Friday, October 22, 2010

hey, SILA STUDY..!

Soalan pembuka bicara :
What is the best gift untuk dibawa pulang kpd family, jika mahu pulang ke kg?..huhu~


*********
"Uiks, ngah watpe? Study ek?"

"Yups.."

Aduss....cemburu la if seseorang tu ada kesedaran untuk study...tak lama lagi nak exam..tapi?...haiyaa...

Betul jugak kan..

MODAL BAGI ORG YG MALAS IALAH PERBUATAN BERTANGGUH!

dan...

MALAS ADALAH PUNCA BAGI SEGALA KEGAGALAN!

Jadi?..

hmm..susah kan kalau KEMALASAN lebih berkuasa daripada KERAJINAN...

dan lebih susah jika ALASAN lebih banyak daripada TINDAKAN!


Tanpa sebarang usaha, mungkinkah seseorang tu boleh berjaya?
Boleh ke tanpa sebarang tindakan, seseorang itu akan menapak ke hadapan?
Adakah dikira berjaya jika sesuatu kejayaan itu bukan datang daripada
usaha yg bersungguh-sungguh?

Firman Allah Taala dalam Surah Ar-Ra'd, ayat ke-11 :

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah keadaan mereka sendiri..."


Tanpa sebarang USAHA dan TINDAKAN, dan hanya mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku, itu bukan tawakal!..Selagi kita tidak bersungguh-sungguh utk mengubah nasib dan keadaan diri kita, selama itu Allah tak akan mengubah keadaan kita.

Masa tak pernah mencemburui kita...Tapi kita yg seharusnya CEMBURU PADA MASA!

Kenapa?
Sebab...walau apa pun yg terjadi, masa akan tetap berjalan..tetap akan meninggalkan kita yg jauh di belakang..dan kita tak akan dapat mendapatkan semula masa yg telah berlalu..Untuk apa masa mencemburui kita, sedangkan masa selalunya akan pergi jauh meninggalkan kita yg terkial-kial mengejarnya?

Sebab tu la pepatah Arab ada menyebutkan, bahawa MASA ni ibarat PEDANG...jika kita tak memotongnya, dia yg akan memotong kita!..

DOA + [ USAHA - PROCRASTINATION ] + TAWAKAL = SUCCESS!

Harapnya diri ini mampu melakukannya!
~InsyaAllah..dgn izin ALLAH~


diari pengarang : ruang refleksi diri..huhu...Emm, i think this blog will be neglected for a while, until the exam is over!~

Friday, October 15, 2010

MALAS boleh jadi MODAL?

Alhamdulillah...

Saat sedang kalut menggosok baju pagi tadi, telinga ni masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menangkap dengar suara Ustaz di radio IKIM.fm dalam sesi MOTIVASI PAGI...

Saya suka buka IKIM.fm pagi-pagi.. best..boleh dengar berita terkini (pastu jd tukang forward berita dlm kelas..hehe-dan yg untungnya, org belum tahu,kita dah tahu lebih awal!.haha), dan slot yg saya suka, MOTIVASI PAGI..sy tak pasti siapa nama Ustaz ni..yg penting, cara penyampaian beliau memang best!!..
:thumbsup:


Hah, pagi tadi..dapat satu kata-kata..yg menariknya...kata-kata ni memang tempias pada diri sendiri..(padan muka!)

"Modal bagi orang yang MALAS adalah BERTANGGUH!"

Aduh!..tersenyum..gelakkan diri sendiri.

Memanglah, tak dapat dinafikan...kalau bertangguh, semua kerja jadi lambat..tak menjadi..tak perfect..Mungkin akan ada org yg tak setuju..sebab..kadang-kadang kerja last minute tu la yg terbaik..dan kerja di saat akhir senang dapat idea..kan?

TAPI?

Kan lebih elok kalau kerja tu dapat diselesaikan lebih awal..takdelah nanti salahkan masa yg tak cukup, salahkan printer yg rosak..salahkan itu, salahkan ini...Nak ke kita salahkan ALLAH?..Allah dah bagi kita semua masa 24jam..sama rata!..Tak ada siapa pun yg dapat lebih!..
(err..ke ada siapa-siapa dapat 8 hari seminggu?..or...25jam sehari?..haha...nonsense~)

" Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara"

uiks?..Apakah?..emm..Tak paham?..mai ceq nak terangkan..

