Monday, January 14, 2013

Saya Tahu..Tapi......?

Bismillah.

Tengah-tengah syok menge'like' dan menge'share' nasihat2 untuk para wanita di fesbuk, tiba2 muncul satu gambar; gambar rakan yang tak menutup aurat. 360 darjah berbeza dari dulu. Dan, timbul pulak satu perasaan yg tiba2 menyentap hati. 

"Aku salah ke sebab tak nasihat dia?"
"Rasanya takpe ke kalau biarkan je?"
"Agak2 dia boleh terima ke kalau aku tegur dia?"
"Apa aku nak buat ni?"

Sedih. Rasanya sampai saat ni saya dapat saham sebab tak pernah tegur kawan tu. Yes, kami memang tak pernah rapat. Yes, saya tahu maybe dia nampak lebih cantik bila dedahkan sana sini, itu ini. Yes, memang semuanya nampak cantik dan nampak tak berdosa. But in fact??

Sebenarnya kalau dia tutup apa yang perlu, lagi cantik. Tak luak pun cantik dia. Sebab dia memang cantik. :')

Kadang-kadang orang yang tahu ni, dosa dia lebih banyak dari yang tak tahu. Sebab dia tahu dan dia tak sebarkan. Atau dia tahu tapi dia biarkan. Ataupun dia tahu tapi dia diamkan. Saya juga termasuk dalam golongan yang tahu tapi selalu membiarkan. Hmm. So, apa yang perlu kita buat?

Pernah satu masa dulu, orang yang menaip ni (saya lah -,-) beranikan diri tegur seorang kenalan fb yang dedah sana sini dan rela gambar2 tak senonohnya dipuji dan disukai oleh ramai, terutama golongan LELAKI. Well, kalau kawan pesbuk PEREMPUAN pun teruja nak jadi 'silent readers/viewers', apatah lagi LELAKI. Walaupun mungkin ada LELAKI-LELAKI yang tak komen or like gambar2 tu, gambar tu tetap juga jadi tontonan umum. Sesiapa saja boleh tengok. Termasuk anda. Dan saya.

Tapi apa jadi bila saya tegur? Habis kena maki, carut, dan sebagainya. Tragedi (tragedi??) tu buat saya tak senang duduk dan susah hati. Dan buat saya kurang yakin untuk menegur lagi. Walaupun saya tahu, perbuatan berdiam diri bila tengok maksiat berlaku tu adalah perbuatan yang salah. Entah. No komen.

Tapi sampai saat ni, saya tahu perbuatan berdiam diri bukanlah satu perbuatan yang sepatutnya. Nak tak nak, kena tegur. WAJIB tegur. Apa guna atas I/C tertulis ISLAM tapi tak amal cara hidup ISLAM? Harap kawan saya diberikan peluang untuk berubah.

Saya taknak dapat saham sebab tak tegur dia. Dan saya taknak dia hukum saya di akhirat nanti sebab TAK PERNAH NASIHATKAN DIA. Saya tak nak. Harap awak boleh faham, kawan. :'(

"Sesungguhnya tiap seorang daripada kamu adalah bersaudara...."

Atas sebab kita bersaudara, harapnya saya mampu lihat awak berubah. Walaupun bukan sebab saya yang nasihatkan awak, tapi harapan saya, adalah untuk lihat awak berubah. Sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan. :')

Maaf andai tersilap bahasa.
Adios.








Bawal Plain Ekslusif Bidang 55/60

Bismillah.


Ada berita baik untuk penggemar tudung bidang besar-bidang 60" dan tudung-tudung yang fashionable pada masa kini! Jemput singgah ke fb LYDIA CATALYST untuk mencuci-cuci mata dengan pelbagai jenis tudung dan shawl, yang pasti membuat anda rambang mata! Hee...;p

Terkini yang dah dimuatnaik ke dalam fb LYDIA CATALYST :


Price : RM22



Price : RM20



Price : RM35



Selamat melawat dan selamat membeli! :) 
Anda digalakkan memakai inner. Don't forget to cover your aurat! ;)
Adios!



Wednesday, January 9, 2013

Bawal Plain Bidang 55/60


Bismillah.


