Tuesday, August 28, 2012

Our Last PBS

Bismillah.

Curi-curi masa meng'update'. Hee. Kerja banyak bukan nak buat. Duk berfoya-foya ke kerja ang. Takpe takpe. Sebelum cuti merdeka ni, try buat. Azam ni. Cehh. Cakapp je lebih. Buatnya tak jugak. Wuwuw.

Hmm, actually, PBS sepatutnya dijalankan selama 5 hari. Tapi oleh sebab sekolah ambil cuti pada 16 dan 17 Ogos, maka kami pun bercutilah sama. Seronok la kononnya. Sebab tak expect kena ganti ke apa ke. Sekali keluar PEKELILING, amekauu. Maka secara rasminya, kami perlu juga mengganti cuti tersebut dan mencukupkan kuota 5 hari tu. Hmm. Yang tu, kita sembang kemudian ye. Feninn. Nak fikir transport lg, sekolah mana lg. Haiya. Takpe2. Ada lah tu penyelesaiannya InsyaAllah.

Hah, berbalik kpd pengalaman sewaktu di sekolah. Well, macam biasa, pergi sekolah, tinjau sana tinjau sini, masuk kelas itu masuk kelas ini, buat tugasan itu tugasan ini, tup tup dah 3 hari. Kali ni memang padat lah. Buat kerja dan tugasan pun rasa terkejar-kejar. Ni belum jadi real teacher lagi ni. Fuhhh. -.-

But frankly, memang rasa best lah berPBS dekat sekolah ni. (Oh ya, Lupa mention. Kami berPBS di SK Sri Tangkak, Tangkak, Johor. Anyone yg pernah sekolah kat sini dulu? Ada? Ok, duk diam2. Heee.)

Hari pertama dan kedua, memang pack. Kitorang sedaya upaya setelkan apa yg patut. Plus, nak kena mengajar lg. Ohoo. Sebenarnya TAK BOLEH tau mengajar time PBS. Sebab belum dapat lesen lagi sebenarnya. Tapi dah lecturer bg tugasan ghupe itu, mau tak mau, kena lah juga buat. Terketar-ketar cikgu ni haaa. Bukan reti sangat pun. Sobs. (Malu je pikir balik. Takmau dah jadi cikgu yg "baik sangat". Pengajaran utk praktikum nanti. Heee.)

Well, memandangkan telah berlaku banyak konflik pada minggu ini, jadi, yang menaip ni pun rasa kekurangan idea nak menulis apa lagi. Sebenarnya dah create post ni lama dah, waktu tu mood ok lagi. But something happen dan telah merosakkan mood itu. Erm. Let's not talk about it. #bibirtersenyumhatimenangis

Ok. Takmau bebel lagi dah. Cukup suda. Sila lah jamu mata dgn gambar's ni. Tak banyak yg dpt diupload. Kepada cik Syazwani, syukran jaziiilan atas jasamu mensudikan diri menerima daku sbg tamu di rumahmu. Hehe. And thanks sangat2 sebab jd pendengar dan penasihat yg baik kpd konflik2 yg aku alami. Sobs. Lain kali InsyaAllah I datang rumah U lagi. ;p

Dah. Sila layan gambar.


Perhimpunan Pagi 

Hari ke-3 ; Majlis Khatam al-Quran

Manfaatkan harta sebaiknya. Heee.

Gambar raya. LOL. ;p
(From left : Syamsuri -IPG Ipoh, Tn Hj Mazlan-GB, si comot-IPPM, dak Wani-IPRM, Ain Rahman-IPG Ipoh)

Nah cik syazwani. Nak sangat kan pose macam Irine. Haha. *muntah hijau :p 


Apa ni? Takdak kaitan. -.-
Produk-produk VCO from Catalyst. Hee.


Sekian dahulu.
Kepada pembaca dan kawan-kawan sekalian, maaf andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan. :')
Adios!


Saturday, August 25, 2012

VCO (Minyak Kelapa Dara) - Catalyst Product

Bismillah.

Fuhh. Ni apesal tiba-tiba post pasal vco ni? Emm, bukan apa. Sebenaqnya ceq selalu guna blog lagi satu kalau nak promote2 ni. Sebab blog tu memang officially utk bisnes. Hehe. Tapi....ermm..kenapa ek? Lupakan saja. Heee.

So, sekarang just nak habaq kepada sekalian pelawat blog ini, saya merupakan seorang agen sah bagi produk Catalyst -100% buatan Malaysia, dijamin HALAL, dan terbukti berkesan! ;)

Awat lambat sangat bgtau? Entahle? Orang baru, banyak nak kena belajar. InsyaAllah, saya sendiri pun dah guna produk vco ni, Alhamdulillah kesannya positif. Sebenarnya banyak lagi produk yang lain (dari syarikat Catalyst juga), yang juga berasaskan vco. Khusus utk yg dah berumahtangga ada, utk yg masih bujang pun ada. Even budak umur 8 tahun pun boleh consume vco tau! Boleh blako lah senang cerita. ;)

Ahhaa..tak mau membebel panjang. Sekarang ni semua pun masih dalam mood raya. (Tapi tidak buat murid sekolah, guru-guru, para pensyarah, pelajar IPT, IPG, dll yg sewaktu dengannya. -.-) Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan. Dan mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang menconteng di laman ini. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan VCO ni, sudi-sudikanlah melawat ke laman Facebook tempat saya membebel seorang diri (Heee -.-') ni :

(Nadiah : 013 7458076 - Melaka, Muar, Batu Pahat)


Okeh, Sekian sahaja utk kali ni. Nak post tentang PBS, belum ada idea lg nak membebel mcm mana. Nak menaip ni pun, kena tunggu idea jugak. Nanti tak memasal merapu, satu apa pun tak faham. Sekian, adios!





LinkWithin

Lazada Malaysia