Monday, March 21, 2011

Kita + Berubah..?

"Kau dah nampak lain lah sekarang, nampak cam makin matured"

Ea? Terus terang jela. Dah makin tua. Huhu


Emm,betullah kan. Kita manusia ni akan sentiasa berubah. Dari hari ke hari. Dari tahun ke tahun. Sekejap je pulak tu. Macam tak terasa pun perpindahan masa tu. Cepat sangat2. Lebih2 lagi kalau kita sentiasa sibuk, atau sentiasa disibukkan, ataupun selalu buat2 sibuk. Kan? Pastu sedar2 je, eh, dah besaq panjang upenya! Eh, dah tua rupanya...Kan? Begitulah kehidupan..

Padanlah org kata, semakin berganjak usia, semakin banyak pengalaman yg akan kita timba, yg akan kita rasa. Macam2, susah senang semua kita rasa. Bergantung pada kita macam mana nak lalui semua tu. Kalau ada masalah pulak, bergantung pada kita macam mana nk selesaikan..Sebab kita dah besaq. Dan juga sebab pengalaman mematangkan kita. Kena pandai2 gunakan akal kurniaan Allah tuk berfikir, ke arah jalan yg betul. Kan?

Hmm, membebel je. Actually, sejak dua menjak ni selalu sangat terasa dan terperasan yg sebenarnya dah byk perubahan yg berlaku, sama ada terhadap diri, keluarga dan kawan2. Macam2. Tang emosi, tang fizikal, tang sosial..Hmm...

Kalau dulu, dengan family, kami semua susah sgt nak berinteraksi. Senang kata, tak rapat sangat pun sebenarnya. Lebih jelas lagi, masing2 tak kenal diri masing2 walaupn kami adik beradik. Ye, mungkin waktu dulu2, kite masih kecik, hingusan dan tak tahu apa2, kan? Tahu nak main je. Tahu nak suka2 je. Tapi bila dah makin besar, masing2 pun tahu apa yg boleh kami buat, apa yg kami tak perlu buat, masing2 dah mula faham diri masing2. Saya secara jujurnya mengaku, yg sy memang tak pernah rapat dgn ummi. Hatta dengan adik2 pun. Tapi bila dah semakin dewasa (konon), dah makin tau tanggungjawab. Lagi2 lepas ayah dah takde, sy kesian tengok ummi. Takde kawan nk teman kat umah. Anak2, masing2 dah duduk ostel. Dgn sy la ummi kongsi2 cerita..Hmm..

Kalau dgn kawan2, isyh. Lagi la byk perubahan yg dirasa. Aduh. Semakin cepat touching, itu perkara pertama. Haha ;p Kelakar je kan? Semua org makin sedar akan tanggungjawab masing2. Dan, satu perkara yg paling OBVIOUS ialah....tentang PERKAHWINAN!! huhu. Semua org dah lebih terbuka tuk borak2 sal mende nih. Kdg2 klakar jugak..Tapi..Heheh..sweet la korang sume..:)

Ok. Tah pape je membebel nih. Esok lusa dah nak kena pi sekolah. Aduh..Banyak takut meyh..Segan pun ada..emm..

Dah2. Nak wat asgmnt. Take care semua!



diari pengarang :

Ehem,hye. Thankz cz sudi lawat blog kite. Sy jealous dgn kamu.
(perlu ke?Tah.) =.=

Friday, March 18, 2011

The Rock is Cooking eh?

Assalamualaikum everyone!! :)

Apa khabar diri anda hari ni? Owh ya, apa khabar iman? Apa khabar fizikal dan mental? Semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja? Alhamdulillah :)

Diri yg menulis ni? Entah. hmm~

Okeh. Ops, awatnya dengan The Rock lak tuh? Tak pasal2 glamour lak kat cni..huhu. Ceq pinjam nama sat naa..Hehe

Actually, nak cite tentang MEMASAK. Siapa kat sini yg suka memasak? Angkat lappy! Huhu. Okeh abaikan. Ramai yg suka memasak an? Tau dah..Saje je tanya ;p

Ada org suka makan, tapi tak suka memasak (teman ler tuh) dan ada org lak suka memasak dan juga suka makan! Sebab tu beliau rajin memasak. Hehe. My Ummi pernah cakap, biasanya org yg badan "sihat-sihat" nih suka memasak. Kejap-kejap nk masak itu. Kejap-kejap nak masak ini. Sebab beliau nak makan. That' why la perlu masak an? Ke ada cara lain? Err..beli kat kedai? Ok. Suke ati kome lah. Huhu =.="

Tapi ada je org yg suka memasak tapi tak suka makan. Erm takpe2. Suka hati kamu semua lah. Kalau saya nak wat survey la, antara LELAKI dan PEREMPUAN, sape lagi pandai memasak? Korang rasa vote yg paling tinggi akan berpihak pd siapa? Pada lelakikah? Atau perempuankah? Atau..balance?

LELAKI : Masak cincai, tp sedap dan menjadi!
PEREMPUAN : Masak nak perfect, tp selalu tak jadi!

Eh, betui ka statement nih? Heheh. Ok, jangan guna pakai statement di atas yer. Marah org ramai t. Silap2 boleh mencetuskan pergaduhan. Huhu. Ini statement, saya je boleh pakai! Ditujukan khas untuk SAYA. :p

Pasai apa? Pasai...saya tak pandai memasak lah. Aduh. (Ok cepat2 reject awal2! Ngeh3) Okeh sila abaikan lagi. =.= Erm, bukan tak tau memasak, cuma tak puas ati la sebab tak dapat memasak sesedap UMMI dan NENEK. Huhu. Sedih sedih :(

Entah kenapa tetibe nak post entri camni. Sebab jelous dengan abang kot? Haha. Perasan tak, lelaki, kalau masak cincai tang mana sekalipun, masakan tu tetap sedap. Sebab depa masak main suka hati dan suka perut. Huhu. Yeke camtu ek? Tak pernah tanya lak mereka2 nih. Tapi jujur nih, saya puji anda yg bernama LELAKI sebab biasanya lelaki pandai memasak. Chef2 pun ramai je lelaki. Tukang masak kat kedai?Pun lelaki. Tahniah kepada anda. Okeh, cukup2la bangga tu ek? hehe

Tapi biasanya, lelaki ni suka memasak je. Tak suka kemas2. Haiyaa. Dah masak sodap2 tu ekau boleh pulak tinggalkan segala perkakas camtu je. Huhu. Eden jugak ler yg kena kemas. Takpe2. Small matter la der. :p

Ok la. Malas nk membebel lagi. Letih.

Kesimpulannya, abang, thankz ek cz ko masak memang sedap! Heheh
(Tak memasal. Huhu)




diari pengarang : Bila lagi nak glamourkan ko kalau bukan di sini. Cehh. =.=

LinkWithin

Lazada Malaysia