Saturday, March 31, 2012

Hackers??

Assalamualaikum.


Rasa macam ada yg pelik je dengan blog ni. Something wrong somewhere lahh. Pelikk yang amat. Ada jugak ke hackers yang hinginnn sangat nak hack blog buruk tempat aku membebel ni? Kompius2. Perasaan / Perasan je kottt... -,-

Apa-apa aje lah. Yang penting, beware readers! Jangan suka2 dedahkan maklumat2 penting anda dalam internet ni. Yang suka beli2 secara online tu, hati-hati jugak tau. Bimbang kalau2 ada yg cuba2 buat page palsu then cakap jual itu ini, rupanya fake! Kalau dah ter"bank-in", adehh. Nasiblah. Zaman sekarang, semua benda kat ujung jari. Klik satu sepuluh dapat. Soo pandai2 lah ye nak jaga apa yg perlu dijaga.

Pagi tadi baca Berita Hairan. Ehhh. Berita Harian. Pun ada cerita tentang penggodam2 ni. Huhh. Macam2 le. Nauzubillahiminzalik.

Watch out!

....

Just wanna share, 

I've lost 2kg's in 2 days. Hah, BG. Aku dah berjaya. Kau pulak? Hehh. Ini pun kalau kau baca blog aku la. (ok, takde motif. Huhh -.-)

Hmm, masih lagi dengan penulisan yg tak matang. Haha. Whatever. Sudah mengantuk. Selamat menunaikan hak mata, minda dan tubuh badan anda utk mendapat rehat! Adios~




Wednesday, March 28, 2012

Garang Sangat Ke?


Assalamualaikum.


Situasi 1

Dalam perpustakaan sekolah.

Aku : Ada hal apa kat sini ?
Pemuda UniKL : Err..ada urusan sikit. Praktikal ke kat sini?
Aku : Ohh....taklah. Saja lawat-lawat sekolah. (sambil  sibuk belek dokumen PBS)
Pemuda UniKL : Ohh..(angguk-angguk)


10 minit kemudian.

Kawan : Nad, budak uniKL tadi kata kau garang.
Aku : Kenapa pulak?
Kawan : Entah? Maybe sebab dia judge cara kau cakap tadi kot.
Aku : Huh? Whatever lah.


Situasi 2

Talian telefon.

Aku : Ngah buat apa? Tido ke ape?
BG : Mana ada. Duk dengar lagu je dalam bilik.
Aku : Owhh..ingatkan tido.
BG : Yang marah-marah cakap aku tido nape?
Aku : ???..Bila pulak aku marah..Yelah, sory. Aku pekak sikit tadi.


........




Apa yang sama dalam dua2-dua situasi ni? Hati aku. Huhh. Sory la brader. Aku tak pandai ah nak cakap lembut-lembut dengan korang. Kalau pemuda UniKL tadi, takpelah. Aku terima dia kata aku garang. Sebab dia tak kenal aku. Yess. Maknanya itula senjata aku selama ni. Hehh. Bagus bagusss.

Tapi kalau BG? Kau dah lama kenal aku kot..Hmm. Tapi takpe. Cakap la aku suka marah-marah. Sory lah. Maybe kau yg salah tafsir. Atau aku yg salah pilih nada suara. Mungkin?? Entah.

Tapi, biarlah korang nak kata apa pun. Kalau nak semua org cakap lembut-lembut dengan korang, sila lah cari orang yang boleh berbahasa dgn lembut utk berbual. Make sure gf korang pandai menggedik. Baru boleh cakap ala-ala manja sikit. Huhh. Meluat sungguh. -.-


Sorry again. Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, kalau ada terkasar bahasa sehingga terguris hati dan perasaan, aku mintak maaf. Aku memang macam ni. Cakap elok-elok pun orang kata  keras, garang, kasar, dll yang sewaktu dengannya. I'm so sorry. Memang aku macam ni.


