Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H !

Salam Maal Hijrah!
Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur utk meneruskan hari ini dan insyaAllah, hari-hari yg seterusnya. Pejam celik pejam celik, tak sedar pun rupanya dah masuk bulan Disember!

Paling penting, rupanya kita sudah akan berpindah ke tahun yang baru dlm kiraan Islam, tahun Hijrah. Hah.tau tak kita akan berpindah ke tahun yg ke berapa? Agaknya kalau kita buat sesi terjah-menerjah dan tanya soalan ni kepada org ramai yg pada kad pengenalannya tercatat ISLAM sbg agamanya, berapa ramai yg boleh jawab dgn tepat dan yakin?

Mungkin hanya 5% je yg mampu. Saya sendiri pun kdg2 tak ambil kisah tentang tahun Hijrah ni. Yelah, dlm kehidupan seharian, kita sering berpandukan kpd tahun Masihi. Jadi, tahun Hijrah tu dibiarkan berlalu camtu jek. Tak patut tak patut. Isyh2.

Nak tahu bagaimana boleh wujud tahun Hijrah ni?
Nak tahu juga kenapa tahun Hijrah dimulakan dengan bulan Muharam sbg bulan yg paling awal?
Ada banyak pendapat yg menceritakan tentang kedua-dua perkara penting dan bersejarah ni.
Apa yg saya dapat dari saluran Radio Ikim.fm :

TAHUN HIJRAH

Dicetuskan oleh Saidina Umar al-Khattab. Kisahnya, suatu hari Saidina Umar dapat satu perutusan dari sebuah negara. Di dalamnya hanya tertulis tarikh dan bulan sahaja.
[ contoh : 20 Syaaban ]
Jadi,Saidina Umar pun tertanya-tanya, bulan Syaaban tahun bila surat ni dikirimkan? Maklumla, zaman dulu mana ada PosLaju, ye idak?

Kesinambungan daripada itu, Saidina Umar al-Khattab pun ambil tindakan dgn mengumpulkan para sahabat yg lain dan bermusyawwarah ttg perkara itu. Beliau meminta pendapat drpd sahabat2nya, "berdasarkan apa kita nak adakan tahun dlm kiraan Islam?"

Jadi, ada macam2 pendapat diberi dan akhirnya pendapat utk memulakan tahun Hijrah berdasarkan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW telah diterima pakai sbg faktor permulaan tahun Hijrah.

Subhanallah...:)


BULAN PERTAMA DALAM ISLAM

Hah, kenapa mesti bulan Muharam?
Kenapa bukan Zulhijjah ke, Syaaban ke, tak pun, Ramadhan ke?

Camni..Saidina Umar juga yg memikirkan idea utk menentukan apakah bulan yg pertama dlm Islam. Setelah bermusyawwarah dgn para sahabat yg lainnya, beliau telah memutuskn bulan Muharam sbg bulan yg pertama kerana....

Sebelum bulan Muharam, bulan Zulhijjah, kan?
Pada bulan ini, umat Islam dituntut menunaikan haji ke Mekah. Apabila Muharam hampir tiba, para jemaah haji pun pulang ke tanah air masing2 setelah tamat menunaikan ibadah haji.

Saidina Umar mengandaikan bulan Zulhijjah sbg bulan pembubaran, makna kata, bila dah habis menunaikan haji, semua org kembali pulang ke tanah air masing2 dan bersedia utk menjalani kehidupan yg baru setelah mencari keredhaan Allah di tanah suci Mekah.

Jadi, Saidina Umar mengandaikan bulan Muharam sbg bulan permulaan, iaitu setelah tamat Zulhijjah, umat Islam akan memulakan kehidupan yg baru.

err..jelas ke apa yg sy jelaskan? huhu
Utk lebih faham, tanyalah Ustaz2 yg lebih arif ataupun rujuk buku2 yg berkenaan dgn peristiwa ini. Wallahua'lam..:)

*******
Akhir kata, semoga kita akan terus bersemangat utk meneruskan kehidupan pd masa2 mendatang, sebab, LIFE MUST GO ON!..^^

Jgn lupa tau, baca doa awal dan akhir tahun, supaya si syaitan geram,kecewa dan menyesal kerana sgla usahanya menghasut kita sepanjang tahun ini menjadi sia2 belaka.

