Monday, November 8, 2010

Golongan Manakah Kita ?


Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada apa yg tinggal padanya kecuali orang-orang yg hina dan buruk yg tidak mengetahui yg makruf dan tidak menghindari kemungkaran.

-Hadis Riwayat Ahmad-

********************************
"Kak, ada eyeliner tak?"

"Ada. Liquid eyeliner ke?"

"Yups,"

"Ini dik," jawab akak tadi. Mesra.

Sambil-sambil usha liquid eyeliner yg baru dikenali tu, ada dua mamat lelaki berpakaian ala-ala ghotic + punk berkeliaran dalam kawasan kedai.

Ok. Ignore je lelaki-lelaki tersebut. Kawan-kawan akak tadi kot.
Saya masih ralit membelek-belek eyeliner. Hisyh. Macam-macam la alat solek zaman sekarang ni. Nasib baik saya bukan kaki make-up. Kalau tak mesti saya tau nama setiap satu barang solekan kat kedai tu. Kan?..huhu

Tiba-tiba..

"Allahuakbar!"
Uiks..suara siapa pulak, tetiba je bertakbir?

Sah.
Mamat Lelaki-lelaki itu.

"Allahuakbar! Tegakkan kebenaran! Tegakkan Islam!"

"Pale hotak ko. Nak tegakkan Islam konon. Dah la hidung bertindik."
Suara akak tadi kedengaran, menempelak semula perbuatan kawan-kawan lelakinya tadi.

Lepas tu?
Depa semua pakat gelak-gelak. Sakan.

Okeh.
Tak perlu jelaskan.
Saya faham semua tu, wahai abang-abang tak bermoral sekalian.
Saya tau la saya comel.
Eh, tak. Bukan tu..

Erm, jap.
Salah ke, pakai baju kurung, tudung besar sikit than tudung bawal biasa, nak usha kedai korang?
Isyh.
Rasanya PM dan bininya tak pernah pulak keluarkan syarat camtu.

Apa?
Nampak macam ustazah?
Heh. Nonsense.
Astaghfirullah...
********************************

Baik.
Lihat semula hadis riwayat Imam Ahmad tadi. Tak akan berlaku kiamat, sehingga Allah mengambil orang2 yg baik dan ahli agama?
Subhanallah!

Jadi..dalam golongan manakah saya berada? Dalam golongan manakah kita semua akan berada?
Adakah kita [saya dan pembaca] tergolong dalam senarai org2 yg baik dan juga ahli agama?
Adakah kita tergolong dalam golongan org2 yg hina dan buruk???
Nauzubillahiminzalik...

Kadang2, orang pandang kita macam ustazah. Macam agamawan. Tapi, kita tak pernah anggap kita layak. Ya, saya kata diri saya tak layak untuk menjadi seseorang yg mengajak kepada ma'ruf. Astaghfirullah...:(

Ramai yg selalu ingatkan..manusia ini adalah khalifah di atas muka bumi.
Jadi, tak mustahil kita boleh menjadi seorang yg baik, dan menjadikan seseorang itu baik!
Apa-apapun, setiap apa yg kita lakukan di dunia ni perlulah berteraskan kepada wahyu Allah serta sunnah Rasulullah sebagai panduan paling utama..

Moga diri ini tidak lagi berputus asa untuk terus kuat dlm menghadapi hidup yg cacamarba ni..
Aminn!


diari pengarang: Sape nak eyeliner ni? Malas pulak nak guna. Leceh. cepat2! For free!..huhu~

Wednesday, November 3, 2010

PENGUMUMAN :Nak Tukar Link!

Boleh kan?
Masih lagi dalam pertimbangan..Baru nak war2 kan ni..Jadi, pada rakan2 bloggers yang sudah dengan baik hatinya me"link"kan my blog adress dlm blog anda, boleh la tukar link tersebut nanti, ok?..:)

Kemungkinan besar, link baru ni akan digunakan mulai esok, [3/11/2010] InsyaAllah..

http://www.bintunsazali.blogspot.com

************************************

Alhamdulillah, kertas Bahasa Arab dah lepas!
Tunggu sahaja natijahnya..huhu..

Bosan.
Kenapa tak study?
Lama lagi nak sampai ke paper seterusnya.
Huhh?

MALAS
Modal bagi org yg bertangguh!
Pastu, bila dah dapat bad luck, baru nak menyesal.
[Menyesal - Six Sense]

************************************
Kenapa ek, gambar bahagia si dia berbaju biru, bersama seorang gadis berbaju biru, boleh muncul dalam kertas Bahasa Arab tadi??

Huhhh~
Nasib baik mood nak jawab soalan tak hilang tiba2...grr~

p/s: Tu la..siapa suruh gatal2 nak tengok fb dia semalam?
PADAN MUKA kau Nadiah.huhu..


************************************
tiba2 terpikat kat shinbi comel ni..^^



diari pengarang: Suka ati kamu la nak kata sy psiko ke, sakit jiwa ke, dsbg ke...cz I like the way I am..huhh~

LinkWithin

Lazada Malaysia