Tuesday, June 29, 2010

Kisah Sang Bumi,Sang Bulan dan Sang Pencipta

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah..dalam mahu dan tidak mahu untuk pulang ke maktab tercinta,akhirnya saya mengalah.

Akur dengan ketentuan dan ketetapan yg dah direncanakan.*hehe...Biasalah..bila dah syok bercuti,mulalah timbul macam-mcam ragam...*banyak songeh la..grr..Dengan ujian dari Allah,sakit perut yg pelik,demam...hmm..memang betul-betul ujian.

Tapi,barangsiapa yg bersabar dgn ujian yg ALLAH beri,maka pahala untuknya!..ALLAH tak akan berikan sebarang ujian yg di luar kemampuan hamba-Nya,kerana ALLAH lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui.

Bulan.
Pernahkah anda melihat bulan?Mustahil tidak pernah.Bulan sering menjadi simbolik kepada sesuatu yg dirindu dan dipuja.Ya,bagai pungguk rindukan bulan.Umpama bulan jatuh ke riba.Semuanya BULAN.
Tapi,pernah tak kita berfikir tentang kaitan ciptaan ALLAH yg satu ini dengan kita dan kehidupan seharian kita?
Begitu juga BUMI..dan juga MATAHARI.

Sesungguhnya ALLAH menciptakan pelbagai keajaiban di muka bumi untuk membuktikan tanda kekuasaan-Nya kepada orang-orang yang beriman yg mempercayai adanya ALLAH serta alam ciptaan-Nya,beserta kekuasaan-Nya.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
(Ali-Imran,ayat 190)

Kita umpama BUMI..BULAN pula,seorang kekasih yg sgt dirindu dan dipuja.Seperti mana kekasih yg mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita,begitu juga BULAN.Ia sentiasa 'mengusik' kekasihnya,sang BUMI.Jika tidak,mana mungkin daya gravitinya menyebabkan air laut pasang dan surut setiap hari?Semua ini berlaku selang 12 setengah jam.

Adakah kita betul-betul memahami kekasih kita?Tentulah tidak!Begitu juga dengan BULAN.Kita fikir,sang bulan mengeluarkan cahaya.Rupa-rupanya tidak.Bulan sebaliknya memantulkan cahaya yang dipacarkan oleh sang MATAHARI.Lebih kita kagum,pantulan cahaya dari bulan itu sampai ke bumi dalam tempoh 1.25 saat shj,sedangkan letaknya sang bulan ini lebih 384,000 km dari kita yg berada di bumi.
~fakta-fakta dipetik dari majalah Al-Islam~


Menakjubkan!..Subahanallah..sesungguhnya tiada siapa pun yg dapat menandingi sebarang ciptaan ALLAH,yg Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.Banyak lagi fenomena-fenomena alam yg apabila melihat padanya akan membuatkan minda berfikir,jika benar kita hamba-Nya yg telah dikurniakan akal..

[...Fikir..Zikir...]



diari pengarang : Seorang sahabat pernah diuji kesabarannya oleh seseorang dengan memanggilnya,kemudian menghalaunya.Setelah dihalau,dipanggil kembali.Kemudian,dihalau semula.Perbuatan itu diulang-ulang.Namun,sahabat tersebut langsung tak marah.Orang yg mengujinya bertanya,mengapa sahabat tu tak marah walau sedikit pun?Lalu sahabat tersebut menjawab,"Seekor anjing apabila diperlakukan sedemikian,sudah tentu akan hilang kesabarannya,dan aku bukan seekor anjing."....Wallahua'lam~

Saturday, June 26, 2010

Tidak Ada Kelucahan Dalam Berdakwah,ok?!

Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Pulang dari rumah nenek tadi,waktu itu imam sedang berkhutbah.Saya lihat,ramai lelaki,khususnya golongan remaja masih berkeliaran di luar kawasan masjid.Masih lagi bertenggek atas motor kapcai mereka.Masih lagi berborak kosong antara satu sama lain.Kanak-kanak pula,masih lagi duduk-duduk di atas basikal.

Apa ni?

Salah ke kalau kamu semua terus masuk,duduk elok-elok dalam masjid tu,adik-adik oii?..Bukan takde ruang lagi dalam masjid tu..

Mana golongan remaja ISLAM yg kita harapkan dapat membimbing dan memberi contoh yg baik utk generasi akan datang??...Itulah PEMUDA zaman sekarang.Susah nak cari yg betul-betul boleh diharap..Ustazah Salbiah Omar,selalu tekankan dalam kuliahnya pada setiap Selasa di institut kami,bahawa dua ciri yg perlu ada pada seorang pemuda @ lelaki Muslim adalah KUAT dan AMANAH.

"Maka bersyukur dan beruntunglah orang-orang yang telah dipilih oleh ALLAH utk berada pada jalan-Nya."

Ok,berbalik kepada tajuk asal.Maaf sangat,kerana telah saya statekan satu perkataan yg saya kira sensitf bg sesetengah pihak.

Kelucahan.
Bukan semua org suka perkara ni disebut-sebut.

Tapi,perkara ni dah jadi sesuatu yg norma.Selalu sangat perkara-perkara seperti ini timbul tanpa kita sedar.Pelajar-pelajar sekolah semacam sudah lali dengan semua ni.Perkataan-perkataan lucah,laju sahaja dituturkan oleh bibir mereka.Apatah lagi org-org dewasa.

Murahnya maruah kita?!!

Paling mengecewakan...Bila saya terjumpa satu page yg sebegini.Suka-suki je dia campurkan kata-kata berbaur kelucahan dengan ayat-ayat lain yg saya kira lebih ke arah kebaikan.

