Friday, December 25, 2009

Persediaan untuk Hari Asyura

Assalamualaikum..


wahh..baru berkesempatan untuk menaip semula..hmm,semalam sy melayari laman web myMetro.macam biasa,dilakukan atas permintaan adik sy,si Jaja ni,sebab dy suka sgt baca news..
hasil dari pelayaran sy..(cehh)..sy dapat ilmu yg berguna dan sy rasa ilmu tersebut wajar dikongsikan bersama dengan pembaca sekalian..haa,pembaca semua tahu bilakah Hari Asyura?..emm,Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram,dan ada kisah dan sejarah mengapa hari tersebut digelar sebagai HARI ASYURA..bila sebut je Hari Asyura,sinonim sangat dengan bubur lambuk..ye tak?heheh...=p
Kali ini,sy akan sertakan sedikit info mengenai perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pd Hari Asyura yg penuh barakah ini..sama2 kita teliti info ini :

PERKARA YG SUNAT DILAKUKAN PADA 10 MUHARRAM


1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.  

3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9.Bercelak

Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah al-Ikhlas hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Diharap info ini dapat menjadi sesuatu yg berguna,yg boleh diamalkan oleh para pembaca sekalian..moga selepas ini kita dapat bersama-sama meningkatkan amalan masing2 sbg prsediaan untuk kehidupan yg seterusnya pula..Wallahua'lam..~
diari pengarang : Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani!!..=) 



Wednesday, December 23, 2009

tudung Oh tudung..!

salam untuk semua..
sy berminat nak crita ttg tudung ni..smoga para pembaca sekalian dpt ambil iktibar dan pgjran..
zaman skrg ni,nk tgk org bertudung..hmm,kdg2 senang..kdg2 susah..


tp..lau tgk kat media massa cam tv,suuuuusah sgt2 nak tgk org pakai tdg..why huh?..hmm..video di bwh menjelaskan lg ttg tanggapan insan bernama wanita terhadap tdg pd masa kini..




Ramai yg beranggapan,tdg ni juz fesyen,or satu benda yg digunakan utk menutup kpla apabila rambut tak lawa dan sbgnya..huhh..rosak2..bukan ke bertudung dan menutup aurat tu sangat3 dituntut dlm agama?..

rasa cam nak tergelak pon ada bila suatu hari,sdg sy menonton rancangan "pakar kecantikan" di tv3,ada sorang wanita ni,dy baru pas dpt rawatan dr Yun Nam Hair Care yg famous tuu..dy kuarkan kenyataan bhw dy sgt gumbira bile rambut dy dah dirawat dan cantik.Tambahnya lagi,lau sblum tu,dy perlu selalu bertudung cz rambut dy tak cantik,tp kini tidak perlu lg cz dy dah boleh tayang rambut cam org lain!..huhh..dunia2..

lagi satu,sewaktu menonton siri "Cucu Betong" di tv3 juga,(bg peminat setia rncgn ni,anda tentu tahu bila scene ni disiarkan),ketika Melissa isteri Zaman mula terfikir nak pakai tudung..ade ke pulak dy kate,"I tak tau nk start pakai tudung bile.yelah,you tau kan, bila dah pakai tudung ni,mcm2 nak kene jaga.kalau sekali pakai dah tak leh on off.".wahh..camtu pulak..adoii..*err,dialog tu camni ke?hehe..ah,pape jelah..related gak an..=p

lau nak diikutkan,macam2 lagi alasan yang digunakan oleh an-nisa' zaman ini tuk escape dari patuhi tuntutan Allah yg satu ni,iaitu tuntutan memelihara aurat..kadang2 diri yg mengarang ni juga khilaf dlm sesetengah perkara dan keadaan,namun,harap post kali ini dapat sy dan kalian semua renungkan dan koreksi diri kembali..

diari pengarang : hanya mampu mencegah kemungkaran di dalam hati..hmm,selemah-lemah iman..=(

Friday, December 18, 2009

hari ini aku gagal...

assalamualaikum..

huh..hari ini bersamaan 1 Muharram..sy gagal hari ni..=(
kenapa?

sebab...sy lom berjaya berubah!!..adoii...susah kan nak wat perubahan dlm diri..dan jika perubahan itu terlalu drastik,pon susah gak..

pada saya,perubahan yg sy ingin lakukan ni memang patut dilakukan..sy tak anggap ia perubahan yg drastik,cz..dah lama sy cuba!..huhu..

emm,setelah saya kaji semula,sy dapati sy sendiri tahu apa jawapan kpd kegagalan sy pd hari ini.
nak tahu?..hmmm...diri sendiri menjadi punca masalah..jadi dari kenyataan ini,dpt sy simpulkan bhw apa2 pun yg kita nak wat,kita nak decide,semuanya datang dari diri sendiri..kan?..macam yg sy kata,tak akan ada org yg boleh mengubah diri kita,melainkan diri kita sendiri yg mengubahnya..haa..betul kan?

kalau kita betul2 nak wat sesuatu,pasti kita kan dpt lakukannya..tp kalau apa yg kita nk lakukan tu tak sungguh2,bukan dtg dari hat yg ikhlas,hmm..mknanya,jd cam sy lah..
tapi takpe..masih ada waktu utk berubah!..yakin boleh!.....huhh..
stop typing~




diari pengarang : isyh3...camne la tu ek...?..

