Saturday, January 14, 2012

Renovation

Assalamualaikum.


Malam ni masing-masing buat aktiviti dengan rumet. Hehe. Maklumlah, malam hujung minggu. Konon boleh tidoq lambat. Padahal still kena bangun awal. Sebab apa? Jangan lupa, ada kewajipan yg perlu kita laksanakan. SOLAT SUBUH tuuu. Ingat solat SUBUH ni boleh buat tinggal sesuka hati? Huu..

Owh ya, sedikit perkongsian. Solat Subuh sebenarnya merupakan sumber kekuatan bg umat Islam. Pada waktu subuh la terdapat banyak cas-cas positif di sekeliling kita. Sebab tu Nabi SAW kata jgn tidoq lepas Subuh. Haaa......:p

Tapi tapi tapiii....kitorang ada buat discussion sikit tentang maksud jangan tidur lepas subuh ni. Menurut salah seorang dari kami, kalau nak jugak tidur lepas subuh, ada pendapat dari sesetengah orang alim ni katanya tidur dalam waktu Dhuha. Makna kata, nak tidoq pon tunggu waktu Subuh habis dulu. Wallahua'lam..

Lagi satu tentang solat Subuh ni, kerana apa dikatakan sbg sumber kekuatan umat Islam? Pernah dengar tak, musuh-musuh Islam memang takut seandainya bilangan umat Islam yg solat Subuh berjemaah menyamai bilangan umat Islam yg menunaikan Solat Jumaat ? Itu menandakan, ada kekuatan tersembunyi yg sgt dorang takuti. Semoga saat itu akan terjadi jua. Amin!

Eh jap. Dah jauh. Lari tajuk. Actually, teman nak kabo kat sini. Teman bercadang nak buat sikit renovation pada blog ni. Kalau ada siapa2 sudi kongsi idea, any idea, just share it and let me know. Hehhe ;p
*Macam la ada yg mengenali teman..Huuu

Ok dah. Kalau nak bangun Subuh awal tak boleh tidoq lambat sangat. Hee. :)
Sekian, adios~



Masjid Al-Azim ; taken at -Sebelah LS. ;p








Diari pengarang : Alhamdulillah, ilmu boleh dpt bila2 masa, selagi kita selalu berkongsi, tak rugi!

No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia