Monday, April 29, 2013

24 JAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Allahuakbar. Sangat sangat sangat lamaaa tak menulis di sini. Keserabutan akal dan fikiran, kesibukan yg melanda, semuanya menyesakkan dan menyekat diri ini utk menulis. Oh ya. Kemalasan yang selalu je menjengah, pun antara sebabnya diri ini dah lama tak berkongsi. Hmm. Lagipun, apalah sangat yg dapat sy kongsi. Bila diri sendiri pun tak selalu topup ilmu dalam diri...Pheww.

Seriously, kosong. Bila nak share something pun, blurr. Takpe, take your time! Huu. Memang, kita kena selalu update stok ilmu dalam diri. Makin kita tambah, makin kita rasa kurang. Makin kita belajau, makin rasa tak pandai. Ye idak? 

Lagipun, haritu otw balik dari sekolah, ada terdengar seorang ustz bercakap dalam Ikim.fm, katanya sebagai seorang guru, sikap suka MEMBACA tu saaangat penting! Sebab apa? Sebab...hak murid adalah menerima ilmu dari kita. Kita pula, kena tunaikan hak murid, beri ilmu kepada mereka. Tapi kenalah selalu membaca supaya murid sentiasa dapat ilmu yang baru dan berguna. Kalau kita mengajar 10 tahun, dan kita malas membaca, hah, takkan lah kita nak share benda yg samaaa je sepanjang 10 tahun mengajau tu? Takkan nak pusing yang tu sahaja? Isyhh. Tak berkembang!. Huuu..

Ha, kalau bab membebel, laju je kau menaip. Tapi fasa tindakan, bagaimana? Haihhh. Diriku ohh diriku. T___T

Alhamdulillah, praktikum Fasa 1 baru je selesai Jumaat yg lepas. Banyak perkara yg saya belajar, untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran untuk masa2 yang akan mendatang lepas ni. Kenangan tu tak payah cakap le. Banyak! Seronok dengan anak-anak murid yang comelsss...Memang akan terkenang-kenang. Sobss. :')

Bilik dan barang2 dah dikemaskan, baju2 dah setel dibasuh, hmm..apa lagi ye? Ye..hadiah satu beg tak buka lagi. Hee. Haaa..Nak memperbaiki hubungan dengan org sekeliling. Yeah. Itu matlamat buat masa terdekat ni. Sedih rasanya. Bila asyik terpaksa bertapa dan tak bertegur sapa dengan org lain. Itulah. Nak keberkatan masa, bukannya senang dapat. Melainkan Allah nak bagi. Kenapa Allah tak bagi? Sebab diri sendiri kadang2 tak tunaikan hak Allah! Padan muka! Diriku ohhh dirikuuuu....*again*..T___T

Baiklah. Dah. Puas hati dapat membebel. Maafkan saya sekiranya secara sengaja atau tidak sengaja, diri ini telah mengguris hati dan perasaan anda semua, especially buat sahabat2, adik2, semua lah. Maaf. Diri ini hanya seorang manusia yg sedang mencari...

Sekian shj bebelan utk ini kali. Err. Hee. Ok, selamat mengundi bagi yg layak! Undi, jangan tak undi! Tunaikan kewajipan anda kepada negara. Pastikan pemimpin yg anda pilih tu, benar2 diyakini dapat memimpin ke arah yg lebih baik. Istikharah, bukan utk pilih pasangan je. Okeh? 

Itu sahaja, wallahua'lam. 
Adios!



P/S : Di bawah ni, saya attach muwasafat tarbiyyah (sifat-sifat pendidikan), sekadar untuk peringatan buat diri sendiri..dan juga pembaca..Tegur saya andai sy sering melakukan kesilapan..May Allah bless u all..Ilalliqa'~





No comments:

LinkWithin