Thursday, February 2, 2012

Sia-sia ?

Assalamualaikum.

Waktu menjenguk-jenguk 'home' dalam fb tadi, terlihat satu update dari Akh Hilal Asyraff (HA). Saya tahu, HA selalu sangat update status2 yang kadang-kadang pembaca tak mampu menilai kalau sekadar gunakan mata ori. Kena bijak guna mata hati untuk mencari makna sebenar. Ayat ala-ala sasterawan gitu..Nama pun penulis :)

Oh ya. Sambung balik. Update yang saya nak share ni, hmm..Agak-agak ramai ke yang bisa mengerti ye? Wallahua'lam..Let's check it out :


Ada faham? Mai sini cek nak terangkan. Tapi, nak warning awal-awal ni. Mungkin apa yang kita faham tak akan exactly sama dengan apa yg HA cuba sampaikan. Tapi harapnya maksud itu sampai. Huhu

Apa yang saya sendiri faham dan terkesan, HA bina website sendiri bukan sebab utk kepuasan diri sendiri, tapi juga untuk kepuasan bersama. Apa yang penting, semua dapat makanan rohani, semua sama-sama menuju ke "langit Illahi" untuk mencari redha-Nya.

Nampak ayat yg akhir tu? Itu yang PALING menggugat rasa. Fuhh..Agaknya aku dalam golongan tu ke? Entahla. Memang, saya anggap blog ni seumpama sebuah diari. Boleh bercerita segala apa yang saya suka. Boleh kongsi apa yang saya rasa. Tapi harapnya saya bukanlah seperti yang HA katakan "bersama wajah ayu menggugah rasa". Harapnya bukan, tidak, dan tak akan!

Bukannya apa. Sekarang ni ramai blogger, terutama PEREMPUAN, sama ada dikenali atau tidak dikenali, tak tahu tujuan sebenar depa berblog. Mungkin sekadar nak ikut trend. Mungkin juga setakat nak upload gambar-gambar depa yang sangatlah ayu - mungkin ilusi optik semata- , dan banyak lagi mungkin-mungkin yg lain. *girls, belajar2 lah utk jadi mawar berduri yang mahal harganya.

"Ehh, tapi suka hati aku la nak buat apa. Blog aku!"  Ayat siapa tu? Rasanya semua pun ada berfikiran begini. Kan kan kan?? :) 

Sebenaqnya tak salah kita nak wujudkan blog. Yelah, untuk diri kita sahaja. Tapi yang penting, wujudkan la sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh org lain. Mungkin adakan post yang membuat orang berfikir. Mana tahu, ada kebaikannya utk kita dan org lain jugak? Ok fine. Sekali lagi, ni peringatan utk diri sendiri. -,-

Saya tak mampu jadi macam Hilal. Saya akui blog ni adalah sebahagian daripada banyak perkara yang memuaskan hati saya. Kalau rasa nak meluah, semua saya luah kat sini. Malu jugak, orang duk tengok, baca dan nilai diri kita. Tapi entah. Kenapa ek aku camni? Isyh3.

Hajatnya awal-awal tadi tak nak membebel. Tapi sedar-sedar dah banyak rupanya aksara yang dah tertaip. Hee. -,-'

Hah, sebelum apa-apa terjadi, saya just nak INGATKAN kepada siapa2 yang membaca post ni. Ini bukan post utk mengutuk atau mengata atau menafikan atau menghalang - atau dll lagi - kepada para blogger yg lain utk terus berblog. Cuma kadang2 kita kena muhasabah, semak semula tindakan kita. Tak salah kan?

Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari teknologi yg dah tersedia ada utk kita ni. Huu..Sekian utk waktu ini, adios~






Diari pengarang : Encik laptop semakin meragam. Agak2 nak kena minta sponsor dari siapa? Huhh. -,-'

Wednesday, February 1, 2012

Buka Semula

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih dikurniakan nyawa sehingga ke waktu ini. Rasanya ini kali yg entah ke berapa kali saya tutup blog-bukak balik blog. Entah dah berapa banyak kali saya kata give up, malas, dll. Tapi? Rasa mahu berkongsi tu masih akan tetap ada. Huhu

Jadi, kepada kawan-kawan yg bertanya, maaf sangt sebab tiba2 private tanpa pemberitahuan. Haha. Koya yang amat. Macamlah ada org yang peduli. -,-

Dalam waktu private tu jugak, saya ada buat sikit renovation. Paling puas hati, tulisan utk blog post ni. It's awesome, and I like it! :) Terima kasih yang teramat sangat kepada Alieff Artwork yang sudi membalas mesej saya di fb waktu saya bertanya tentang tulisan ni. Nasib baik beliau sudi kongsi. Kalo idak, entah bilanya nak jumpa dgn tulisan idaman ni. :)

Terima kasih juga kepada kawan2 semua sebab masih sudi menyokong, sudi jadi silent readers, stalkers, pemberi komen, haters dll. Saya hargai sgt2. Sekurang2nya saya tahu yg saya tak sendiri. :)

Emm emm emm....apa lagi ye nak dibebelkan?  Dahla. Belum lagi ada mood yang selesa utk menaip, padahal dah banyak benda yg nak dikongsi ni. Huhu  Takpelah, kalau Allah beri kelapangan, insyaAllah kerja taip-menaip ni akan saya teruskan.

Lagi satu masalah baru yg baruuu je timbul, tentang encik laptop ni. Takkan lah saya kena korbankan RM200 ++ setiap tahun untuk baiki awak punya entah apa yang rosak ni, huh encik lappy? Awak tak kesian kat saya ke? -.-

Nasiblah. Nak cari pengganti, kena berkira-kira dan berfikir panjang dahulu. Aduii....Sabar je lah..Okeh, dah dah. Out dulu. Selamat memanfaatkan hari-hari anda dengan sebaiknya..:)

Sekian dahulu, adios~








Diari pengarang : Buntu yang perlu dibantu.

LinkWithin

Lazada Malaysia