Wednesday, January 13, 2010

Camne Nak Menghafaz??

Semester 2..makin byk yg baru..dan byk juga lah yg sy dan rakan2 perlu tahu..dan 1 perkara yg melemahkan sy ialah...pengajaran Al-Qur'an bg sem ni lebih ditumpukan pd hafazan!..aduss..sy memang lemah bab menghafaz nih..tp takpe..sekurang2 nya sy boleh mencuba..ye tak..?huhu
di sini sy nak kongsi sikit info mengenai cara2 @ kaedah2 menghafaz Al-Qur'an..

"KAEDAH MENGHAFAZ AL-QUR'AN"

Sebelum menghafaz
  1. Pastikan niat ikhlas utk mendapat redha Allah.
  2. Memiliki rasm Uthmani dan berkekalan menggunakannya.
  3. Sentiasa tunaikan solat fardhu di awal waktu.
  4. Amalkan solat sunat tahajud.
  5. Yakin bhw Allah sentiasa beri rahmat kpd org yg menghafaz Al-Qur'an.
  6. Memilih tempat yg sesuai dan sunyi.
  7. Pastikan diri dlm keadaan segar,tak letih,tak penat dan tak terlalu runsing!
Semasa menghafaz
  1. Mengetahui surah2 yg akan dihafaz.
  2. Lancarkan bacaan dgn cara ulang bacaan SEKURANG-KURANGNYA 10x!!..
  3. Bertalaqqi mushafahah dgn guru bg memastikan tidak berlaku kesalahan baris dan hukum2 tajwid.
  4. Mulakan hafazan setelah lancar bacaan.
  5. Memperelokkan bacaan (dgn suara yg baik).
  6. Menghafaz secara tadabbur (menghayati maksud,hukum dan pengajaran yg terdapat dlm ayat yg dibaca).
  7. Ulang bacaan.
  8. Rehat sebentar ketika penat.
Selepas menghafaz
  1. Memperdengarkan bacaan kpd guru (tasmi').
  2. Sentiasa ulang ayat yg dihafaz.
  3. Membaca ayat2 yg dihafaz ketika solat.
  4. Sentiasa patuh perintah Allah.
  5. Menghindarkan diri dari melakukan perkara2 maksiat.

Alhamdulillah...dpt sampaikan satu lagi ilmu yg ada dlm simpanan..hmm..suka sy nak ulas di sini bhw..bukan senang sbnrnya nak menghafaz..apa yg penting..USAHA..dan jauhkan diri dari perkara maksiat tu..penting tuu...cz..ILMU ADALAH CAHAYA...dan ilmu takkan masuk dalam hati yg penuh dgn kegelapan...mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah yg Maha Esa dan Maha Pengampun....aminn...

Mencari Redha Illahi,





diari pengarang
: hati ini penuh dgn tompok hitam...hmm..=(

Bermaknanya Kalimah Itu..

salam alaik buat para pembaca sekalian..aduhh..lama sudah tak update blog ni..mungkin kerana kurang kecekapan membahagi waktu..dan juga masalah mendapatkan line internet!..memang patut ah isu broadband di Malaysia dibangkitkan dalam Parlimen..moga ada tindakan yg sewajarnya telah diambil..

hmm..beralih kpd fokus utama post ini,dalam 2 mggu ni,dah banyak rasanya perkara yg telah sy lalui..Ada yg pahit,ada yg manis..ada suka,ada duka..kala itu,barulah diri ini terfikir,bermaknanya kalimah itu..apa kalimah yg dimaksudkan?

" Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya!"

"Procrastination is the thief of the time"

"Betulkan yg biasa,biasakan yg betul"

"The best discipline is self-discipline"

dah lama sy renung2kan semula kalimah2 ni..sedih lak rasanya..cz macam2 da berlaku..mungkin nilah yg dinamakan ujian..rasanye..bukan mungkin,..tp..memang merupakan UJIAN!..huhu..
sedih memang sedih..tp bila renung2 balik,ada hikmahnya bila sesuatu tu terjadi...


APA KHABAR IMAN??


cam yg kita tahu,ALLAH turunkan ujian ke atas setiap hambanya utk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita..dan juga utk menguji tahap keimanan kita..biasalah,manusia ni imannya boleh jd bertambah,boleh jd berkurang...bukan spt iman para malaikat yg tidak bertmbah dan tidak juga berkurang..bukan juga spt iman para nabi,sentiasa bertambah dan tidak pernah berkurang..oleh sebab itu Allah memberikan kita ujian utk melihat setinggi mana ketabahan hamba2-Nya...

diari pengarang : post yg lebih kpd luahan rasa!..huhh..

