Sunday, June 26, 2011

Kau Minat Novel?

Sejujurnya, saya kurang minat membaca.

Eh nanti dulu. Jangan terburu-buru membuat prasangka. Saya kurang minat untuk membaca buku-buku yang berunsurkan penulisan akademik, sebab takde langsung unsur-unsur melibatkan emosi di dalamnya. Am I right? Heheh. ;p

Tak senonoh betul . Kata bakal guru, tapi tak minat baca penulisan ilmiah. Apa kejadahnya ni? Ehehe..;p

Tapi ada satu waktu je saya memang betul2 minat membaca buku-buku penulisan ilmiah ni. Bila? Ce teka? Hah, of course la. Waktu encik examination da mai datang nak meminang. Haha ;p Semua org pun macam tu, kan? EXCEPT barangsiapa yg bersifat VISUAL, boleh membaca apa sahaja bahan bacaan, walau di mana sahaja, hatta bila-bila masa sekalipun. Tak mampu saya nak mencontohi. Tahniah kepada golongan ini. =.="

Em, berbalik semula kepada tajuk utama. Cehh. Novel. Emm, rasanya ramai yg minat baca novel. Of course ramai yg minat novel cinta cintun,jiwang2. Tak minat? Ok2. Saya teka je ok. :)

Petang tadi saya tiba2 teringat untuk 'LIKE' semula RAM Fan Club di fb, cz nak tahu update dan nak jugak luah prasaan skali skala kat sana. Cewah. :p Dah lama rasanya tak jenguk2 ke sana. Baru-baru ni (actually baru je minggu ni) saya baru je menghabiskan sbuah lagi karya Ramlee Awang Murshid, "Sutera Bidadari", yg merupakan sambungan daripada novel2 yg sebelumnya.

Entah macam mana sy boleh minat dengan novel. Dulu2, memang tak minat pun, pandang sebelah mata je. Sombong kemain dengan novel. Haha.

Tapi..?

Entah macam mana sy boleh layan novel tiba2, sejak Form 2 dulu. Ala, budak2. Bosan bila hujung minggu. (Jap2. Hey SMKASIAN, dulu2 memang takleh bawak novel gi hostel ea? Lupa la..hhuhuu) Hah, sambung balik. Tetibe je saya jadi seorang yg khusyuk dengan novel. Padahal sebelum tu pandang pun sebelah mata je,tak amek port pun bila kawan-kawan duk bercerita tentang novel2 yg depa baca. Tup tup, saya pula jadi salah seorang drpd mereka. Eh, tapi saya taklah terlalu GILA dengan novel, ok. :)

Novel jiwang dulu2 best. Authentic. Macam real. Tengku Shahran lah, Adam Hawa lah. Haisyh. Kelakar je bila saya sendiri menjiwai watak2 dalam novel tu. Biasalah. Budak2 baru nak kenal kata 'cinta'. :)

Em, waktu dulu2 saya tak berapa minat dengan karya Ramlee Awang Murshid. Sebab dy buat unsur thriller. Saya ni pencinta keamanan. (Konon) Jadi jiwa saya lebih memilih cerita2 yg sedap dibaca, yg mampu dibuat pelayan perasaan. Cewah. (geli aku)

Tapi (banyak pulak tapi) satu hari tu tak silap saya adik dorm bawak novel Tombiruo, karya Ramlee Awang Murshid. Wah,best. Saya tak langkah satu m/s pun sepanjang membaca novel tu. Huhu. Maka sedari itulah, sy mula mengenal RAM, dan ikut la jugak perkembangan novel2 beliau.

Lagi bertambah minat saya bila RAM mula buat cerita yg bersambung2 ni. Laksamana Sunan, kau benar2 menggugat jiwaku! Ouch! Hehe. Best sangat2. Adoyai. Daripada takmau and malas nak update blog, tiba2 tangan ni lancar je menaip kat cni. Haih. Nasib kau lah encik blog. Waktu diperlukan, aku puji2 kau. Waktu tak dgunakan, kau ku biar bersawang dan berhabuk. Isyh2.Hehe

Tak silap saya, dulu saya pernah jugak update ttg RAM ni. Ce klik kat SINI.

OK lah. Da tak berdaya nak membebel lagi. Sebenarnya minggu ni sangat sibuk, walaupun baru je masuk Minggu 1 pengajian Sem 2. Isyh2. Nasibla. Nama pun student kan..~

Budak yg susah utk rajin.Err..ape dy buat tu weh?huhu



Diari pengarang : Mahukah kau mendengar tawaranku? -Laksamana Sunan- ^^

Tuesday, June 21, 2011

Tutup.

Assalamualaikum.

Oh, macam ni rupanya alam maya yg dah sekian lama sy tinggalkan. Makin ramai yg celik IT, makin ramai yg berblog sana-sini, fb pun, mungkin dah diupgrade lagi. Dan makin ramai pulak yg jd penggodam yg berjaya. Eh? Hehe.. Emm, Seriously kekok bila dah lama tak bukak lappy.

Sebenarnya tah kenapa after exam lepas, dah tawar hati nak bukak lappy, berblog sana-sini, ber fb setiap hari. Malas. Penat. Letih. Sia2. Huhu Memang ada baiknya nak on9 nih. Tapi entahla. Kuasa dari mana tah yg dtg tibe2, membuatkan sy sgt malas utk membebel, mengarut dan sebagainya lagi. Malas. Mungkin tu faktor terbesar.

Ya, memang setiap dari kita ada tugas yg perlu dilaksanakan terutama sebagai khalifah Allah di muka bumi. Tapi entahla. Berat je rasa bahu ni nak memikulnya, walaupun memang perkara tu boleh dikatakan wajib dirasai oleh semua orang.

Eh, korang faham ke apa yg aku bebelkan nih? Tak faham? Takpe2. Chillex. Tak kena denda pun kalau tak faham.

Bila dah berat ke arah MALAS, dan tawar hati, maka perkataan TUTUP pun asyik berlegar-legar dalam kepala. Ya, tutup blog ni. Ah, ko bebel2 pun bukan ko buat sume tu. Pandai cakap je. Praktik sekejap2 then tinggal terus. Rasa macam penipu. Yup. Penipu kpd diri sendiri. Huhh.

Dah la. Kata taknak membebel tadi. Buat yg semakin rancak berblogging terutama my rumet, hehe, selamat berblog dengan jayanya lah ye. Makin lawa blog kamu2 sume nih. Moga segala yg terkandung dalam blog tu dapat dijadikan tauladan buat semua. :)

Semoga kita semua dpt mencari apa yg sebenarnya kita perlukan dalam hidup yg sementara ni..Oh ya, selamat beramal ibadah ye dalam bulan Rejab dan Syaaban ni, juga selamat menanti Ramadhan yang mulia. Eh, bukan menanti tuk makan kuih raya, buat baju raya, beli kasut raya, tak. Tapi, nantikan Ramadhan supaya bulan2 yg diberkati Allah ni dapat kita lalui dan hadapi dengan penuh makna...InsyaAllah.. :)


May Allah Bless You All. Wassalam~

Nah gambar nostrils. =.="




diari pengarang : Rileks2...Allah kan ada~

LinkWithin

Lazada Malaysia