Monday, January 16, 2012

Indahnya Perancangan Illahi!

Assalamualaikum.


Semalam petang, tiba-tiba ada satu mesej masuk, dari nombor yg tak bernama. Tapi sy kenal pemilik nombor tu. Maaf tau pemilik nombor, bukan tak simpan nombor, tapi kite tukar sim kat hp lain. Maybe number akak ada kat phone yg sebelum ni. Hehe. Tapi dari mesej yg beliau bagi tu, dah dapat detect dah siapa. :)

"Salam. Saja nak share. Akak dah pregnant. :) "

Bulat mata ternganga mulut. Haha ;p Siyes, macam tak percaya. Cepatnya!! Hehe ;p *nakal. dush! Seronok dan tumpang gembira bila kak W btau khabar gembira tu. A big TAHNIAH from me to kak W dan suami. Hihi ;D

Dan, bila difikir-fikirkan lagi, rasa macam "Ya Allah! Ajaibnya perancangan Allah!" :) Sebab apa? Emm, kalau nak cerita, memang rasa kelakar pun ada, rasa sedih sikit pun ada. Takpe kan kalau kite share citer ni kak? Supaya semua yg baca dpt ambil pengajaran. :)

Sekitar tahun 2009-2010, kak W selalu cerita-cerita dgn saya. Masa tu saya masih budak mentah. Kak W pulak, bakal menamatkan pengajian. Sungguh, saya kagum sgt dgn kak W sebab kak W rajin, baik, bijak pulak tu. Plus, beliau kreatif. Hehe. Anak murid pun suka kat kak W. Den sogan sebona eh dgn kak W. Yelah, banyak yg ada kat kak W takde kat saya. Kalau boleh nak jugak jadi macam kak W. Rajin dll. ;)

Lagi satu yg sy respect, kak W sgt utamakan cita-cita. Kata kak W, bukan tak mencari cinta, tapi biarlah yg utama tu selesai dulu. Belajar dulu. Tapi kadang2 kak W luahkan jugak kerisauan tentang jodoh pada saya.

"Risau la pulak. Dah sem 8 pun masih belum ada lagi. Dulu pernah ada, tapi asyik tak jadii je."

Dalam hati, saya doakan semoga kak W dapat jumpa zauj (suami) yg baik dan sesuai dgn kak W, terima kak W dgn seadanya. Saat saya menaip ni, baru terfikir, betullah kata org, Allah temukan kita dengan org yg salah sebab ada someone yg Allah dah tentukan jodohnya dgn kita. Tinggal kita je yg fikir, siapa yg patut kita cari. Subhanallah. :)

Sebenarnya kak W baru je bernikah dengan zaujnya akhir tahun lepas. That's why lah terkejut bila dapat tahu berita tu. Hihi. Semoga bila baby tu besar nanti, baby tu dapat jadi kebanggaan kak W dan suami, jadi penyejuk mata dan faqih dalam agama. Aminn..:)


So, moral of the story nya kat sini, jangan selalu mengeluh kalau Allah uji kita. Ingat, Allah takkan uji seseorang tu dengan sebarang ujian yg Allah tahu kita tak mmpu tangani. Semua ujian yg Allah beri pada kita, InsyaAllah akan dapat kita atasi, dengan Izin Allah. Dan dan dannn..jgn fikir UJIAN tu hadir dalam bentuk kesusahan SAHAJA. Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Paling bahaya jika kita diuji dgn KESENANGAN dan kita tak sedar bahwa itu sebenarnya ujian. Nauzubillahiminzalik!

Semoga saya dan kamu yg membaca dapat sama-sama ambil iktibar dari penulisan ni. Sesungguhnya selagi manusia itu adalah manusia, maka dia takkan terlepas dari melakukan khilaf. Mohon ampun andai ada kesilapan yg tak disedari.

Sekian, adios~












Diari pengarang : #Takdir itu berada di hujung usaha manusia - Hilal Asyraff. :)

4 comments:

Nazhirah Mazlan said...

alhamdulillah ade baby.. :)
cinta ALLAh itu lagi berhak dicari :)

Bintun Sazali said...

betul..:)

famanis~awar said...

hehe...akak baru terbaca...lama betol x blogging ni...huhu...Alhamdulillah dalam mabuk2 ni sangat2 bersyukur rezeki yg Allah kurniakan....mmg bila rasa letih,penat lesu xlarat sgt2 sentiasa ni mmg rasa nak mengeluh sentiasa....tp bila mengenangkan betapa murahnya rezeki Allah kurniakan(berbanding ramai lagi yg dah laamaa kawen tp belom ada rezeki), jadi kak wanis bersabar banyak2...doakan kak wanis kuat menghadapi semua ni.....6 months to go! =)

Bintun Sazali said...

hihi. tacing pulak bile ibu kite yg komen. :)

Alhamdulillah, rezeki setiap org tu berbeza-beza kan kak? :) mudah2an sume urusan dipermudahkan sebelum, semasa dan selepas melahirkan..hihi ;)

LinkWithin