Tuesday, October 12, 2010

Mana Milik Kita?

Assalamualaikum..

Hmm..sejak dua tiga hari ni, kecoh Malaysia dengan pelbagai peristiwa..Lebih-lebih lagi waktu tarikh keramat 10/10/10 (kononnya) berlalu...Kecoh dengan peristiwa kemalangan ngeri yang terjadi, berhampiran sahaja dengan tempat saya menuntut ilmu..Lagi satu peristiwa, persandingan gilang-gemilang angkasawan negara...yang minat motor pulak, sibuk dengan Motor GP...hmm~

Kawan-kawan pulak ramai yg sakit sekarang ni..Syafakillah...Maaf..saya tak mampu buat apa-apa..:(..
Hanya mampu bersimpati, dan tolong sikit-sikit je..
Saya Sayang Korang,ok?..

Emm..bila terfikir tentang semua ni, timbul kesedaran dalam diri..dan terus terngiang-ngiang dalam telinga ni lagu milik Rabbani yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri, "Mana Milik Kita"...



Mana milik kita..
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

*************

Bila kita hayati semula lirik lagu ni...MasyaAllah..sedar tak betapa sombongnya kita sebagai makhluk?..sentiasa nak berbangga dengan apa yg kita ada..Tapi kita selalu LUPA, yg Allah Maha Berkuasa...Allah mampu tarik segala nikmat yg diberi bila-bila masa je...

Kalau buat maksiat?

Apatah lagi..bila-bila je Allah boleh bayar cash kat kita...Astaghfirullah..:(

Nauzubillahiminzalik...




diari pengarang : Ya Allah, hidupkan kami dalam keimanan terhadap-Mu, dan matikan kami dalam khusnul khatimah (pengakhiran yg baik )...Aminn~

Friday, October 8, 2010

Yang Benar Itu Pahit..?

Salam sejahtera buat semua....

***
Emm,tiba2 terfikir ayat ni :

*Too much LOVE to someone,make us apart from him/her..
Too much LOVE to ALLAH, make us closer with HIM...*
err..ada sesiapa yg setuju?
***

Okeh,mari bicarakan tajuk yg sebenar..huhu~

" قُلِّ حَقًّا وَلَوْ كَانَ مُرًّا "

Berkata benarlah walaupun ia pahit!

Setiap yg benar memang pahit..Sebab tu ramai yg tak berani cakap benar.

TIPU SUNAT??

Nonsense~

Takde pun bohong sunat atau tipu sunat dalam Islam.

Kalau perkara itu SUNAT,maknanya Nabi SAW pernah buat, ataupun perkara itu disandarkan kepada Nabi SAW.

Tapi,kamu rasa Nabi SAW, kekasih Allah yg mulia pernah menipu ke?
Baginda tak pernah menipu!..
Apa yg Baginda pernah lakukan ialah HELAH.

CERITA 1:
Seorg nenek tua pernah bertanya,
"Adakah aku dapat masuk ke syurga, ya Rasulullah?"
Nabi Muhammad SAW bersabda,"Nenek tak akan masuk syurga.."

Lalu nenek tu sedih sangat-sangat.Yelah..siapa yg tak mahu dirinya diletakkan di tempat yg penuh dengan segala macam kenikmatan tu..am I right?

Melihatkan keadaan Nenek itu tadi, Baginda pun menyambung kata-katanya,
"sebab dlm syurga hanya ada perawan,anak gadis.Nenek akan ke syurga,
tapi nenek akan muda kembali".
Apa lagi, gembira sungguh hati si nenek!.

CERITA 2:
Suatu hari ada seorang hamba Allah minta tolong kepada Nabi SAW, supaya menyelamatkan dirinya dari seseorang yg mahu mengejarnya.
Selepas meminta tolong, hamba Allah itu segera bersembunyi.
Tak lama kemdian,muncul si fulan yg mengejar hamba Allah tadi..
Si fulan itu bertanya,
"Ya Rasulullah,adakah Engkau nampak hamba Allah yg sekian sekian ini?"

Nak tahu Nabi SAW jwb apa?

Nabi SAW melangkah setapak dari tempat Baginda berdiri, lalu menjawab,
" Semenjak aku berdiri di sini,aku tidak nampak hamba Allah itu."

Hah, Nabi SAW berbohong ke?

TIDAK!

Itu helah namanya.
Baginda mmg nmpak shbt yg lari td,tapi bukan sewaktu baginda di tempat bgnda berdiri
pada waktu itu.

Jadi,perlu diingat di sini, HELAH dgn TIPU,mmg lain maknanya dan sangat berbeza.
[Helah VS Tipu/Bohong, definitely different!]

TIPU atau BOHONG, hukumnya BERDOSA!...
Memang segala yg benar itu pahit.
Hmm~




diari pengarang : What's wrong with me this night?..:(...Ya Allah, jadikan kami semua org2 yg sentiasa diberi petunjuk...

LinkWithin

Lazada Malaysia