Maksud saya begini.Mungkin dia ingin bergurau.Atau mungkin kawan-kawan dia dah kenal siapa dia,melalui trademark nya tu.Tapi,sgt mengecewakan,kerana ini tak melambangkan identiti seorang pemuda Muslim...Memang saya suka menjaga tepi kain orang.Marahlah saya jika anda mahu.Apa yang penting,saya dah suarakan apa yg perlu.

Kita orang Islam dek..Seorang yang mengaku ISLAM,hendaklah berperilaku sebagai seorang Islam.

Alhamdulillah,mata saya telah terbuka setelah menghadiri satu program bersama senior-senior beberapa hari yg lepas.Masih ingat lagi mana-mana demonstrasi yg membantah dan mengutuk tindakan ISRAEL ke atas Palestin?..MasyaALLAH,terfikir saya apabila melihat para pemegang banner dan papan-papan yg tertulis padanya tulisan-tulisan seperti "Fuck Israel" dan "Hell" serta macam-macam lagi.

Tak pernah terfikirkah kita,bahawa perkataan seperti itu tak menggambarkan bahawa yg menulis adalah seorang Muslim sejati??Ya!..Yang menulis sememangnya bukan seorang Muslim!!..Muka mereka semuanya ditutup dengan kain,dililit dengan serban.Pandai sungguh mereka mempermain-mainkan kita.Kamera sengaja dihalakan ke arah tulisan-tulisan tersebut,supaya dunia tahu bahawa orang-orang Islam adalah 'pengganas' dan 'kasar'.

Kita telah dimanipulasi!
Kita telah dieksploitasi!!!..
Semuanya tanpa kita sedar.

Sampai bila akan terus begini?




diari pengarang : Ya ALLAH........ampuni kami...

Tuesday, June 22, 2010

"Mengapa Yahudi Bijak?"

Salam sejahtera buat semua.
Mudah-mudahan kita sentiasa bersyukur atas setiap sedut nafas yg kita miliki.

Alhamdulillah,hari ini hati telah digerakkan oleh ALLAH untuk berkunjung ke blog milik Dr Badrulamin Bahron.Itupun setelah salah seorang rakan fb saya tolong suggest page beliau.
Menarik.
Saya tertarik dengan salah satu artikel yg beliau akui di"copy & paste" dari satu sumber,ditulis oleh Dr Stephen Carr Leon.Panjang artikel tu.Ustaz Badrulamin tempatkan artikel tersebut di sidebar blog beliau.
.:Untuk membaca artikel tersebut dgn lebih lanjut,sila klik di sini.:.

Banyak perkara yg berkisar tentang bagaimana bangsa Yahudi menjaga keturunan dan ke'genius'an anak-anak mereka.

Berkenaan isu rokok.Mengapa rokok dicipta?..Kerana....

"Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)"

Pandai kan golongan Yahudi?Mereka tak merokok,tapi mereka cipta rokok!...Supaya tiada golongan lain menjadi sepintar mereka.
Tapi..

Kenapa ramai yg menidakkan fakta bahawa rokok tu haram?..Abang saya yg sdg menuntut di Universiti al-Azhar,Kaherah,Mesir pernah cakap,Dr Yusuff al-Qardhawi dah keluarkan fatwa di Mesir bahawa rokok adalah HARAM.

Sebarang benda atau perkara yg boleh memabukkan dan mendatangkan mudharat adalah HARAM.Susah ke nak terima?...*hisyh..

Fikirlah..setiap peraturan yg ditetapkan pasti ada sebab-sebab dan tujuannya.Tujuan dicipta peraturan manusia adalah untuk itu,apatah lagi peraturan ALLAH yg tetap dan tidak boleh diubah.


"Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yg ada di hadapan kamu (masa depan) dan di belakang kamu (masa silam).."


Simpan-simpan la duit tu.Jangan bakar lagi,ok?Bahaya tu.Bukan hanya pada diri sendiri,tapi effect pada orang lain lebih teruk.Mahukah anda menjadi seorang pembunuh??



diari pengarang : Cukup pening dan sesak nafas bila terhidu asap rokok.huhh~

Monday, June 21, 2010

Saya Memang Jatuh Cinta Dengannya!..♥~

Salam sejahtera buat semua.
Bagaimana hari ini?Sihat?...Check juga iman kita.Tenatkah?Tenangkah?..Kalian jawab..:)...
[err,yg berbicara pun sama.Sedang tenat.]

Baik.Hari ni mahu berbicara tentang sesuatu..Saya Memang Jatuh Cinta Dengannya!..^^..Biarlah apa orang mahu kata.
Asyik-asyik post entry jiwang lah,merapu lah..Mari tukar m0od sekarang!..*hehe....

Sesungguhnya saya telah jatuh cinta..Dah lama pendam semua ni.Tapi baru sekarang mampu meluahkan..[cehh..macam apa je.]..Saya jatuh cinta dengan KOPIAH ini :


.:Pandangan Separa Penuh:.


.:Pandangan Bahagian Dalam:.


.:Pandangan Dari Atas:.


.:Pandangan Dari Sisi:.



Jatuh cinta dengan KOPIAH??!...Saya masih waras tau..:)

Suka sangat tengok jejaka-jejaka,pak cik-pak cik dan lecturer-lecturer guna kopiah ni.Nice!..Nampak segak,dan juga tampan!..hehe....Baru tahu yg kopiah ni tak macam kopiah lain.Harga?Sudah tentu lain juga!..Sedikit mahal kot berbanding kopiah biasa.

