Saturday, March 31, 2012

Hackers??

Assalamualaikum.


Rasa macam ada yg pelik je dengan blog ni. Something wrong somewhere lahh. Pelikk yang amat. Ada jugak ke hackers yang hinginnn sangat nak hack blog buruk tempat aku membebel ni? Kompius2. Perasaan / Perasan je kottt... -,-

Apa-apa aje lah. Yang penting, beware readers! Jangan suka2 dedahkan maklumat2 penting anda dalam internet ni. Yang suka beli2 secara online tu, hati-hati jugak tau. Bimbang kalau2 ada yg cuba2 buat page palsu then cakap jual itu ini, rupanya fake! Kalau dah ter"bank-in", adehh. Nasiblah. Zaman sekarang, semua benda kat ujung jari. Klik satu sepuluh dapat. Soo pandai2 lah ye nak jaga apa yg perlu dijaga.

Pagi tadi baca Berita Hairan. Ehhh. Berita Harian. Pun ada cerita tentang penggodam2 ni. Huhh. Macam2 le. Nauzubillahiminzalik.

Watch out!

....

Just wanna share, 

I've lost 2kg's in 2 days. Hah, BG. Aku dah berjaya. Kau pulak? Hehh. Ini pun kalau kau baca blog aku la. (ok, takde motif. Huhh -.-)

Hmm, masih lagi dengan penulisan yg tak matang. Haha. Whatever. Sudah mengantuk. Selamat menunaikan hak mata, minda dan tubuh badan anda utk mendapat rehat! Adios~




Wednesday, March 28, 2012

Garang Sangat Ke?


Assalamualaikum.


Situasi 1

Dalam perpustakaan sekolah.

Aku : Ada hal apa kat sini ?
Pemuda UniKL : Err..ada urusan sikit. Praktikal ke kat sini?
Aku : Ohh....taklah. Saja lawat-lawat sekolah. (sambil  sibuk belek dokumen PBS)
Pemuda UniKL : Ohh..(angguk-angguk)


10 minit kemudian.

Kawan : Nad, budak uniKL tadi kata kau garang.
Aku : Kenapa pulak?
Kawan : Entah? Maybe sebab dia judge cara kau cakap tadi kot.
Aku : Huh? Whatever lah.


Situasi 2

Talian telefon.

Aku : Ngah buat apa? Tido ke ape?
BG : Mana ada. Duk dengar lagu je dalam bilik.
Aku : Owhh..ingatkan tido.
BG : Yang marah-marah cakap aku tido nape?
Aku : ???..Bila pulak aku marah..Yelah, sory. Aku pekak sikit tadi.


........




Apa yang sama dalam dua2-dua situasi ni? Hati aku. Huhh. Sory la brader. Aku tak pandai ah nak cakap lembut-lembut dengan korang. Kalau pemuda UniKL tadi, takpelah. Aku terima dia kata aku garang. Sebab dia tak kenal aku. Yess. Maknanya itula senjata aku selama ni. Hehh. Bagus bagusss.

Tapi kalau BG? Kau dah lama kenal aku kot..Hmm. Tapi takpe. Cakap la aku suka marah-marah. Sory lah. Maybe kau yg salah tafsir. Atau aku yg salah pilih nada suara. Mungkin?? Entah.

Tapi, biarlah korang nak kata apa pun. Kalau nak semua org cakap lembut-lembut dengan korang, sila lah cari orang yang boleh berbahasa dgn lembut utk berbual. Make sure gf korang pandai menggedik. Baru boleh cakap ala-ala manja sikit. Huhh. Meluat sungguh. -.-


Sorry again. Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, kalau ada terkasar bahasa sehingga terguris hati dan perasaan, aku mintak maaf. Aku memang macam ni. Cakap elok-elok pun orang kata  keras, garang, kasar, dll yang sewaktu dengannya. I'm so sorry. Memang aku macam ni.


Hmm. Dahla. Bebel apa entah. Emo pulak petang-petang macam ni. Tak matang lah katakan. -.-  Adios~



LinkWithin

Lazada Malaysia