Wednesday, May 30, 2012

Fil mustaqbal...

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya bercuti juga saya setelah berhempas-pulas bertempur dengan encik examination. Takde lah berhempas-pulas sangat pun sebenarnya. Harapkan 3.5 ke atas tapi usaha setakat layak dapat 1.5 je..kot? Teruk. -,-

Dekat rumah, nak online susah sikit. Line macam malu-malu nak menetap kat kampung ni. Hmm. Apa boleh buat..Terima je lah seadanya. Tapi ada hikmah jugak. Takdelah asyik nak mengadap laptop je kerjanya. Heee. Lagipun kat rumah ni macam2 boleh buat. Bibik terhormat lah katakan. :)

Oh ya. Lupa nak cakap. Tajuk tu, sebenarnya sepatutnya (apa tu?) saya tulis macam ni :  في المستقبل , maksudnya "pada masa hadapan". Motif?? Emmm...Entah. Heee.

..............

Teringat waktu sebelum cuti. Ada sis tinggalkan pesan. Lebih kurang mcm ni la conversation kitorang :

"Hah, angpa balik cuti ni jangan senyap2 nikah pulak,"
"Uish akak ni. Calon pun takdak. Haha"
"Angpa jangan cari dulu naa. Tunggu akak cari tuk angpa. :)"

Ok. Time ni..tak tahu apa sebenarnya perasaan dlm hati ni. Sobs. Mata dah bergenang dah. Malu gila kalau sis nampak. Aihhh..

"Nak calon dari mana?"
"Emm, takpe kak. Dari mana2 pun boleh. All are available. Haha"
"Ha, baguih2. Takpa, tunggu akak carikan naa. Ingat, jangan duk cari lagi. Jgn sedih2 duk pikiaq yg dulu. :)"

Err. Ok fine. Maluu. Haha. :')
Memang. Hati tak boleh menipu kan? Takpe2. Belajar utk lepaskan apa yg bukan kau punya ok..

..............

Teringat pulak perbualan antara saya dan seorang makcik (err..ok. Makcik yg dikenali.) dalam beberapa bulan yg lepas.

"Nadia berapa tahun lagi kat maktab?"
"Ada 2 tahun lagi makcik. :)"

Dalam hati, rasa berdebar. Makcik nak datang meminang ke? Haha. Ok fine, angan2 je semua tu. Kalau makcik suka tp anak makcik tak sudi, sob3..So..lupakan je lah. Maybe dah boleh delete kot conversation yg ni.....?...Em..

..............

Dan hari ni pulak...sedikit perbualan antara aku, ummi dan akak ejen takaful.

"Yang tu dah ada ke?"
"Siapa? Nadiah ni? Entah dia."
"A'ah, dia la. Tu, anak Puan S*** (tak dgr la nama siapa akak tu sebut tadi. Huu) ckp dengan maknya, suruh carikan. Belajar kat maktab juga rasanya. Baik je budaknya. Dulu pernah dia dengan sorang misi, tapi tak jadi, dikecewakan. Tu yang suruh maknya carikan tu. Betul ke ni takde lagi?"
"Takde."
"Ye je takde lagi tu.."
"Betul ni, takde. Hehe"

Ok. Fake gila. Memang takde. Tapi hati ni...Hmm. Dah2 la tu. Orang da tak sudi, jangan la duk pikiaq lagi.....

"Betul ni? Kalau betul boleh jee. Kalau nak laa. Hehe. Maklumla, dalam family saya memang saya ni tukang cari jodoh kak (kak - refer to ummi)."

Em. Takpe2. Aku tak anggap conversation ni serius pun. Boleh kan mcm tu? ;)

..............

Ok, selesai 3 conversations. Apa motif letak conversations ni semua? Emm. Tak tahulah ye. Satu je kaitan yg nampak jelas terang nyata tanpa dengung (eh?). Pasal kahwin, pasal jodoh. Haihh. Bila nak berhenti pikiaq pasai tu semua?

Actually dah lama dah berhenti fikir. Malas. Penat. Tapi..biasala. Mana boleh lari dari semua tu. Ishh. Dah3. Tutup cerita. Tamat sudah. :')

Belajaq pun tunggang langgang. Diri sendiri pun belum kuat, jiwa pun masih belum sedia. So..lupakan je lah. Banyak lagi benda lain boleh pikiaq. Memang belum sampai masa lagi. Sabarr. Tak penat ke duk pikiaq benda sama setiap masa? *mcm kenal ayat ni. Hmm.

Nama pun manusia, kena set diri utk handle banyak perkara, utk pikirkan banyak benda. Tak boleh hanya fokus pada satu2 perkara setiap masa. Ok? Nak nasihat diri sendiri je ni sebenaqnya.