Hmm. Dahla. Bebel apa entah. Emo pulak petang-petang macam ni. Tak matang lah katakan. -.-  Adios~



Tuesday, March 27, 2012

Part-time Job

Assalamualaikum.


Sekarang ni semua orang duk sibukkk cari part-time job. Students, especially. Kenapa hah? Toksah tanya. Dah tahu dah jawapannya. Of course lah sebab mahu duit. Mahu untung maa. Bila dapat untung maka dapatlah duit. Bila dapat duit boleh la bayar hutang ke bil-bil tertunggak ke buku-buku ke. Kan kann?

"Eh, korang kan dapat elaun? Nape sibuk2 nak tanya & cari part-time job ni? "

Well, der...Biasalah tu. Kdg2 benda mcm tu jadi oleh sebab :
  1. Tak pandai urus kewangan
  2. Memang banyak tanggungan nak kena settle
  3. Kos sara hidup yang tinggi
  4. Dll.

Lumrah lah tu, kan? Nak nak zaman sekarang ni. Semua benda pakai duit. Sampai ada yg sanggup tipu situ sana sini (mcm lagu siti pulak dah), semata-mata sebab mahu untung. Ye, mahu untung lohh. Siapa yg takmau? Tapi itulah. Nak cari untung pun kena guna cara yg betul abang-abang, kakak-kakak. Bukan main redah je. Halal ke haram ke syubhah ke, sume ko kaut. Isyh3. (geleng kepala)

Em, ok. Back to the topic.

Sebenarnya sy pun tengah mencari-cari & tercari-cari ruang dan peluang utk dapatkan sumber kewangan ni. Nak dapatkan sugar daddy mana mungkinnnlahh. Haha. Kan kan? -,- (Nauzubillah)

Kalau nak diikutkan, memang byk sebenarnya peluang perniagaan skrg ni. Lebih2 lagi yg dibuat secara online. Yelah, zaman dah canggih ye idak? Aku tengok skrg ni pun sume sibuk jual tudung lah baju lah hape. Tapi sory lah kak. Saya ni tak berapa minat lah nak shopping2 bagai. KEDEKUT lah katakan. Selagi apa yg masih ada tu masih lg boleh digunakan, hah, guna lah sampai hancur & rabak. Then baru bukak hati tuk beli baru. Jimatt sikitt.  -,-

Orang kata, ukur baju di badan sendiri. So, janganlah ko pegi ukur baju kat orang XXXL bila saiz ko tu S sahaja. Kalau agak2 tak mampu or rasa macam "kalau aku beli mende ni, next 5 months tak makan nasik la aku", so, JANGAN BELI. Membazir tu kawan syaitonn.


Eh, lari tajuk lagi. Tapi takpe. Masih lagi berkaitan kan? Hehe. Ok, nak masuk tajuk dah. Takmau bebel-bebel. Nanti kau bosan. Hah, agak-agak apa part-time job yg sesuai eh?   ( itu je pun soalannya. Cehh -,- ) Jawab la kalau mahu. Kalau tak mahu, diam saja. Lagipun I'm not a serious "salesgirl-to-be". Sebab aku "cikgu-to-be". Huuu. Tapi boleh je nak jadi dua2. Kalau nak. -.-

........

Ye, sekarang aku macam Nini.
Malas nak buat asgmnts. Tq. Bye.


Orang kata kalau nak tahu someone tu matang atau tak, tengok la pada tindakannya, cara dia bercakap, cara dia meluah pendapat, cara dia menulis di blog, cara dia update status di fb. Dan, ye, aku memang belum matang. Haihh. Bila mahu matang hah? Takpa2. Hidup baik-baik, dan kehidupan la yang akan mematangkan kita. Allah lebih tahu apa yg ditentukan utk kita, kan?


Sudah cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Daripada korang tersiksa, lebih baik ku pergi saja. Ecehh. Take care! May Allah bless U all! :)


Adios~



Sunday, March 25, 2012

PBS 3 : Selangor Lah!

