Sunday, April 24, 2011

Hikmah Sibuk!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!


Okeh, nyanyi la sendiri yer. Betulla kan, hari-hari kerja. Even "tanam anggur" kat rumah pun kira kerja jugak lah tuu kan? Ehehe. jgn marah, t cepat tua. ;p

Lately, sy dan rakan2 asyik disibukkan dan menyibukkan diri dgn macam2 aktiviti, task, test dan sebagainya. Wahhh! Rasanya kalau nak kira cas2 negatif sepanjang minggu ni, memang banyak tak terkira! Kedutan di wajah pun semakin hari semakin terbina. Haiyaa..Mana taknya, masing2 asyik wat muka berkerutt je, wat muka masamm je. Sampai hilang daya senyum. Aduii. Hebat sungguh penangan kesibukan tuh. Maaf sangat2 kepada my rumet, my jiran2, and all my friends, kalau diri ini seringkali menyakitkan hati anda2 semua. Maklumlah..emo la katakan...

Kerapkali juga kami merungut, taknak buat ini! Taknak bayar itu! Taknak jd mcm ni! Takmau mcm tu! Huhu. Tapi? Pada akhirnya kami tetap akur dan taat. Well, سَمِعْنَا وَ أَطَعْنَا... :)

Sudahnya, apa yg kami tak mahu tu tetap jugak dilaksana, tetap jugak berjaya diselesaikan. Itulah yg org kata, sedar akan tanggungjawab. Kalau kami tak tahu tanggungjawab, memang tak akan terbuat lah semua tu. Betui dak kawan2? ;p

Kalau dulu, masa foundation, akak2 selalu kata "eh, bz nya korang" bila depa tengok kami semua selalu kalut wat mcm2. Kumpul segala mcm fail lah, kelas smpai lewat petang lah..Depa siap ckp camni lagi, "Time kitorang foundation dulu takdela sampai cam korang nih. Kesiannya" Huhu..Thankz to akak2 semua, cz prihatin dgn kami. :) Sekarang junior and senior dah terpisah jauh. Tak duduk sebumbung ostel lagi. Rindu pulak...Huhu

Hah, dan akak2 ni selalu ckp, "time degree nanti mesti lg bz" Okeh. Sy setuju! Huhu. Bukan bz dgn kelas2 kuliah. Tp dengan segala mcm aktiviti. Sibuk dgn ISL (??), presentation..Haih..Tambah2 pulak siapa yg ada pegang mcm2 jawatan tu. Sy simpati sangat bila tgk kawan2 yg berkaliber tu terpaksa ke sini sana membuat itu dan ini. Kalau nk dibandingkan sibuk saya dgn sibuk mereka, rasanya memang sgt jauh bezanya! Tapi saya? Baru dpt kerja sikit je pon dah merungut-rungut selama seminggu. Cuba la rasional sikitt...Huhu :(

Sejak dah naik PISMP ni, rasa mcm tak sempurna kalau tak sibuk. Bila ada masa free je, masing2 cam teruja sgt2! Hehe. Mulalah nak berfoya-foya, tidur sesuka hati, on9 sini sana.(Itu saya.Hehe) Haiyaa. Bukan nak study. Tambah2 pulak sekarang ni kami belajar mcm2 fakta dan byk citation2 yg perlu diingat bg setiap subjek! Huhu. Kalau tak perlu buat semua ni, bukanlah student namanya.

So, kena la ada inisiatif sendiri. Takkan asyik nak kena tolak baru nak bergerak. Rakan2ku, masih ingatkah anda kata2 Madam Low? "U all jgn jadi pahat. Ketuk sekali, bergerak, Ketuk sekali, bergerak." sambil wat gaya dy. Kita gelak, gelak jugak. Tapi jgn lupa ambik ibrah. Huhu (peringatan tuk diri sendiri!)

