Wednesday, July 17, 2013

Bawal Plain Bidang 55/60 Senorita

Bismillah.

Bagaimana puasa setakat ini? Ok? Mudah-mudahan kita semua betul-betul berpuasa kerana Allah SWT semata-mata. :)

Just nak update tentang TUDUNG BAWAL PLAIN SENORITA BIDANG 55/60 ni je. Ramai nampaknya yang suka dan berpuas hati dengan tudung ni. Warnanya comey2, ada juga yang dah nak masuk 3 kali repeat order. :)

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan tudung ini dengan harga hanya RM15 sehelai melalui fb LYDIA CATALYST. Jom tutup aurat! :)



Friday, July 5, 2013

Siapa Dia?

Bismillah.

Lamanya tak post something! (ayat cliche)
Just wanna write a short note. (pun ayat cliche)

Peringatan penuh kasih sayang buat para pembaca. Anda tahu dan cakna isu pemimpin Islam yang sedang hangat sekarang ni? Presiden Turki, Erdogan. Anda tahu kisah beliau? Presiden Mesir, Dr Morsi. Anda baca kisah perjuangannya?

Secara jujur, saya sendiri tak berapa tahu secara terperinci kisah mereka dan yg lain. Kurang ambil tahu isu semasa. Kurang membaca perkembangan dunia. Kurang mengkaji, apa yg berlaku sebenar-benarnya. Zaman sekarang ni punyalah banyak sumber kita boleh rujuk. Tapi??

Haa..tapi kita kena sentiasa hati-hati. Pastikan dahulu, adakah sumber itu sahih atau tidak. Lagi-lagi media sekarang. Fuhh. Kita baca, macam ini. Kita dengar, eh? Lain pula?

Konklusinya, SILA AMBIL TAHU walaupun sedikit tentang isu ummah. Boleh je nak rujuk laman web/fb PMRAM, sbg contoh, untuk tahu tentang apa yg berlaku di Mesir.

Emm. Ok, putus ayat di sini. Tak berhajat nak membebel lagi. Jangan putus berdoa untuk kita dan mereka. Doa sahaja senjata kita buat mereka. Allahu..

#PrayForThem






Thursday, May 16, 2013

Saya Tak Nak Jadi Nuri!

Alkisah seekor Nuri…

Satu hari, seekor Nuri bernama Fatimah pulang ke rumah, benggang, keliru dan marah.

“Saya tak suka paruh saya!” rungut Fatimah kepada maknya.

“Mengapa pula? Kan cantik?” kata maknya.

“Burung lain semua mempunyai paruh yang lebih cantik – Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit! Saya saja yang ada paruh macam ini!” kata Fatimah.

Berfikir sejenak melihat ke cermin, mak Fatimah turut bersetuju dengan anaknya.

“Jom kita pergi tanya Tok Guru. Beliau akan tahu apa nak buat. Dia paling bijak dalam kumpulan Nuri dan tinggal di pokok tertinggi. Beliau akan tahu apa nak buat,” kata mak Fatimah.

Fatimah dan maknya tiba di rumah Tok Guru di pohon tertinggi.

“Maafkan saya Tok Guru. Saya ada masalah yang paling besar di dunia,” kata Fatimah.

“Apa yang saya boleh bantu?” tanya Tok Guru kumpulan Nuri.

“Saya ada satu paruh yang hodoh dan bodoh. Mengapa saya tidak layak mendapat paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit?” tanya Fatimah sambil maknya mendengar.

“Betul itu. Mereka semua ada paruh yang hebat. Fatimah, jawab dulu soalan saya, suka tak makan cacing dan benda-benda krustasia?” tanya Tok Guru.

“Ewekkk! Itu menjijikan!” jawab Fatimah.

“Itu tujuan mengapa paruh Sendok dibuat sebegitu rupa. Bagaimana pula dengan ikan?” tanya Tok Guru lagi.

“Itu lagi jijik… melompat-lompat dalam mulut!” jawab Fatimah lagi.