Ciri-ciri menarik :

Tebal
Ada sulaman menarik [trademark kopiah ini]
Tampak segak bila dipakai
Kemas


Pakai kopiah putih adalah lebih afdhal daripada memakai kopiah hitam.Ye ke?..Selalu saya dengar itu.Sunnah Nabi katanya.Mudah-mudahan.Tapi dalam institusi kerajaan,dalam waktu bekerja tak boleh pakai kopiah.Tak boleh pakai kopiah putih,*saya spesifikkan.Kenapa?..Mungkin mahukan keseragaman.Hitam adalah warnanya.Akur sajalah,ok?..~

Baik,tak mahu membebel panjang.
[Terima kasih buat adik saya sebab sudi pinjamkan kopiah cantik ni untuk sesi penggambaran..^^]

~Sekian~


diari pengarang : Blogging,blogging juga..kesihatan kena jaga.Sedang diulit resah.Nak pergi ke tak nak?....uhh~

Sunday, June 20, 2010

20 Things About....Me?...

Salam sejahtera dan selamat pagi..!

Sibuk merayau-rayau,lupa nak tgk komen pada entry yg lepas.Rupanya terlepas pandang satu komen dari kak SyuQ.

"nadiah!! anda di tag! sila jawab tag. (^^,)"


Erk?Tag?...hehe..fenomena biasa..[dulu belum biasa.Untung Balqis beri tunjuk ajar..:p]..Tanpa perlu membebel panjang,sementara talian internet ok dan tak meragam ni,saya jawab tag dari kakak yg cantik ini..^^

p/s : Banyak tau.Jangan pening kepala.hehe..~




"20 Things About Me"

  1. Ummi dan ayah namakan saya Siti Nadiah binti Sailan @ Sazali.
  2. Nama yg tertera di atas adalah nama penuh yg turut tertera pada kad pengenalan saya.
  3. Warganegara Malaysia yg asli..:p
  4. Suka cakap benda yg merepek...*ea?
  5. Anak jati Johor.
  6. A teacher-to-be..*InsyaAllah!
  7. Sensitif.
  8. Jiwang kadang-kadang.*haha!
  9. Tak tetap pendirian ...kot?
  10. Bukanlah seorang yg friendly...:(...*masih dlm pembinaan~
  11. Kerja?..belum..dan tak pernah lagi..*cz masa lepas SPM dulu,mintak kerja asyik tak dapat jek!..huhu..nmpak muda sgt kot?..haha..XD
  12. Pernah amek kursus jahitan di Giatmara Semerah,Muar,Johor...selama 5 bulan sahaja.
  13. Suka membebel.
  14. Kakak yg saaangat garang?
  15. Kadang-kadang talam dua muka....*isyh,bahaya!
  16. Kuat cemburu!
  17. Single....*perlu ke cakap?..haiyaa..
  18. Mudah jatuh hati..*opss...bukan2!..Mudah tertarik pd some1 yg berwajah handsome serta cantik!..:)..Tapi tak semestinya jatuh hati okeh?..hehe~
  19. Memang suka menulis.Tapi time ada idea lah.
  20. Suka cipta angan-angan...tapi jarang dapat mencapainya....*hmm~


okeh,done !!..^^


Macam biasa..tag kawan-kawan yg lain!...Siapa insan yg bertuah tu?

Cik Linn
Balqis Shafiqa
Dr Asada Ryutaro..[tak kira,nk jugak letak 'dr'!..haha..XD]
kak zuely yg hebat..;)
kak feeda ^^

p/s : err,tak tau nk tag sape,.Main letak je..:p

Sekian sahaja...Selamat kembali ke sekolah ye anak-anak murid sekalian...;)..Study sungguh2!


diari pengarang : Tak cukup ruang.Nak membebel lagi..hehe..Kepada yg ditag,nak jawab atau tidak,bergantung pd kesudian anda..Syukran jazilan!..^^


Berat Badan Turun,Dengan Cara online?

Salam sejahtera semua..

Dah masuk hari Ahad.Pantas masa berlalu..betul juga kata bro ejum,"time is running fast"..*huhu....Ha,kenapa tajuk tu macam nak buat iklan je?..Maaf ..bukan iklan.Cuma nak habaq satu cerita..:p

Dengan seriusnya saya berkata,berat badan saya turun,hanya dengan meng'online'kan diri..huhu...[bahasa org asing.Jgn tiru.hehe]..Semalam,balik dari satu jemputan kahwin,kami sempat singgah rumah nenek.Jenguk-jenguk nenek,sambil merayau satu rumah.Tiba-tiba adik saya,Jaja panggil.

"Kakak,kite nak tunjuk satu benda.Jom la ikut kite."

Dengan perlahan sambil laju [sebab kena tarik dgn Jaja..huhu] saya ikut sahaja langkah Jaja.

"Kakak,tadi kite ngan Syasya dah timbang berat.Kakak timbang la jugak cepat.Kite nak tau berapa."

Wahh...satu arahan yg mencabar..haha...Saya sensitif sikit soal berat ni.[Bukan berat sangat.Tapi pasti kecewa bila tgk berat.Haha..:p]...

Demi memuaskan hati Jaja,saya pijak alat penimbang.

"Jaja,cepat tengok.Akak tak boleh tunduk,nanti salah."

Pantas Jaja baca kiraan alat penimbang.

"Kakak punya 51..ehh..kite punya 52...Maknanya kite lagi berat dari kakak."

[HUH?...51 ek?..Dah turun!..hehe...Turun 1 kg je pun...]

p/s : Jaja lebih berat kerana badan beliau 'semangat',kata org tua-tua..:p

"Entah apa-apa.Berat turun pun nak kecoh.Bukan banyak sangat." Sorry ye readers sekalian.