Monday, January 4, 2010

Permulaan yg baik!..


glitter-graphics.com

assalamualaikum buat semua...alhamdulillah..sekarang sy dah pun menjejakkan kaki ke IPPM pd tahun 2010 ni..harapan sy,moga diri ini tidak lagi lalai berterusan,spt sem lepas..aduhh..tak sanggup sy ulang lg apa yg telah berlaku pd tahun lepas..moga iktibar dan pengajaran yg diambil dpt dijadikan pedoman..huhu...

hmm..IPPM...sedikt sebanyak perubahan yg dah berlaku..bangunan asrama,sikit lg nk siap..pembangunan yg lain,mungkin jap lg beres..haa..tuk pengetahuan rakan2 PA,jawatan KJ JAPIM 2010 telahpun disandang oleh EN Zainudin..tuk keterangan lanjut,sila rujuk laman JAPIM..hehe

oklah..nak siap2 pi assembly...

sedikit pesanan dari diri ini,

"jika kita terjatuh,tak bermakna kita gagal..namun,kita jadi gagal jika kita jatuh dan tak bangun2.."



haa..renung2kan!..=)

okeh..salamm...

diari pengarang : moga segalanya berjalan lancar!

Friday, January 1, 2010

Catatan Tahun Baru Masihi

Assalamualaikum buat pembaca sekalian..
alhamdulillah,skali lg sy diberikan ruang n peluang tuk duduk menaip di sini pd malam ni..wah,esok dah 2010!..cepat je masa berlalu,kan?..Tanpa sy sedar,masa telah berlalu begitu pantas dan meninggalkan kita dengan cepat sekali..

Pagi tadi,usai menghantar nenek ke rumahnya dengan memandu Kenari milik ummi,telingaku tertarik untuk fokus pd perbualan DJ di sebuah radio station yg sedang ke udara pd waktu itu.
Menarik.



Topik perbualan adalah mengenai Tahun Baru Masihi yg akan menjelang esok hari.Sangat sedih dan memalukan bila DJ yg bertugas membacakan serta mengimbas kembali peristiwa2 yg telah terjadi pd 2009,yg tidak sepatutnya terjadi..sbg contoh,kes pembuangan bayi yg kadarnya makin meningkat dan membimbangkan..sungguh mengecewakan..kes ini spt BERMUSIM..yelah,mana tak nya..lau ada event yg besar kat mana2,perkara yg tak boleh dielakkan adalah PERGAULAN BEBAS antara kaum Adam dan Hawa..pantang ada peluang,maka ENCIK SYAITAN pun datang,volunter diri tuk menjadi dalang...hmm..lepas tu,paham2 sj perkara yg akan berlaku..spt yg telah disebutkan oleh DJ yg bertugas td,"malam ni menuai,tahun depan dapat hasil.."isyh..seram...=(

Na'uzubillahiminzalik!

Seharusnya,perkara spt itu tak berlaku..Perkara2 yg memalukan diri,keluarga,bangsa,dan lebih2 lg AGAMA!..tak malukah kita,memegang status ISLAM dalam kad pengenalan..tp,berkelakuan sbg seorang yg tiada agama??...
*alamak..emosional..huhu..

Lewat petang td,sy dapat SMS dari seorang rakan...
"PERHATIAN UMAT ISLAM : Bila sampai 31 Disember,brpa ramaikah yg telah bersedia untuk meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh SYEIKH AL-AZHAR,SYEIKH TANTAWI,SYEIKH YUSOF AL-QHARDAWI serta ulama2 kontemporari bhw menyambut Tahun Baru Masihi bererti menyambut ULANGTAHUN KELAHIRAN TUHAN YAHUDI DAN KRISTIAN..bg mereka yg tidak tahu,hukumnya FASIK yakni berdosa besar dan bg yg mengetahuinya,hukumnya MURTAD..."

Begitu bentuk mesej yg disampaikan kpd sy..sejauh mana kebenaran fatwa tersebut..WALLAHUA'LAM..sy sendiri belum pernah mengetahuinya..mungkin kerana kurang peka dengan hal2 spt ini?..hmmm...apa pun,tak salah sbnrnya nak menyambut kedatangan Tahun Baru Masihi ini..lgpun,kita pd masa ini hidup lebih berpandukan kepada kalendar Masihi,berbanding dengan kalendar Hijriah..sy akui,diri yg mengarang ini jg kurang membiasakan diri untuk merujuk pd kalendar Hijriah..kerana banyak hal yg perlu dilakukan skrg perlu dirujuk pd tarikh Masihi..due date pembayaran broadband,deadline assignment,tarikh exam..huhu..dan bnyak lg..betul kan?

Segala permasalahan yg timbul adalah berpunca dari diri sendiri..ramai remaja yg fikir bhw malam Tahun Baru Masihi adalah malam untuk bersuka-suki melakukan apa yg dikehendaki tanpa ambil peduli HALAL atau HARAM..oleh kerana mereka berfikiran spt itu,mk tidak hairanlah jk byk masalah yg tiba2 akan timbul menjelang tahun baru..

Hmm..cakap memang pandai,tp..adakah diri ini dah cukup perfect tuk halang diri dari lakukan kemungkaran yg sama?..Semoga Allah SWT melindungi sy dan para pembaca sekalian dari perkara2 spt ini..sama2 kita koreksi diri...

sekian,wassalam...

Mencari Redha Illahi,








diari pengarang : iman..setipis kulit bawang!..=(

LinkWithin

Lazada Malaysia