Ok. Bisnes dan bisnes lagi. Kali ni bisnes tudung pula, tolong jualkan je. Lately dah makin ramai yang cenderung untuk memakai tudung yang sedikit labuh. Nampak manis, sopan dan cantik je mata memandang. ;)

Jemput singgah ke fb LYDIA CATALYST untuk menjenguk-jenguk album tudung ni. InsyaAllah, akan datang saya akan update lebih banyak jenis tudung dan shawl yang pastinya bertepatan dengan citarasa anda sebagai seorang Muslimah. :)


Album Bawal Plain :

Contoh warna dan gambar tudung :





SEDIKIT KETERANGAN :

Sekiranya berminat untuk mendapatkan tudung ini (wholesale available!),
sila pm details berikut ke inbox fb saya :

- Nama
- Alamat
- Contact no.
- Kod items.

Standard bayaran postage adalah seperti berikut :

1-9 helai:
Semenanjung (RM7)
Sabah & Sarawak (RM9)

10 -19 helai: 
Semenanjung (RM10)
Sabah & Sarawak (RM15)

Cukup 20 helai (sekodi) :
FREE POSTAGE


Bayaran perlu dibuat dalam masa 2 hari.
via: Bank Islam, Maybank




Macam mana? Berminat? Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat tempahan segera di fb LYDIA CATALYST atau hubungi 013 7458076.

Adios! Jom tutup aurat! ;) ♥


Tuesday, January 8, 2013

VCO : Pengenalan Kepada VCO Catalyst

Bismillah.

Pernah dengar tentang Minyak Kelapa Dara atau VCO? Lately dah semakin banyak produk berasaskan minyak kelapa dara, sebab kajian mendapati banyak sangat khasiat yg kita boleh dapat melalui vco ni. Selamat berkenalan dengan VCO! :)

Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil atau lebih mudah dipanggil VCO keluaran CATALYST menggunakan 100% bahan semulajadi yang diproses & dihasilkan dalam bentuk softgel. 

Minyak Kelapa Dara ( VCO ) ini memiliki pelbagai manfaat kesihatan :
- Rawatan rambut
- Rawatan kulit
- Mengawal kolesterol
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma 
- Mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV dan kanser
- Penjagaan gigi dan kekuatan tulang.
- Dan Sebagainya.

Produk-produk Catalyst Nutraceutical adalah 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kesihatan dalaman badan dan juga kulit. Ianya adalah halal kerana Catalyst Nutraceutical adalah produk keluaran Malaysia dan 100% bahan semulajadi. Sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki serta semua peringkat umur.

Product Catalyst Nutraceutical adalah tertakluk di bawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985. Didepan kotak sudah tertera food supplements. Untuk makluman, komposisi bahan yang digunakan adalah 100% PURE VIRGIN COCONUT OIL which is stated clearly. Komposisi bahan lain tiada kerana mmg kami gunakan virgin coconut oil yang halal. Harap maklum.

Side effect atau lebih tepat dikatakan kesan penggunaan virgin coconut oil adalah bergantung kepada tubuh badan pengguna tersebut di mana its varies from one person to another. 

The common symptom adalah : Mengantuk, kerap kencing, rasa letih yang mana bersifat sementara. It is part of detoxification activities.

Semua simptom yang disebutkan di atas, kita namakan juga sebagai satu 'healing crisis'. Masa healing tu, macam2 krisis yg berlaku, maybe ada yang makin naik jerawat, dll. Sebab time tu dia nak keluarkan dulu segala kotoran dan toksin. Sebab tu, kena banyakkan minum air putih/air mineral/air masak. :)

Ok, sampai sini sahaja. Boleh singgah atau add saya di fb LYDIA CATALYST untuk melihat produk dan utk membuat tempahan. May Allah Bless U All! Adios. ^^




Friday, January 4, 2013

VCO : Penghantaran Pos Laju

PERHATIAN : 

Kepada para pelanggan, mulai Jan-Mei 2013, sebarang produk yang ditempah/dibeli daripada saya melalui sistem pos laju, saya hanya akan mengeposnya pada hari JUMAAT setiap minggu

Oleh sebab berlaku kekangan dari segi masa (jadual kuliah yang padat setiap hari untuk semester kali ni), maka saya telah membuat keputusan, dan harap anda semua maklum akan hal ini. 

Oh ya, sebarang perubahan akan saya maklumkan nanti. ^_^ 
Harap selesa berurusan dengan saya, terima kasih atas segala sokongan yang diberi, barakallahufiikum! :) ♥






LinkWithin

Lazada Malaysia