Assalamualaikum.

Dah lama sangat-sangat ni tak update. Busy lah kononnya. And Alhamdulillah, baru je lepas dari mengalami satu pengembaraan yang "mematangkan". Cewahh. Geli jer.

Anyway, selama seminggu yang lepas, sy & kawan2 berPBS di Selangor. Memang jauh. Sepanjang seminggu tu, jenuh nak jawab soalan yg sama je. Adehh. But it's ok. Memang pelik pun bila rumah & tempat belajar kat selatan sinun, gi menggatal cari sekolah kat Selangor. *Tp aku rasa taklah pelik sangat. Ke macam mana? Hmm.

Bukan apa. Kata nak cari pengalaman. Keluar lah sikit dari zon selesa. Hmm. Dah, lupakan yang itu. Malas nak bercerita lah. Kalau dulu excited giler nak wat cite sal PBS nih. Cerita itu, cakap ini, bla bla bla. Tapi sekarang? Maybe sebab dah biasa kot. So, let's check out these pictures :


Pintu gerbang SKBRP

Pandangan dari tingkat 3

Meriah kemain! :)

Kagum gila! 

Comey! :)

Masing2 dah ada cincin di jari. Aku je belom. Untunglahh.

Bagus ni.

Ustazah ngajor Bhsa Arab, korang kemain potpetpotpet.
Takpa2. Kena buat sesuatu nih.

Saje je ni.

Lembaran kerja. Hah, buat jgn tak buat.


Hijau yang mendamaikan. *motif?? -.-

Waktu rehat. Makan kena sungguh2 beb.

Bagus sgt2 sekolah ni. Ada je sudut nak letak anugerah, trofi, dll.
Banyak kali menang lah katakan. :p

Bergambar kenangan dgn 2 guru j-QAF, Ust Zakiah & Ust Fasehah :)

Bersama guru besar SKBRP, Tn Hj Majid b. Madon.

Ni pulak, GPK 1 SKBRP, Pn Anisah .

Budak2 nasyid. Haiya. Macam2. :)

Jom balik!

Tempat tinggal selama 6 hari. :p

Tasik Biru. Cantik ni nak photoshoot. Hehe.

Gotcha! Haip. Apa ni apa ni? -.-

Yg ni kena kecik je. Takot tergoda. -,-


With tuan rumah berdua, Kak Intan & Ijah. :)

Dapat la jugak merasa. Bukan senang aku nak dapat naik mende ni.
Nak ke mana je pon. Hehh.

Ok, aku paling suka gambar ni! Hehe. :p
Taken at Bas Transnasional Seremban-Melaka.
Fist time nampak. -.-



Wokeyh. Sudah siap pun. Malas la nak cerita2. Emm, tahun depan praktikum pulak. Semoga semua urusan dipermudah. Bukan senang nak jadi cikgu ni. Ingat senang ke? Korang pikior le sendiri. Asgmnts tak tersiap lagi ni. Waduh2. Gawat.

Adios~


Friday, March 9, 2012

Dreams Come True 2

Assalamualaikum.





Wah. Ini pun mimpi ni. Haha. :p

Waktu publish entry Dream Comes True tahun lepas, tak berhajat pun nak btau pada akak ni about this picture. Yelah. Siapalah aku ini..Cehh..Tapi tapii..semalam waktu FL update status tentang malam gala tu, tak pasal2 tangan ni gataii nak share link. Hehe.

So inilah hasilnya! Hehe. Poyo je. But syukran jazilan ya ukhti FL! Bukan senang nih cik doktor-to-be yg sgt busy nak komen2 kat blog I. Hikhik. :p

...