“Hmmm… jadi paruh Pelikan pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan arnab dan tikus?” tanya Tok Guru lagi.

“Ewwww… darah ewwww…” Fatimah rasa nak muntah.

“Hmmm… jadi paruh Helang pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan bijiran yang kecil?” tanya Tok Guru.

“Itu ok. Tapi saya suka kacang yang lebih besar macam Almond dan Hazelnut,” kata Fatimah, si Nuri sambil menelan air liurnya.

“Saya ada beberapa biji. Saya ambilkan,” kata Tok Guru.

Fatimah terus makan Almond dan Hazelnut yang disediakan Tok Guru.

“Jadi Fatimah, jika kamu ada paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit boleh kah kamu menikmati Almond dan Hazelnut itu?” tanya Tok Guru.

“Rasanya tidak,” jawab Fatimah sambil tersentak.

Fatimah dan maknya terhenti seketika perlakuan mereka. Mereka memandang Tok Guru – airmata mula mengalir.

“Terima kasih Tok Guru. Kami faham sekarang. Paruh kami adalah terbaik dan direka khas untuk kami. Kami tak patut dengki dengan paruh orang lain,” kata Fatimah dan maknya.

Dapat isi tersirat cerita ini?

Jangan habiskan masa berdengki dan cemburu dengan kelebihan orang lain. Lebih baik kita tahu apa kelebihan kita dan mengapa Allah memberikan kita sesuatu.

Bersangka baiklah bahawa Allah maha Adil. Ada yang ada pada orang lain ada tujuannya yang mungkin tidak sesuai untuk kita. Kita adalah unik dengan kelebihan tersendiri. Takkan itu pun kita tidak boleh bersangka baik dengan Allah dan ciptaannya?

Senyum


********

Perkongsian oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Saya suka baca post2 beliau. Sungguh "keayahan". Sungguh menyentuh hati.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Senyum. :))









Friday, May 10, 2013

Stock Updated (Tudung)

Bismillah.

Baru sahaja selesai mengemaskini tudung2 yg masih ada dalam stok. Maklumlah. Sibuk. Line internet pun tak berapa cemerlang. Tengah upgrade katanya. Sabar sajela..-.-

Untuk makluman para pelanggan yg saya hormati sekalian, TUDUNG BAWAL PLAIN 55/60 insyaAllah ada, sekiranya ada permintaan. Tapi, harap kalian semua dapat bersama dengan saya dalam meningkatkan level kesabaran yg ada dalam diri ye sepanjang proses nak mendapatkan tudung ini. Sebabnya banyak masalah di pihak supplier. 

Dan, sekali lagi saya mahu ingatkan,  untuk tudung jenis ini, STOK HANYA AKAN DIAMBIL PADA HARI SABTU/AHAD SETIAP MINGGU. Harap maklum. Sekiranya terdapat kekangan di pihak kami, harap adik2 kakak2 semua dapat bersama-sama dgn saya utk bersabar. Sabar. Sabar. Sabar. :')

Buat masa ni, supplier dah kembali beroperasi. Jadi, sekiranya hendak membuat sebarang tempahan, boleh langsung sms/whatsapp 013 7458076. Kemungkinan mesej anda di fb tidak dilayan adalah amat tinggi dalam waktu2 begini. Sebab line slow dan exam is around the cornerrr..T____T


Bagaimana nak order?
- pm/sms/whatsapp
- nyatakan warna tudung yg diingini
- tunggu saya confirmkan stok dgn supplier
- sy akan maklumkan kpd anda sama ada tdg tersebut ada/tiada
- sila berikan details utk penghantaran (sekiranya stok ada)
- sabar dan tunggu stok diambil pd hujung minggu
- kami pos sekiranya stok sudah ada pd kami


Semoga mesej ini dapat difahami oleh semua. Selamat bergaya dengan mengekalkan konsep patuh syariat ye..Adios! :)








Monday, May 6, 2013

Last : PRU 13

Bismillah.

Nothing to say. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Letih dengan permainan mereka. Hehh.

#peace no war.

