Thursday, November 11, 2010

Mai belajaq AQIDAH sat~

Salam sejahtera buat semua.
Baiklah. Sudah2 la tu post entry yg mengarut-marut. Huhu..
Jom kita review sikit topik Aqidah nih..:)

Iman, Islam dan Ihsan!

*******************
Pengertian Iman serta Konsepnya

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya.
Dalam konteks penghayatannya dlm kalangan umat Islam, iman
membawa maksud mengaku dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya
mengenai keesaan dan kekuasaan Allah,
mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan
segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan,
cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:

"Iman itu ialah bahwa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara
atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir.
Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman
dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.


*******************
Pengertian Islam dan Konsepnya

 Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera.
Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud
menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah
dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan
oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam.
Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah
yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah
pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat
dan mengerjakan haji di Makkah jika berkemampuan."


*******************
Pengertian Ihsan dan Konsepnya

 Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah
hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahwa engkau menyembah Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya,
maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang
melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahwa
Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya
mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.
Dalam arti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan
adalah dengan penuh keikhlasan.


*******************
Intisari Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

 Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan,
maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan
ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan
Allah
(iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah
dan patuh melaksanakan nya
(Islam) dengan penuh keikhlasan
tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia
(ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah,
kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya
akan melahirkan insan yg teguh akidahnya.


*******************
Ciri2 Org Yg Sempurna Iman,Islam dan Ihsan

 Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat,
kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan
ketentuan baik dan buruk daripada Allah.

Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah
seperti solat lima waktu sehari semalam,
puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji di Makkah.

Senantiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan
dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran
daripada Allah semata-mata.


*******************
Sumber : Sila klik sini.

*esok nak exam baru wat nota?Jgn tiru aksi ini.huhu*


diari pengarang: Baca buku tapi macam tak ada input. Camne ni? Haisyh..T_T

Tuesday, November 9, 2010

Hanya Ilusi Cinta!

Anda pernah kecewa dengan cinta?
Tak pernah?
Ok. Saya pernah. Sebab cinta saya cinta palsu, bukan cinta hakiki.
Entah bila akan capai cinta hakiki..Wallhua'lam.

"Perlu lebih dekat dengan pemilik cinta hakiki itu!"

Saya terjumpa satu artikel ni (artikel ke?), tajuk dia:

"Selamat Tinggal 9 Fantasi Cinta"

Aduh. Bila baca sekilas lalu, memang terkena pada diri sendiri, yg selalu berfantasi walaupun tahu fantasi itu bukanlah realiti!..huhu..
Nak tau jugak ke?
ok. Sila skrol lagi tanpa jemu...:)

 "....Percayalah, andai dia yg terbaik buatmu,tak akan ada sesaat
pun dia menyakitimu. Oleh itu, hentikan semua ilusimu dan
berpeganglah pada satu prinsip yg pastinya akan membahagiakanmu!"

ILUSI 1
"Belum pernah ada lelaki lain yg menyayangi aku sebaik dia"
Lelaki yg bijak bermain kata2 sudah semestinya boleh menjadi
super duper baik! Dia melakukan semua perkara secara teratur, tanpa
sedikitpun kamu mengesyakinya. Jadi kamu harus katakan pd diri,
sebarang kebaikan yg dia lakukan bukan utk kamu, tapi untuk
kebaikannya semata-mata.
Pegang pd prinsip:
"Aku layak utk disayangi. Tentu ada yg lebih
menyayangi aku selain dia!"

ILUSI 2
"Si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
Jgn pernah mimpi bhw kamu dpt mengubah seseorang.
Setiap org harus berubah dr dalam diri sendiri, bukan kerana org lain.
Memang bohong jk si dia beritahu bhw kamu dpt merubahnya!
Pegang pd prinsip:
"Aku tak akan tunggu terlalu lama sehingga dia berubah.
Waktuku
terlalu berharga utk dihabiskan dgn menunggu si dia!"

