Showing posts with label scroll box. Show all posts
Showing posts with label scroll box. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Wudhu' Wajib dan Wudhu' Sunat?

Salam sejahtera buat semua!

Dah solat belum?
Kalau belum, ha. Cepat2 pi solat!

Pernah tak anda berdoa dan meminta bermacam permintaan dari Allah, namun anda rasa permintaan tu tak ditunaikan, ataupun sangat lambat ditunaikan?

Haa..Saya pernah dengar di Radio Ikim.fm, sesiapa yg suka menangguh-nangguhkan atau melengah-lengahkan waktu solat, maka Allah pun akan menangguhkan atau melewatkan permintaan anda daripada ditunaikan.

Barulah fair, kan?
"Kamu tak buat, aku pun tak buat jugak utk kamu."

Owh, post kali ni, hanya ingin berkongsi lirik sebuah lagu yg saya baru terdengar sewaktu dlm perjalanan pulang ke rumah tadi. Tentang wudhu'. Simple je lagu ni. Simple but significant!..:)

Wudhu' - Genius Aulad Talents

First we have to wash our face
we wash our face, we wash our face
first we have to wash our face
when we take our wudhu’, when we take our wudhu’.
*(chorus)

first we have to wash our face
we wash our face
we wash our face
first we have to wash our face
*(chorus)

then we have to wash our arms
we wash our arms, we wash our arms
then we have to wash our arms
*(chorus)

then we have to wash our heads
we wash our heads, we wash our heads
then we have to wash our heads
*(chorus)

then we have to wash our heads
we wash our heads, we wash our heads
then we have to wash our heads
(voice)
*(chorus)

then we have to wash our feet
we wash our feet, we wash our feet
then we have to wash our feet

*(chorus)

then we have to wash our feet
we wash our feet, we wash our feet
then we have to wash our feet
*(chorus)


Dah selesai baca?
[Sesuai ni utk ajar kanak2 tatacara wudhu' dgn cara yg lebih menarik!..:)..]

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai org-org yg beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat,maka
Hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku
Dan sapukan (sedikit air) di kepala kamu dan basuhlah kaki kamu hingga
Hingga kedua-dua mata kaki , Dan jika kamu berjunub maka sucikan(mandi)"

(surah al-maidah: 6)

See? Allah dah pun berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6, yg menuntut kita bersuci sebelum bersolat. Dan berwudhu' juga merupakan salah satu perkara yg dikategorikan sbg bersuci.

Okeh, dalam lagu yg dinyanyikan oleh adik2 Genius Aulad kat atas tu, dorang just mention anggota wudhu' yg wajib je. Jangan terkejut taw. Nanti tak pasal2 ada yg kata dorang salah nyanyi la, hape la. Sebab kebanyakan org tahu anggota wudhu' ada banyak! Dan setiap basuhan mesti 3x. Ea?

Sebenarnya bukan camtu tau. Itu perkara yg sunat. Lagipun, basuhan sebanyak 3x tu adalah utk memastikan kotoran pd anggota wudhu' benar2 sudah hilang. Tapi kan, saya sendiri pun susah nak ingat anggota yg wajib wudhu'. Eh, maksud saya, fardhu wudhu'. Samalah tu, kan? Sebab apa susah nak ingat? Sebab, tak AMAL! Selalu saya buat amalan yg sunat, iaitu basuhan sebanyak 3x pd semua anggota wudhu'.

Fardhu wudu' ada 6 perkara:

* niat
* membasuh muka
* membasuh dua tangan hingga ke siku
* membasuh atau menyapu sebahagian kepala
* membasuh dua kaki hingga ke buku lali
* tertib iaitu berturut-turut

Konklusinya, anggota yg wajib wudhu' adalah sebanyak EMPAT bahagian, iaitu:

MUKA
DUA TANGAN HINGGA KE SIKU
SEBAHAGIAN KEPALA
DUA KAKI

Hah. Bila dah tau anggota yg wajib ni, jgn pulak lupakan atau tinggalkan terus anggota yg sunat. Apa salahnya kita lakukan juga. Moga bermanfaat buat kita.

