Monday, January 16, 2012

Indahnya Perancangan Illahi!

Assalamualaikum.


Semalam petang, tiba-tiba ada satu mesej masuk, dari nombor yg tak bernama. Tapi sy kenal pemilik nombor tu. Maaf tau pemilik nombor, bukan tak simpan nombor, tapi kite tukar sim kat hp lain. Maybe number akak ada kat phone yg sebelum ni. Hehe. Tapi dari mesej yg beliau bagi tu, dah dapat detect dah siapa. :)

"Salam. Saja nak share. Akak dah pregnant. :) "

Bulat mata ternganga mulut. Haha ;p Siyes, macam tak percaya. Cepatnya!! Hehe ;p *nakal. dush! Seronok dan tumpang gembira bila kak W btau khabar gembira tu. A big TAHNIAH from me to kak W dan suami. Hihi ;D

Dan, bila difikir-fikirkan lagi, rasa macam "Ya Allah! Ajaibnya perancangan Allah!" :) Sebab apa? Emm, kalau nak cerita, memang rasa kelakar pun ada, rasa sedih sikit pun ada. Takpe kan kalau kite share citer ni kak? Supaya semua yg baca dpt ambil pengajaran. :)

Sekitar tahun 2009-2010, kak W selalu cerita-cerita dgn saya. Masa tu saya masih budak mentah. Kak W pulak, bakal menamatkan pengajian. Sungguh, saya kagum sgt dgn kak W sebab kak W rajin, baik, bijak pulak tu. Plus, beliau kreatif. Hehe. Anak murid pun suka kat kak W. Den sogan sebona eh dgn kak W. Yelah, banyak yg ada kat kak W takde kat saya. Kalau boleh nak jugak jadi macam kak W. Rajin dll. ;)

Lagi satu yg sy respect, kak W sgt utamakan cita-cita. Kata kak W, bukan tak mencari cinta, tapi biarlah yg utama tu selesai dulu. Belajar dulu. Tapi kadang2 kak W luahkan jugak kerisauan tentang jodoh pada saya.

"Risau la pulak. Dah sem 8 pun masih belum ada lagi. Dulu pernah ada, tapi asyik tak jadii je."

Dalam hati, saya doakan semoga kak W dapat jumpa zauj (suami) yg baik dan sesuai dgn kak W, terima kak W dgn seadanya. Saat saya menaip ni, baru terfikir, betullah kata org, Allah temukan kita dengan org yg salah sebab ada someone yg Allah dah tentukan jodohnya dgn kita. Tinggal kita je yg fikir, siapa yg patut kita cari. Subhanallah. :)

Sebenarnya kak W baru je bernikah dengan zaujnya akhir tahun lepas. That's why lah terkejut bila dapat tahu berita tu. Hihi. Semoga bila baby tu besar nanti, baby tu dapat jadi kebanggaan kak W dan suami, jadi penyejuk mata dan faqih dalam agama. Aminn..:)


So, moral of the story nya kat sini, jangan selalu mengeluh kalau Allah uji kita. Ingat, Allah takkan uji seseorang tu dengan sebarang ujian yg Allah tahu kita tak mmpu tangani. Semua ujian yg Allah beri pada kita, InsyaAllah akan dapat kita atasi, dengan Izin Allah. Dan dan dannn..jgn fikir UJIAN tu hadir dalam bentuk kesusahan SAHAJA. Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Paling bahaya jika kita diuji dgn KESENANGAN dan kita tak sedar bahwa itu sebenarnya ujian. Nauzubillahiminzalik!

Semoga saya dan kamu yg membaca dapat sama-sama ambil iktibar dari penulisan ni. Sesungguhnya selagi manusia itu adalah manusia, maka dia takkan terlepas dari melakukan khilaf. Mohon ampun andai ada kesilapan yg tak disedari.

Sekian, adios~












Diari pengarang : #Takdir itu berada di hujung usaha manusia - Hilal Asyraff. :)

Saturday, January 14, 2012

Renovation

Assalamualaikum.


Malam ni masing-masing buat aktiviti dengan rumet. Hehe. Maklumlah, malam hujung minggu. Konon boleh tidoq lambat. Padahal still kena bangun awal. Sebab apa? Jangan lupa, ada kewajipan yg perlu kita laksanakan. SOLAT SUBUH tuuu. Ingat solat SUBUH ni boleh buat tinggal sesuka hati? Huu..