Hmm, itu kalau tak sibuk. Kalau dah sibuk, semua benda tolak tepi. Yg difikirkan, kerja,kerja dan kerja. Isyh, tp solat tu takde la sampai tinggal, kan? Cuma makan je la yg selalu diabaikan. Huhu. Kalau dah terlampau bz tu, perut pon tak terasa lapar. Nanti dah sampai tahap kritikal baru la nak cari ubat. Haiyaa...Makan itu penting maa..Sumber tenaga kite. :)

Kesimpulannya (kena simpulkan,sbb dah byk sgt membebel.Hehe), kalau kita selalu disibukkan dgn mcm2 kerja, cuba utk jd seorg yg positif. Walaupun sy sendiri belum mampu, tp sy cuba. Kan ke seronok bila jd org yg sibuk ni. Rasa cm org pentinggg je (perasan.Haha)

Lagi satu, dah nama pon pelajar, up lg sikit, bakal guru. Kena lah biasakan diri dgn mcm2 kerja, mcm2 task, mcm2 pengurusan. Nanti takdela rasa terbeban sgt bila dah mula bekerja sbg seorang guru. Ea? Ok2 sy cubaaaa.....=.="

La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!





diari pengarang : Kalau tak mau kerja, jgn jadi manusia. Ok bye. Huhu~

Friday, April 15, 2011

Kosong Atau Berisi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Manusia sentiasa akan berubah, kan?
Same goes with me.
Same goes with u t0o. Kan?

Okeh2. Pasal berubah tang mana, angpa pikir sendiri. Hehe. Sekarang ni sy cuma nak mintak sedikit pendapat (banyak, dialu-alukan) daripada kamu semua. Tentang blog ni.

Hmm, kadang2 kita suka buat sesuatu tu untuk kepentingan kita sendiri, bukan utk kepuasan org lain. Tapi dalam hal blog2 nih, sy suka tanya pendapat org lain ttg apa yg mereka pikir ttg blog sy. Bukan nak kata blog ni gah dan sebagainya. Blogger picisan la katakan. Berblogging bukan utk dikenali,tp hanya utk menyampaikan.

Okeh2. Lari tajuk lak tetibe.

Ni hah. Tentang blog's appearance. Masa awal2 ubah design dulu, memang minat sgt dgn template ni sbb macam2 kita boleh wat ikut kreativiti kite. Dan sy suka biarkan background tu kosong, white colour only sbb tak nampak serabut.


Current appearance

Tapi kadang2 rasa bosan jugak, putihh je. No variation, no colours. Bosann. Tetibe jadi rindu dgn wajah yg lama dulu. Hehe.

Ku pilih hijau. Huhu~

But, dah tukar dah pun kan. So let bygone be bygone. Sekarang ni, nak tanya pendapat la, better kekalkan cam yg dah sedia ada sekarang ni ataupun teruskan niat utk menambah background pd blog ni? Biarla org kata "wat je la ikt suka ati ko" ataupun "ek'ele,tu pun nk tanya2. Wat je la", sy tetap nak tanya jugak. Hehe.


Background 1


Background 2


Background 3


Background 4


Serabut ke ok? Pilih2. (cam kedai kain pulak) Emm, sebenarnya, pd awal pembinaan dulu, memang teringin sgt nak letak bunga2 kecik yg comel2 tu sebagai background. Tp tak jumpa yg menarik hati. Tapi (brape byk tapi daa) bila pi blog org lain, yg itu berkenan,yg ini berkenan. Nak amek yg serupa kang tak best pulak. Ye idak? Huhu.

Act, banyak lagi background yg nak dicuba. Tp takkan la nk letak semua kat cni kan? Pening lak nanti. Cuma nak mintak pendapat u'all la, better empty or just fill it.