Rasanya berat boleh turun sebab saya selalu on9.Pagi dengan laptop.Petang dengan laptop.Malam pun dengan laptop.Online sahaja.

Tak senonoh laa..Tak boleh buat menantu..hehe..Memanglah,bila dah on9 setiap masa,of course lah lupa makan.[Cara berkesan nih.haha]..Ralit sangat merayau dalam laman sesawang.Sekejap merayau di blog.Sekejap-sekejap singgah di facebook.Saat-saat rajin,singgah blog insan lain.

Cuti sekolah pun dah habis.Kanak-kanak semua,siap sedia lah simpan buku-buku dalam beg,ok?...:)..Cuti saya masih berbaki lagi 1minggu.Tapi adik-adik,masing-masing dah kembali ke sekolah.Tinggallah kami berempat di rumah nanti.Ummi,saya,Aqil,Jaja.
Minggu depan,hanya mereka bertiga.
Sunyilah nanti...hmm....~



diari pengarang : Selamat Hari Bapa utk semua "bapa-to-be" dan "bapa yg real.".:)..Buat semua,hargai org tua kita sementara mereka masih ada..Buat ayah....maafkan kakak...Al-Fatihah.............

Saturday, June 19, 2010

Bahagianya Dia!..

Salam sejahtera semua!..

[p/s : Rasa segan pulak dgn post pagi td..uhh..jiwang semacam.Sila lupakan ye??..hehe]

Pernah suatu masa,sedang saya sibuk berfb,tiba-tiba terpandang satu status:
"PREMARITAL COUPLE RELATIONSHIP ,IS AN ACT OF DESPERATION.. AND I,NOT DESPERATE.."

Nampaknya dia sangat bahagia dgn pendirian dia!

Alangkah.....

Bagus kalau sy pun boleh berpendirian macam tu,kan?

[Tapi malangnya..dah pernah terjerumus....*dush! dush!adehh~]

Tapi itu cerita lama.

Pengalaman adalah guru terbaik.
[approved!]



Soalannya di sini..saya..desperate kah??....Entah?..Macam bodoh pun ada.


Isyh..tak senonoh laa....Post merepek je kan?...Takpe2..Biar saya pergi mencedok ilmu banyak-banyak dahulu..:)....

Geli pulak.Jiwang.huu~

"Insan terbahagi kepada 3 : Mereka yg mengenal ALLAH,mereka yg mencari kebenaran,dan mereka yg tidak berpengetahuan dan tak mencari akan kebenaran.Golongan terakhir inilah yg paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan mengikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing."

-Sayyidina Ali bin Abi Talib-


diari pengarang : Macam nak muntah.Haha..Dah2..No more jiwang-jiwang okeh?..;)

Friday, June 18, 2010

Contest Gambar Best by Asada?

Sekali lagi...contest?..Maknanya penyertaan yg ke-2 lah ni?...Ya...bukan senang seorang yg bernama 'saya' nak join sebarang contest..Walaupun merapu,tapi apa yang penting?..Bukan kerjasama..*huhu*..Apa yg penting,sy suka...:)

Pada saya,contest ni tak adalah merapu.Ok lah.Lebih kepada mencungkil bakat-bakat yg barangkali tersembunyi?Tapi,saya?Bakat?..haha..Entahlah,..kurang @ tiada.

.:Sila klik pada banner untuk keterangan lanjut:.


Ok,mari mulakan!


Best tak gambar ni?..Hmm,mungkin bagi orang lain,biasa-biasa saja.tapi,bagi saya,it's t0o significant!..:)..

Jejaka macho dalam pic ni...Siapa?..My lovely grandfather la!..^^...Cantik je beliau posing..Gambar ni tak sengaja di'snap' oleh adik saya.Tugas saya,hanyalah menjadi seorang tukang edit,sebab saya terlupa nak bawa kamera merangkap hp kesayangan saya.Dan inilah hasilnya.Tak seberapa,bukan?..Bukan apa,orang kata,kalau terlebih make up,buruk jadinya nanti.Biarlah asli..Asal menyedapkan hati..;p

Hari tu Tok Ayah suruh kami semua ke kebun,jenguk-jenguk apa yang ada.Nenek pulak pesan,hati-hati sambil berjalan,takut ada pacat!...Wah!..Dengar nama encik pacat,gerun sebentar.Mana taknya,musuh dalam selimut tu!..Saya pulak,dressing punya cantik;baju kurung.*Perempuan Melayu Terakhir?..haha..koya.*Yang pelik,bila masuk ke kebun,takde pulak encik pacat yg datang mengorat,hatta meng'usha' sekalipun!..*fuhh..what a relief!..^^

Masa saya sampai,Tok Ayah,Adib dan Aqil dah siap landing tepi sungai kecil tu..Wahh!.Teruja!.Sebabnya saya tak tahu pun ada sungai dalam kebun Tok Ayah.Cantik!..Subhanallah!..Tok Ayah dan Nenek rajin tanam pokok.Macam-macam pokok ada dalam kebun tu,pokok bunga pun ada!...Paling banyak,pokok limau kasturi.Masa tu buah limau dah besar-besar.Banyak sangat.Kata Ummi,Tok Ayah jual buah-buah tu.Cari pendapatan lah katakan..:)