Misi mencari kekuatan, emm, tak tahulah mcm mana sekarang ni. Iman manusia, biasalah. Sekejap turun, sekejap naik. Sebenarnya kena selalu dekat dengan Yang Maha Membolak-balikkan hati, baru dapat kekuatan yg betul2 pasti. Emm.

Dah la. Duk membebel tak tentu hala. Apa nak jadi tah. Isyh.

Esok kena berangkat ke KL. Jadi mahu tidur dan rehat secukupnya. Letihh. Maghrib tadi pun terpaksa telan panadol, setelah sekian lama tak telan benda tu (sebab nak elakkan, bahaya kalau selalu amek!). Alhamdulillah, lega sikit kepala ni. Hope segalanya berjalan lancar esok. Doakan ya. :)

May Allah bless u all!
Adios!





Tuesday, May 22, 2012

Thank You Allah!

Allahuakbar 3x..:')


Perkara yg menyentuh hati pagi ini :
  1. Jumpa dgn kawan lama, Alhamdulillah. Thanks to Allah, because guide her to the right path. Alhamdulillah! :')
  2. Balik2 dari toilet, ada sebungkus nasi atas meja. Dengan nota yg comel ayat2nya. Dari pengirim misteri..Hmm..Siapalah agaknya..*mcm dapat teka je...:')

Semoga Allah merahmati mereka..
Thanks to Allah...Sebab aku ada mereka semua di sekeliling aku..^^

Ok. Dah. Jom fokus study. Selasa Rabu Khamis, dan lepas tu...?
Balik rumah...:')

Adios.



Thank you Allah, because I've them in my life!  



Friday, May 18, 2012

2 Years

Bismillah.


Emm..Bila musim kacau n serabut macam ni, memang banyak benda nak difikirkan. Benda2 yg tak patut pulak tu. Aishh. -,-

Jiwa kacau. Ye, sebab tak dekat dengan Yang Memegang jiwa seluruh manusia. Makin hari rasa makin jauh. Tuntutan nafsu lebih diikut berbanding tuntutan dan perintah Yang Mencipta nafsu.

Kejap2 usha blackberry. Kejap2 tengok koleksi fotografi oleh fotografer yg hasilnya comey2, cun2, cantik2. Kejap2 skroll2 facebook. (ok, kalau facebook, lama. Bukan sekejap2. -,-) Kejap2 surf Dena's blog and others yg..errr kawen awal. Fuhhh3. Semua tu....sepatutnya aku tak buat minggu exam ni. Haiya.

Cakap pasal 2 tahun lagi. Emm. Entahla. Sedih kalau difikirkan. :(

........

"kau tu setia sgt. Padahal kau mmpu dpt yg lebih baik".

Entahlah. Aku bukan siapa2. Mengharap pd yg tak sudi. Padahal dah ada yg sentiasa sudi utk kite berharap pada Dia.

Hmm. Dah la. Mengarut sokmo.

.......

Fikir pasal 2 tahun lagi. Tapi boleh ke kita pasti yg esok kita masih bernafas lagi? Wallahua'lam. :'(
Adios.




Friday, May 11, 2012

Kuasa Fokus

Bismillah.

Ada orang pesan, kalau kita jatuh, jangan duduk kat tempat jatuh tu lama2. Cepat2 bangun, teruskan langkah walaupun payah!

Ye, memang susah nak cari kekuatan. Tapi aku sedar something. Kekuatan tu bukan boleh datang dengan mudah. Bukan boleh dpt dengan hanya sekadar menyeru kekuatan supaya kekuatan datang kepada kita. Tapi kita lah yg kena BERUSAHA mendekati kekuatan itu.

Mana sumber kekuatan tu? Pada yang memiliki kekuatan lah. ALLAH. Dialah yang berkuasa memegang segala perkara. Bukan kita. Bukan kawan2 kita. Bukan keluarga kita. Tapi hanya Allah.

So cute! Eh, jangan lupa baca mesej tu. :')



Okeh, balik semula kepada tajuk. Actually dah lama nak post tajuk ni. Tapi biasalah. BUSY kononnnyaaa.....-,- Padahal duduk bilik berguling je..Study tak jugak. Busy tang mana taktau. Haiya.

Sebenarnya teruja nak kongsi motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yg aku dengar dlm minggu ni (tak ingat bila). Eh, kenal ke idak? Ala. Yg orang duk panggil Saiful Islam tu. Tak kenal jugak? Alaaa. Yang tulis buku "Aku Terima Nikahnya" tuuuuu.. Tak kenal jugaakk??..Takpa2. Gugel je, InsyaAllah boleh kenal beliau.

Tajuk motivasi, Focus Thinking. Menarik sangat! Sebab apa? Sebab, nak kabo nye, orang Islam ni sebenarnya senang sangat3 nak berjaya. Sebab kita ada Allah. Kita ada solat. Hey, macam2 yg kita ada, ok? Islam ni tak rigid. Islam ni sifatnya syumul, sempurna, sesuai utk semua orang, bukan utk Muslim sahaja.