Salam Maal Hijrah 1432 Hijriah!
Azam saya tahun ini, kurangkan tidur, banyak bekerja.
Anda pula bagaimana?
[^_~]



diari pengarang : Travelog Balik Kampung Part 2, 3, dan 4 akan menyusul selepas ini..;p

Wednesday, December 1, 2010

Travelog Balik Kampung ~ Part 1

Salam sejahtera buat semua!
Wah. Lama betul tak buka blog nih. Berhabuk.
Alhamdulillah, tetiba dapat on9 dengan jayanya kat rumah ni. Bukan senang tau nak dpt line!..

Seperti yg dijanjikan suatu waktu dahulu, sy nak catat cerita tentang travelog balik kampung kami sekeluarga yg agak mencabar dan menyeronokkan!..haha..:p

Maklumla. Bukan senang nak dapat balik kg. Kena tunggu cuti panjang. Itupun nasib baik Ummi tak handle apa2 kelas tambahan. Kalau tak memang tak ke mana la kami nih. huhu

Baiklah.
Ummi ambil keputusan utk balik ke Klate pd hari pertama Hari Raya Haji.
Itu je tiket yg dapat. Nak wat camne kan? Kami pergi naik ketapi. So,kena berangkat ke Kluang dulu, tinggal kereta kat sana, then driver Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menjemput kami pd malam itu..:)

Perjalanan dari rumah ke Kluang. Memang sgt jauh. Jenuh duduk dalam kereta.
Sampai depa bosan. :p

Sampai di Kluang, masih awal lagi. Keretapi ke Kelantan akan sampai dlm pukul 9 lebih.
Jadi, memang kebosanan melanda dari segenap sudut. Saya, apa lagi. Asyik jadi pemerhati.
Hidung pulak kadang2 sesak dan mata pun pedih, sbb tak tahan dgn asap rokok.
Mana2 pergi, ada je asap rokok.
Sedap sangat ke isap rokok nih?
huhh...

Penantian satu kebosanan. Eh. Penantian satu penyeksaan. hehe

Hari dah menjelang malam. So,kami perlu sentiasa bersiap- siaga. Tak mau la kelam-kabut bila ketapi sampai nanti. Check barang2, penting tuh!

Ha. Lepas tu. Bergambar je la kitorang. Bergambar sakan.

Ummi dan Aqil

Kakak dan Jaja

Jaja perasan comey

Budak2 makan biskut. huhu
Masa ni dah berapa kali makan dah...hehe


Dalam jam 9, dah nak jam 10 dah pun, baru ketapi sampai.
Naik2 ketapi je...

Makan lagi!...

Sesungguhnya sgt bosan dan agak tak selesa sbb kali ni kami tak dapat nak tempah gerabak yg ada katil. Terpaksa la tido gaya bebas.

Macam ni!..huhu

Dalam ketapi, asap rokok masih tak henti2 berkeliaran. huh. Sesak.
Rasa macam nak mengamuk. Tapi apakan daya?
Memang tak dapat nak tido dgn tenang. Sakit tengkuk.
Mata pun tak berapa nak pejam.
Tapi...last2..

Terlena jugak...huhu
Ops.. terpaksa tutup hidung. Tak tahan dan tak mau mati cepat cz hidu asap rokok. huhu

Hmm..banyak lagi nak tulis. Tapi kenapa ek, idea tak bercambah malam ni?
Takpelah. Ada rezeki, panjang umur dan bila line ok lagi, sy akan sambung part 2 pula.
Have a nice day!




diari pengarang : Kenapa blur hah? sob3~

LinkWithin

Lazada Malaysia