Showing posts with label vco. Show all posts
Showing posts with label vco. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

VCO : Promo 10% Discount on March!!

Bismillah.


Untuk pengetahuan semua, sepanjang Mac 2013 ni, pihak Catalyst telah membuka peluang keemasan kepada semua yang berminat ingin membeli produk-produk dari Catalyst. Apa dia peluang keemasan tu? Haaa..

Untuk bulan Mac ni, semua produk Catalyst telah diberikan diskaun sebanyak 10%. Sebagai contoh, VCO Sofgel yang sangat best dan menjadi hot seller tu, harga asalnya adalah RM 39.90. Tapi selepas diskaun sebanyak 10%, anda akan mendapat harga sebanyak RM 35.90 sahaja! Berbaloi kan??









Jadi tunggu apa lagi? Sementara bulan Mac masih ada, cepat rebut peluang ni!! :)
Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh segera pm saya di facebook LYDIA CATALYST atau segera sms di 013 7458076. 

Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Moga Allah merahmati kalian!
Adios :)



Tuesday, January 8, 2013

VCO : Pengenalan Kepada VCO Catalyst

Bismillah.

Pernah dengar tentang Minyak Kelapa Dara atau VCO? Lately dah semakin banyak produk berasaskan minyak kelapa dara, sebab kajian mendapati banyak sangat khasiat yg kita boleh dapat melalui vco ni. Selamat berkenalan dengan VCO! :)

Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil atau lebih mudah dipanggil VCO keluaran CATALYST menggunakan 100% bahan semulajadi yang diproses & dihasilkan dalam bentuk softgel. 

Minyak Kelapa Dara ( VCO ) ini memiliki pelbagai manfaat kesihatan :
- Rawatan rambut
- Rawatan kulit
- Mengawal kolesterol
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma 
- Mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV dan kanser
- Penjagaan gigi dan kekuatan tulang.
- Dan Sebagainya.

Produk-produk Catalyst Nutraceutical adalah 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kesihatan dalaman badan dan juga kulit. Ianya adalah halal kerana Catalyst Nutraceutical adalah produk keluaran Malaysia dan 100% bahan semulajadi. Sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki serta semua peringkat umur.

Product Catalyst Nutraceutical adalah tertakluk di bawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985. Didepan kotak sudah tertera food supplements. Untuk makluman, komposisi bahan yang digunakan adalah 100% PURE VIRGIN COCONUT OIL which is stated clearly. Komposisi bahan lain tiada kerana mmg kami gunakan virgin coconut oil yang halal. Harap maklum.

Side effect atau lebih tepat dikatakan kesan penggunaan virgin coconut oil adalah bergantung kepada tubuh badan pengguna tersebut di mana its varies from one person to another. 

The common symptom adalah : Mengantuk, kerap kencing, rasa letih yang mana bersifat sementara. It is part of detoxification activities.

Semua simptom yang disebutkan di atas, kita namakan juga sebagai satu 'healing crisis'. Masa healing tu, macam2 krisis yg berlaku, maybe ada yang makin naik jerawat, dll. Sebab time tu dia nak keluarkan dulu segala kotoran dan toksin. Sebab tu, kena banyakkan minum air putih/air mineral/air masak. :)

Ok, sampai sini sahaja. Boleh singgah atau add saya di fb LYDIA CATALYST untuk melihat produk dan utk membuat tempahan. May Allah Bless U All! Adios. ^^




Friday, January 4, 2013

VCO : Penghantaran Pos Laju

PERHATIAN : 

Kepada para pelanggan, mulai Jan-Mei 2013, sebarang produk yang ditempah/dibeli daripada saya melalui sistem pos laju, saya hanya akan mengeposnya pada hari JUMAAT setiap minggu

Oleh sebab berlaku kekangan dari segi masa (jadual kuliah yang padat setiap hari untuk semester kali ni), maka saya telah membuat keputusan, dan harap anda semua maklum akan hal ini. 