Okeh, dah2. Macam la ada org mau baca. Huhu. Esok ada lagi paper MUET. Ummi and abg suruh study, tp saya malas. Huhu. Pe nak jadi tah. Sekian shj utk hari ini. Adios~






diari pengarang :

Kemalasan memang sentiasa lebih besar dari kerajinan jika takde usaha nak buang rasa malas tu. Haiya~

Wednesday, April 13, 2011

Megi Oh Megi ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)

Wahh. Tak tahu kenapa pagi2 dah terfikir tentang megi. Opss. Ejaan yg sebenarnya ialah Maggi. Walaupun Maggi tu adalah salah satu jenama mi segera, namun kite selalu sebut mi segera sebagai megi. Kan2? Ye kan je lah. Sebab senang sebut dan semua org pun faham, tak semestinya kalau kita cakap "Nak megi!" bermakna kita mahukan mi segera berjenama "Maggi". Eh, tapi...

"Awak ada megi tak?" saya tanya rumet. Hehe. (Sory my rumet! ;p)
"Kalau Maggi takde la kak. Mamee ada la." jawab my rumet.

See? Tak semestinya semua org berfikiran bahawa megi adalah mi segera! Seperti my rumet, mybe beliau berfikiran bahawa "megi" yg sy maksudkan ialah mi segera berjenama Maggi. Heheh. Takpe2. Biasalah. Lain org lain pemikirannya. Kan2? :)

Malam semalam, waktu kami semua dgr kuliah Ustzh Salbiah, tetibe terfikir mau makan megi. Then sy terus tanya my partner meja, "Do u have any megi? Huhu" Dan beliau kata takde. Tetibe ada org tu menyampuk, "Kak, no MSG" Hehe. Thankz for that reminder ye cik adik. :)

Seperti yg kita tahu, ramai yg mengelakkan diri or mengawal diri drpd memakan megi (I mean mi segera tau) sebab kita memang sedia maklum dgn apa yg terkandung di dalam mi segera dan perencah2nya. Paling popular dan diketahui berbahaya, Monosodium Glutamate (MSG) yg telah terbukti mengandungi pelbagai bahan yg jika disalahguna atau terlebih pengambilannya bakal mendatangkan bahaya dan mudarat terhadap pengguna.

Kalau kat rumah, Ummi tak berapa galakkan anak2 tersayang beliau ni makan mi segera. Sebab Ummi risau kalau2 anak2 ni dapat sakit or mudarat daripada bahan2 makanan yg tak dikenalpasti dan diragui khasiatnya. Tapi anak2 beliau ni, macam anak2 org lain jugak, bantai je makan megi, lebih2 lagi kalau dah duduk kat asrama. Biasalah, budak hostel kan. ;p Tapi kami masih lagi taat pada larangan Ummi tau. Takde lah over sangat makan megi sampai setiap hari, setiap minggu or setiap bulan makan megi.

Banyak kajian yg dah dibuat menunjukkan kesan2 yg diterima daripada pengambilan MSG yg berlebihan, seperti yg saya surf pagi tadi dalam satu blog ni. Menurut kajian, pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari sebuah institusi telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

(What a silent killer..Huhu)

That's why lah ramai yg bercerita ttg pelbagai kisah benar yg berlaku di Malaysia, terhadap diri or kaum family sendiri, ttg akibat drpd pengambilan MSG berlebihan, especially in instant noodles. Yg saya pernah dgr, rambut gugur lah, tulang reput lah, otak jd lembab lah. Bahaya kan? Takut la pulak. Tapi utk menutup kegusaran yg melanda jiwa (cewah) kita selalu kata kat diri kita, "Takpa2. Sekali sekala" Kan2? Heee..