Sedar tak sedar,tiba-tiba saya terpandang kaki Aqil,my little brother.Darah?!..Hisyh..kerja encik pacat!..Tok Ayah buang encik pacat,suruh Aqil basuh kaki,dan Adib beri Aqil daun[daun apa entah?],untuk digosok-gosok pada bekas gigitan encik pacat tu.Adik-adik lain dah mula berjaga-jaga.Haha..Yang penting,sehingga saya keluar dari kebun,tak ada seekor pun encik pacat datang tegur saya.Kenapa ya?Saya garang sangat kot?..hehe...;p

Puas kami bergambar dan kutip buah dalam kebun,Tok Ayah dan Nenek ajak balik rumah.Dalam perjalanan pulang,Jaja pulak kena serang.Memang musuh dalam selimut!..Sedar-sedar je lutut Jaja dah berdarah!..hehe...Apa boleh buat..Sabar ye adik-adikku...:)


Err..panjang sangat ke?Maafla..saya memang suka membebel..^^



diari pengarang : Owhh..saya sgt meminati Dr Asada Ryutaro,ketua Team Medical Dragon!!..huhu..Bukan bodek tau..Kebenaran nih..ngee...:D

Thursday, June 17, 2010

"Aksara Pencorak Hidupku"

Bila merayau-rayau dalam alam maya,macam-macam la yg kita boleh jumpa.

.:Sila klik pada banner untuk keterangan lanjut:.

Rasanya baru pertama kali [sepanjang menjadi seorang blogger] sy menyertai contest.Nampak macam menarik,lagipun sy suka membaca.*walaupun tak kerap.hehe*

Okeh,tak mahu membebel panjang-panjang,sila baca ya..:)


"Aksara Pencorak Hidupku"




Judul Buku :

TARIQ;Menang ataupun Syahid

Penulis :
Abdul Latip Talib

Penerbit :
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Bilangan Muka Surat :
244 m/s

Harga :
sem. Malaysia - RM 23.90
Sabah/Sarawak - RM 26.90
[Beli kat PBA KL,so dapat diskaun!..berapa?Tak ingat la..huhu]



Macam mana aksara dlm Novel Sejarah Islam ni mempengaruhi hidup saya?Sikap sy?Pemikiran sy?Minda sy dlm memerhati dan menjalani hidup ni?Banyak...

Saya petik sedikit kata-kata daripada buku ni...

"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara spt ini,tanpa adanya perubahan yg bererti,nescaya nama baik kalian pasti hilang,rasa gentar yg ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani.Oleh itu pertahankan jiwa kalian."

-Tariq bin Ziyad-

"Setiap orang yg berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yg ada padanya spt harta benda,jiwa raga,pena (penulisan),dan lidah (berdakwah)."
-Sayyid Abul A'la al-Maududi-

Pada saya,banyak pengajaran yg boleh kita ambil dari novel karangan Abdul Latip Talib ni.Saat membacanya,seperti kita yg sedang berhadapan dgn situasi tesebut.
*Macam real la,org kata..

Tariq az-Ziyad,asalnya seorang budak suruhan yang berketurunan Barbar.Beliau memiliki semangat pahlawan yg sangat tinggi,membuatkan ramai yg menghormatinya sebagai seorang wirawan Islam.Pengarang telah membuktikan kepada pembaca tentang kemurnian agama Islam melalui tindakan panglima Tariq dan pejuang-pejuang Islam yg lain memberi bantuan kepada bangsa dari negara Andalusia [Sepanyol] dan sekaligus menawan negara yg diperintah oleh Raja Roderiga,seorang raja yg terkenal kejam.

Panglima Tariq az-Ziyad telah bertindak licik dengan membakar kapal-kapal perang milik pejuang Islam yang telah ditaja oleh Panglima Julian,kerana cara tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang para satria Islam.Juga dapat meyakinkan mereka dengan pertolongan Allah serta janji-janji Allah kepada para syuhada yang sanggup bejuang demi menegakkan kebenaran.
"Wahai saudara-saudaraku,lautan ada di belakang kalian,musuh ada di hadapan kalian,ke manakah kalian mahu lari?Demi Allah,apa yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran...."
Kata-kata semangat yang dituturkan oleh Panglima Tariq terbukti telah menaikkan semangat para pejuang Islam.Natijahnya,mereka berjaya menawan Andalusia,membebaskan rakyat daripada penindasan,serta menghapuskan kekejaman Raja Roderiga serta para pengikutnya.Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.

..Kegelapan telah sirna setelah datangnya cahaya..

Bila sahaja terkenang semangat yang dimiliki oleh para pejuang Islam terdahulu,pasti akan refleksi,bagaimana pula dengan kita?Masih adakah lagi yang sanggup bergadai nyawa demi menegakkan maruah agama daripada tercalar?Masih adakah yang mampu membela nasib golongan yang tertindas seperti yg sedang berlaku di Palestin?Wujudkan semangat juang seperti itu dalam diri kita?

Seperti yg disebut oleh Sayyid Abul A'la al-Maududi di atas,InsyaAllah..selagi masih wujud ruang dan peluang untuk meninggikan kalimah Islam,selagi itulah saya akan terus menulis dan berkongsi dengan semua.

Agi idup agi ngelaban!

~Wallahua'lam~


diari pengarang : Ya,orang Mukmin sebenarnya kuat!..Andai semangat pejuang terdahulu masih bertebaran di muka bumi,pasti Islam akan terus kekal di puncak yg tertinggi...

Dapat Ubat dari Doktor!

Salam alaik...

