Sunday, July 24, 2011

Cinta, Untuk Apa?

Assalamualaikum dan salam sjahtera.

Pa habaq semua? Sihat ka? Hopefully, all is well :)

Actually,banyak je kerja nak kena buat. Tapi memandangkan kesemuanya itu berbentuk soft copy, maka semua itu tidak terusik lagi. Haish..entah bile nak siap kalau terus camtu. Kan?

Emm, pernah dengar tak :

Dalam bercinta, duit bukan segalanya.
Tapi untuk memelihara cinta, kita perlukan duit.

Betul jugak kan? Ada banyak ragam lah org bercinta nih. Cinta pandang pertama lah, cinta sangkut time lalu-lalang kat kaki lima lah, dan macam2 lagi. Korang pun mesti da banyak baca or dengar macam2 siri kisah cinta, dan sudah sedia maklum tentang itu.

Hari tu time nak release tension (kononnya), I bukak la youtube, cari lagu2..mula2 layan Mes'ut Kurtis..then Maher Zain..eh, tibe2 Twinkle2 Little Star pulak..huhu Then tibe2 tercampak kat satu video ni. Tajuk dy "Awak, Maafkan Saya!"

Ingatkan pasal apa..Rupanya luahan ati seorang lelaki kpd seorang pompuan. Sinopsisnya lebih kurang gini..Lelaki tu mintak maaf kat gf dy cz dy tak berharta, tak mmpu nak beri kesenangan utk perempuan tu. Dia hnya fikirkan kebahagiaan perempuan tu, tp tak fikir pun sal hati gf dy. Pe kena-mengenanya? Huhu Entahla.

Saya tak brape nk layan sgt video tu. Bosan lah. Kata2 yg tah pape je..So sy scroll down, cz sy suka tengok komen2 yg org bg kat video2 nih..Pastu, ada satu komen ni, terbaikk..

"Akak, saya takda duit nak bayar makanan ni. Tapi saya ada cinta. Akak nak ?"
Pffft ! -.- Be rational lah. Ikhlas tu memang perlu. Tapi setakat ikhlas tak boleh bayar rumah, bil ect.

Betul kan? Takkan ke mana lah cinta yg hanya bertunjangkan ikhlas dll..Sebab kita bercinta tu utk apa? Utk main2? Bercinta utk berkahwin? Anda yg tentukan sendiri..

So, bg sesiapa yg rasanya cinta itu bukan utk dijadikan permainan, maka peliharalah cinta itu sebaiknya. Bukan buat sambil lewa, fikir nak bahagia je, nak senang je, nak puaskan nafsu je.

Kalau kau lelaki, kau cinta sama perempuan tu utk apa? Nak ambik kesempatan? Cehh. Lupakan la. Dia pun manusia jugak. Ada hati ada perasaan. Sekali dua kau merayu, boleh la dia cair. Tapi lama2 nanti dia takkan mmpu lg nak sabar. Kau lelaki kena kerja lebih sikit. Ingat perempuan senang2 ke nak kat org yg dia yakin tak mmpu jamin hidup dia nanti? Huhu Kalau kau perempuan pulak..fikir, fikir...Betul ke cinta yg aku dapat sekarang ni, betul2 untuk aku? Fikir sedalam-dalamnya. Harapnya tak berlaku "cinta dgn org lain, kahwin dgn org lain".

Sy pun harap begitu.

Perkara cinta ni selalu membuatkan org bermain dgn perasaan. Selalu membuat org terfikir. Hmm. Sampai bila kita akan kejar cinta palsu? Wallahua'lam.


"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya"    ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)




Diari pengarang : Haisyh. Jiwang lagi. Huhh.. =.="

Wednesday, July 20, 2011

Apa Yang Kita Cari Sebenarnya?

Kadang-kadang org selalu bagi nasihat kalau kita dalam stress mode. Kadang-kadang kita yg bg nasihat pd org lain yg sedang stress. Tapi, semua tu..Haisyh...

Senang kan berkata-kata?

Bila berkata tak berfikir, semuanya just mcm angin lalu. Tapi bila cakapnya fikir, dan fikirnya itu zikir, itulah yg paling membawa kesan pada sesiapa yg mendengar.

Emm, nape ek tetibe je wat post camni? Takdelah. Duk ronda2 facebook tadi. Nampak status seseorang..Yeah, someone yg I kenal dulu, tapi dah berubah 88.8% dah la ni.(memandai je) Sedih pun ada, curious to know what happen to her pun ada...

Dari status tu, sy agak dy sedang miserable. Hidup cacamarba. Bukan takde pegangan agama. Tapi penghayatan agama tu yg kurang. Mungkin? Ahh, yg bercakap ni 2X5 je. Nak berlagak baik pulak.

Then sy tengok ramai gak yg komen. Mostly, lelaki. Yelah, bile awek cantik rasa sedih for sure lah ramai cowok2 yg nak tolong pujuk, ambik hati..an.. Tapi yg hairan bin ajaibnya, semua lelaki itu suh dy ingat Allah, solat, dll. Walhal lelaki2 itu? Huhu..Entahlah der. Siapalah kite ni nak menilai tahap keimanan seseorang, sebab yg kita ada hnya pandangan mata zahir, bukan pndgn mata hati.

Awek tu pulak mungkin dy rasa rimas, mungkin termalu, mungkin tak jumpa apa yg dy nak cari sebenar-benarnya, dy just leh cakap, thankz, insyaAllah dan apa2 ucapan yg sewktu dengannya sahaja. Yelah, nak komen byk2 pun, bila masalah hati yg menyerang, kite tak mmpu nak luah semuanya.

Takpelah. Saya harap that sis jumpa apa yg dy cari. Sama seperti kita ni. Sebenarnya, pada hakikatnya, jiwa dalaman kita ni sentiasa mencari sesuatu yg kadang2 kita sendiri tak tahu bhwa roh kita sgt perlu kepada perkara tu. Mungkin juga bila kita rasa begitu, Allah sengaja nak uji hati kita, iman kita, sejauh mana usaha kita untuk mencari kebenaran yg terselindung di sebalik segala kepalsuan dunia ni..

Emm, banyak bercakap banyak jugak salahnya, kan?

Dah2. Actually, I ada kelas lagi ni. Dan sebenarnya ada rasa bersalah yg masih beraja di dalam lubuk hati nih. Makin dipendam, makin parah. But...entahlah. Maaf atas segala khilaf yg hamba telah lakukan..

Jom sama2 mencari apa yg sepatutnya kita cari. Semoga kalian berjaya bertemu dengan apa yg dicari itu..Sekian utk setakat ini, adios!~

Kebenaran yg selalu ditidakkan.




Diari pengarang : Susun semula jadual kerja!

LinkWithin

Lazada Malaysia