Ok. Inna ma'al 'usri yusra. Bersama kesusahan ada kesenangan. Baru saja sembuh dari "sakit otak" yang @#$%..Huhu. Tapi..Alhamdulillah. Feeling much better right now. :)  Thanks sangat2 Ummi, thanks sgt2 kawan2, thanks sangat2 awak! Thank you Allah! :')


Well. Bak kata rumet, when we're facing a problem, don't take it as a BIG BIGGER BIGGEST problem. Just chill! :)  

Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Amin!
Adios.





Diari pengarang : Banyak lagi yg perlu diperbaiki. Semoga dipemudahkan. Jangan lupa Allah!

Thursday, March 1, 2012

Motivasi.

Assalamualaikum.

Motivasi. Semua tahu ke apa maksud sebenar "motivasi" ? Hehh. Actually, motivasi bermaksud sesuatu yg menggerak. The word "motive" tu, sama juga macam perkataan "motif". Lebih kepada sesuatu yg bermaksud "tujuan" atau "bergerak". Pernah dengar kan perkataan lokomotif? Hee..:)

So, maksud penuh bagi motivasi ni adalah :

"Sesuatu yang menggerak atau mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

Pernah tak korang semua terfikir, yang kita selama ni selalu mengharapkan sumber motivasi dari luar tanpa berfikir tentang apa yg memang dah ada di dalam?

Macam ni, maksud saya...Kadang-kadang kita selalu kata takde motivasi. Then kita selalu harapkan someone datang, bg inspirasi dan semangat kepada kita sbg motivasi kpd kita. Selalu kita harapkan yg sebegitu. Tapi sebenarnya kita tak tahu, motivasi yg sebenar-benarnya, yg paling utama, yg paling kuat, ada dalam diri kita sendiri! Ada sesiapa yg sedar sebelum ni? Ada? Baguslah. -,-

Gaya cakap ni macam nak bg motivasi kpd org lain supaya termotivasi. Padahal sebenarnya saya sendiri yg tak sedar tentang hakikat bahawa motivasi dari dalam diri tu yg utama selama ni. Bukan tak sedar, sebenarnya. Cuma selalu menafikan. Teruk. Kan?

Bangun pagi misalnya. Puas rumet sy kejutkan, susah jugak sy nak bangun. Padahal kalau sy bangunkan motivasi dalam diri saya ni, boleh sangat kalau nak bangun awal pagi. Haihh. Ini tidak. Udah le lambat. Sengaja lambat pulak tu. Malas la katakannn...Nanti nak gi kuliah, kelam-kabut sana sini pulak. Teruk terukk..Camne nak jadi ربة البيت ni? *ops, lebih sudaa..:p
 -sound : robbatal bait- ...


Anyway, nak kongsi something that I just learnt. Dalam Model Disiplin yang diasaskan oleh Glasser, prinsip yang dipegang adalah :
"Tingkah laku digerakkan oleh motivasi dalaman"

See? Sangat penting rupanya motivasi dalaman ni. Tinggal kita je yang perlu tentukan macam mana nak urus motivasi, macam mana nak urus kecelaruan, macam mana nak urus disiplin diri...Ye, hanya kita yg tentukan. Bukan org lain. Huhu.

Tp sy tak nafikan, sumber motivasi dr luar juga membantu kita tuk kukuhkan motivasi dlmn. Macam sy, banyak je benda yg buat sy bermotivasi. Allah, Family, kawan2, dia..Tp tu la masalahnya. Bukan senang. Hmm.

Dahh. Em, nak update tentang perjalanan mencari ilmu ke Gontor sebenarnya. Tapi gambar2 yang ditumpangkan sementara waktu di Indon hari tu belum sedut lg dari ustaz. Ust pulak yg upload dulu dlm blog Japim. Huhu. Sogan den. -,-

Sehingga ketemu lagi, adios~


Ini pun salah satu sumber motivasi. :)




Diari pengarang : Lepas ni macam malas dah nak buat diari pengarang. Boleh je kan? Cehh.


LinkWithin

Lazada Malaysia