Huh?Ubat?..sakit apa ya?..Jiwa kot?..haha..:p...Takde apa lah..Cuma time blogwalking hari tu,tiba-tiba dapat award @ ubat from our Dr Cinta...:)


*Stalker Terhebat?..haha...Rasanya mcm segan je nak amek,cz tak pernah jd yg terhebat pun...huhu..Maaf Dr..~


Syukran jazilan ya ustazah!!...^^

Macam biasalah,ustazah Dr ni ada bagi soalan sbg latih tubi utk anak-anak murid..hehe


1) Sebutkan Rukun Iman & Rukun Islam

RUKUN IMAN

Percaya kpd Allah
Percaya kpd Rasul
Percaya kpd Malaikat
Percaya kpd Kitab
Percaya kpd Hari Kiamat
Percaya kpd Qada' dan Qadar

RUKUN ISLAM

Mengucap 2 Kalimah Syahadah
Solat 5 waktu sehari semalam
Menunaikan zakat
Puasa pada bulan Ramadhan
Menunaikan Haji ke Mekah jk mampu


2) Sumbangan selama anda menjadi blogger?

Kepada diri sendiri :
Wahh,dapat meluahkan apa yg terpendam dlm lubuk hati!..
Kepada orang lain :
Dapat berkongsi hal-hal berkaitan duniawi dan ukhrawi..[err,maaf ye cz kadang2 post melalut-lalut..haha..;p]
Kepada Islam :
InsyaAllah,blog ni dpt menjadi wadah @ medium dakwah,moga ramai yg mendapat hasil dari semaian sy yg tak seberapa ni..


3) Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger (positif & negatif)

+ve : Dapat meluah segala yg terpendam,kongsi ilmu,tambah rakan,tahu hal ehwal semasa,kenali personaliti dan ragam manusia.

-ve : Menjadi seorang 'internet addict'!..*adehh..haha..:p

4) Blog jenis yang macam mana (pada pandangan anda) yang anda suka stalk?


Rasanya yg saya suka bacalah..hehe..Menarik,colourful,penuh dgn informasi,dan yg ada persamaan dgn sy..

5) Tag lagi 5 kawan anda

Of course la nk bg award ni kat mereka-mereka ni :

BalqisShafiqa @ Cik Rita..hihi..^^
Encik penaberkala
Encik Terry
Cik Linn
Izzati Hazirah Mohd



Okeh,done!..:)



diari pengarang : Sakit perut + Demam sikit-sikit lepas turun dari bas...huhu~

Tuesday, June 15, 2010

Teruja Teruja!!!

Wahh.....sebenarnya saya langsung tak pernah sangka bahawa ini akan berlaku:


.:Bilangan FOLLOWER mencecah 100:.


Memang tak percaya..*haha..Mana taknya..Blog buruk je pun..huhu

Terima kasih tak terhingga kpd yg banyak membantu saya masa sy susah-susah dahulu..
...(sedih semacam bunyinya..haha)...

Sekalung APRESIASI buat Balqis Shafiqa bt Jaafar cz selalu gak bagi support n dy tolong promote blog sedikit sebanyak...^^

Juga buat encik penaberkala,cz selalu juga dy jenguk-jenguk teratak sy.
Dari blog yg pertama,dan bersambung ke blog ke-2,blog ini.

Terima kasih pada encik orangmuo kerana menjadi follower yg ke-100 saya!!..:)

Thankz a lot juga bagi sesiapa yg sudi follow dan view page saya,sama ada secara sy sedari atau tidak.

Actually,niat sebenar berblogging bukan kerana nak famous,bukan juga kerana publisiti.Tapi?..

Kongsi ILMU
Suka-suka
Cari Kawan
Lihat Dunia
dll~


Kepada bloggers yg lain,happy blogging ya!..

To all viewer,tq for visiting my blog..:)

~Sama-sama kongsi ilmu~


diari pengarang : Macam orang jakun tak?..huhu..Apa-apa aje lah...;p

Monday, June 14, 2010

Fikir...Terfikirkah kita?..~

Alhamdulillah,kita masih diberi ruang dan peluang oleh Yang Maha Memberi,utk terus bernafas di muka bumi-Nya..

Mungkin ramai yg tahu tentang Life Line For Gaza (LL4G) setelah kepulangan 12 org sukarelawan Malaysia ke Gaza ke tanah air.Mulanya saya cukup pelik,kenapa ramai yg tak tau ttg LL4G ni?..Mungkin kurang didedahkan di media massa?Saya tahu tentang konvoi ni pun bila saya dgr Ikim.fm masa nak study hari tu..Isyh..menakutkan dan mengkagumkan!...Bila saya dgr perbualan Ketua NGO Malaysia yg mengikuti konvoi,Tuan Hj Noorazman, (kalau tak silap)rasa gerun pula..sebab mereka dah siap sedia dgn apa yg bakal mereka hadapi.

Mereka tahu apa perancangan yg pihak Israel buat,antaranya pihak Israel sdg bersiap-sedia utk menyekat perjalanan konvoi,menyekat perhubungan peserta konvoi dgn org luar,bersedia pada bila-bila masa utk memutuskan sambungan satelit,supaya mereka tak dapat berhubungan dgn pihak luar..dan macam-macam lagi...Kata beliau,pada konvoi yg lepas,rejim Israel berjaya memecah-belahkan pasukan konvoi melalui perbezaan bangsa,kerana peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Entah macam mana,mereka dengan licik sekali mencetuskan sesuatu yg membuatkan peserta konvoi berpecah-belah.

Doa : Senjata Sang Mukmin?

Namun alhamdulillah,walaupun ramai yg terbunuh dan cedera,masih ada yg terselamat.Mungkin berkat doa dan solat hajat yg dibuat oleh para muslimin dan muslimat pd masa itu yg menyelamatkan mereka.Itu yg disebut oleh Tuan Hj Noorazman.

