Sunday, July 25, 2010

Iman 20 sen?

Salam Sejahtera Ke Atas Kalian..
Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH s.w.t..

Nak bercerita sikit,boleh?..Kisah ni saya ambil dari emel yang saya dapat,dikirimkan oleh seorang sahabat..
Ambillah sedikit ruang dan peluang,supaya dapat kita hayati kisah ni..

**************************************************************************

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

****************************************************************************

Jelas?..Mudah-mudahan pembaca semua dapat ambil pengajaran yg tersirat daripada kisah yang tersurat ni..Ingat!..Seorang Muslim kebiasaannya dengan secara tak rasminya akan menjadi CERMIN bagi Islam..kerana untuk tahu tentang sesuatu agama,biasanya orang akan melihat pada yang menganutinya..
Walaupun agama itu INDAH..namun jika yang menganutinya tak berjaya membuktikan KEINDAHAN itu,..maka tak akan ada maknanya..


diari pengarang : Peliharalah agama bagai menatang minyak yang penuh!..~

Wednesday, July 21, 2010

Aduhh..She Touched My Heart!...♥~

Salam sejahtera!...

Owh...m0od agak terkejut + touching + blushing+ happy + little sad..dan lain-lain...

Kenapa?

.Emm..actually...tadi ada seseorang call saya..I am busy with my group discussion.Tak sempat nak tengok handphone..Bila balik ke bilik,check hp..Ada mesej dan missed call..

"Just nak cakap,td mak org kirim salam kat awak.Sory ganggu."

Erkk..betul ke ni?...

After making a phone call..Baru percaya...

Hmm..terharu..Touching,sebab ada jugak orang ingat kat kite...huhu...

Dia kata,time dia borak-borak ngan mak..mak tanya,how was our relationship?...Then dia terpaksa beritahu hal sebenar kat mak..Rupanya selama ni mak belum tau yang saya dah takde apa-apa hubungan langsung dengan seseorang yg bernama "dia" ni..isyh2...

Mak dia marah..."Kenapa dah tak dengan Nadia lagi?..Mak tengok ok je..Baik je budaknya..bakal cikgu pulak tu"..Erkk..sampai camtu sekali...Aduhh...touching sangat...Tapi..once I have made a decision, saya tak boleh nak tarik balik!...

Ini bukan hal suka tak suka..
Tapi ini berkait rapat antara dunia dan akhirat..
Antara Allah dan makhluknya...

Ya..saya tahu..walaupun Mak redha hubungan kami,tapi tak guna kalau ALLAH tak redha!...



diari pengarang : sgt touching..I'm sorry Mak....:(

Tuesday, July 20, 2010

~I'm Yours!..✿~

...11:00 am...

Sedang Dr Anessa sibuk mengajar,entah macam mana..saya 'ter'mengelamun..
Berangan?Bukan...

Lepas Dr Anessa nasihatkan kami semua untuk menentukan hala tuju hidup dan manage our time so that it's not wasted secara sia-sia..saya mula terfikir....(eh,jap2..bahasa rojak?..maaf ya..huhu)...Saya terfikir,rupanya memang ALLAH jadikan kehidupan kita secara berperingkat..tersusun...Tak percaya?..Mari sama-sama kita fikir..

Sebelum kita dilahirkan,kita tinggal bersendirian dalam perut ibu..

Ingat tu,sendirian!..

Awal kejadian diri kita,kita berseorangan...Tapi,bila saja kita dilahirkan,ramai orang berada di sekeliling kita..Semuanya gembira dengan kehadiran kita.Namun kita menangis...Kerana kita tahu dunia bukan sesuatu yang indah....

Iblis telah berkata,"Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan menjadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di muka bumi,dan aku akan menyesatkan mereka kesemuanya.Kecuali hamba-hambaMu yg terpilih di antara mereka.".

[Al-Hijr,39-40]

Seterusnya,waktu kanak-kanak,Ibu,ayah,kakak,adik,abang..mereka semua ada di sekeliling kita...

Kita tak keseorangan..

Bila meningkat remaja,kita dah pandai berkawan...make friend with others..Masa itu,hampir 79% masa kita dihabiskan bersama rakan-rakan kita...Kalau duduk kat hostel,lagi la...Whole time dengan kawan-kawan...Indahnya zaman itu...

