Thursday, November 1, 2012

Kau Dahaga Tak?

Bismillah. 


Secara tiba-tiba, seorang "budak nakal" (budak nakal?) berkata kepada saya :

"Aku rindu lah kat SMKAS."

Saya hairan. Kenapa tiba-tiba ayat tu meluncur keluar dari mulut dia? Main-main or betul-betul ni? Pelik. Hmm. 

"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Entah. Aku rasa rindu lah. Rindu nak duduk dalam majlis ilmu dia. Rindu nak duduk-duduk kat sana. Eh, kalau aku saja-saja pergi sekolah sebab nak duduk dalam majlis ilmu and tidur kat sana, boleh ke tak agaknya?"

Allah. Benar, terbukti bahawa fitrah seorang insan itu adalah "mencari". Ramai yang mencari sebab dirasakan jiwanya kosong. Ramai yang mencari sebab dirasakan jiwanya perlu diisi. Ramai juga yang mencari sebab dirasakan dalam dirinya perlu ada sesuatu yang melengkapi. Unik kan hasil ciptaan Allah? Hebat kan rencana Allah? :')

Ya, saya tahu. Saya bukan seorang yang sangat baik. Juga bukan seorang yang sangat sempurna. Tak layak pun nak mengklasifikasikan dia sebagai seorang budak nakal, gangster atau apa-apa lah. 

Dahaga tarbiyyah. Semua orang sebenarnya dahagakan tarbiyyah. 
Apa tu tarbiyyah? Menakutkan bunyinya. 

Tarbiyyah, perkataan Bahasa Arab yang bermaksud "pendidikan". Ya, tanpa pendidikan, manusia takkan "jadi orang". Maksudnya, tanpa pendidikan, manusia akan hilang pertimbangan, sesuka hati buat percaturan, walhal semuanya Allah dah tetapkan dan apa yang kita perlu untuk laksanakan tetapan Allah tu adalah pendidikan. Kan? :)

********

Post atas ni, ditulis sebelum charger laptop buat hal. Sempat menaip setakat itu sahaja, dah tak ingat apa lagi yang nak diluah waktu tu. Ciss.

Dan, sebenarnya saya bukan seorang yang faqih dan layak untuk berkata tentang hal-hal tarbiyyah. Untuk mentarbiyyah, perlu sedia untuk ditarbiyyah. Sudahkah kita bersedia?

Hakikatnya, semua kita ni adalah pendidik. Percayalah. Paling tidak pun pendidik kepada diri sendiri. Jadi, kesediaan dan kesedaran untuk menerima tarbiyyah tu perlu ada. Kalau tak ada tarbiyyah/pendidikan, ibarat hidup dalam dunia yang saaaaangat gelap. Percaya?

Ok, setakat itu sahaja. Kalau ikutkan hati, malas nak buka laptop. Bising alam maya dengan pelbagai soalan spot. Dan saya malas nak tengok segala spot tu. Aci tak? Hee. Baca je buku tu sampai habis. -,-

Bittaufiq wannajah fil imtihan (imtihan dunia dan akhirat) buat semua!
Adios!








LinkWithin

Lazada Malaysia