Untuk mengetahui dgn lebih lanjut ttg bahaya MSG ini, sila layari link INI dan bacalah apa yg kamu mahu. Cehh. Macam iklan pulak. Emm, pesanan pengarang kpd pembaca sekalian, jangan suka biasakan diri utk makan megi sesuka hati dan jgn terlalu kerap, okeyh? Sy tahu, sesiapa pun pasti ada keinginan tuk merasai "kelazatan" mi segera yg pelbagai jenama nih. Tapi kita sendiri harus sentiasa sedar dan waspada akan bahaya yg sentiasa menunggu kita. Malang tak berbau, kan? :)

Okeyh. Cukup2la tu membebel. Adios :)


Maggi yg sy makan pagi tadi. Adeh~



diari pengarang :

Ce kome kira perkataan "megi" dalam post nih. Teman pon fenin2 time menaip nih.Terkeliru dgn karangan sendiri. Hehe. =.="

Tuesday, April 12, 2011

In a Relationship ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok2. Tak mau membebel panjang. Cuma..nak membebel banyak je. Boleh? Huhu. Isyh, tak mau la. Esok ada speaking test ni. Rilex je tak watpe pun lagi. Macam la lidah tu da cukup lembut nk speak in English. Aiyaa..~

Emm. Jap. Let me explain about the title. Am I in a relationship? No! (Ops, maybe YES?!) Ok2. Tak mau cakap tentang diri sendiri. Actually, nak share something ni. Mana lah tahu bile kamu semua baca, boleh direnung2kan dan refleks semula..Macam saya jugak, once my friend told me about this, I've started thinking for my own.

Apakah bendanya itu? Suspen je. Huhu.

Pernah dengar or pernah tahu tak, bila sahaja kita ada hubungan (in a relationship) dgn someone, automatically kita sudah bertunang dgn dy. Huh? Siyes? Does it mean...Hehe. ;p Opss. U all fikir la sendiri. :)

Jap2. Jgn hepi sangat der. Let me explain a little bit more! Emm, bak kata kawan saya, bila kita seriously in a relationship, kita sbnrnya dah bertunang, cuma kalau diikutkan dari segi adat, kite belum lagi bertunang. Yelah, parents pun tak tahu, bertunang ape camtu? Ye idak? Sob3.. Eh, pehal lak sedih. Salah mo0d nih. Hehe.

Okeh. Tu je sebenaqnya nak habaq kat angpa semua. No point pon. Jgn percaya sgt eh mende nih. Nak terangkan betul2 pun ceq tak pandai. Saje nak membebel. Tak berpekdah sungguh. Huhu. Maaf ye. Dah2. Nak wat pape yg patut, sebab td pg time on9 fb nampak satu quote nih :
"Org yg sibuk ialah org yg gagal mengurus"

Terpukul nih. Adeh. Sekarang ni takdelah busy sangat. Tapi nampak bz sebab sendiri tak pandai mengurus. Asyik berangan je tahu. Isyh3. Hehe. ;p Okeh. Dah2. Cukup2 la tu. Let's call it a day! Adios~


I really adore this eyelashes! :)



diari pengarang : Nothing to display. Hehe.

Monday, April 11, 2011

Travelog Ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Apa khabar semua? Sihat?

Pastikan diri anda tak diserang oleh sebarang pathogen atau bakteria sepanjang bulan ini dan bulan2 berikutnya, okeh? Al-maklumla..Sekarang ni semua yg bergelar pelajar akan berperang atau akan diperangi oleh lambakan assignment dan lambakan kertas soalan, test, dan exam.

Wahh. Sekejap je rasanya. Tiba2 dah bulan 4.

Dan semalam sy baru sedar, dah hampir 3 tahun sy meninggalkan sekolah menengah. Dah besaq rupanya. Kot? Huhu. Kalau takde kesedaran, iltizam dan semangat yg tinggi utk mengambil sijil SPM (diulangi, sijil SPM) kat sekolah semalam, mungkin sy tak terfikir yg sebenarnya dah lama sijil tu terperap dalam pejabat sekolah. Isyh3.


Snapshot on a highway.
Tak tau nk explain kat highway mana ni. Heheh.


