Tuesday, January 10, 2012

Tahun Baru - Apa Yg Baru?

Assalamualaikum.


Lamanyaa tak buka blog ni. Kalau nak diikutkan, sebenarnya memang banyak sgt yg nak dikongsi bersama. Entahlah. Kekuatan. Aku takde semua tu. Kadang-kadang rasa diri ni tak layak nak sebarkan macam-macam. Tapi bila fikir2 semula, apa gunanya hadis Nabi yg suruh kita sampaikan apa pun daripada baginda kpd org lain, wlpun hanya satu ayat? Takkanlah hanya kerana rasa diri berdosa, rasa diri kerdil, sampai langsung tak hiraukan org lain...? Emm......

Rindu. Rinduu sangat nak berkongsi. Kalaulah ada wayar khas yg boleh disambungkan terus daripada otak tu ke blog ni, hari-hari agaknya ada new post. Hehhe. Okey, imaginasi melampau seorang pemikir yg pemalas. :p

Jadi, how's your life so far? Amacam 2012? Seronok ke? Atau makin banyak komplikasi? Kontroversi? Em, tak kisahlah semua tu. Yg penting, setiap saat waktu berjalan, pasti semua org mengharapkan sesuatu yg baik-baik aja yg akan berlaku. Dan rasanya tak kurang juga, ramai yg letak dalam wishlist sempena datang tahun baru ni utk jadi BAIK. Kan? Dah, toksah malu-malu. Aku pun ada azam yg sama. Biasalah, manusia kan...:)

Tapi, apa definisi BAIK bg korang? Hah, yg wat azam tu, jawab jawab! Huu.. Em, bagi aku, banyak definisi baik ni. Utk diri sendiri, aku harap sangat aku lebih baik dalam MEMBERI. Aku pun harap jugak aku dpt jd org yg BAIK. Baik dgn kawan2, baik dgn family. Biasalah, manusia. Kalau bercakap memang senang...Hakikatnya, kita sendiri mungkin tak kenal siapa diri kita sebenarnya. Em, aku pun harap sgt..aku dpt kenal diri aku dgn lebih BAIK selama masa masih diizinkan Allah utk terus berjalan..

Rasanya ramai jugak yg hidup sezaman dgn aku yg wish utk jd lebih MATANG. Kan? Hehhe. Moga-moga pengalaman demi pengalaman yg kita cedok dari kehidupan seharian kita mmpu merealisasikan hajat kita tu. Semua org pun tahu, pengalaman dpt jadikan kita sbg org yg lebih matang. Siapa yg tak berani cari pengalaman sebab takut dgn RISIKO, em, tak tahulah teman nak kate ape...Ikut kome lah..

Actually, aku pun dah lupa apa sebenarnya yg nak dibebelkan. Tapi takpelah, yg penting apa yg aku taip ni dapat sama-sama kita renungkan. Kalau ada yg buruk, korang tolak lah tepi. Atau lebih baik, tegurlah aku. Aku pun manusia. Ada salahnya, ada silapnya....



*Khusus utk kau..  
Syukran, cz make it clear. Aku tau kenapa kau buat macam tu...Aku terima..Sebab aku faham apa yg kau rasa..Aku tau..perasaan kau macam mana waktu tu...Hope bila waktu tu sampai, kau tak lupa janji kita...Aku pegang janji tu..Jaga diri, study sungguh2. Kalau kau susah, minta pada Allah utk permudahkan..All the best! Semoga sentiasa dalam redha-Nya...




Jgn jadi gelas yg kosong setiap masa. 
Jadilah gelas yg mampu diisi dgn air walaupun sedikit. :')






Diari pengarang : Muhasabah diri setiap masa, baru kita tahu siapa kita sebenarnya.

4 comments:

3no gr33ny said...

kongsi sekadar apa yang kita mampu pon cukup =)

Bintu Sazali said...

wahh..cik eno hanis lahh...:) hehe tq cik eno hanis..

Unknown said...

kdg2 ade perkara yang memang perlu dikongsi dan ade perkara yg kte perlu simpan...;)

Bintu Sazali said...

Hehhh...:)

LinkWithin

Lazada Malaysia