Monday, April 30, 2012

Kerana Doa

Allahuakbar. Allahuakbar. Allah Maha Besar!


Malam tadi, waktu dilanda perang emosi yg sangat hebat, habis basah bantal, baju ape semua, dah tak tahu nak mengadu pada siapa, terus cari my close friends. Alhamdulillah. Mereka buat saya lega..

Terngiang-ngiang lagi kata2 one of them, "...mungkin apa yg berlaku ni semua kesan dari doa-doa korang..mungkin kau doa nak dapat yg terbaik..mungkin dia pun doa macam tu..Sabar ok..mungkin Allah nak tunjukkan kau jalan yg lebih baik..Jodoh tu rahsia Allah, mungkin dia jodoh kau. Mungkin juga tak. Mungkin yang terbaik itu adalah dia suatu hari nnti, dan mungkin juga tak..."

Pernah dengar dan baca dan amal doa ni ?



Ayat 74 , Surah Al-Furqan

Kalau belum pernah, aku strongly suggest, amalkanlah! Biarlah yang baca ni dah kawen ke belum, masih kecik lagi ke atau dah tua ke, amalkan. InsyaAllah tak akan menyesal..:')

Actually ayat ni bermaksud : "Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa".


Tapi tak salah utk kita amalkan. Sesungguhnya Allah faham apa maksud sebenar yg nak kita sampaikan. Allah faham apa yg kita minta. Allah tak pernah abaikan doa kita. Cepat atau lambat je., itu je yg kita tak tahu. Allahuakbar..sgt tersentuh bila tersedar yg Allah sedang tunjukkan sesuatu di sebalik apa yg dah berlaku pd diri aku sndri, mungkin itu kesan dari doa2 yg dipinta, oleh aku sendiri atau oleh org2 lain..

...

Aku tau, berat utk menafikan perasaan sendiri, bak kata kawan tadi..Puas tahan, puas cuba kuat, last2 basahh jugak muka bantal pe sume dgn air mata. Buat malu je..hodoh tau bile nangis. Tak comel langsung. -,-

Tapi takpe, Allah ciptakan air mata tu bersebab. Dan kadang2 air mata yg keluar bukan petanda kita lemah. Tapi itu la sumber kekuatan kita. At least, lepas sikit rasa terbeban tu..Thanks again, my friends..:')

...

4.47 am
1 new message

*baca baca baca dan fikir, tarik nafas lega*



Thanks to you for the reply. Aku faham, aku tau..maaf sbb menyerabutkan keadaan. Hope kita sama2 berubah ke arah yg lebih baik lepas ni...And I'll try to set my priority..Kau pun, congrats for your result.  Hope lepas ni if dapat peluang study or kerja, buat betul2..Kalau jumpa yg lebih baik, tahniah..I'm so sorry for everyting, and thanks a lot for everything.

Aku pun dah malas nak fikir lagi..penat.

Bila tengok golongan yg lebih muda pun dah bertemu dgn jodoh dorang, taktau nak cakap apa. Happy for them, dan muhasabah diri. Ye, aku tau, belum masanya lagi. Luar dan dalam tak lengkap lagi. Cuba tengok dorang yg dah kawen tu, ada ke yg childish dan tak matang mcm aku ni? Hah, jawab jawab. Takde punyeee. Bak kata rumet, org yg cepat kawen ni memang cepat matang. Tahniah buat mereka. :')

Oh ya, memang aku cemburu, tapi aku tau, itu bukan bahagian aku. Belum lagi. Bak kata dia n cikgu, biar masa yang tentukan..Bukan lari dari masalah, tapi cikgu kata, kadang2 ada masalah yg kite perlu biarkan dia selesai sendiri. Tak payah pening2 pikir. Sebab kita ada baaaanyak lagi benda nak difikirkan. Isn't it?

Dahla. Kontroversi sungguh post ni. Thanks to everyone, aku mintak maaf atas segala kekurangan. Adios.


Monday, April 23, 2012

Marry You?

Assalamualaikum.

Awat nya tajuk gelimat malam2 ni? Oh silap. Awal pagi. Emm, saja, nak hilangkan ngantuk. Lagipun memang dah niat dari haritu lagi nak post entri yang ni. Alah, lagipun siapa lah yg kisahh...ye idak? Hehe. -.-

Emmm sejak masuk 20an ni selaluuuuuuu sangat orang duk cerita bab kawen. Orang sekeliling, orang terdekat, n myself and I, too! Oh I mean, monolog dalaman lah, lebih kurang. Em, tapi...ada apa sih sama "kahwin" ?

Tipu nau le kalau cakap taktau kannn. Perkahwinan - satu cara untuk mengHALALkan yang HARAM. Juga merupakan satu ibadah kalau niat kita tu betul. Kalau setakat nak kawen tuk puaskan napsu, baik takpayah. Kawen dua tiga pulak tu. Then anak bini terabai. Salah tu bang oii. Kena lah tahu hukum hakam sebelum buat sesuatu. Jgn main redaaahh je. *sory. Emo!

Oh ya. Saya bukanlah seorang qualified person utk bercakap tentang soal kahwin ni. Almaklumlah. Diri sendiri pun dhaif. Serba serbi kurang. Calon pulak? Wallahua'lam. Maka, siapalah saya utk bercakap banyak tentang semua ini ? Uhuk3...-.-

Err. Apa motif post ni sebenarnya?


Ok ok. Just terkenang satu soalan dari Izzati, kenalan waktu pergi ke HOM Jumaat lepas :

Izzati : Nanti akak nak kawen dgn cikgu2 jugak ke, atau dgn Herbalifers jugak?
Aku : Emm...wallahua'lam. Itu yg kite tak tau. -,-


Yeah, that's make me think. Not so serious, but serious lah jugak. Tapi...siapalah kite ni nak cakap pasal jodoh an. Takpelah. Kalau ada rezeki dan ada jodoh, adalah. Sob3.

Eh tapi kan. Herbalifers pun best jugak kan. They're positive, motivated, tak skeptikal, dll! Wuhuu. Paling penting, tahu jaga kesihatan. Haha ok fine. Aku tak cakap pun nak kawen dgn org Hlf. Ok dah dah. Stop. *ceria je kan tangan kau menaip. padahal hati? Only Allah knows.

Dahla. Macam takde kerja sangat. Padahal asgmnts berlambak tak setel lagi. Konon nak buat time management. Tapi habuk pun tarak. Haiya. Kalau mcm ni mana boleh kawen awal! Haha. Ok tak lawak. -.-



*I've recently updated my other blog. Do kind to visit ye? TQ :)

Adios!




Wednesday, April 18, 2012

Sometimes.

Assalamualaikum.


Waktu balik rumah haritu saja2 je bongkar balik kotak buku-buku lama kat rumah. Takdelah lama sangat. Buku-buku since form 3-UM. Hehe. Lama la jugak kan? Ok abaikan. Tahu apa saya jumpa dalam kotak tu? Mesti tak tau kan? Mesti la. Kan...T_T

Ini dia :

Kertas buruk - recycle -,-

Kata-kata azimat tu. Haha ;p

Oh, ada lagi satu kata2 azimat. Sape tulis ha?


Ok. Itu semua kisah dulu2. Kelakar je kalau ingat balik. Zaman-zaman tak matang. Actually kertas tu, oleh sbb dia keras so aku jadikan "kipas" waktu prep. Panas lohh. --Tp lagi panas kelas kat Indon kottt...-.- Bersyukur bersyukur!

Entah camne benda ni boleh sampai kat our history teacher tu. Sah, ada someone tu la yg amek..Haihh...-,- Aku tak ingat sangat pun benda ni. Memori lama. Kepala ni pun brapa kali dah kena format. Memori lama banyak tak ingat dah. Bagus bagus. -.-

Em. Entry tak berpekdah ni. Saja nak share benda lama. Kot kot lah ada yg rindu Ust Md Nor. Ngehehe. Dah, nak buat RPH. Adios!



Thursday, April 12, 2012

Reflection.

Assalamualaikum.


Menjadi seorang yang bertanggungjawab? Entah. Tak tahu la pernah atau tak. Tapi aku tak pernah meng"qualified"kan diri sendiri sbg seorang yg bertanggungjawab. Asal dapat amanah, mesti tak dapat nak buat betul2. Sebab tu, aku takut kalau org bg amanah kat aku. Ingat aku boleh buat ke? Ingat aku ni, macam yg awak2 fikirkan ke? Hmm. Entahlah.

Kalau menjadi seorang naqibah misalnya. Ya, aku tahu, tugas seorang manusia adalah menyampaikan. Selagi hayat masih dikandung badan, jangan pernah lupa dan lari dari tugas menyampaikan. Jgn pulak cakap, Nabi Muhammad tu nabi, so nabi je yg layak menyampaikan. Betul macam tu? NO!! Sangat silap kalau awak awak semua cakap macam tu.

Kembali pada fokus asal. Naqibah. Ye, naqibah tugasnya, lead the usrah, sampaikan sesuatu yg berguna, buat anak-anak usrah gembira berada dalam bulatan gembira mereka. Tapi aku? Bila diri sendiri banyak kekurangan, bila diri sendiri setiap masa speechless sbb ilmu tak tinggi mana, bila diri sendri rasa tak layak ada kat tempat tu, how can I be the good naqibah? What do u expect from me, actually? Aku tak sebagus yg kalian sangkakan. MAAF..

*Berhenti setengah jam. Jenguk2 berita tentang gempa di fb*


Ok, sambung lagi. Kat mana tadi? Oh ya. Tanggungjawab. Em, dan bila setiap kali jalankan tugas sbg naqibah tu, balik hostel mesti akan terfikir. Apa sebenarnya yg aku dah buat ni? Kenapa mulut ni sedap je cakap macam2 tapi hati tak rela? Sebab apa? Dan aku pasti, aku tahu jawapannya. Sebab aku pendosa. Cakap macam2, suh orang buat itu ini, ajar mazmumah mahmudah, tapi? Diri sendiri dah jauh dari landasan. Diri sendiri dah senget2. Tak lagi dalam landasan yg betul. Lemahnya aku..

Setiap kali tu jugak aku akan risaukan satu perkara. Surah As-Saff, ayat 2 dan 3. Sila google, sama-sama amek peringatan. Aku risau sebab aku cakap benda yg aku tak buat. Bila aku fikir balik, dah tu, sampai bila aku nak jd seorang yg cakap tp tak buat? Maybe itu hikmahnya Allah bg peringatan dalam al-Quran. Nama pun peringatan. Kan? Tapi entah bila nak berubah. Hmm.

Dan waktu aku jenguk fb tadi, tak pasal2, nampak status update dari seorang senior. Memang kena, tepat. Padahal aku tau ayat2 ni. Aku selalu dengar ayat2 ni. Tapi..?? Emm...

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.” - Hassan Al Basri


Manusia itu memang fitrahnya berbuat silap. Belajar daripada kesilapan. Adios.



LinkWithin

Lazada Malaysia