Owh ya, sedikit perkongsian. Solat Subuh sebenarnya merupakan sumber kekuatan bg umat Islam. Pada waktu subuh la terdapat banyak cas-cas positif di sekeliling kita. Sebab tu Nabi SAW kata jgn tidoq lepas Subuh. Haaa......:p

Tapi tapi tapiii....kitorang ada buat discussion sikit tentang maksud jangan tidur lepas subuh ni. Menurut salah seorang dari kami, kalau nak jugak tidur lepas subuh, ada pendapat dari sesetengah orang alim ni katanya tidur dalam waktu Dhuha. Makna kata, nak tidoq pon tunggu waktu Subuh habis dulu. Wallahua'lam..

Lagi satu tentang solat Subuh ni, kerana apa dikatakan sbg sumber kekuatan umat Islam? Pernah dengar tak, musuh-musuh Islam memang takut seandainya bilangan umat Islam yg solat Subuh berjemaah menyamai bilangan umat Islam yg menunaikan Solat Jumaat ? Itu menandakan, ada kekuatan tersembunyi yg sgt dorang takuti. Semoga saat itu akan terjadi jua. Amin!

Eh jap. Dah jauh. Lari tajuk. Actually, teman nak kabo kat sini. Teman bercadang nak buat sikit renovation pada blog ni. Kalau ada siapa2 sudi kongsi idea, any idea, just share it and let me know. Hehhe ;p
*Macam la ada yg mengenali teman..Huuu

Ok dah. Kalau nak bangun Subuh awal tak boleh tidoq lambat sangat. Hee. :)
Sekian, adios~



Masjid Al-Azim ; taken at -Sebelah LS. ;p








Diari pengarang : Alhamdulillah, ilmu boleh dpt bila2 masa, selagi kita selalu berkongsi, tak rugi!

Wednesday, January 11, 2012

Tak Rugi Kalau Memberi!

Assalamualaikum.


"Kalau lalu bilik ko mesti dapat makanan. Murah rezeki betul..Isyh3.." sembang kami pada suatu petang. Dalam hati , aku doakan moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yg mencurah-curah kepada sahabat-sahabat yang pemurah ni. Sungguh, aku nak sangat jadi macam depa. Tapi, entah kenapa sampai saat ni masih belum boleh. Aku tak semesra dorang ke? Entah la ye.

Aku selalu cakap, aku ni kedekut. Sebab tu la nama aku "yang pemurah". Hehh. Rasa macam lokek sangaatttt je gayanya. Tapi rasanya kadang2 je kot aku jadi camtu. Ada waktu2 yg tertentu. Ok dah. Nggak bisa diulas dgn lebih panjang lagi. Point nya kat sini, nama itu doa. Kan?

Sebab tu org dulu kala percaya, kalau dah bagi nama pada anak yg lahir tapi anak tu asyik menangis, so kena lah tukar nama tu kepada nama yg lebih sesuai dan lebih baik. Bukan org dulu kala je yang buat. Sebenarnya Rasulullah SAW pun ada lakukan perkara yg sama. Cuma kisahnya aku kurang ingat. *teruk terukk -,-

Dan sebenarnya, kalau kita memberi, kita tak akan rugi. Mudah je sifir memberi ni. Kita beri, kita akan dapat balik. Selalu kan dengar omputih kata "what u give, u get back" ? Hah, tu lah dia. Apa yg kita beri, kita dapat semula. Malah kadang2 kalau Allah nak beri rezeki tu, apa yg kita dapat kdg-kala lebih banyak dari apa yg kita beri. Subhanallah! Allah kan ada hak dan kuasa utk buat semua tu. Jika Allah kata "jadi", maka jadilah!

Kita ambil contoh yg +ve, korang pandai dalam menyelesaikan soalan add math. Then ada kawan yg mintak tolong ajarkan. Jadi apa salahnya korang share ilmu yang ada dalam otak yg bergeliga tu. Tak rugi pun sebenarnya! Sungguh! Buktinya? Bila korang sharing something, apa yg korang share tu bukan hilang, tapi korang akan lebih ingat. Kan kan??