Selagi masih ada ruang dan waktu untuk terus bernafas di atas muka bumi Allah ini..hargailah nikmat-nikmat ini sebelum ia pergi..

"SIHAT sebelum SAKIT"
"MUDA sebelum TUA"
"KAYA sebelum MISKIN"
"LAPANG sebelum SEMPIT"
"HIDUP sebelum MATI"


Bila nikmat yg ALLAH bagi hilang sekelip mata, barulah kita nak menyesal..Maka akan timbullah perkataan-perkataan seperti:

Kalaula aku berjimat dulu....

Kalaula aku gunakan waktu muda aku untuk buat amal kebajikan banyak-banyak...

kalaula aku buat kerja tu awal-awal..

kalaula aku masih hidup.......

erk..

Ha, masa tu baru nak menyesal..Allah dah pun berfirman dalam surah-surah-Nya di dalam Al-Qur'an,tentang bagaimana menyesalnya seorang hamba Allah jika dia tak berjaya masuk ke syurga. Contohnya dalam surah An-Naba', ayat 40:

[Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan Yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab Yang dekat (Masa datangnya), - Iaitu hari seseorang melihat apa Yang telah diusahakannya; dan orang Yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".]

Nak tahu?

KALAU..JIKALAU....KALAULAH...IF...

perkataan-perkataan yg seperti ini, yg mengharapkan sesuatu yg memang tak akan terjadi, merupakan PINTU bagi SYAITAN untuk MENGHASUT manusia..
Kenapa?
yela...bila berkalau-kalau..mula lah nk salahkan takdir..Nape la aku tak dapat jadi camni?Nape itu,nape ini..tak aci lah, n macam-macam lagi...Senang bagi syaitan untuk menggoyahkan keimanan kita!

Nauzubillaiminzalik..

"Kesihatan yg baik boleh diumpamakan sebagai sebuah MAHKOTA yg dipakaikan di atas kepala. Tak ada siapa yg nampak akan mahkota tersebut, melainkan oleh orang-orang yg telah dicabut nikmat sihatnya!"

" Sesungguhnya, teriakan yang paling banyak di dalam neraka nanti adalah teriakan orang-orang YANG SUKA MENUNDA-NUNDA AMALAN..."

Jadi?..

Harapnya yang menulis dapat ambil pengajaran dari refleksi kali ni..dan para pembaca pun dapat memahami dan ambil peringatan yg baik daripadanya...Wallahua'lam..

psstt..gambar boleh menipu!..huhu
-hasil sentuhan photoshop + photoscape-




diari pengarang: hey, tolong buang rasa PUTUS ASA jauh-jauh!!

Tuesday, October 12, 2010

Mana Milik Kita?

Assalamualaikum..

Hmm..sejak dua tiga hari ni, kecoh Malaysia dengan pelbagai peristiwa..Lebih-lebih lagi waktu tarikh keramat 10/10/10 (kononnya) berlalu...Kecoh dengan peristiwa kemalangan ngeri yang terjadi, berhampiran sahaja dengan tempat saya menuntut ilmu..Lagi satu peristiwa, persandingan gilang-gemilang angkasawan negara...yang minat motor pulak, sibuk dengan Motor GP...hmm~

Kawan-kawan pulak ramai yg sakit sekarang ni..Syafakillah...Maaf..saya tak mampu buat apa-apa..:(..
Hanya mampu bersimpati, dan tolong sikit-sikit je..
Saya Sayang Korang,ok?..

Emm..bila terfikir tentang semua ni, timbul kesedaran dalam diri..dan terus terngiang-ngiang dalam telinga ni lagu milik Rabbani yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri, "Mana Milik Kita"...



Mana milik kita..
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

*************

Bila kita hayati semula lirik lagu ni...MasyaAllah..sedar tak betapa sombongnya kita sebagai makhluk?..sentiasa nak berbangga dengan apa yg kita ada..Tapi kita selalu LUPA, yg Allah Maha Berkuasa...Allah mampu tarik segala nikmat yg diberi bila-bila masa je...

Kalau buat maksiat?