Pada saya, kalau dalam keadaan terdesak, nak jimat waktu atau nak jimat air, maka tak salah kalau kita hanya ambil wudhu' pd anggota yg wajib, dan dgn hanya sekali sapuan shj. Agama ISLAM tak rumit, tapi mudah dan kontemporari, kan? :)

Okeh. Sekian sahaja.
Sebarang masalah dan pertanyaan, bolehlah rujuk pada pakar2 agama yg berkenaan.
Wallahua'lam.
^_~



p/s : Sanah Helwah buat abang Amin yg sdg berada di perantauan!
Moga tabah selama merantau di tempat org!. :p


diari pengarang : Sekadar sbg peringatan buat diri pengarang, juga buat yg membaca. :)

Monday, December 27, 2010

Hari Yg Bisa Meluruhkan Jantung!

Salam sejahtera buat semua!

Oleh sebab semalam kami satu keluarga dah berhempas-pulas membanting tulang mengerjakan kebun kat sekeliling rumah, maka hari ni kami bercadang nak keluar. Shopping. Sebab ramai dah suggest suruh pi Year End Sale, Jualan Kembali Ke Sekolah, dll.

Lagipun saya masih belum dapat kasut kuliah utk next semester. huhu.
Banyak jugakla tempat kitorang pergi. Sampai satu ketika, Ummi pandu kereta terus ke Carrefour. Lama dah kitorang tak pi sana. Dengar2 kat sana ada Year End Sale. Dah terbayang dah dalam mata ni, kedai2 kasut dan beg, serta barisan2 kasut yg bakal dipilih nanti.

Okeh. Pendek cerita, akhirnya Si Cerewet ni pun dah jumpa dengan kasut yg membuatnya jatuh cinta pandang pertama. huhu. Harga pun BEST!..:).. Tak sampai RM20 pun. hehe. Owh, ini harga lepas diskaun, okeh. Bukan senang tau saya nak pilih kasut. Jalan situ, round sini. Leceh. Tu la. Sape suruh tak sediakan kasut yg lebih pelbagai utk saya. haha..;p

Ini kasut baru Si Cerewet :

Tak tahula berapa lama boleh tahan. Kalau boleh bertahan sampai setahun dua pun syukur. haha. Maklumla, jalan kat maktab kami ni..err..pelik sikit. Boleh makan kasut. haha..;p

Ops, tapi harap2 lepas jalan dah berturap ni kasut saya tak mudah rosak lagi.
[Harapan ni, harapan. huhu]

Dah puas pilih kasut, kitorang langkahkan lagi kaki, menjelajah Carrefour.
Tiba2 terasa sesuatu yg pelik.

Saat Pertama:
Nampak seorang perempuan 40-an bercermin mata, berbaju purple.

Saat Kedua:
Ternampak pulak seorang lelaki 40-an, berbaju merah belang putih.

Saat Ketiga:
Oh tidak!! Saya tak nak tengok!
Actually, sy nampak kelibat seorang lelaki berbaju biru.

Masa tu Allah je tau camna perasaan saya. Siapa mereka?
Si DIA dan HIS PARENTS!

Rupanya betul org cakap. Dunia ni kecik je, kan? huhu. Tapi sebenarnya tak mustahil kami boleh bertembung, sebab tak jauh mana pun tempat tinggal masing2. huh. Tapi entahla. Perkara yg sgt unexpectable ni sgt membuatkan jantung sy rasa cam nak luruh. Adeh. Segan, malu, bersalah. Semua ada. Yg paling membuatkan sy rasa bersalah adalah kerana...MAK nampak saya. Saya tak tegur pun dia. Saya sorokkan muka, walaupun saya tau saya berjalan sebelah AYAH. Owh tidak. Apa yg saya lakukan?..huhu

Saya terus jalan laju2, malu dan bersalah sangat2. Adeh.
Tiba2 adik saya panggil.