Habis sahaja sekolah menengah,masing-masing nak melanjutkan pelajaran.Dia berjaya ke matrik itu ini,dia berjaya ke UiTM itu ini,dia berjaya apply maktab perguruan,dia berjaya ke kolej itu ini...
Senang kata,masing-masing "berjaya" terpisah...

Buat seketika,kita seperti keseorangan..

Tapi,di tempat baru kita make friends with others lagi....Kali ini kawan-kawan semuanya dah sealiran..bukan macam kat sekolah dulu-dulu...Campur-campur saja,tak mengira kos apa..

Mungkin kita akan merindui sahabat-sahabat sekolah menengah kita..Tapi,lepas ni masa kita hanya akan lebih tertumpu pada kawan-kawan baru kita...

Ya,kita masih lagi tak keseorangan..

Habis menuntut ilmu di pusat pengajian,masing-masing akan berpisah lagi...Untuk ke tahap yg lebih atas,..Alam Pekerjaan..

Rasa macam semakin sedikit orang yg akan berdamping dengan kita..

Selepas bersara,masa akan kita habiskan dengan keluarga..Kurang dengan rakan-rakan..

Ya,bilangan pendamping kita makin sedikit..

Diizinkan ALLAH,ajal pun menjemput..

dan...pada masa itulah,

Kita keseorangan kembali...


Kesimpulannya..awal permulaan kehidupan kita,kita berseorangan...Akhir kehidupan juga berseorangan...Kenapa ya?....

Sebenarnya kita ini milik Allah...
(I'm Yours,ya ALLAH!)

Jadi,setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg Allah dah tetapkan....


diari pengarang : Hanya sedikit bebelan dan coretan..utk sama-sama kita fikirkan....

Sunday, July 18, 2010

Cantik?..Kat Mana?....

Salam sejahtera.....

Mari bercakap tentang kecantikan!..:)


Ramai yang suka cantik...Bukan sahaja perempuan..Lelaki pun suka cantik...Buktinya,depa suka nak cari perempuan cantik-cantik untuk dijadikan isteri..bangga bila isteri depa cantik...Perempuan pula..sentiasa nak nampak cantik..Sampai sanggup make-up tebal-tebal...Kononnya lawa...huhu....Entahlah...cantik luaran je kan semua tu.....Tak kekal pun....(yg suka bertebal-tebal tu,jaga-jaga,kulit cepat rosak nanti!!)

Makin hari makin tua...Kecantikan pun makin pudar...So,persoalannya....Cantik itu di mana sebenarnya?.....

Saya masih ingat..hari tu saya check penyakit dalam badan dengan hanya melihat pada kapilari darah di hujung jari....Amazing!....Kita boleh tahu apa masalah yang berlaku dalam badan kita dengan hanya melihat pada susunan kapilari darah yg ada pada hujung jari manis...(yeke jari manis?jari tempat sarung cincin tu..huhu)....Subhanallah,melalui mikroskop yg disediakan,kita boleh tengok susunan kapilari darah kita di tempat-tertentu.

Untuk pengetahuan semua,dari situ kita boleh tahu bagaimana keadaan organ tubuh kita pd masa itu..Sihat atau tidak?Tenat atau parah?Negatif atau positif?....Memang agak teruja masa tu..Tapi..lepas habis giliran saya,saya bangun..Tak pasal-pasal air mata tertumpah...Aduhhh....Kenapa?

Masih terngiang-ngiang kat telinga..encik yg tolong check tu kata pada saya,

"Banyak masalah ni.Kalau muka cantik,tapi dalam tak cantik,pun macam tak best kan?.."...

.huhu...Mungkin bukan itu punca utama air mata saya gugur.Tapi......hmmm...sebab....sebab lain....:(.....Sedih..Tak mau beritahu kat sini..~


Betul la apa yang ustazah saya pernah cakap...Orang yang kita paling percaya cakapnya ialah DOKTOR...kadang-kadang terfikir,lawak juga...Tak pasal-pasal nak percaya 100% pada doktor.Kita bukan bergantung pada doktor,..Tapi kita harus meminta pada ALLAH....Tapi,oleh sebab doktor yg rawat kita,bagi kita macam-macam ubat,bagi kita advice itu advice ini..Sebab tu kita yakin dengan mereka..:)

Mungkin tak perlu terlebih percaya,cukuplah dengan hanya mengambil point-point penting yang kita harus beri perhatian lebih...