Kenapa doa dikatakan sbg senjata bagi sang mukmin?

Memang telah disebutkan didalam al-Qur'an,Allah telah berfirman,"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan ku perkenankan kepadamu."

Allah tak lokek utk memberi kita apa yg kita minta.Mintalah sebanyak mana sekalipun,Allah tetap akan tunaikan.Tapi,tetap bersyarat.Tunaikan perintahnya,jauhi larangannya.Mungkin cepat permintaan kita dikabulkan.Mungkin juga lambat.Tapi jgn kita berputus asa.

Kasih Abang


Sekeping Gambar,Sejuta Cerita

Subhanallah..simpati bila tengok gambar ni..Pastinya,bila kita lihat gambar ni,banyak tafsiran yg kita boleh buat.Kan?

.Fikir.


[p/s: ini entry yg dah lama terpendam.]

diari pengarang : Sekarang semua dah tak tumpu pada LL4G.Semua dah beralih pd BOLA..sy tak minat bola.Opps..belum minat bola.

Sunday, June 13, 2010

Penat + Pening..Anyone Can Help Me?....huhu~

Maaf,buat viewers sekalian...

Fenin sudah dengan semua ni..

Dari kerja sekecil semut,tertukar menjadi sebesar gajah..alahai...

Tak sedap mata memandang...Langsung tak memikat hati saya.

Dah tu,nak wat camna lagi?..Camne ni ye?....:(

Tukar layout,template baru..Tapi serabai lagi..

Haiyaa....~


Sebarang komen dan pendapat dialu-alukan...

Arigato wa syukran and terima kasih!..:)



diari pengarang : Nak tido! Nak tido!!..Tak boleh tido,selagi belum kemas semua ni!..

yang susah wajar dibantu..Tapi?...hmm~

Yang susah dibantu.

Hulurkan tangan ringankan beban.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


Ya..memang betul semua ni..Tapi?....

Macam mana dengan seseorang yang hidup dalam kesusahan atas sebab dirinya sendiri?.Maksud saya,sebagai contoh.....

SITUASI 1 :

Encik D (bukan nama sebenar),pada masa kecilnya malas ke sekolah.Disuruh lah ke sekolah dengan apa cara sekalipun,tetap tak mahu.Kadang-kadang ibu Encik D paksa juga Encik D ke sekolah.Maka,dengan berat hati Encik D menapak ke sekolah.

Tapi?
Sebelum sampai ke sekolah,Encik D melencong ke sungai berdekatan.Mandi sungai.
Kesudahannya,Encik D langsung tak ke sekolah.

Natijahnya,Encik D hidup dalam keadaan serba kekurangan kini.Anak-anak ramai,tetapi tak mampu nak tanggung.Terpaksa mengharap simpati orang tua dan orang sekeliling.

************

Maaf.
Saya tak salahkan mereka yg kurang mampu.Saya faham jika apa yg terjadi pada mereka adalah sesuatu yg tak disengajakan.
Tapi...
Saya nak sangat tekankan di sini..Penting bagi kita untuk memiliki ilmu.

Dengan ILMU,segala yg kita mahu,mampu kita miliki.
Ada cerita pada zaman sahabat Nabi dahulu,..[err..kurang pasti bagaimana cerita yg sebenar.Tapi biarlah saya beritahu apa yg telah saya extract..:p]..Ada seseorang bertanya pada seorang sahabat nabi,apa yg dia mahu:
  1. Harta?
  2. Takhta?
  3. Wanita?
Namun,sahabat tersebut menjawab,"Aku mahukan ILMU".
Yang bertanya pun hairan,mengapa Ilmu yg sahabat ini mahukan?
Lalu dijawab," Dengan ILMU,segala yg aku mahu,aku boleh dapat.Dengan ILMU,aku boleh miliki HARTA.Dengan ILMU,aku boleh miliki TAKHTA,dan dengan ILMU,aku boleh mencari WANITA yang solehah buatku.."
[err..dialog tentang wanita tu,sy reka je..hehe..maaf,not very sure la.]

Jadi..mari menuntut ILMU sedalam-dalamnya,selagi hayat dikandung badan!...




diari pengarang : Kala kebosanan menguasai diri...huhhh~~

Thursday, June 10, 2010

Kecil Jangan Disangka Anak?

Assalamualaikum...

Petang ni akan berangkat ke kampung halaman ummi,di Kelantan Darul Na'im...wahh...satu family pakat pi....Mula-mula plan nak naik kereta api..Unfortunately,tiket kereta api sudah habis..adehh...terpaksa la kami pilih bas sbg pengangkutan....

Jadi,saya dan adik-adik perlu pack segala barang keperluan awal-awal...Kalau tak,kelam-kabut dibuatnya..cari barang itulah..barang ini tertinggallah....So,prevention is better than cure!...[err..ada kena-mengena tak?..hehe]....