Oh ya, sebarang perubahan akan saya maklumkan nanti. ^_^ 
Harap selesa berurusan dengan saya, terima kasih atas segala sokongan yang diberi, barakallahufiikum! :) ♥






Tuesday, December 18, 2012

VCO : Jerawat Makin Banyak?

Bismillah. 

Ada sesetengah pelanggan yang sudah mengambil VCO (Virgin Coconut Oil) sebagai supplement mereka telah memberitahu kepada saya, bila makan vco je, jerawat makin banyak. Lepas satu, satu lagi tumbuh. Muka berminyak bukan main. Saya pun macam tu pada awal pengambilan vco dulu. Tapi sekarang dah tak dah. Kalau ada pun, sebab lain, faktor cuaca dll. Hee. 

Sebenarnya itu perkara biasa. Lain orang, lain caranya vco ni bertindak terhadap tubuh badan kita. Di bawah ni, ada sedikit penerangan untuk masalah seperti ini. Selamat membaca :) 


Jerawat keluar makin banyak? 
Siap bernanah-nanah?
Rasa gatal dan bintik merah di muka dan hidung?
Ini sebab kesan sampingan atau proses penyembuhan?

Penerangan serba sedikit tentang masalah itu:

VCO / Collagen dari Catalyst adalah diperbuat dari sumber semulajadi. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan supplement atau minuman/makanan kesihatan ini ? 

Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan VCO/Collagen :

Golongan (1) 
-Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah apabila mengambil supplement.
-adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) 
-Yang merasakan tiada apa-apa perubahan terhadap dirinya. 
-adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab-sebab tertentu.

Golongan (3) 
-Yang mengalami masalah seperti ruam, gatal-gatal dan sebagainya.adalah mereka 
-adalah yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Kenapa proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sebegitu ?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.

Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.

Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari. Jadi diharapkan dengan penjelasan ini, yang berhadapan dengan masalah ini tidak ragu-ragu lagi untuk terus amalkan VCO dan juga Collagen. 

Sebab kebanyakan customers yang alami masalah ini berjaya sembuh selepas beberapa bulan. Ingat ya, badan manusia sistem hormonya amat berbeza. Ada yang hilang terus, ada yang keluar jerawat sebagai tanda healing process, dll. 


Okeh, done. Kalau ada sebarang masalah berkenaan vco dan pengambilannya, sila pm saya di fb, LYDIA CATALYST atau hubungi/sms 013 7458076. InsyaAllah, saya bersedia membantu anda :)



Tuesday, October 16, 2012

Masalah Rambut?

Bismillah.


Anda sering mengalami masalah keguguran rambut yang melampau? Kulit kepala yang berminyak dan berkuping? Kelemumur? Rambut kasar dan rosak? Ok, di sini, saya boleh memberi cadangan sebagai penyelesaian kepada masalah anda!

Memperkenalkan, Hair Treatment Series yang dikeluarkan oleh syarikat Catalyst Nutraceutical Sdn Bhd. Syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk yang berasaskan Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO), yang telah terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Menarik kan? :)

Kenapa dinamakan Minyak Kelapa Dara?

Sebab, minyak kelapa ini diproses tanpa sebarang penggunaan haba atau kimia. Oleh itu, struktur asal dalaman minyak kelapa ini dapat dikekalkan keasliannya, berbanding dengan minyak kelapa biasa yang diproses menggunakan haba dan kimia yang boleh membawa kepada kemudharatan apabila manusia memakannya.

Berbalik kepada HAIR TREATMENT SERIES yang saya sebutkan tadi, apa ye khasiatnya? Okeh, mai sini nak cerita. Apa benda sebenarnya Hair Treatment Series ni? Produk ni sesuai untuk LELAKI dan WANITA tau. Ni dia :



Hair Treatment (botol kecil) : RM 39.90
Hair Revitalizer (botol tinggi) : RM 39.90



Cara Penggunaan :

Hair Treatment :

- Titiskan sedikit Hair Treatment pada tapak tangan dan sapukan 30 minit sebelum mandi.
- Pastikan sapuan terkena sehingga ke kulit kepala / akar rambut.
- Setelah 30 minit, basuh rambut seperti biasa dengan syampu.
- Jika rambut anda panjang, sapuan nipis sudah memadai.