"Eh kakak, kejapla. Ummi nak beli barang ni,"

Aduss..Terpaksa la saya berpatah balik ke belakang. Dan, bila toleh belakang je, ada someone yg sedang tersenyum + tersengih memandang saya. Adeh. Kenapa kau senyum? huhu
Gelabah, tak tentu arah. Tak boleh fikir pape masa tu. Haduii. What's wrong with you, myself?

Bila saya tengok handphone, ada mesej masuk.

"Sombong ea..:)"

Dush. Rasa cam ada batu kat atas kepala. haha
Ops, sori si DIA. Sebab saya ceritakan semua ni kat sini.
Maklumla. This is my diary. huhu

Pastu, mesej demi mesej berbalas. Till...

"blablablabla....hehe,btw, td nmpk comey"

Dush. Satu lagi hentaman di kepala.
Perlukah anda berkata begitu kpd makhluk yg hodoh ini? But, thankz! haha

Ops, I still remember what my lecturer had said before:


Bila org puji saya, contohnya:

"Annisa, you look pretty today!"

Saya akan balas,

"What? Saya memang cantik setiap hari!"

Jadi, sepatutnya saya reply camni kat AWAK:

"What? Sebelum ni saya tak comey la?"

haha. Okeh. Just Kidding. Untuk menghiburkan hati yg lara.

Okeh. Nak rest. Penat.
Sori, entri ini tidak berfaedah. huhu
Adios!



diari pengarang : Gara2 pristiwa ni, sy lupa nk ingatkan Ummi, yg saya belum beli tiket balik ke Melaka! Adus..terpaksa pergi lain kali. huhu~

Wednesday, December 22, 2010

Saya Tak Punya Ramai Kawan

Salam Sejahtera buat semua!

Hmm, bunyi cam sedih je tajuk tu. Tapi memang sedih pun. huhu
Pagi tadi dengar Warna Pagi Ikim.fm. Topik yg dibincangkan ialah :

"Tiada Kemahiran Berkomunikasi dan Kurang Penampilan Diri
Punca Gagal Mendapat Kerja"
Betul ker?

Memang best topik nih. Sesuai dengan keadaan semasa, spt yg kita tahu ramai lepasan2 Universiti mengeluh tak dapat kerja lepas grad. Kan?
Tp apa masalah sebenar depa? Adakah kelulusan tak cukup?
Ataupun terlampau memilih? Takpun memang tak pandai nak cari kerja?
Wallahua'lam..

Hangat jugak la perbincangan topik ni.
Tapi apa kaitan dgn tajuk sy tu? huhu

Sebenarnya, pada pandangan sy sendiri, sy tak punya ramai kawan sbb tak pandai nak berkomunikasi. Susah sgt nak get along with others. Bukti? Bila dalam blog, sy tau nak luah macam2. Kadang2 perkara yg dirahsiakan dr kawan2 pun, sy muntahkan semuanya kat sini. Tapi kalau di alam nyata, bila berdepan dengan realiti, hmm.. Sampaikan kawan2 pernah label sy, seorang yg sgt perahsia.

Memang. Sy suka berahsia.
Sy malu nak luah semuanya face to face. Kenapa ek?

Lagi satu, sy kurang penampilan diri.

Penampilan dari segi apa tu? Bila sebut penampilan diri, pasti kita fikir, cara berpakaian dll yg nampak pd luaran. Ye? Saya tak tahula org pandang sy macam mana.Tapi sy memang kurang penampilan diri. Susah la nak pasifkan rasa merendah diri yg melampau bila bercampur dgn org lain. Saya rasa mcm tak setaraf dgn org lain. lebih2 lagi dgn org yg sgt berilmu. Bila org lain lebih tinggi ilmunya daripada kita, mmg layakla utk kita hormat, kan?..Lagi satu, bila org tu taraf kehidupannya nampak lebih baik dr kite, pakai branded2, barang sume berjenama, gaya berpakaian pun stylo habes, uisyh..Tak berani sy nak dekat. Sebab rasa macam tak sekufu.

