Friday, December 25, 2009

Persediaan untuk Hari Asyura

Assalamualaikum..


wahh..baru berkesempatan untuk menaip semula..hmm,semalam sy melayari laman web myMetro.macam biasa,dilakukan atas permintaan adik sy,si Jaja ni,sebab dy suka sgt baca news..
hasil dari pelayaran sy..(cehh)..sy dapat ilmu yg berguna dan sy rasa ilmu tersebut wajar dikongsikan bersama dengan pembaca sekalian..haa,pembaca semua tahu bilakah Hari Asyura?..emm,Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram,dan ada kisah dan sejarah mengapa hari tersebut digelar sebagai HARI ASYURA..bila sebut je Hari Asyura,sinonim sangat dengan bubur lambuk..ye tak?heheh...=p
Kali ini,sy akan sertakan sedikit info mengenai perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pd Hari Asyura yg penuh barakah ini..sama2 kita teliti info ini :

PERKARA YG SUNAT DILAKUKAN PADA 10 MUHARRAM


1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.  

3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9.Bercelak

Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah al-Ikhlas hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Diharap info ini dapat menjadi sesuatu yg berguna,yg boleh diamalkan oleh para pembaca sekalian..moga selepas ini kita dapat bersama-sama meningkatkan amalan masing2 sbg prsediaan untuk kehidupan yg seterusnya pula..Wallahua'lam..~
diari pengarang : Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani!!..=) 



Wednesday, December 23, 2009

tudung Oh tudung..!

salam untuk semua..
sy berminat nak crita ttg tudung ni..smoga para pembaca sekalian dpt ambil iktibar dan pgjran..
zaman skrg ni,nk tgk org bertudung..hmm,kdg2 senang..kdg2 susah..


tp..lau tgk kat media massa cam tv,suuuuusah sgt2 nak tgk org pakai tdg..why huh?..hmm..video di bwh menjelaskan lg ttg tanggapan insan bernama wanita terhadap tdg pd masa kini..




Ramai yg beranggapan,tdg ni juz fesyen,or satu benda yg digunakan utk menutup kpla apabila rambut tak lawa dan sbgnya..huhh..rosak2..bukan ke bertudung dan menutup aurat tu sangat3 dituntut dlm agama?..

rasa cam nak tergelak pon ada bila suatu hari,sdg sy menonton rancangan "pakar kecantikan" di tv3,ada sorang wanita ni,dy baru pas dpt rawatan dr Yun Nam Hair Care yg famous tuu..dy kuarkan kenyataan bhw dy sgt gumbira bile rambut dy dah dirawat dan cantik.Tambahnya lagi,lau sblum tu,dy perlu selalu bertudung cz rambut dy tak cantik,tp kini tidak perlu lg cz dy dah boleh tayang rambut cam org lain!..huhh..dunia2..

lagi satu,sewaktu menonton siri "Cucu Betong" di tv3 juga,(bg peminat setia rncgn ni,anda tentu tahu bila scene ni disiarkan),ketika Melissa isteri Zaman mula terfikir nak pakai tudung..ade ke pulak dy kate,"I tak tau nk start pakai tudung bile.yelah,you tau kan, bila dah pakai tudung ni,mcm2 nak kene jaga.kalau sekali pakai dah tak leh on off.".wahh..camtu pulak..adoii..*err,dialog tu camni ke?hehe..ah,pape jelah..related gak an..=p

lau nak diikutkan,macam2 lagi alasan yang digunakan oleh an-nisa' zaman ini tuk escape dari patuhi tuntutan Allah yg satu ni,iaitu tuntutan memelihara aurat..kadang2 diri yg mengarang ni juga khilaf dlm sesetengah perkara dan keadaan,namun,harap post kali ini dapat sy dan kalian semua renungkan dan koreksi diri kembali..

diari pengarang : hanya mampu mencegah kemungkaran di dalam hati..hmm,selemah-lemah iman..=(

LinkWithin

Lazada Malaysia