Apatah lagi..bila-bila je Allah boleh bayar cash kat kita...Astaghfirullah..:(

Nauzubillahiminzalik...




diari pengarang : Ya Allah, hidupkan kami dalam keimanan terhadap-Mu, dan matikan kami dalam khusnul khatimah (pengakhiran yg baik )...Aminn~

Friday, October 8, 2010

Yang Benar Itu Pahit..?

Salam sejahtera buat semua....

***
Emm,tiba2 terfikir ayat ni :

*Too much LOVE to someone,make us apart from him/her..
Too much LOVE to ALLAH, make us closer with HIM...*
err..ada sesiapa yg setuju?
***

Okeh,mari bicarakan tajuk yg sebenar..huhu~

" قُلِّ حَقًّا وَلَوْ كَانَ مُرًّا "

Berkata benarlah walaupun ia pahit!

Setiap yg benar memang pahit..Sebab tu ramai yg tak berani cakap benar.

TIPU SUNAT??

Nonsense~

Takde pun bohong sunat atau tipu sunat dalam Islam.

Kalau perkara itu SUNAT,maknanya Nabi SAW pernah buat, ataupun perkara itu disandarkan kepada Nabi SAW.

Tapi,kamu rasa Nabi SAW, kekasih Allah yg mulia pernah menipu ke?
Baginda tak pernah menipu!..
Apa yg Baginda pernah lakukan ialah HELAH.

CERITA 1:
Seorg nenek tua pernah bertanya,
"Adakah aku dapat masuk ke syurga, ya Rasulullah?"
Nabi Muhammad SAW bersabda,"Nenek tak akan masuk syurga.."

Lalu nenek tu sedih sangat-sangat.Yelah..siapa yg tak mahu dirinya diletakkan di tempat yg penuh dengan segala macam kenikmatan tu..am I right?

Melihatkan keadaan Nenek itu tadi, Baginda pun menyambung kata-katanya,
"sebab dlm syurga hanya ada perawan,anak gadis.Nenek akan ke syurga,
tapi nenek akan muda kembali".
Apa lagi, gembira sungguh hati si nenek!.

CERITA 2:
Suatu hari ada seorang hamba Allah minta tolong kepada Nabi SAW, supaya menyelamatkan dirinya dari seseorang yg mahu mengejarnya.
Selepas meminta tolong, hamba Allah itu segera bersembunyi.
Tak lama kemdian,muncul si fulan yg mengejar hamba Allah tadi..
Si fulan itu bertanya,
"Ya Rasulullah,adakah Engkau nampak hamba Allah yg sekian sekian ini?"

Nak tahu Nabi SAW jwb apa?

Nabi SAW melangkah setapak dari tempat Baginda berdiri, lalu menjawab,
" Semenjak aku berdiri di sini,aku tidak nampak hamba Allah itu."

Hah, Nabi SAW berbohong ke?

TIDAK!

Itu helah namanya.
Baginda mmg nmpak shbt yg lari td,tapi bukan sewaktu baginda di tempat bgnda berdiri
pada waktu itu.

Jadi,perlu diingat di sini, HELAH dgn TIPU,mmg lain maknanya dan sangat berbeza.
[Helah VS Tipu/Bohong, definitely different!]

TIPU atau BOHONG, hukumnya BERDOSA!...
Memang segala yg benar itu pahit.
Hmm~




diari pengarang : What's wrong with me this night?..:(...Ya Allah, jadikan kami semua org2 yg sentiasa diberi petunjuk...

Tuesday, October 5, 2010

Kurus VS Gemuk

Assalamualaikum..

Biasanya bila tiba hari minggu,saya dan kawan2 semua pakat keluaq..untuk mencari sesuap rezeki..*sedih2..huhu*..Pagi tadi,kami semua berjalan keluar dari kawasan maktab,dengan tujuan dan harapan yg sama, untuk mengisi perut yg sedang meronta-ronta kelaparan!

Dengan riang-rianya kami berjalan ke arah kedai yg paling dekat. Dengar kata, kedai ni jual nasi lemak je..Rupanya ada jugak jual makanan lain...