Saturday, May 4, 2013

Selamat Mengundi!!

Bismillah.

Nak buat a very short post ini kali. Hehe. Selamat mengundi buat semua yg layak. Jangan tersilap pangkah tauu. Make sure anda dah tetap pendirian untuk pangkah yg mana satu.

Siapa yg masih belum tahu bagaimana nak mengundi? Sila surf malam ni!! Heheh.

Nak kongsi satu gambar. Semoga mendapat manfaat. ;)

#inikalilah!

Monday, April 29, 2013

24 JAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Allahuakbar. Sangat sangat sangat lamaaa tak menulis di sini. Keserabutan akal dan fikiran, kesibukan yg melanda, semuanya menyesakkan dan menyekat diri ini utk menulis. Oh ya. Kemalasan yang selalu je menjengah, pun antara sebabnya diri ini dah lama tak berkongsi. Hmm. Lagipun, apalah sangat yg dapat sy kongsi. Bila diri sendiri pun tak selalu topup ilmu dalam diri...Pheww.

Seriously, kosong. Bila nak share something pun, blurr. Takpe, take your time! Huu. Memang, kita kena selalu update stok ilmu dalam diri. Makin kita tambah, makin kita rasa kurang. Makin kita belajau, makin rasa tak pandai. Ye idak? 

Lagipun, haritu otw balik dari sekolah, ada terdengar seorang ustz bercakap dalam Ikim.fm, katanya sebagai seorang guru, sikap suka MEMBACA tu saaangat penting! Sebab apa? Sebab...hak murid adalah menerima ilmu dari kita. Kita pula, kena tunaikan hak murid, beri ilmu kepada mereka. Tapi kenalah selalu membaca supaya murid sentiasa dapat ilmu yang baru dan berguna. Kalau kita mengajar 10 tahun, dan kita malas membaca, hah, takkan lah kita nak share benda yg samaaa je sepanjang 10 tahun mengajau tu? Takkan nak pusing yang tu sahaja? Isyhh. Tak berkembang!. Huuu..

Ha, kalau bab membebel, laju je kau menaip. Tapi fasa tindakan, bagaimana? Haihhh. Diriku ohh diriku. T___T

Alhamdulillah, praktikum Fasa 1 baru je selesai Jumaat yg lepas. Banyak perkara yg saya belajar, untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran untuk masa2 yang akan mendatang lepas ni. Kenangan tu tak payah cakap le. Banyak! Seronok dengan anak-anak murid yang comelsss...Memang akan terkenang-kenang. Sobss. :')

Bilik dan barang2 dah dikemaskan, baju2 dah setel dibasuh, hmm..apa lagi ye? Ye..hadiah satu beg tak buka lagi. Hee. Haaa..Nak memperbaiki hubungan dengan org sekeliling. Yeah. Itu matlamat buat masa terdekat ni. Sedih rasanya. Bila asyik terpaksa bertapa dan tak bertegur sapa dengan org lain. Itulah. Nak keberkatan masa, bukannya senang dapat. Melainkan Allah nak bagi. Kenapa Allah tak bagi? Sebab diri sendiri kadang2 tak tunaikan hak Allah! Padan muka! Diriku ohhh dirikuuuu....*again*..T___T

Baiklah. Dah. Puas hati dapat membebel. Maafkan saya sekiranya secara sengaja atau tidak sengaja, diri ini telah mengguris hati dan perasaan anda semua, especially buat sahabat2, adik2, semua lah. Maaf. Diri ini hanya seorang manusia yg sedang mencari...

Sekian shj bebelan utk ini kali. Err. Hee. Ok, selamat mengundi bagi yg layak! Undi, jangan tak undi! Tunaikan kewajipan anda kepada negara. Pastikan pemimpin yg anda pilih tu, benar2 diyakini dapat memimpin ke arah yg lebih baik. Istikharah, bukan utk pilih pasangan je. Okeh? 

Itu sahaja, wallahua'lam. 
Adios!