Ya,masih teringat juga,kata-kata seorang guru kaunseling di sekolah saya dahulu,Ustazah Roshidah Muji...

"Kalau baya-baya kamu ni..tak payah pakai make-up tebal-tebal..Cukup dengan pakai bedak nipis,dah cantik..."...

So,the point is..cukuplah dengan hanya bersederhana dalam kehidupan!...~

Semua orang pun ingin cantik...Maka,mari kita cantikkan jiwa kita dahulu..InsyaAllah,cantik dalaman bila terbias pada luaran,pasti..hasilnya sangat mengujakan!!..^^

pstt...yang menulis pun kena wat jugak ye...Baikkk...huhu~


diari pengarang : Jaga kesihatan ye...Sekarang ni cuaca tak menentu.Ramai yg demam..Sekarang ni giliran sy..huhu..:(

Saturday, July 17, 2010

Subhanallah...Best Sangat!!...Sila Baca!!...:)

Alhamdulillah...Allah gerakkan hati saya untuk check emel dalam inbox saya...Rupanya teman seperjuangan yang tak pernah lupa untuk menasihati saya dalam keadaan susah dan senang telah mengahantar satu emel ni..Cantik jalan ceritanya...Tersentuh hati saya....Apatah lagi ada cerita berkaitan guru dan anak murid..Wahhh.....rugi kalau saya tak share dengan orang lain...Baca la...memang best!!......:)

************************************************************

Bersalin, Doktor & Hukum
( by Noraslina Jusin - Isteri UZAR )

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.

PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

*************************************************

Subhanallah...macam ni seharusnya jadi seorang yang Muslim dan Mukmin!!,....

Anda dan saya, bagaimana?..:)



diari pengarang : Alhamdulillah..masih ada yang sayang....^^

Tuesday, July 13, 2010

Apa Lagi Alasanmu??!

Salam sejahtera buat semua......

How's life?

Getting better or getting worse?

Hopefully,all of us were living in a healthy condition..:)


Hmm...maaf..lama sangat rasanya tak paksa jari-jemari menyusun tari di atas papan kekunci laptop kesayangan ni...Alasan?...Hmm..rasanya kalau bagi alasan pun,macam tak logik.Jawapan utama..mudah sahaja....MALAS.

Di library pagi tadi, saya melintas di belakang seorang senior.Khusyuk beliau menaip.Pantas.Tanpa ragu.

Siapa?

Kak Sara..:)

Seorang senior yang nyata sekali bukan pemilik kedai kek..hehe...Hmm,rasa macam nak terjah,tengok apa yg ditaip...Tapi,owh....itu bukan urusan saya..Untuk apa mengganggu orang lain kalau diri sendiri pun sedang tergesa-gesa?..Huhu....


Hmm...bila terfikir balik...ramai sebenarnya yang dah bagi sign,suruh update blog...Kak Syuq,antaranya....huhu...sogan eden....Nampak sangat teman ni pemalas..ye idak?...Entahlah...

Hangat-hangat tahi ayam?

"Entah.."

Memang dah tak mahu uruskan blog ni?

"Entah.."

Mahu berhenti sebar ilmu dan dakwah???

"..........."


Apa lagi alasan kamu Siti Nadiah?

Teman saya,Izzati...selalu ulang ayat Hilal Asyraf..."Serahkan alasanmu kepada ALLAH.."

Membuatkan saya terkedu..Hilang segala bicara.....

Izinkan saya berundur seketika.........Memang saya akui...Ilmu tak banyak dalam jiwa....tapi..insyaALLAH....selagi diizinkan untuk menghirup udara yang ALLAH beri di dunia ini,saya tak akan berhenti..........~


p/s : Kurang membaca,kuranglah ilmunya!!...




diari pengarang : Bila ternampak pasangan bermaksiat petang tadi...hati pilu,pedih.Apa peranan saya sebagai makhluk Allah?Bukankah tujuannya utk saling menasihati???...Iman hanya senipis kulit bawang...Mampukah saya terus menapak ke hadapan,dengan semangat yg hanya sedikit cuma......?????.............:(

LinkWithin

Lazada Malaysia