TAPI..
Malangnya..sampai-sampai je kat gerai makan tu,semua pakat tengok..Kenapa ek?..Ada yg tak kena ke ngan kitorang?Hisyh...tepis je la rasa segan + malu tuh...
Kami terus straight forward ke arah kaunter makanan..Rupanya makanan dah habis..Nasi lemak yg diidam-idamkan terlepas begitu sahaja...err..lambat sangat ke kami datang?..huhu..Ntahler..

Dengan kecewa kami menapak keluar dari gerai tu..Then, terpaksa la jalan kaki lagi....Pergi pulak satu lagi gerai...Hmm..gerai makan ni memang nampak macam famous..Mana taknya..sekali datang, berduyun-duyun orang datang..Kereta bersusun kat tepi jalan..Meja-meja semua penuh..

Makanan?Memang best la..Harga pun..affordable!..Jadi tak hairan if ramai yg suka pi sana..TAPI..satu je yg kurang kat gerai ni.....
*aduh..perlu ke cakap?Ntahla...*

Kalau nak ke sana..kena ada persediaan mental yg kuat dan kental ye...Sebabnya...Depa ni..err..garang2 sikit orangnya..Tapi..apa boleh buat..demi mencari sesuap rezeki..*sob3...huhu*

Ehh..terlebih bercerita pulak..Sebenarnya just nak bercerita sikit..
Tentang KURUS dan GEMUK..
Mana satu yg best ek??

Time kitorang duk tunggu2 order tadi..Sempat ah borak2 santai tentang some friends yg makin kurus..ada jugak yg makin berisi..Dan ada la pulak kawan kami yg seorang nih, selalu sgt cakap,nak kurus..Emm..mungkin betul cakap dy, mak dy suh kurus..*Saya pun mau kurus gak!*...Tapi..hehe..kalau asyik melantak je..camne ek nak kurus...hihi..Sama je kitorang nih..

So,kitorang pun bincang,bincang dan bincang...antara hujah2 yg telah kami keluarkan:
  1. Kalau nak kurus, kena kurangkan makan!
  2. Pengambilan nasi dalam sehari harus dikurang.Misalnya, 1 kali dalam 1 hari.Ataupun kurangkan separuh kuantiti nasi yg kita makan.
  3. Sebenarnya diet pun tak guna if no exercise!
  4. Apa lagi ekk?
Banyak jugak kan cakap pasal nasi?..Aduhh..saya ada empat perut..laparla kalau tak makan nasi!!..huhu...*err..sy lembu ke manusia?..huhu..:p*

Sebenarnya boleh je nak kurangkan berat badan...Apa yg perlu ada hanyalah SELF-DISCIPLINE!..am I right?...tanpa disiplin diri yg tinggi,segala apa yg kita nak buat tak akan jadi cemerlang...

Kebetulan sempat menonton rancangan Fuhhh! pada Sabtu lalu...(kalau tak silap)...Dan Farhan *AF ke?ntahle..sy tak tau bab hiburan nih..lalala*...ha,Farhan ni kata, actually, tak kisah kita nak makan apa, apa yg penting, rutin kita tu sendiri..pandai2 la kita kawal rutin pemakanan seharian kita, ye idak?..Patutla orang lain boleh kurus..huhu....Masalah sy yg paling ketara ialah:

TIADA DISIPLIN DIRI!

Hmmm...bilalah disiplin diri tu nak wujud ye?...Jap2..Kurus VS Gemuk?..mana lagi OK?...sekarang badan makin berisi..macam belon..adehh~

*gambar tiada kena-mengena dgn entry..huhu..Dah berjaya habiskan pembacaan!*


diari pengarang: Nak kurus!Tapi kwn sy pernah btau dulu, lelaki zmn sekarang suka P yg berisi sikit.Nape?..huhhhh~

Saturday, October 2, 2010

Saya Saaaayang Kamu!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Subhanallah..akhirnya dah habis satu minggu yg MEMENATKAN dan sangat membuatkan urat2 tegang...aduhh...akhir hari Jumaat ni,baru rasa macam kembali normal...
*kembali senyum..^^*


Emm..bila rasa sendirian..selalu mengharapkan kehadiran seseorang yg boleh buat kita rasa hidup ni terisi dan bermakna...

[Saya : Seorang yg tak boleh hidup tanpa kawan2!!]