Thursday, December 17, 2009

PENTING!!!!...: follow me..~

salam..maap atas kesulitan yg berlaku sebelum2 ni..
hah,skrg..dah ade muka baru..jd,harap viewers sekalian dpt follow sy..k?..=)
terima kasih,syukran jazilan kpd para pembaca sekalian atas setiap sokongan dan galakan..

diari pengarang : bukan senang nak senang...huh..~

HIJRAH : sudah bersediakah kita?

Esok..alam ini akan memasuki tahun baru Hijrah..1431 Hijrah..wahh..dgr radio pg td,da ramai dah yg sibuk bincang ttg hijrah..(err...tp tak dgr sungguh2 laa..)..hehe

so..persoalannya di sini..sudah bersediakah kita tuk memasuki tahun baru ni?

fenomena yang sering kita lihat..bila tibe je tahun baru Masihi,anak2 muda pakat sibuk2 nak celebrate tahun baru lah kononnya..dan kita juga tahu..mcm2 yg berlaku bile tiba je tahun baru..isyh3...hmm..camne la tu ek...tp..lau tahun baru Hijrah ni nak menjejakkan kaki,takde plak org kecoh2..adoii...
dunia2....

jadi..apa yg harus dititikberatkan dalam isu "tahun baru hijrah" ni ialah..perubahan!
huhh..bukan senang nk wat perubahan nih..diri yg menulis ni pon..slalu kuarkan kata2 yg berbunyi :
"tak kan ade yg mampu mengubah diri kita,melainkan diri kita sendiri"

tapi?adoii..byk lagi kekurangan dalam diri ni yg harus diperbetulkan..lagi2 bila dah masuk alam remaja (sikit lg nak dewasa..kot?..hehe),byk lah yg harus diperbaiki..dari bab pelajaran,hubungan dgn Allah,keluarga,kgkawan.alam n masyarakat sekeliling..huh..

moga tahun baru ni,sy mampu menjadi some0ne yg lebih baik dr dulu...





PERKARA YG PERLU KITA LAKUKAN BILA MENJEJAK KE TAHUN BARU HIJRAH
  1. membaca DOA AKHIR TAHUN selepas asar-sebelum maghrib pd 30 zulhijjah
  2. membaca DOA AWAL TAHUN selepas maghrib..masa tu dah 1 Muharram!
haa...tu je sikit yg dpt sy kongsi..hrp ia berguna untuk kita semua!.=)

salam Maal Hijrah..~



diari pengarang : ade sesiapa leh bg tips2 bgn pagi dgn mudah?..nak berubah!..hehe


zaman persekolahan : zaman terindah!

Sekali lg sy berkesempatan untuk menulis..rasanya dah lama tak menulis di ruangan ini..yelah..mcm2 nak kene wat kat umah..hehe..hmm..ngah duduk2 takde mende nak wat,tibe2 nampak satu foto yg diambil oleh adik sy sewaktu di sekolah..



klakar pulak tgk pic tu..bukan pe..camne lah adik sy si aqil ni leh join b'gambar dlm pic ni...hehe..walhal,adik perempuan sy plan nak amik pic kgkawan dy tu je..=p

gambar ni menarik bg saya,cz..tahla kan?..seperti ada sesuatu yg tersirat..yaa..ceria2 budak sekolah!..=)
rindu pulak zaman skolah dulu2..hmm,lau lah sy sentiasa cuba jd yg terbaik time tu,mungkin...sy boleh jd org yg lebih berjaya..kot?..hehe

tp..takpe lah..kita tak leh nafikan takdir Allah..sy bersyukur cz masih lg diberi nikmat spt sekarang.
lau dulu,sy ni suke sgt wat nakal kat sk..hehe
tak wat keje skul..favourite tuu...=p

hehe...emm..tp..yelah..manusia boleh ubah sikap dy,lau ade dorongan yg kuat dari diri sendiri tuk berubah..kan2??..hihi

Alhamdulillah,dah besar panjang dah pun skrg..dan sy rasa bersyukur cz dpt menuntut ilmu di SMKA SEGAMAT,johor



..di sana,lebih byk kenangan yg dicipta,lebih byk pglman ditimba..dan lebih ramai kawan yg sy kenali!...=)..sy byk belajar erti persahabatan di SMKAS..sgla suka duka kami kongsi bersama..









rindu lak kenangan kita....
skrg kengkawan semua dah bawa haluan masing2..sy pon same..huhu..emm,takpe..yg penting kita tak lost contact lg.kan?..^_^
cume..sy mintak maaf sgt2 pd kgkawan yg sy dah lama tak contact..wat masa ni,mls nak bz kan diri ngan hp..ye la..da jd internet addict kot!..hihi..(parah nih..=p)

sedikit kata2 utk teman2..

"kawan tak semestinya memahami,tp dy mengetahui
kawan tak semestinya menghubungi,tp dy mengingati
kawan tak semestinya mencintai,tp dy menyayangi
kawan tak semestinya di sisi,tp dy sentiasa di hati!..
"

ok lah..setakat ini shj..
stop typing...~


diari pengarang : kalau dlm usia 18 ni pon dah terindu-rindu zmn sekolah..t dah umur 40 camne ek?huhu

Permulaan sekali lagi...




Salam buat semua..kali ini,muncul dgn wajah baru..hehe
hope pembinaan blog kali ini tidak mendatangkan pelbagai mslh lg!..huhu





adakala kita jatuh..tp..jgn selamanya jatuh!
diri kita belum gagal jika kita jatuh ke bawah..tp,kita gagal jika kita jatuh dan tak nak bangun2!!..
~renung2kan..dan selamat beramal!..^_^

LinkWithin

Lazada Malaysia