Nak dijadikan cerita...(baru nak masuk tajuk..haha)..Adik saya (13tahun) bising,tak ada baju nak pakai,tak ada baju nak bawa...*hadoii....Padahal,dalam almari tu,berlambak-lambak baju..tinggal pilih dan ambil sahaja...Bila ummi kata,"Bawak je la t-shirt kuning mu yg besar tu"..Dia buat don't know..So,dengan tegasnya saya ulang la arahan ummi..."Ko pakai je la t-shirt kuning ko tu..Kan da ok tu"...Then,dia reply,"Baju tu tak labuh,tak tutup punggung...."..pehh...terpukul sekejap..Pastu dia sambung lagi,"Kita kena terus istiqamah..C.U.T.I..= Cuba Untuk Terus Istiqamah...."..amek kau..adehh...Bagus betul adik saya ni..haiyaa...Segan pulak tiba-tiba..Saya terdiam dan terus berhenti bercakap..Haha..~

Jadi,terbukti kan?Kecik jangan disangka anak..Besar pula,jgn disangka bapak....Tak semestinya fizikal besar,otak dan pemikiran pun besar juga..Sekarang ni memang ramai kanak-kanak yg semakin matang,lebih matang berbanding orang dewasa..Kenapa ya?....hmm...[wondering]





diari pengarang :Semoga urusan kami dipermudah...Selamat bercuti semua!..:)

Wednesday, June 2, 2010

Wireless??...Broadband??....uhhh~

Salam alaikum dan salam sejahtera...

alhamdulillah..dapat juga ilham akhirnya,setelah sekian lama membiarkan laman sesawang ini terus bersawang..hehe...SGT TERHARU DAN TERUJA SERTA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH,buat sesiapa yg telah mendoakan sy utk exam yg lepas...:)
(skema tak?hehe)

Hmm..WIRELESS kah?..BROADBAND kah?
Kenapa mesti persoalan ni yg timbul?..Sebab..sy sedang keliru dan pening kepala dibuatnya bila duk pikiaq benda-benda nih..


For the first time,last year I've my own broadband,it was a CELCOM broadband...Masa tu macam jahil-jahil sikit..Apa yg sy tahu,SAYA MAHUKAN BROADBAND SENDIRI!..kenapa?..sebab masa tu belum ada lagi encik wireless kat tempat sy..Kalau ada pun,hanya insan-insan yg bertuah je boleh mendapatkannya..dan selalunya sy bukanlah salah seorang daripada insan-insan yg bertuah tersebut..huhu

Masa tu sy belum tahu lagi ttg Student Package for Broadband...haiyaa...kalau sy tahu,dah lama dah ambik...rasanya...

Konklusinya,pakej basic menjadi pilihan...rm68..rasanya setakat ni masih belum menjadi masalah pd saya...Tapi rasa macam takut,kalau-kalau tak dapat nak kawal belanja..*adehh..

Sehinggalah pada akhir APRIL 2010..akhirnya sy decide something..I wanna terminate my broadband service!....Kenapa?..byk sebab...
  1. Line CELCOM ni agak lambat di kawasan sy(asrama dahulu).
  2. Selalu sgt timbul masalah dan juga kekecewaan kerana tak dapat nak on9.
  3. Bayaran rm68 tu sudah mula mengganggu kehidupan peribadi saya..
"Haha..tak boleh blah."..Kata budak-budak zaman sekarang..

Itulah...lain kali,kalau nak lakukan sesuatu tindakan..sila fikir apa yg baik,apa yg buruk,kemungkinan jangka masa pendek dan juga kemungkinan jangka masa panjang!...
[haha..membebel utk diri sendiri]

Akhirnya,sy telah menghentikan perkhidmatan broadband sy.Untung juga,encik wireless dah wujud!!..Sangat laju dan mudah didapati..:)

Tapi...bila fikir-fikir..kat rumah nanti nak on9 camna?..kabel kat kampung tu dah kena curi.dah tak boleh nak guna Streamyx kat rumah!!!..
(saya sgt MARAH dgn pencuri tu!!..geramnyaaa!!)

Huhh..sekali lagi..terpaksala jadi pelanggan syarikat MAXIS pulak.....Masa tu sy dapat tahu,ada offer,pakej paling rendah bayarannya,sebanyak rm48..wahh...Lepas doing musyawwarah dgn kawan-kawan,sy decide utk try Maxis Broadband pulak..

Alhamdulillah..line sgt laju..tanpa ada gangguan dan sebarang masalah yg menyakitkan kepala....

Malangnya...bila sy balik kg minggu lepas..Rasa sgt kecewa!..Kenapa tak dapat line langsung???..Then,UMMI pun kata..patutla murah..tak semua tempat ada line Maxis..huhh..adakah betul?..Entahla?...Pastu,abg telefon,dari Mesir...Dia kata,"Padan muke ko..sape suh pakai Maxis..Kat tempat kite tu mmg line CELCOM je kuat.."..*haha..sy gelakkan diri sy semula...

Hmm..payah
..Kiranya sy ni..belum matang ??..Pening la nak berfikir utk sesuatu keputusan..Byk yg sy belajar dari peristiwa ni.Mungkin semua ni adalah antara cabaran yg sy perlu hadapi dan tangani sebijak-bijaknya,sbg LATIHAN UTK MASA DEPAN....

Semalam,sy baru je terminate my Maxis Broadband..haha..buang masa kan?LECEH..PENAT...entahlah..tapi bila fikir-fikir,nasib baik juga dpt pengalaman yg rumit mcm ni.Supaya pada lain waktu,sy AKAN LEBIH BIJAK MENANGANI KONFLIK DIRI..InsyaALLAH...:)

Semalam,satu lagi silap sy..Tak tau pulak kena bawa kad matrik utk mendaftar sbg pemilik Student Package for Celcom Broadband tuu...haiyaaaa...sekali lagi....
Menyusahkan diri sendiri je kan..Kalau UMMI ada masa tu..mesti UMMI membebel sepanjang perjalanan..hahhaha..:p
[padan muka saya]

After all...hmm...mmg saya perlu melatih diri...penat laa!..huhu~

BERDIKARI

~Berdiri.Di.Atas.Kaki.Sendiri~



diari pengarang :There's so many thing that we've to learn from our environment..:)..

Maaf..entry agak childish..haha...sekadar luahan rasaku~

LinkWithin

Lazada Malaysia