ILUSI 3
"Aku masih bahagia sekarang"
Dia masih baik mungkin utk sesaat ini shj. Esok/lusa belum terjamin.
Bagi kamu, selagi belum pernah dipukul, kamu masih boleh bertahan.
Tp ingat si dia pasti menyeksa mental kamu dan tak mustahil,
menyeksa fizikal kamu bila tak dapat apa yg diingini.
Pegang pd prinsip:
"Suatu masa nanti dia pasti menyakiti aku spt yg dah dilakukan
terhadap org lain sebelum ini."

ILUSI 4
"Pada masa akan datang, aku mungkin tak akan jumpa lelaki
sesempurna dia."
Kamu rasa dia memiliki segalanya yg kamu inginkan. Biarpun dia sering
menyakitimu, namun kerana apa yg dimilikinya membuatkan kamu kekal
setia dengannya. Kamu tak seharusnya rendah diri!
Kamu juga cukup sempurna untuk memiliki lelaki yg sempurna!
Pegang pd prinsip:
"Aku yakin aku boleh dpt yg lebih baik dari dia."

ILUSI 5
"Semua org perlu diberi peluang kedua"
Betul! Tapi kamu perlu kasihankan diri kamu! Kenapa mahu berkorban
dan menjerat diri? Kamu boleh beri peluang kedua dgn hanya berkawan
dan bukan menjalinkan kembali hubungan istimewa dgnnya.
(Nasihat saya: Kalau tak mampu, lupakan je dia!)
Pegang pd prinsip:
"Dia layak dpt peluang kedua, tp bukan dari aku!"

ILUSI 6
"Semua org ada kekurangan, begitu juga si dia"
Kalimat inilah yg sering memerangkap kamu dgn cinta lelaki buaya.
Tidak perlu terima kekurangan seseorang andai itu merugikan kamu.
Jangan menyusahkan diri sendiri.
Pegang pd prinsip:
"Lebih baik berpisah jk kekurangan itu menyakitkan hati!"
(Dari saya: ya, betul!Kalau merokok membahayakan kesihatan,
utk apa bercinta dgn perokok?Isyh.huhu~)

ILUSI 7
"Sekiranya dia bersama aku, pasti dia tak akan jahat mcm dulu"
Memang bagus andai kamu disayangi oleh si dia dan dia boleh ikut apa
yg kamu tetapkan untuknya. Namun jgn begitu yakin! Kalau dia mmg
jenis yg liar, bukan mudah utk menjinakkannya.Silap2 kamu
yg akan berterusan berkorban dan hasilnya, zero.
Pegang pd prinsip:
"Andai dia boleh sakiti hati org lain,kenapa tidak aku?"

ILUSI 8
"Kami dah berkongsi byk hal bersama, syg andai hubungan ini
berakhir begitu shj"
(Dari saya: Nonsense~..palsu.)
Jangan takut utk putus dgnnya, jgn takut rasa ragu kerana
kerugian kamu bakal semakin bertambah jk masih terus bertahan
dengan si dia!
Pegang pd prinsip:
"Pengorbanan aku cukup sampai di sini"
(Dari saya: Noktah!)

ILUSI 9
"Aku terlalu cintakan dia. Tak ada org lain yg boleh ganti tempat
dia andai kami berpisah"
(Dari saya: Macam pernah dgr ayat palsu nih.huh~)
Alasan ni memang sering kita dengar.Kamu belum cuba berkenalan dgn
org lain. Buka pintu hati seluas-luasnya. Dunia ni cukup luas utk
kamu terokai!
(Nasihat saya: Dekatkan diri dgn yg mencipta alam. Bercinta dgnnya,
pasti tenang!..^^)
Pegang pd prinsip:
"Aku masih muda. Masih banyak kesempatan utk terus
mencari."

(erk.terdesak ke?La tahzan, Allah bersama kita!)


Dah habis membaca? Okeh. Jom bukak buku, study!..hehe

*bercinta dgn buku!huhu*


diari pengarang: Asyik2 entry tentang cinta. Maafla kalau sy buat tekak anda jadi loya. Huhu~

LinkWithin

Lazada Malaysia