Hair Revitalizer :

- Titiskan sedikit Hair Revitalizer pada tapak tangan anda.
- Sapukan Hair Revitalizer pada rambut anda.
- Jika rambut anda panjang, sapuan nipis sudah memadai.
- Tidak perlu dibilas semula.
- Boleh digunakan untuk kegunaan harian.
- Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepat proses perawatan dan penyegaran kulit kepala dan rambut.


Kelebihan menggunakan Hair Treatment Series ?

- Merawat kebotakan dan keguguran rambut
- Menghitamkan dan melebatkan rambut
- Mengatasi masalah penyakit kulit kepala
- Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala
- Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala
- Mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya kelemumur dari membiak
- Rambut menjadi subur dan bertambah hitam
- Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya
- Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari
- Menyuburkan kulit kepala


Sebenarnya, masalah keguguran rambut memang dialami oleh semua orang. Normal. Tapi, kadar normal bagi rambut yang gugur adalah dalam lingkungan 50-80 helai sehari. So, biasalah tu kalau bilik air, bilik tidur, bersepah dengan rambut yang gugur. Jangan risau ya ladies and gentlemen sekalian. Tapi pastikan kadar pertumbuhan rambut yang baru lebih tinggi dari kadar rambut yang gugur, untuk mengelakkan masalah kebotakan! Untuk bacaan anda semua, sila klik di SINI. :)

Nak kongsi satu perkara tentang rambut ni. Perkongsian ni saya dapat waktu dalam kelas, ustazah yang bgtahu. Hee. ;) Ni dia :

Jangan sikat rambut dalam keadaan berdiri, seeloknya sikat rambut dalam keadaan duduk. Kenapa ye? Sebab, sikat sambil duduk dapat menguatkan otot jantung. Ada bukti kenyataan ni dari saintis, tapi malangnya saya tak dapat cari bukti saintis tu. Maaf ye. Heee..

Okeh, itu saja untuk kali ni. Sebarang pertanyaan atau sebarang maklumat lanjut, boleh pm/ sms saya di facebook Lydia Catalyst. Semoga bermanfaat! Adios!




Tuesday, August 28, 2012

Our Last PBS

Bismillah.

Curi-curi masa meng'update'. Hee. Kerja banyak bukan nak buat. Duk berfoya-foya ke kerja ang. Takpe takpe. Sebelum cuti merdeka ni, try buat. Azam ni. Cehh. Cakapp je lebih. Buatnya tak jugak. Wuwuw.

Hmm, actually, PBS sepatutnya dijalankan selama 5 hari. Tapi oleh sebab sekolah ambil cuti pada 16 dan 17 Ogos, maka kami pun bercutilah sama. Seronok la kononnya. Sebab tak expect kena ganti ke apa ke. Sekali keluar PEKELILING, amekauu. Maka secara rasminya, kami perlu juga mengganti cuti tersebut dan mencukupkan kuota 5 hari tu. Hmm. Yang tu, kita sembang kemudian ye. Feninn. Nak fikir transport lg, sekolah mana lg. Haiya. Takpe2. Ada lah tu penyelesaiannya InsyaAllah.

Hah, berbalik kpd pengalaman sewaktu di sekolah. Well, macam biasa, pergi sekolah, tinjau sana tinjau sini, masuk kelas itu masuk kelas ini, buat tugasan itu tugasan ini, tup tup dah 3 hari. Kali ni memang padat lah. Buat kerja dan tugasan pun rasa terkejar-kejar. Ni belum jadi real teacher lagi ni. Fuhhh. -.-

But frankly, memang rasa best lah berPBS dekat sekolah ni. (Oh ya, Lupa mention. Kami berPBS di SK Sri Tangkak, Tangkak, Johor. Anyone yg pernah sekolah kat sini dulu? Ada? Ok, duk diam2. Heee.)