Rasanya bagus kalau semua kereta ada benda merah kecik tuh.
Lagi besar lagi bagus. :)


Nak bagi jelas lagi. Ni ha benda merah kecik tuh.
I strongly recommend u'all to have this item in your car! Hehe.


Anjung Bestari.
Dataran Kejat SMKAS ni.
Rindu pulak. Hmm..


Surau Hassan Al-Banna.
Rindu jugakk!!


Banyak pengajaran yg sy dapat dr travelog semalam. Aduh. First and foremost, pastikan anda seorang yg tahu arah perjalanan sebelum bercadang nak ke mana2. Huhu. Ni tidak, harapkan driver je. Bukan driver tahu segala jalan di Malaysia sebab dy tak mungkin la hafal peta Malaysia sebelum memulakan perjalanan. Ye idak? Huhu.

Tp, sy masih teringat lg kata2 driver bus institut. "Nama pun driver, ckp je jalan mana, kitorang tau la" Ea? Mungkin driver profesional je kot yg cenggitu. Huhu. Yelah tu pokcik weyh. Nanti last2 tanya kite jugak. Huhu. Ok, takmau komen. Let bygone be bygone.

Second thing is, pastikan kamu maklum bahawa....Pejabat sekolah hanya akan dibuka setengah hari sahaja pada hari Sabtu. Ni idak. Terpaksa la pi sekolah lg lain kali. Buat habis minyak je. Maaf ye cik driver. =.="

Third, sebelum memulakan perjalanan yg panjang or jauh, pastikan kereta atau kenderaan anda diservis terlebih dahulu utk mengelak sebarang kejadian yg tidak diingini. Hehe. ;p Last but not least, jadilah seorang driver yg tahu segala macam perkara. Boleh la turunkan mcm2 ilmu kat penumpang. Hehe. (Aduii. Bile sy nak gunakan lesen P sy nih? Huhu)

Kesimpulannya (cehh ), rancang perjalanan anda sebaiknya sebelum bergerak ke mana2 sekalipun. Barula tak membazir minyak, tak membazir masa, dan tak membazir tenaga. Huhu.


Ilusi Optik.
Mata yg kecik pun boleh jd besar.
Betul kan gambar boleh menipu? Hehe.
(Mata berkedut2 kerana terlebih dan terkurang tidur.)


Dah2. Mau habiskan kerja yg tertangguh. Bak kata Ustz kami dalam kertas tugasan beliau :
"Pastikan anda tidak mengamalkan budaya menangguh kerja. Org yg suka menangguh kerja sebenarnya telah menipu dirinya sendiri."
Amek kau sebijik. Huhu. Syukran Ustaz!

Minggu depan dah start MUET.
Semoga urusan kami semua dipermudah! Aminn~



diari pengarang : Thankz a lot my "beautiful" driver ! :)

Saturday, April 2, 2011

PBS : 5 Meaningful Days!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah. "Masih ada masa" untuk update blog. Hehe~

Actually, nak habaq kat angpa semua tentang pengalaman selama seminggu berada di sekolah minggu lepas. Hehe. Orang lain dah berkurun dah kot kecoh2 pasal ni, tapi sy baru nak update? Hah, itu menunjukkan bahawa sy sangat3 lah busy ye sepanjang minggu ini. Haisyh. Dah berapa banyak kali cakap "Aku akan gila", "aku rasa aku gila", "aku nak gila" dan juga "aku gila!". Act, takut jugak, if jadi betul. Hehe ;p

But remember, we must remind ourselves about this thing:

Allah tak akan membebankan seseorang di luar batas kemampuannya!