P/S : Di bawah ni, saya attach muwasafat tarbiyyah (sifat-sifat pendidikan), sekadar untuk peringatan buat diri sendiri..dan juga pembaca..Tegur saya andai sy sering melakukan kesilapan..May Allah bless u all..Ilalliqa'~





Thursday, March 14, 2013

TERKINI : Bawal Plain Murah-Murah!! :)

Bismillah.


Short update. Saya dah upload DUA album baharu di facebook LYDIA CATALYST. Anda dijemput singgah untuk membelek-belek koleksi yang ada. Jangan risau, stok sentiasa ada, melainkan kalau saya kata tak ada. Hehe.

Harga mcm mana?? Haaa...ni yang nak cerita ni :)

Bawal Plain Bidang 55 - RM 15/each
Bawal Paddlepop 55" - RM 20/each
Bawal 3 Tones 55" - RM 20/each


Best kan harga dia??? Sangat best! Dan sangat berbaloi! :)
Di bawah ni saya muatnaik beberapa keping gambar :
















Untuk FULL ALBUM, sila klik :
ALBUM BAWAL PADDLEPOP 55" - RM20




Setakat itu sahaja. Beberapa minggu ni busy sungguh. Diri sendiri pun tak terurus. Haiya...:')
Syukran atas sokongan anda, jumpa lagi, adios! ^^



Saturday, March 9, 2013

Bawal 2 Alam Bidang 50!

Bismillah.

Ok, seterusnya. Huhu. Siapa pernah dengar tentang Bawal 2 Alam?? Haaa..Bawal 2 Alam ni dinamakan macam tu sebab pada tudung tu ada dua design. Jadi kita bebas pilih nak design yg mana untuk ditunjukkan pada bahagian luar atau dalam. Menarik kan?? :)

Antara design yang kami ada sekarang :













Untuk full album, sila rujuk di sini :


Semua ni hanya RM 18 sehelai! Teruja?? Segera pm LYDIA CATALYST atau sms 013 7458076 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Stok kali ni banyak. Tapi kalau lambat, melepas juga la jawabnyaaa. Heee. Adios :)



VCO : Promo 10% Discount on March!!

Bismillah.


Untuk pengetahuan semua, sepanjang Mac 2013 ni, pihak Catalyst telah membuka peluang keemasan kepada semua yang berminat ingin membeli produk-produk dari Catalyst. Apa dia peluang keemasan tu? Haaa..

Untuk bulan Mac ni, semua produk Catalyst telah diberikan diskaun sebanyak 10%. Sebagai contoh, VCO Sofgel yang sangat best dan menjadi hot seller tu, harga asalnya adalah RM 39.90. Tapi selepas diskaun sebanyak 10%, anda akan mendapat harga sebanyak RM 35.90 sahaja! Berbaloi kan??









Jadi tunggu apa lagi? Sementara bulan Mac masih ada, cepat rebut peluang ni!! :)
Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh segera pm saya di facebook LYDIA CATALYST atau segera sms di 013 7458076. 

Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Moga Allah merahmati kalian!
Adios :)



Bawal Pelangi Bidang 55!

Bismillah.

Bila agaknya dapat update pengisian untuk rohani sendiri ni? Hmm. Takpelah. Hari2 kita cuba jadikan hari untuk muhasabah ya..:')

Kali ni nak war2kan kemunculan Bawal Pelangi BIDANG 55. Terpaksa update tengah malam..eh. Awal pagi. Sebab susah nak cari waktu lain. Siang fokus kerja lain. Malam fokus kerja lain. Mujur masih bujang. Kikiki. -,-


Mempersembahkan...
Bawal Pelangi Bidang 55!







Untuk lebih banyak plihan warna, sila ke sini ya :
ALBUM BAWAL PELANGI BIDANG 55







Sekian untuk kali ini. 
Sebarang tempahan atau pertanyaan, segera pm di facebook LYDIA CATALYST atau langsung saja sms ke 013 7458076. Hee. :)

May Allah Bless U All! 
Maaf jika ada salah dan silap.
Adios :')



TUDUNG 55/60 LIMITED STOCK!!

