Saturday, December 18, 2010

Sawan Pengantin : Korang Pernah Dengar Tak?

Salam sejahtera buat semua!
Alhamdulillah. Semalam, dengan izin Allah, saya dapat mengikuti kelas fardhu Ain yg diadakan di masjid kg sy. Sebenarnya, penuntut kelas fardhu Ain ni hanya terdiri dari kalangan org tua2 je. Mak cik makcik dan nenek nenek. huhu

Tapi, tak salah pun sy ikut kelas tu. Ustaz Aman pun tak marah. Beliau lagi suka. Sebab, bukan senang nak tgk generasi muda kat kampung2 ni dtg masjid. Kalau ada pun mungkin hari Jumaat je. Nak solat Jumaat. Pastu chow. Awal pulak tuh..huhu

Okeh. Hah, pernah dengar tak tentang sawan pengantin? Saya baru dapat tahu semalam, time borak2 dgn sorang makcik ni. Org gelar dia Wak Siti. Owh, kebetulan sebelum tu Ustaz Aman pun ada sebut tentang sawan pengantin ni.

Entah macam mana tah boleh masuk cite sawan pengantin ni, sy pun tak brape ingat. Tapi bila disebut nama sawan ni, makcik2 tu faham. Maknanya dorang lebih tahu. Maklumla. Dah makan garam lebih dulu dari saya.

Bila dah blur, sy pun tanya la Wak Siti.
Sawan Pengantin tu apa ek?
Wak Siti kata, pengantin je kena sawan ni.
Time hari pengantin tu wat majlis, pengantin tu akan murung. Senyapp jek. Tak toleh kiri kanan.
Camtu la lebih kurang. Saya pun belum jelas lagi tentang sawan ni.

Tadi sy try surf kat internet, lain plak definisi yg bloggers lain bagi. Haisyh. Tak taula.
Ada yg kata, anak dia, kecik lagi, kena sawan pengantin lepas pergi kat satu majlis kawen ni. Uiks? Ada gak ea camtu?
Ada pulak, sedara dia yg kena. Pastu, ubatnya ialah dgn cara:

1. Amek bedak yg si pengantin pakai, tepek ke muka.
atau
2. Amek selimut pengantin, balutkan ke tubuh.

Menjadi ke ek? Wallahua'lam.
Saya tak pernah dgr dan tak pernah alami. Jadi sy tak tahu. Mungkin perlu banyak bercampur dgn org tua2, baru dpt byk cerita dan petua. Cewahh..

Sbg langkah berjaga-jaga, banyak2la baca doa elak penyakit dan gangguan syaitan. Manalah tahu, perkara2 macam ni biasanya merupakan antara propaganda syaitan utk merosakkan umat manusia.
Nauzubillahiminzalik!

PERINGATAN!
Jgn terlalu percaya pd perkara2 khurafat.
Silap2 boleh terpesong aqidah kita!

Okeh. Itu je la cerita ttg Sawan Pengantin nih.
Sesiapa yg ada info lain, boleh la kongsi dgn sy yer..:)

Eh. Jap2.
Kalau beraksi camni, adakah tergolong dlm kategori Sawan Pengantin gak?

|
|
|
V


haha. Perasan jek. ;p



diari pengarang : Alamak. Dah kena buat countdown utk kembali ke sekolah..huhu~

Thursday, December 16, 2010

Mulianya Muharram!..

Assalamualaikum!

Hari ni 9 Muharram 1432 Hijriah.
Ada yg berpuasa tak hari ni?
Puasa ganti? Puasa sunat? Takpela.
Puasa apapun, yg penting niat kita hanya satu, utk dapatkan redha Illahi.
Kan?..:)

Esok 10 Muharram. Owh, tak. Sebenarnya malam ni dah pun masuk 10 Muharram.
Camne tu? Camni..kalau mengikut kiraan Islam, mulai selepas azan Maghrib je, maknanya dah masuk hari baru. Tarikh baru. Kalau kiraan Masihi pulak, selepas pukul 12 tgh malam, baru tarikh akan bertukar. Beza kan?

Kita selalu dgr org buat "Bubur Asyura" bila tiba bulan Muharram. Kadang2 kita tak sedar pun da masuk bulan Muharram. Tapi kewujudan bubur Asyura tu yg mengingatkan kita terhadap bulan Muharram. I mean, 10 Muharram. Yela, org buat bubur Asyura tu, khusus sempena 10 Muharram je, kan?...err..

Setiap sesuatu perkara dibuat pasti ada pencetusnya.
Macam jugak bubur Asyura ni.
Selalu jugak sy dgr, peristiwa bubur lambuk atau bubur Asyura ni dtgnya dari peristiwa pd zaman Nabi Nuh, ketika baginda dan pengikut2 yg setia berada atas bahtera yg menyelamatkan mereka dari bah yg amat besar. Masa tu terpaksa catukan makanan, cz stok makanan dah hampir berkurang. Campur punya campur, jadila bubur lambuk!
Tapii..
Saya tak pasti cerita ni sahih atau tidak. Wallahua'lam..:)

Okeh. Tutup cerita bubur lambuk.
Sebenarnya nak habaq tentang
beberapa amalan sunat yg dituntut pd bulan Muharram.
Ini dia...Sila skrol dgn hati yg terbuka ye..:)

 BERPUASA

Mafhum hadis :

" Barangsiapa yg berpuasa satu hari dlm bulan Muharram,
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun"

" Barangsiapa yg berpuasa 3 hari dlm bulan Muharram,
iaitu pd hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala spt beribadat selama 2 tahun"


BANYAKKAN AMAL IBADAT
seperti solat sunat, zikir, dan sebagainya.

BERDOA AKHIR TAHUN
pd hari terakhir Zulhijjah slpas Asar sbyk 3x

BERDOA AWAL TAHUN
pd 1 Muharram selepas Maghrib sbyk 3x


Actually, nak juga post tentang amalan2 sunat yg dituntut utk kita lakukan pd 10 Muharram. Tapi tetibe teringat, sy dah pernah post entri tu. Kalau sudi, sila klik link ni :

" Persediaan Untuk Hari Asyura "

Okeh. Adik sy, Jaja dah pesan awal2, jgn membebel banyak2 kak.
Nanti org tak larat nak baca...huhu
Selamat membaca dan Selamat beramal!..:)



diari pengarang : Semoga ibadah kita semua diterima. Aminn!..~

LinkWithin

Lazada Malaysia