Salah ke diri sy jd macam ni ek?
Entahla.

Psiko.
Itu pun salah satu sebab kenapa org tak nak kawan ngan sy. Kot?
Psiko dari segi perbuatan dan juga perasaan. hmm~
[macam penghuni rumah sakit jiwa je?huhu]

Dulu sy pernah surf tentang personaliti mengikut bulan kelahiran.
Hasilnya macam yg tertulis kat dlm skroll box ni.
90% mmg bertepatan dgn diri saya.

 FEBRUARI 

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang reality dan abstrak.
Inteligent, bijak dan genius.
Berpersonaliti yg mudah berubah.
Mudah menawan org lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pd segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong,
mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yg lasak.
Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yg remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi ,
suke berangan-angan, dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yg tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yg bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pd benda yg tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.


Tapi semua Februarian macam ni ke?
Saya tengok tak pon..hmm..
Tapi takpelah. Nama pun KAJIAN, kan?
Allah tak ciptakan semua org sama. Setiap manusia pasti ada bezanya.
Dan seharusnya saya bersyukur menjadi diri saya.


*Kualiti diri yg hanya ada bila bersama dengan org2 yg rapat sahaja. huhu*

Cara Tingkatkan Estim Diri:
"Motivasi-Portal Pendidikan Utusan"



diari pengarang
: Self-esteem rendah ni. :(..Haisyh~

Monday, November 22, 2010

Mandi Wajib,Solat,dan Tips Cantik

Salam alaikum...
Moga pembaca semua sejahtera waktu membaca post ni..^_^

(dah lama tak jd seseorang yg normal.Hari ni tenang sikit.Nape ek?Entah..huhu)

Okeh, hari ni saya akan catatkan post yg berguna buat umat Islam yg sudi membaca.
Apa?

Paling Utama, tentang MANDI WAJIB..sebenarnya dah lama dapat emel ni dari Kak Imah. Alhamdulillah, Kak Imah harap saya dapat sebarkan ilmu ni pada org lain jugak, melalui blog yg tak seberapa ni. Harap pembaca dapat banyak info yang berguna, kerana seorang yg bernama INSAN tak akan pernah terlepas dari sebarang kesilapan sepanjang hayatnya di dunia , isn't it?

PANDUAN MANDI WAJIB

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

[Mandi Wajib Yang Betul]

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,
ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu
rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut
tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas
beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan
memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada
bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,
sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:
-> kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani.
-> keluar air mani.
-> mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja :
-> keluar darah haid
-> keluar darah nifas
-> melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jelas? Pastikan point2 yg ditebalkan tu diambil serius ya..:)
Okeh, nak tambah lagi.

PANDUAN UNTUK MENJADI CANTIK!

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh
tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan
do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak
hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka
perindahkan pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan
diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air
putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Lagi..
RAHSIA SOLAT?

1. Niat Solat Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam
kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wallahua'lam.

Baik. Itu sahaja.
Sebarang percanggahan pendapat, sila rujuk pada ulama' yg lebih arif.
Saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran RAHSIA SOLAT ni.

Apapun, yg penting ialah kita laksanakan SOLAT sungguh2, bukan kerana hanya nak harap macam2 balasan, tapi SUJUDLAH kepada PENCIPTA-mu kerana DIA Yang Maha Agung, dan kerana kamu ialah hamba-Nya yg lemah.
Wallahua'lam.



diari pengarang: Ya Allah, pelihara kami dari terpesong ke arah jalan yg menyekutukan Engkau!

Thursday, November 11, 2010

Mai belajaq AQIDAH sat~

Salam sejahtera buat semua.
Baiklah. Sudah2 la tu post entry yg mengarut-marut. Huhu..
Jom kita review sikit topik Aqidah nih..:)

Iman, Islam dan Ihsan!