Bismillah.

Fuhh. Sebenarnya dah lama upload album ni. Tapi tak dapat-dapat lagi nak update dalam blog. Line tak mengijinkan. Saje je kan CELCOM ni nak suruh saya upgrade student package yg sy tgh guna sekarang ni. Elok-elok lajuuu suatu masa dahulu, tiba2 lembab. Facebook pun SUSAH sangat nak buka. Haihhh. T_T

Ok, berbalik kepada tudung2 limited stock tadi. Kenapa limit? Sebab BAWAL PLAIN BIDANG 55/60 dari supplier dah tak ada stok lagi. Yang tinggal pada saya cuma beberapa helai dan warna sahaja. Sila skrol lagi dan lagi untuk melihat stok yg masih ada. :)


Bawal Plain Bidang 60 -RM18



Bawal Plain Bidang 60 -RM18




Bawal Plain Bidang 60 -RM18



Bawal Plain Bidang 60 -RM18



Bawal Plain Exclusive Bidang 60 -RM22



Bawal Plain Exclusive Bidang 60 -RM22



Bawal Plain Exclusive Bidang 60 -RM22



Bawal Plain Exclusive Bidang 60 -RM22





Untuk lebih banyak pilihan, sila rujuk album penuh di sini : 



Ok, sekian sahaja. Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi saya melalui fb LYDIA CATALYST.  Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini. :) Adios.




Thursday, February 21, 2013

Where Are You??

Bismillah.

Just a simple entry. Harapnya begitulah. Hehe.

Maaf, buat diri sendiri dan juga sahabat2 pembaca sebab dah lama yang sangat3 tak update blog. Nak kata bersawang, Alhamdulillah takde lah sawang sangat cz tak bersepah mana. Cehh. *ini semua poyo*

Kerja kita melebihi masa yg kita ada. Itu je yang mampu terucap. Selagi masih ada waktu yg kita boleh manfaatkan untuk kepentingan org lain dan diri sendiri, manfaatkanlah. Saya kata begini bukan sebab saya sentiasa beri manfaat kpd org lain. Saya ni selalu sangat memberi mudharat kepada diri sendiri. Kenapa?

Sebab dah tahu banyak tugas, banyak nak kena tanggung, tapi masih lagi leka. Masih rilex buat benda yg saya suka dan tinggal apa yg saya tak suka. Walaupun yg tak disukai tu pun AMANAH juga. Berat nanang dah ni. :(

Oh ya. Sekarang ni pun minat untuk mencari line internet di mana sahaja dah kurang. Saya perlukan semakphone sebutir untuk memudahkan urusan. Mudah2an semakfon yg saya request tu ada stok lagi. Pleasee. Saya dah penat nak fikir. Kesilapan org lain, kita yg teraniaya. Sabar dalam bersabar. Ingat mudah? Sabar saje lah. *sigh*

Okeh. Setakat itu dahulu. Akan update lagi kalau rajin tiba2 datang. Macam sekarang ni ha. ;p

Jaga diri baik2 semua. PRU dah dekat. Jangan lupa mengundi. Buat istikharah dulu awal2. Tak kisah lah nak pangkah siapa, yang PENTING pilih yang bawa Islam. Bukan yg hina dan rendah2kan Islam. Got it? Good. :)

May Allah bless u all!
Adios! ;)







Monday, January 14, 2013

Saya Tahu..Tapi......?

Bismillah.

Tengah-tengah syok menge'like' dan menge'share' nasihat2 untuk para wanita di fesbuk, tiba2 muncul satu gambar; gambar rakan yang tak menutup aurat. 360 darjah berbeza dari dulu. Dan, timbul pulak satu perasaan yg tiba2 menyentap hati. 

"Aku salah ke sebab tak nasihat dia?"
"Rasanya takpe ke kalau biarkan je?"
"Agak2 dia boleh terima ke kalau aku tegur dia?"
"Apa aku nak buat ni?"