Perkaitan antara focus thinking dengan solat. Apa ada pada solat? Dan apa pula kaitannya focus thinking dgn solat? Sebenarnya dalam solat, masa tu lah kita latih focus thinking kita. Tak percaya?

Perasan tak, setiap kali kita solat, masa tuuuuuuuu la semua benda kita nak ingat! Haihh. Serabut. Masa solat lah kita teringat macam2. Masa solat lah kita plan macam2. Memang best gila. Nak ingat apa2, solat je. -,-

Kenapa jadi mcm tu eh? Sebab kita tak fokus. Adik aku pernah cakap, kenapa kita asyik ingat macam2 waktu solat. Sebabnya masa solat kan, kita jadi tenang. Masa tu fikiran kita kosong dari segala benda. Asalnya kita fokus nak solat, tapi time tu lah SYAITON cucuk jarum. Sumbat macam2 dlm kepala kita. At the end, kita lalai. Sampai lupa rakaat. Pheww!

So macam mana caranya nak fokus dalam solat ni? Macam jugak dalam kehidupan seharian kita. SET YOUR GOAL. Kalau kita ada goal tertentu, for sure kita akan berusaha utk capai goal kita. Kan? Let say kita nak dpt flying colours dalam exam. So apa kita buat? Duduk2 macam aku ni ke? Mestilah TAK, kan? Mestilah kita berusaha, baca notes, buat latihan macam rumet saya, etc etc. Kan kannn??

Berbalik kepada SOLAT. Apa gol kita dalam solat? Nak khusyu'. Nak relax. So, work for it! Memang saaaaangatlah susah utk capai semua tu. Tapi TAK MUSTAHIL, dengan kuasa fokus. Try lah slow2. Kalau macam aku, nak fokus tang Fatihah pun fail!

So apa aku buat? Perlahan2. Try step by step. Aku try fokuskan Fatihah dulu. Dalam satu rakaat tu, baca Fatihah sahaja, dan fokus dalam Fatihah, then tak perlu baca surah. Bukan selamanya tak perlu okeh? Bila kau dah yakin kau boleh fokuskan Fatihah dan surah, so, buatlah. Then teruskan dengan fokus pada bacaan2 dalam solat.

Its' simple, sebenarnya. Cuma kita je. Nak atau taknak je. Ada ke Muslim yg tak solat sebab rasa SUSAH dan LECEH? Jangan macam tu kawan. Takmau takmau. Solatlah, tak rugi pun solat. :)

Em emmm...apa lagi nak bebel. Risau ni sebenarnya. Rumet saya pesan suruh study tapi aku belum study lagi. Wuwuwuw. Mana kuasa fokus niii?? *kena check hati ni. -,-

Last but not least, dekat sini aku sertakan link untuk anda2 semua muat turun klip rakaman Motivasi Pagi oleh Ust Hasrizal, berkenaan KHUSYU' DAN FOKUS DALAM SOLAT. Sumbangan dari seorang hamba Allah, aku dapat dari page Ust Hasrizal. Download lah. Daripada korang download lagu2 Korea tu, meh download benda ni meh. Hehe


KLIK SINI --> MOTIVASI PAGI


Sound dia tak berapa kuat, sebab maybe hamba Allah tu rakam dari radio. Wallahua'lam. Semoga dapat manfaat!

Wish me luck for my exam! Adios~


Wednesday, May 2, 2012

Tapi bagaimana?

Assalamualaikum.




What I hate the most is, mimpi tentang kau. Tak suka! Sebab bila dalam mimpi, semuanya macam real. Kenapa mesti mimpi kau lagi? Orang kata bila tiba2 kita mimpi someone, that's mean org tu tengah pikir tentang kita. Tapi aku rasa TAK. Betul kan?

Sebab boleh jadi semua tu hanya mainan syaitan. Syaitan ni, kalau org tengah duk bermuram durja, lagi senang dia nak masuk, nak suntik macam2 dalam kepala otak kita. Tolong la jangan ganggu aku lg. Aku tak kuat.

Macam mana nak lupakan dia eh?? Anyone?? Tolong bantu aku. :'(


UPDATE :

Jalan2 di fb lepas taip post ni. Macam sengaja pulak diketemukan dgn post ni, related sgt2..meh nak share :

Cara nak luahkan rasa cinta pada Allah..|| ustazah Fatimah Syarha ||

1.Baca SMS dan EMAIL daripada Allah.
2.Jawab cepat-cepat call dari Allah SWT.
3.Selalu tengok MMS dari Allah
4.Rasa malu saat kita dating dengan Allah
5.Tunjukkan kita suka pada apa saja yang Allah suka dan tunjukkan kita benci pada apa saja yang Allah benci.
6.Rasa cemburu bila orang lain lebih dekat dengan Allah berbanding kita.


Adios.


LinkWithin

Lazada Malaysia