Friday, June 29, 2012

DOA ISTIKHARAH

Bismillah.

Teringat suatu masa dulu, waktu tu baru je selesai Dhuha. Tiba-tiba umi tegur, "Baca doa Dhuha tak?" Saya yang blur lantas bertanya, "Eh? Dhuha pun ada doa sendiri ea?"

Umi kata, memang ada. Doa khusus utk Dhuha. Waktu tu baruuu saya tahu. Dan waktu hari lahir tahun tu, Ummi hadiahkan buku "75 Solat-Solat Sunat". Terbaik lah. Semua doa, dan kaifiat solat-solat sunat ada dalam tu. Alhamdulillah, syukran Ummi. :)

Erm, berbalik pada doa istikharah. Sebenarnya ada banyak versi. Tapi doa ini sebenarnya merupakan salah satu doa yg saya copy dari fb (seingat saya), dah lama dah. Nak bersihkan desktop punya pasal, saya decide utk tampal doa itu dalam blog ini. Semoga sekalian yg membaca turut mendapat manfaat. Insyaallah.

Doa Istikharah

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Istikharah ni, biasanya kita akan buat apabila kita berdepan dengan keadaan di mana kita sukar untuk membuat keputusan. Kebanyakan orang beranggapan, bila istikharah, Allah akan datangkan petunjuk melalui MIMPI. Sebenarnya bukan begitu.

Kadang2 mimpi ni hanya mainan syaitan. Tak pun, mainan akal fikiran kita. Mana taknya. Sebelum tidoq, sepanjang hari duk pikiaq benda tu. Hati pulak, dah berat kat salah satu keputusan. Jadi bila termimpi ke apa ke, terus anggap itu petunjuk. Sebenarnya bukan macam tu ye anak-anak..:)

Tak semestinya Allah akan hadirkan petunjuk melalui mimpi. Selalunya, Allah akan bagi petunjuk tu tanpa kita sendiri sedar. Kadang-kadang melalui gerak hati. Kadang-kadang melalui wasilah seperti kawan-kawan, dll. Em, itu semua dalam pengetahuan Allah. Yang penting, sebelum buat istikharah, hati tu kena KOSONGkan. Kena LAPANGkan. Jangan berat sebelah. Mengerti? :)

Ok lah. Setakat ini sahaja perkongsian kali ni. Segala yang baik itu datang dari Allah, yg lemah itu datang dari saya. Maaf andai ada yg tersilap. Mohon diperbetul andai ada yg bercanggah. Sekian, adios.




Monday, June 25, 2012

Kenapa Kena Tutup Tutup???

Bismillah.

Fenomena zaman sekarang - semua yg kita buat, nak ikut trend, nak ikut fesyen. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang sekalian..Kita buat sesuatu, mesti bersebab, kan?

Kalau kita makan, mesti atas sebab kita lapar, kan? Dah tu, kalau kita tutup aurat, atas sebab apa? Mak ayah suruh? Nak nampak comel? Nak nampak cantik? Nak bergaya? Sebab memang org sekeliling tutup aurat, sbb tu kita pun tutup jugak? Sebab itu ke?

Sebenarnya, dalam Islam, apa2 yg kita buat, kenalah buat atas dasar KEFAHAMAN. Bukan sebab ikut-ikut je. Orang pakai tudung, kita pakai tudung. Orang pakai cardigan, kita pakai cardigan. Orang lilit shawl, kita pun nak lilit2 jugak. Kalau kita faham apa erti kata sebenar MENUTUP AURAT, especially utk WANITA, mesti dah lama kita tutup aurat kita betul2.

Aurat tu, aib kita. Apa tu aib? Aib tu, sesuatu yg perlu kita tutup, perlu kita jaga, tak patut dedah kat orang lain. Emmm. Kalau kita pakai baju, pakai tudung, secara lahiriahnya memang macam tutup aurat. Tapi, baju dan tudung yg kita pakai tu, betul2 menutup aurat tak?

Tak salah nak pakai tudung yg cantik2, yg fashionable. Tapi tutupla bahagian mana yg perlu ditutup, yg menarik perhatian lelaki. Tak salah nak lilit2 shawl. Asalkan shawl awak labuh, tutup dada, dan baju awak tak ketat. Janganlah pinjam baju adik awak kalau awak nak keluar pegi mana2. Tolong....:'(

Kalau tudung pendek tak tutup buah dada, kalau baju jarang tak tutup segala benda, apa guna kita kata kita tutup aurat? Nauzubillahiminzalik.

Maaf. Saya betul2 kecewa. Sangat2 kecewa. Sebab saya tak mmpu nak tegur kamu2 (wanita2) yg di sekeliling saya utk berpakaian dgn betul. Mungkin baju trend sekarang dah banyak yg labuh2. Tapi, kenapa tudung pulak makin pendek2? Sanggul pulak, makin tinggi2. Allah. Tak tahu nak buat macam mana. :'(

Maaf. Saya takut. Kalau2 umur saya tak panjang dan tak sempat nak mengajak kamu semua ke arah kebaikan. Maaf. Saya bukanlah yg terbaik utk memberi nasihat dan teguran kpd kamu semua. Tapi saya cuba. Walau saya tahu, sy hanya insan hina berlumur dosa. :'(

Maafkan saya sekali lagi. Mungkin kamu tak tahu, apa yg menarik perhatian lelaki dlm pemakaian kamu. Meh sini, saya nak kongsi. Tapi kamu jangan terkejut tau baca cerita ni. Agak open. Tapi saya rasa tak salah kot. Sebab zaman sekarang ni kalau kita cakap tapis2, org tak faham2.

Selamat membaca. Harap ada hati yg terbuka utk memahami Islam dgn lebih mendalam, dan menghargai dan meredhai Islam sebagai agamanya sepanjang hayat. Aminn. Adios.



'Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita'

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Sumber : Acho | Demi Masa


Wednesday, June 20, 2012

After The Rain..





Surah As-Saff, Ayat 10-11

AYAT 10:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

AYAT 11:

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


LinkWithin

Lazada Malaysia