*******************
Pengertian Iman serta Konsepnya

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya.
Dalam konteks penghayatannya dlm kalangan umat Islam, iman
membawa maksud mengaku dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya
mengenai keesaan dan kekuasaan Allah,
mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan
segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan,
cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:

"Iman itu ialah bahwa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara
atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir.
Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman
dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.


*******************
Pengertian Islam dan Konsepnya

 Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera.
Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud
menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah
dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan
oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam.
Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah
yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah
pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat
dan mengerjakan haji di Makkah jika berkemampuan."


*******************
Pengertian Ihsan dan Konsepnya

 Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah
hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahwa engkau menyembah Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya,
maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang
melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahwa
Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya
mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.
Dalam arti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan
adalah dengan penuh keikhlasan.


*******************
Intisari Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

 Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan,
maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan
ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan
Allah
(iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah
dan patuh melaksanakan nya
(Islam) dengan penuh keikhlasan
tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia
(ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah,
kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya
akan melahirkan insan yg teguh akidahnya.


*******************
Ciri2 Org Yg Sempurna Iman,Islam dan Ihsan

 Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat,
kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan
ketentuan baik dan buruk daripada Allah.

Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah
seperti solat lima waktu sehari semalam,
puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji di Makkah.

Senantiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan
dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran
daripada Allah semata-mata.


*******************
Sumber : Sila klik sini.

*esok nak exam baru wat nota?Jgn tiru aksi ini.huhu*


diari pengarang: Baca buku tapi macam tak ada input. Camne ni? Haisyh..T_T

Tuesday, November 9, 2010

Hanya Ilusi Cinta!

Anda pernah kecewa dengan cinta?
Tak pernah?
Ok. Saya pernah. Sebab cinta saya cinta palsu, bukan cinta hakiki.
Entah bila akan capai cinta hakiki..Wallhua'lam.

"Perlu lebih dekat dengan pemilik cinta hakiki itu!"

Saya terjumpa satu artikel ni (artikel ke?), tajuk dia:

"Selamat Tinggal 9 Fantasi Cinta"

Aduh. Bila baca sekilas lalu, memang terkena pada diri sendiri, yg selalu berfantasi walaupun tahu fantasi itu bukanlah realiti!..huhu..
Nak tau jugak ke?
ok. Sila skrol lagi tanpa jemu...:)

 "....Percayalah, andai dia yg terbaik buatmu,tak akan ada sesaat
pun dia menyakitimu. Oleh itu, hentikan semua ilusimu dan
berpeganglah pada satu prinsip yg pastinya akan membahagiakanmu!"

ILUSI 1
"Belum pernah ada lelaki lain yg menyayangi aku sebaik dia"
Lelaki yg bijak bermain kata2 sudah semestinya boleh menjadi
super duper baik! Dia melakukan semua perkara secara teratur, tanpa
sedikitpun kamu mengesyakinya. Jadi kamu harus katakan pd diri,
sebarang kebaikan yg dia lakukan bukan utk kamu, tapi untuk
kebaikannya semata-mata.
Pegang pd prinsip:
"Aku layak utk disayangi. Tentu ada yg lebih
menyayangi aku selain dia!"

ILUSI 2
"Si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
Jgn pernah mimpi bhw kamu dpt mengubah seseorang.
Setiap org harus berubah dr dalam diri sendiri, bukan kerana org lain.
Memang bohong jk si dia beritahu bhw kamu dpt merubahnya!
Pegang pd prinsip:
"Aku tak akan tunggu terlalu lama sehingga dia berubah.
Waktuku
terlalu berharga utk dihabiskan dgn menunggu si dia!"