Sedih. Rasanya sampai saat ni saya dapat saham sebab tak pernah tegur kawan tu. Yes, kami memang tak pernah rapat. Yes, saya tahu maybe dia nampak lebih cantik bila dedahkan sana sini, itu ini. Yes, memang semuanya nampak cantik dan nampak tak berdosa. But in fact??

Sebenarnya kalau dia tutup apa yang perlu, lagi cantik. Tak luak pun cantik dia. Sebab dia memang cantik. :')

Kadang-kadang orang yang tahu ni, dosa dia lebih banyak dari yang tak tahu. Sebab dia tahu dan dia tak sebarkan. Atau dia tahu tapi dia biarkan. Ataupun dia tahu tapi dia diamkan. Saya juga termasuk dalam golongan yang tahu tapi selalu membiarkan. Hmm. So, apa yang perlu kita buat?

Pernah satu masa dulu, orang yang menaip ni (saya lah -,-) beranikan diri tegur seorang kenalan fb yang dedah sana sini dan rela gambar2 tak senonohnya dipuji dan disukai oleh ramai, terutama golongan LELAKI. Well, kalau kawan pesbuk PEREMPUAN pun teruja nak jadi 'silent readers/viewers', apatah lagi LELAKI. Walaupun mungkin ada LELAKI-LELAKI yang tak komen or like gambar2 tu, gambar tu tetap juga jadi tontonan umum. Sesiapa saja boleh tengok. Termasuk anda. Dan saya.

Tapi apa jadi bila saya tegur? Habis kena maki, carut, dan sebagainya. Tragedi (tragedi??) tu buat saya tak senang duduk dan susah hati. Dan buat saya kurang yakin untuk menegur lagi. Walaupun saya tahu, perbuatan berdiam diri bila tengok maksiat berlaku tu adalah perbuatan yang salah. Entah. No komen.

Tapi sampai saat ni, saya tahu perbuatan berdiam diri bukanlah satu perbuatan yang sepatutnya. Nak tak nak, kena tegur. WAJIB tegur. Apa guna atas I/C tertulis ISLAM tapi tak amal cara hidup ISLAM? Harap kawan saya diberikan peluang untuk berubah.

Saya taknak dapat saham sebab tak tegur dia. Dan saya taknak dia hukum saya di akhirat nanti sebab TAK PERNAH NASIHATKAN DIA. Saya tak nak. Harap awak boleh faham, kawan. :'(

"Sesungguhnya tiap seorang daripada kamu adalah bersaudara...."

Atas sebab kita bersaudara, harapnya saya mampu lihat awak berubah. Walaupun bukan sebab saya yang nasihatkan awak, tapi harapan saya, adalah untuk lihat awak berubah. Sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan. :')

Maaf andai tersilap bahasa.
Adios.








Bawal Plain Ekslusif Bidang 55/60

Bismillah.


Ada berita baik untuk penggemar tudung bidang besar-bidang 60" dan tudung-tudung yang fashionable pada masa kini! Jemput singgah ke fb LYDIA CATALYST untuk mencuci-cuci mata dengan pelbagai jenis tudung dan shawl, yang pasti membuat anda rambang mata! Hee...;p

Terkini yang dah dimuatnaik ke dalam fb LYDIA CATALYST :


Price : RM22



Price : RM20



Price : RM35



Selamat melawat dan selamat membeli! :) 
Anda digalakkan memakai inner. Don't forget to cover your aurat! ;)
Adios!



Wednesday, January 9, 2013

Bawal Plain Bidang 55/60


Bismillah.


Ok. Bisnes dan bisnes lagi. Kali ni bisnes tudung pula, tolong jualkan je. Lately dah makin ramai yang cenderung untuk memakai tudung yang sedikit labuh. Nampak manis, sopan dan cantik je mata memandang. ;)

Jemput singgah ke fb LYDIA CATALYST untuk menjenguk-jenguk album tudung ni. InsyaAllah, akan datang saya akan update lebih banyak jenis tudung dan shawl yang pastinya bertepatan dengan citarasa anda sebagai seorang Muslimah. :)


Album Bawal Plain :

Contoh warna dan gambar tudung :





SEDIKIT KETERANGAN :

Sekiranya berminat untuk mendapatkan tudung ini (wholesale available!),
sila pm details berikut ke inbox fb saya :

- Nama
- Alamat
- Contact no.
- Kod items.

