Monday, December 19, 2011

Daulat Tuanku!

Assalamualaikum.


"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah." Pernah dgr pepatah ni? Maksud bagi pepatah ni (menurut pengertian aku sendiri. hehe) , seorang raja atau pemimpin yg adil itulah yg org sanjung dan patuh. Kalau yg zalim tu kita tolak. Hah, mksud sebenar dia, anda-anda boleh surf dalam kamus peribahasa atau google je, senang. :)

Hari tu, on our way back from Muar..

Aku  : Rasa mcm sekejap je Sultan Mizan jd Agong. Sultan lain rasa macam lama pulak.
Ummi : Biasalah tu. Oghe minak gak, raso lamo la. (Org minat, rasa macam lama la)
Aku : Ye jugak kan...

Betul la kan? Rasanya ramai doh hok kenan ngan Sultan Mizan. Mana taknya. Muda lagi, bini pun comey..Pakai tudung..Sejuk mata memandang..Heheh  :)

*Eh jap. Post ni terlambat sikit. Kan ke dah seminggu peristiwa ni berlaku. Heee. Biasala. Line tak mengijinkan.

Memang dah jadi adat, setiap 5 tahun Agong akan bertukar ganti mengikut giliran yang telah ditetapkan dan disepakati. Rasa macam baru je Sultan Mizan pegang takhta tu. Cepat je masa berlalu, kan? Apapun, tahniah dan selamat memimpin diucapkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia.

Begitulah. Kita sentiasa tak sedar masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Selalu pulak tu kata "masa mencemburui kita". Heheh. Padahal kita yg tak belajar cemburu dgn masa yg sentiasa terlebih dahulu memintas kita. Memetik kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, kerja yg kita ada di dunia ni melebihi masa yg kita ada, sebenarnya. Bayngkanlah, kalau kerja lebih banyak melampaui masa yg kita ada, takkan lah kita asyik nak menunggu masa memintas kita? Of course lah kena lebih pantas dari masa. Kan?

Aku ni pulak, duk membebel je. Pandai cakap pandai buat la bro! Huu. Semoga sifat suka bertangguh dan berlengah-lengah tu semakin terhakis dari diri yg sentiasa lalai dan leka nih. Wallahua'lam..

Adios~










Diari pengarang : Result oh resulttt...Aduu..Huuu~

LinkWithin