ILUSI 3
"Aku masih bahagia sekarang"
Dia masih baik mungkin utk sesaat ini shj. Esok/lusa belum terjamin.
Bagi kamu, selagi belum pernah dipukul, kamu masih boleh bertahan.
Tp ingat si dia pasti menyeksa mental kamu dan tak mustahil,
menyeksa fizikal kamu bila tak dapat apa yg diingini.
Pegang pd prinsip:
"Suatu masa nanti dia pasti menyakiti aku spt yg dah dilakukan
terhadap org lain sebelum ini."

ILUSI 4
"Pada masa akan datang, aku mungkin tak akan jumpa lelaki
sesempurna dia."
Kamu rasa dia memiliki segalanya yg kamu inginkan. Biarpun dia sering
menyakitimu, namun kerana apa yg dimilikinya membuatkan kamu kekal
setia dengannya. Kamu tak seharusnya rendah diri!
Kamu juga cukup sempurna untuk memiliki lelaki yg sempurna!
Pegang pd prinsip:
"Aku yakin aku boleh dpt yg lebih baik dari dia."

ILUSI 5
"Semua org perlu diberi peluang kedua"
Betul! Tapi kamu perlu kasihankan diri kamu! Kenapa mahu berkorban
dan menjerat diri? Kamu boleh beri peluang kedua dgn hanya berkawan
dan bukan menjalinkan kembali hubungan istimewa dgnnya.
(Nasihat saya: Kalau tak mampu, lupakan je dia!)
Pegang pd prinsip:
"Dia layak dpt peluang kedua, tp bukan dari aku!"

ILUSI 6
"Semua org ada kekurangan, begitu juga si dia"
Kalimat inilah yg sering memerangkap kamu dgn cinta lelaki buaya.
Tidak perlu terima kekurangan seseorang andai itu merugikan kamu.
Jangan menyusahkan diri sendiri.
Pegang pd prinsip:
"Lebih baik berpisah jk kekurangan itu menyakitkan hati!"
(Dari saya: ya, betul!Kalau merokok membahayakan kesihatan,
utk apa bercinta dgn perokok?Isyh.huhu~)

ILUSI 7
"Sekiranya dia bersama aku, pasti dia tak akan jahat mcm dulu"
Memang bagus andai kamu disayangi oleh si dia dan dia boleh ikut apa
yg kamu tetapkan untuknya. Namun jgn begitu yakin! Kalau dia mmg
jenis yg liar, bukan mudah utk menjinakkannya.Silap2 kamu
yg akan berterusan berkorban dan hasilnya, zero.
Pegang pd prinsip:
"Andai dia boleh sakiti hati org lain,kenapa tidak aku?"

ILUSI 8
"Kami dah berkongsi byk hal bersama, syg andai hubungan ini
berakhir begitu shj"
(Dari saya: Nonsense~..palsu.)
Jangan takut utk putus dgnnya, jgn takut rasa ragu kerana
kerugian kamu bakal semakin bertambah jk masih terus bertahan
dengan si dia!
Pegang pd prinsip:
"Pengorbanan aku cukup sampai di sini"
(Dari saya: Noktah!)

ILUSI 9
"Aku terlalu cintakan dia. Tak ada org lain yg boleh ganti tempat
dia andai kami berpisah"
(Dari saya: Macam pernah dgr ayat palsu nih.huh~)
Alasan ni memang sering kita dengar.Kamu belum cuba berkenalan dgn
org lain. Buka pintu hati seluas-luasnya. Dunia ni cukup luas utk
kamu terokai!
(Nasihat saya: Dekatkan diri dgn yg mencipta alam. Bercinta dgnnya,
pasti tenang!..^^)
Pegang pd prinsip:
"Aku masih muda. Masih banyak kesempatan utk terus
mencari."

(erk.terdesak ke?La tahzan, Allah bersama kita!)


Dah habis membaca? Okeh. Jom bukak buku, study!..hehe

*bercinta dgn buku!huhu*


diari pengarang: Asyik2 entry tentang cinta. Maafla kalau sy buat tekak anda jadi loya. Huhu~

LinkWithin

Lazada Malaysia