Hari pertama dan kedua, memang pack. Kitorang sedaya upaya setelkan apa yg patut. Plus, nak kena mengajar lg. Ohoo. Sebenarnya TAK BOLEH tau mengajar time PBS. Sebab belum dapat lesen lagi sebenarnya. Tapi dah lecturer bg tugasan ghupe itu, mau tak mau, kena lah juga buat. Terketar-ketar cikgu ni haaa. Bukan reti sangat pun. Sobs. (Malu je pikir balik. Takmau dah jadi cikgu yg "baik sangat". Pengajaran utk praktikum nanti. Heee.)

Well, memandangkan telah berlaku banyak konflik pada minggu ini, jadi, yang menaip ni pun rasa kekurangan idea nak menulis apa lagi. Sebenarnya dah create post ni lama dah, waktu tu mood ok lagi. But something happen dan telah merosakkan mood itu. Erm. Let's not talk about it. #bibirtersenyumhatimenangis

Ok. Takmau bebel lagi dah. Cukup suda. Sila lah jamu mata dgn gambar's ni. Tak banyak yg dpt diupload. Kepada cik Syazwani, syukran jaziiilan atas jasamu mensudikan diri menerima daku sbg tamu di rumahmu. Hehe. And thanks sangat2 sebab jd pendengar dan penasihat yg baik kpd konflik2 yg aku alami. Sobs. Lain kali InsyaAllah I datang rumah U lagi. ;p

Dah. Sila layan gambar.


Perhimpunan Pagi 

Hari ke-3 ; Majlis Khatam al-Quran

Manfaatkan harta sebaiknya. Heee.

Gambar raya. LOL. ;p
(From left : Syamsuri -IPG Ipoh, Tn Hj Mazlan-GB, si comot-IPPM, dak Wani-IPRM, Ain Rahman-IPG Ipoh)

Nah cik syazwani. Nak sangat kan pose macam Irine. Haha. *muntah hijau :p 


Apa ni? Takdak kaitan. -.-
Produk-produk VCO from Catalyst. Hee.


Sekian dahulu.
Kepada pembaca dan kawan-kawan sekalian, maaf andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan. :')
Adios!


Saturday, August 25, 2012

VCO (Minyak Kelapa Dara) - Catalyst Product

Bismillah.

Fuhh. Ni apesal tiba-tiba post pasal vco ni? Emm, bukan apa. Sebenaqnya ceq selalu guna blog lagi satu kalau nak promote2 ni. Sebab blog tu memang officially utk bisnes. Hehe. Tapi....ermm..kenapa ek? Lupakan saja. Heee.

So, sekarang just nak habaq kepada sekalian pelawat blog ini, saya merupakan seorang agen sah bagi produk Catalyst -100% buatan Malaysia, dijamin HALAL, dan terbukti berkesan! ;)

Awat lambat sangat bgtau? Entahle? Orang baru, banyak nak kena belajar. InsyaAllah, saya sendiri pun dah guna produk vco ni, Alhamdulillah kesannya positif. Sebenarnya banyak lagi produk yang lain (dari syarikat Catalyst juga), yang juga berasaskan vco. Khusus utk yg dah berumahtangga ada, utk yg masih bujang pun ada. Even budak umur 8 tahun pun boleh consume vco tau! Boleh blako lah senang cerita. ;)

Ahhaa..tak mau membebel panjang. Sekarang ni semua pun masih dalam mood raya. (Tapi tidak buat murid sekolah, guru-guru, para pensyarah, pelajar IPT, IPG, dll yg sewaktu dengannya. -.-) Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan. Dan mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang menconteng di laman ini. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan VCO ni, sudi-sudikanlah melawat ke laman Facebook tempat saya membebel seorang diri (Heee -.-') ni :

(Nadiah : 013 7458076 - Melaka, Muar, Batu Pahat)


Okeh, Sekian sahaja utk kali ni. Nak post tentang PBS, belum ada idea lg nak membebel mcm mana. Nak menaip ni pun, kena tunggu idea jugak. Nanti tak memasal merapu, satu apa pun tak faham. Sekian, adios!





LinkWithin

Lazada Malaysia