Makna kata? Maknanya...sebarang ujian yg ditimpakan ke atas kita, mustahil kita tak dapat tangani or hadapi, cz memang Allah dah tetapkan, ujian ni hanya utk kamu, dan kamu mampu hadapinya. Never say no! :)

Tapi tak mampu la nak membebel bebanyak kali ni.
Assignment berlambak lagi tuh.
Biarlah gambar sahaja yg berbicara..:)
Jom, layann~


1st Day :
Kami duduk kat library je.
Merangka perjalanan hidup utk hari itu. Hehe ;p


2nd Day :
Sempat snap pic Guru Matematik Yg Paling Sy Geruni suatu masa dahulu..Huhu. Sorry cikgu..;p


3rd Day :
Baru dpt masuk kelas (relief).
Sakan sungguh korang bergambar eh. ;p


3rd Day :
Melaksanakan Ujian Konservatif Piaget (asgmnt nih) ke atas beberapa org murid, termasuk si Aqil nih. Mentang2 la cg ni kakak ang, tak siyes eh. Huhu.


4th Day :
Uiyt, nak tanya soalan ke nak amek gambar? ;p


4th Day :

"Cikgu, ini mcm mana?"
"Cikgu, betul tak kite buat ni?"
"Cikgu, macam ni ea?"

Macam2 la korang nih. Saje je kan..;p Yg tengah tu Farisa..budak2 kat kelas ni majoriti bijak2 la jugak..:) Comel lak tuh. Dapat kiss n love dari depa ni la...Hihi. Malu I.


4th Day:
Cube cari cikgu Nadiah kat mana?? Huhu.
Isyh. Cikgu syg korang laaa!!


4th Day:
Bergambar dgn murid2 prasekolah.
Comel sungguh2 depa sume niiii!! Hehe ;p
(Yg depan tu, nak glamour sensorang. )


5th Day :
Last day nih.
Perhimpunan pagi, bacaan Yasin.


5th Day :
Opss.. Stalker detected!


5th Day:
Aduh..jatuh cinta nih..hahah ;p


5th Day :
Still stalking the same person. ;p
Act, minat ah tengok dak kecik nih. Nama dy Aqil, lebih kurang je cam Aqil dak bucuk kat umah tuh. hehe. Encem tak si Aqil nih? Baru Darjah 1. :)


5th Day:
Sebahagian guru2 wanita SKSM.
Ramai lagi cikgu2 sy yg masih meneruskan perkhidmatan di sk tu..Sgt lama..Dah berapa tahun dah depa mengajar kat cni..Since I was young!

Bak kata Cg Azizah (tdg pink, dua dari kanan), "dah besar ko Nadiah. Dulu aku cubit2 ko, sekarang ni dah nak jadi cg.." Haha ;p Kantoi~


5th Day:
Err...Kami Cikgu, merangkap fotografer terulung. Kot. Haha ;p


5th Day:
Kem Bestari Solat.


Act, ada Kem Bestari Solat petang Jumaat tu, utk murid2 Darjah 1. Sayang je rasanya nak tinggalkan sk. Hari last tu pulak, bukan sempat jumpa dgn semua cg. Masing2 sibuk. So, petang tu lepas hantar Khadijah (my PBS partner) ke bustand BP, sy suruh abg pi sk jap. Dapat jumpa ngan cikgu2 PAI pun ok la. Lagipun depa (terutama Cg Bibah) banyak bantu kami waktu seminggu ada kat sk. Syukran Jazilan!! ^^

Yang touchingnye petang ni (nasib bek tak menangis dpn Cg Bibah. Tp tak tau la beliau nmpak ke tidak takungan air mata tuh. Sob3), bila budak2 ni cakap, "Eh, Cg Nadia!", "Hye, cg Nadia!" Aduii...Bagus la korang ni..Tapi waktu tu depa tak boleh nak bising sgt. Sbb baru lepas kena sound dgn Ust Huzaifah. Hehe. Tgk ah pic tu. Kan elok je duduk tuh. Hihi.

Okeh, da pening tgk gambar? Bagus.
Let's call it a day! :)
Ilalliqa'~





diari pengarang : Takpe2. Ni baru pengalaman pertama. :)

LinkWithin

Lazada Malaysia