Saturday, June 26, 2010

Tidak Ada Kelucahan Dalam Berdakwah,ok?!

Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Pulang dari rumah nenek tadi,waktu itu imam sedang berkhutbah.Saya lihat,ramai lelaki,khususnya golongan remaja masih berkeliaran di luar kawasan masjid.Masih lagi bertenggek atas motor kapcai mereka.Masih lagi berborak kosong antara satu sama lain.Kanak-kanak pula,masih lagi duduk-duduk di atas basikal.

Apa ni?

Salah ke kalau kamu semua terus masuk,duduk elok-elok dalam masjid tu,adik-adik oii?..Bukan takde ruang lagi dalam masjid tu..

Mana golongan remaja ISLAM yg kita harapkan dapat membimbing dan memberi contoh yg baik utk generasi akan datang??...Itulah PEMUDA zaman sekarang.Susah nak cari yg betul-betul boleh diharap..Ustazah Salbiah Omar,selalu tekankan dalam kuliahnya pada setiap Selasa di institut kami,bahawa dua ciri yg perlu ada pada seorang pemuda @ lelaki Muslim adalah KUAT dan AMANAH.

"Maka bersyukur dan beruntunglah orang-orang yang telah dipilih oleh ALLAH utk berada pada jalan-Nya."

Ok,berbalik kepada tajuk asal.Maaf sangat,kerana telah saya statekan satu perkataan yg saya kira sensitf bg sesetengah pihak.

Kelucahan.
Bukan semua org suka perkara ni disebut-sebut.

Tapi,perkara ni dah jadi sesuatu yg norma.Selalu sangat perkara-perkara seperti ini timbul tanpa kita sedar.Pelajar-pelajar sekolah semacam sudah lali dengan semua ni.Perkataan-perkataan lucah,laju sahaja dituturkan oleh bibir mereka.Apatah lagi org-org dewasa.

Murahnya maruah kita?!!

Paling mengecewakan...Bila saya terjumpa satu page yg sebegini.Suka-suki je dia campurkan kata-kata berbaur kelucahan dengan ayat-ayat lain yg saya kira lebih ke arah kebaikan.

Maksud saya begini.Mungkin dia ingin bergurau.Atau mungkin kawan-kawan dia dah kenal siapa dia,melalui trademark nya tu.Tapi,sgt mengecewakan,kerana ini tak melambangkan identiti seorang pemuda Muslim...Memang saya suka menjaga tepi kain orang.Marahlah saya jika anda mahu.Apa yang penting,saya dah suarakan apa yg perlu.

Kita orang Islam dek..Seorang yang mengaku ISLAM,hendaklah berperilaku sebagai seorang Islam.

Alhamdulillah,mata saya telah terbuka setelah menghadiri satu program bersama senior-senior beberapa hari yg lepas.Masih ingat lagi mana-mana demonstrasi yg membantah dan mengutuk tindakan ISRAEL ke atas Palestin?..MasyaALLAH,terfikir saya apabila melihat para pemegang banner dan papan-papan yg tertulis padanya tulisan-tulisan seperti "Fuck Israel" dan "Hell" serta macam-macam lagi.

Tak pernah terfikirkah kita,bahawa perkataan seperti itu tak menggambarkan bahawa yg menulis adalah seorang Muslim sejati??Ya!..Yang menulis sememangnya bukan seorang Muslim!!..Muka mereka semuanya ditutup dengan kain,dililit dengan serban.Pandai sungguh mereka mempermain-mainkan kita.Kamera sengaja dihalakan ke arah tulisan-tulisan tersebut,supaya dunia tahu bahawa orang-orang Islam adalah 'pengganas' dan 'kasar'.

Kita telah dimanipulasi!
Kita telah dieksploitasi!!!..
Semuanya tanpa kita sedar.

Sampai bila akan terus begini?




diari pengarang : Ya ALLAH........ampuni kami...

4 comments:

Balqish said...

salam ziarah,sis.
kadang2 tu, sampai ada yang sanggu buat jenayah.
senang kata kalau x nak solat jumaat,jgn kuar rumah.
duduk dalm rumah.
buat malu mak bapak je.

Unknown said...

zmn sekarang mmg susah nak cari lelaki yg betul2 muslim..
:(

sugar2 kapas strawberry said...

israel mmg slalu nk nampakkn islam ni terrorist.

dorg upah sape2 nyamar jd org islam dan memberontak.akk pnh pergi satu ceramah sal iluminati dlu,kt situ bru akk realized yg israel upah org buat bnda2 cmni.mmg suxxxx la dorg

Bintu Sazali said...

BalqisShafiqa > betulla..wat malu parents..tp kalau depa sedar tanggungjawab sebenar depa sbg seorang lelaki muslim,tak mungkin depa wat cam tu..kan..hmm..:(


Haura Malina> betul kak..lagi2 yg menepati ciri2 lelaki Muslim yg sgt dituntut tu.susah sgt nk cari.yang kuat pun,tak gunakan kekuatan tu utk kebaikan agama..hisyh..susah2..


sugar2 kapas strawberry > betul kak!mata kita dah ditutup senyap2 oleh depa!...hisyh..mmg payah bila yg terang lagi bersuluh tu org tak leh nmpak...:(

LinkWithin

Lazada Malaysia