Kesimpulannya, memberilah. Kalau harta kita tak dapat sumbangkan, sumbang lah sesuatu yang juga berharga. Senyum pun dah dikira sebagai suatu pemberian. Dapat pahala lagi tu. :)


Bukankah "erti hidup pada memberi" ? ;)









Diari pengarang : Sebenarnya memang banyak cara untuk terapi rindu. Err -,-

Tuesday, January 10, 2012

Tahun Baru - Apa Yg Baru?

Assalamualaikum.


Lamanyaa tak buka blog ni. Kalau nak diikutkan, sebenarnya memang banyak sgt yg nak dikongsi bersama. Entahlah. Kekuatan. Aku takde semua tu. Kadang-kadang rasa diri ni tak layak nak sebarkan macam-macam. Tapi bila fikir2 semula, apa gunanya hadis Nabi yg suruh kita sampaikan apa pun daripada baginda kpd org lain, wlpun hanya satu ayat? Takkanlah hanya kerana rasa diri berdosa, rasa diri kerdil, sampai langsung tak hiraukan org lain...? Emm......

Rindu. Rinduu sangat nak berkongsi. Kalaulah ada wayar khas yg boleh disambungkan terus daripada otak tu ke blog ni, hari-hari agaknya ada new post. Hehhe. Okey, imaginasi melampau seorang pemikir yg pemalas. :p

Jadi, how's your life so far? Amacam 2012? Seronok ke? Atau makin banyak komplikasi? Kontroversi? Em, tak kisahlah semua tu. Yg penting, setiap saat waktu berjalan, pasti semua org mengharapkan sesuatu yg baik-baik aja yg akan berlaku. Dan rasanya tak kurang juga, ramai yg letak dalam wishlist sempena datang tahun baru ni utk jadi BAIK. Kan? Dah, toksah malu-malu. Aku pun ada azam yg sama. Biasalah, manusia kan...:)

Tapi, apa definisi BAIK bg korang? Hah, yg wat azam tu, jawab jawab! Huu.. Em, bagi aku, banyak definisi baik ni. Utk diri sendiri, aku harap sangat aku lebih baik dalam MEMBERI. Aku pun harap jugak aku dpt jd org yg BAIK. Baik dgn kawan2, baik dgn family. Biasalah, manusia. Kalau bercakap memang senang...Hakikatnya, kita sendiri mungkin tak kenal siapa diri kita sebenarnya. Em, aku pun harap sgt..aku dpt kenal diri aku dgn lebih BAIK selama masa masih diizinkan Allah utk terus berjalan..

Rasanya ramai jugak yg hidup sezaman dgn aku yg wish utk jd lebih MATANG. Kan? Hehhe. Moga-moga pengalaman demi pengalaman yg kita cedok dari kehidupan seharian kita mmpu merealisasikan hajat kita tu. Semua org pun tahu, pengalaman dpt jadikan kita sbg org yg lebih matang. Siapa yg tak berani cari pengalaman sebab takut dgn RISIKO, em, tak tahulah teman nak kate ape...Ikut kome lah..

Actually, aku pun dah lupa apa sebenarnya yg nak dibebelkan. Tapi takpelah, yg penting apa yg aku taip ni dapat sama-sama kita renungkan. Kalau ada yg buruk, korang tolak lah tepi. Atau lebih baik, tegurlah aku. Aku pun manusia. Ada salahnya, ada silapnya....



*Khusus utk kau..  
Syukran, cz make it clear. Aku tau kenapa kau buat macam tu...Aku terima..Sebab aku faham apa yg kau rasa..Aku tau..perasaan kau macam mana waktu tu...Hope bila waktu tu sampai, kau tak lupa janji kita...Aku pegang janji tu..Jaga diri, study sungguh2. Kalau kau susah, minta pada Allah utk permudahkan..All the best! Semoga sentiasa dalam redha-Nya...




Jgn jadi gelas yg kosong setiap masa. 
Jadilah gelas yg mampu diisi dgn air walaupun sedikit. :')






Diari pengarang : Muhasabah diri setiap masa, baru kita tahu siapa kita sebenarnya.

LinkWithin

Lazada Malaysia