Hari ni kawan2 ramai yg balik...Sunyi je rasanya..:(....Bila eden poie kat bilik TV *tempat lepak paling disukai..:p* ,takde pun kengkawan yg selalu ada kat sana..Paling utama,Nurul Syafiqah..hehe..*org kampung + geng bilik TV*...Cik Merpati pun tak lepak sana..Saya rasa kamu dah habis assignments,kan?..Tengok movie ye?..hehe..

Emm..Kadang-kadang..sy suka menyendiri..Tapi saya sedar..Hidup tanpa teman memang hidup yg takde maknanya..*Sebab tu la..Ramai yg suka bercouple sekarang ni*!..Yups..memang fitrah hidup seorang insan,perlukan someone beside him/her...

Saya pun camtu..ye,berpasangan dengan yg berlainan jantina,memang seronok..Sebab kita anggap dia take care sangat2 dgn kita..Kan?..Hakikatnya??...

Bak kata Hilal Asyraf, why not kita bercinta dengan rakan kita sendiri? I mean, yg sama jantina...Maafkan saya Harlina, cz pernah abaikan kamu..gara-gara penangan CINTA yg tah hape2..yg takleh nk dibawak ke mana...
Sebenarnya Harlina selalu sangat tulis surat kat saya..surat yg meluahkan segala isi hati seorang sahabat... Ya Allah..rasa bersalah sangat..

"Ko tau tak..sejak ko couple ngan 'dia', aku rasa alone sgt..Aku rasa ko dah jauh sangat2 dari aku.Ko dah lain..Ko lebih utamakan dia than kawan baik ko sendiri..."

Hmm..Sedih sangat if ingat balik..Harlina..I'm so sorry..

Betulkan?..Orang slalu kata CINTA ITU BUTA..tapi saya kata, CINTA ITU MEMBUTAKAN!!
~Fikir~

Sekarang, saya rasa seronok sangat sebab...Saya punya ramai kawan dan sahabat!..Yg sebenarnya lebih mengambil berat akan diri kita, sanggup membantu dan beri semangat saat susah dan senang..Belajar bersama..buat bising sama-sama...Sharing information during KKP sama-sama..hehe....Emm..senang kata, semuanya sama-sama!

Kalau dengan bf, boleh ke buat semua tu? Ha?Boleh? ye ke?...cehh..takde maknanya~

Dengan bf, masih ada tembok yg menghalang tuk buat apa sahaja yg kita mahu.. Malu lah, cover cun lah..Cover malu lah..Everything nak di'cover'!!! Tak bebas langsung!!..grr~
Kan?

"Janji tau,jangan ada rahsia antara kita..Kalau awak sembunyikan apa-apa dari saya,awak memang tak sayangkan saya."

Uiks?camtu plak..Kamu rasa, segala perkara ke diberitahu pada gf/bf kamu?..Nonsense~
Setiap orang ada privacy,ok?
Saya percaya,even kamu berdua dah janji segala macam perkara, kamu tak mungkin mampu buat semua tu.

Berbeza dengan KAWAN...
Dengan kawan, semua kita boleh share!.. Kalau seorang kawan tak pernah marah kamu, tak pernah tegur kamu, maknanya..memang dia bukan kawan kamu...

Seorang kawan yg baik, dia akan sentiasa ambil berat akan sahabatnya, tanpa segan silu tegur je apa yg kawannya buat, jika salah...Sentiasa beri semangat saat diperlukan..

Kadang2 kita bergurau, agak kasar..Tapi, kawan faham siapa kita,bagaimana diri kita sebenarnya..Kan? Gurauan, gaduh2..tu perkara biasa..*small matter je beb*...Benda-benda macm ni la yg buatkan kita makin rapat..^^

Sekarang ni..baru saya rasa, sangat sunyi tanpa sahabat..
bila tension, sahabat tenangkan..Sahabat beri nasihat..
Kak Imah..Izzati..Anis..KD..Syafiqah..Husna..Zuraidah..dan kamu semua yg lain..
Subahanallah...
Memang anugerah Allah, yg sy jarang syukuri..
Syukran sahabat..





As a conclusion, saya SAYANG kamu semua, sahabat..
Saya memang tak boleh hidup tanpa sesiapa..terutama kamu semua, kawan2..



diari pengarang : Harapnya persahabatan ini kerana ALLAH..~

LinkWithin

Lazada Malaysia