan. Macam....pape je lah. Sorry k kalau ade yg NAK terasa. Saya memang camni.

Adios~




Diari pengarang :  Hanya bercakap sebagai seorang "bagi pihak" sahaja.



Saturday, July 2, 2011

Stress?

Assalamualaikum..

Stress.
Siapa sedang stress sekarang? Uih, ramainya. Rileks2. Kite sama2 stress ni. Meh sama2 release stress sat. Tarik nafas dalam2....Hembus...Tarik lagiii....Hembuss...Oh ye, pastikan kawasan sekeliling anda adalah kawasan yg banyak sumber oksigennya. Bukan banyak CO2 okeh. :)

Istighfar.

Kenapa kita stress ek? Ah,biasalah tu. Ujian. Takde ujian, tak berseri lah hidup kite. Tak de cabaran, macam tak bermakna hidup kita. Betul tak? Pernah tak rasa kosong gilerr dalam hidup? Rasa macam takde apa2 yg menarik, takde apa2 yg berlaku pada kita. Atau rasa susahhh je sepanjang hidup. Atau mungkin kita sentiasa dilimpahkan dengan kesenangan, kemewahan. Sampai kita rasa "eh,aku ni asyik senang je. Memang aku bertuah lah,tak macam org lain.Susah sana miskin sini.Isyh3". Hah. Dah salah anggap tu.

Sebenarnya, ujian yg Allah beri pada kita datang dalam pelbagai bentuk. Kadang2 Allah bagi kita senang, kadang2 susah. Sesungguhnya ujian yg diberi adalah seiring dgn tahap keimanan seorang hamba Allah itu sendiri.

Ya, Allah tahu setakat mana kemampuan hamba-Nya dalam menerima sesuatu daripada-Nya, sebab Allah kan Tuhan kita. Allah yg maha berkuasa menciptakan kita. Satu persatu sel dalam badan kita, Allah yg cipta dan kawal. Hati kita, anggota kita. Semuanya milik Allah dan Allah berhak mengawal semuanya, di luar kemampuan kita, yang hanya sekadar hamba.

Oh, dah melalut sekejap. Kat mana tadi? Stress? Hmm, actually...Kalau nak suruh org bertenang, diri saya sendiri pun susah utk bertenang. Susah. Sebab selalu merungut, selalu membebel, selalu menyalahkan sesuatu yg tak perlu kalau rasa diri bermasalah. Haih. Apa mau jadi hah?

Stress sikit, muka berkerut seribu. Kalau macam ni macam mana nak kekal awet muda?? *Euww. Hmm, rasanya dah selalu sangat cakap tentang ni. Tentang stress. Tentang ujian. Tentang perasaan yg huru hara dalam jiwa. Tapi still berlaku even dah cuba selesaikan. Tapi biasalah tu. Ujian bukanlah satu perkara yg asing dalam hidup seorang manusia.

Petang td, tgh2 tension,tiba2 rasa macam "oh,sebenarnya ok je wat bende ni". Kadang2 stress tu boleh dijadikan penawar kpd stress tu sndiri. Eh, faham tak? Tak faham? Buat2 faham je lah. Huhu. What I mean is, sy terlampau bingung dan rasa macam tak terkawal, tp at the end, tiba2 sy boleh tergelak sambil2 buat kerja tu. Alhamdulillah, maybe sebab feedback yg sy dapat dari pihak2 tertentu turut menyumbang ke arah perubahan mood sy. Ahh. Melalut lagi. Takpelah. Confirm korang tak faham punye apa yg saya taip ni. Biar2, abaikan.

Petang tadi jugak, sebab nak redakan stress, dan nak kembalikan roh kepada jasad (ehh?), sy buat keptusan utk ke gym. Ala, gym kat maktab je. Ingat kitorang takde gym ke? Cantekk tauu..;p

Malangnya..gym tak bukak la pulak. Apa lagi. Dapat main2 kat track je lah. Then main bola. Rasa macam seronok, spend masa dgn kawan2, lupakan sekejap masalah yg melanda. Tinggalkan masalah jauh2. Cuba cari balik roh yg hilang. Cari semula semangat yg hilang. Huhu.

"Trouble is a friend."

Memang masalah sangat banyak. Sampai boleh dijadikan kawan. Jadikan masalah itu kawan? No. Tapi, bila sahaja masalah itu menghampiri, cuba utk fahami, dan kemudian selesaikan. Oh ya, pesanan utk diri sendiri, rileks. Bertenang. Optimiskan diri. Fikir dengan baik. Baru segala yg kita buat tu nampak teratur dan masalah pun dapat kita tangani. Hmm.

Dahla. Banyak sangat membebel.
Adios~







Diari pengarang :
Maaf jika sy suka ketawa dgn kuat, dan lebih suka diam dan menyepi. Huhh.

LinkWithin

Lazada Malaysia