Standard bayaran postage adalah seperti berikut :

1-9 helai:
Semenanjung (RM7)
Sabah & Sarawak (RM9)

10 -19 helai: 
Semenanjung (RM10)
Sabah & Sarawak (RM15)

Cukup 20 helai (sekodi) :
FREE POSTAGE


Bayaran perlu dibuat dalam masa 2 hari.
via: Bank Islam, Maybank




Macam mana? Berminat? Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat tempahan segera di fb LYDIA CATALYST atau hubungi 013 7458076.

Adios! Jom tutup aurat! ;) ♥


Tuesday, January 8, 2013

VCO : Pengenalan Kepada VCO Catalyst

Bismillah.

Pernah dengar tentang Minyak Kelapa Dara atau VCO? Lately dah semakin banyak produk berasaskan minyak kelapa dara, sebab kajian mendapati banyak sangat khasiat yg kita boleh dapat melalui vco ni. Selamat berkenalan dengan VCO! :)

Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil atau lebih mudah dipanggil VCO keluaran CATALYST menggunakan 100% bahan semulajadi yang diproses & dihasilkan dalam bentuk softgel. 

Minyak Kelapa Dara ( VCO ) ini memiliki pelbagai manfaat kesihatan :
- Rawatan rambut
- Rawatan kulit
- Mengawal kolesterol
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma 
- Mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV dan kanser
- Penjagaan gigi dan kekuatan tulang.
- Dan Sebagainya.

Produk-produk Catalyst Nutraceutical adalah 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kesihatan dalaman badan dan juga kulit. Ianya adalah halal kerana Catalyst Nutraceutical adalah produk keluaran Malaysia dan 100% bahan semulajadi. Sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki serta semua peringkat umur.

Product Catalyst Nutraceutical adalah tertakluk di bawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985. Didepan kotak sudah tertera food supplements. Untuk makluman, komposisi bahan yang digunakan adalah 100% PURE VIRGIN COCONUT OIL which is stated clearly. Komposisi bahan lain tiada kerana mmg kami gunakan virgin coconut oil yang halal. Harap maklum.

Side effect atau lebih tepat dikatakan kesan penggunaan virgin coconut oil adalah bergantung kepada tubuh badan pengguna tersebut di mana its varies from one person to another. 

The common symptom adalah : Mengantuk, kerap kencing, rasa letih yang mana bersifat sementara. It is part of detoxification activities.

Semua simptom yang disebutkan di atas, kita namakan juga sebagai satu 'healing crisis'. Masa healing tu, macam2 krisis yg berlaku, maybe ada yang makin naik jerawat, dll. Sebab time tu dia nak keluarkan dulu segala kotoran dan toksin. Sebab tu, kena banyakkan minum air putih/air mineral/air masak. :)

Ok, sampai sini sahaja. Boleh singgah atau add saya di fb LYDIA CATALYST untuk melihat produk dan utk membuat tempahan. May Allah Bless U All! Adios. ^^




Friday, January 4, 2013

VCO : Penghantaran Pos Laju

PERHATIAN : 

Kepada para pelanggan, mulai Jan-Mei 2013, sebarang produk yang ditempah/dibeli daripada saya melalui sistem pos laju, saya hanya akan mengeposnya pada hari JUMAAT setiap minggu

Oleh sebab berlaku kekangan dari segi masa (jadual kuliah yang padat setiap hari untuk semester kali ni), maka saya telah membuat keputusan, dan harap anda semua maklum akan hal ini. 

Oh ya, sebarang perubahan akan saya maklumkan nanti. ^_^ 
Harap selesa berurusan dengan saya, terima kasih atas segala sokongan yang diberi, barakallahufiikum! :) ♥






LinkWithin

Lazada Malaysia