Thursday, May 16, 2013

Saya Tak Nak Jadi Nuri!

Alkisah seekor Nuri…

Satu hari, seekor Nuri bernama Fatimah pulang ke rumah, benggang, keliru dan marah.

“Saya tak suka paruh saya!” rungut Fatimah kepada maknya.

“Mengapa pula? Kan cantik?” kata maknya.

“Burung lain semua mempunyai paruh yang lebih cantik – Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit! Saya saja yang ada paruh macam ini!” kata Fatimah.

Berfikir sejenak melihat ke cermin, mak Fatimah turut bersetuju dengan anaknya.

“Jom kita pergi tanya Tok Guru. Beliau akan tahu apa nak buat. Dia paling bijak dalam kumpulan Nuri dan tinggal di pokok tertinggi. Beliau akan tahu apa nak buat,” kata mak Fatimah.

Fatimah dan maknya tiba di rumah Tok Guru di pohon tertinggi.

“Maafkan saya Tok Guru. Saya ada masalah yang paling besar di dunia,” kata Fatimah.

“Apa yang saya boleh bantu?” tanya Tok Guru kumpulan Nuri.

“Saya ada satu paruh yang hodoh dan bodoh. Mengapa saya tidak layak mendapat paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit?” tanya Fatimah sambil maknya mendengar.

“Betul itu. Mereka semua ada paruh yang hebat. Fatimah, jawab dulu soalan saya, suka tak makan cacing dan benda-benda krustasia?” tanya Tok Guru.

“Ewekkk! Itu menjijikan!” jawab Fatimah.

“Itu tujuan mengapa paruh Sendok dibuat sebegitu rupa. Bagaimana pula dengan ikan?” tanya Tok Guru lagi.

“Itu lagi jijik… melompat-lompat dalam mulut!” jawab Fatimah lagi.

“Hmmm… jadi paruh Pelikan pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan arnab dan tikus?” tanya Tok Guru lagi.

“Ewwww… darah ewwww…” Fatimah rasa nak muntah.

“Hmmm… jadi paruh Helang pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan bijiran yang kecil?” tanya Tok Guru.

“Itu ok. Tapi saya suka kacang yang lebih besar macam Almond dan Hazelnut,” kata Fatimah, si Nuri sambil menelan air liurnya.

“Saya ada beberapa biji. Saya ambilkan,” kata Tok Guru.

Fatimah terus makan Almond dan Hazelnut yang disediakan Tok Guru.

“Jadi Fatimah, jika kamu ada paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit boleh kah kamu menikmati Almond dan Hazelnut itu?” tanya Tok Guru.

“Rasanya tidak,” jawab Fatimah sambil tersentak.

Fatimah dan maknya terhenti seketika perlakuan mereka. Mereka memandang Tok Guru – airmata mula mengalir.

“Terima kasih Tok Guru. Kami faham sekarang. Paruh kami adalah terbaik dan direka khas untuk kami. Kami tak patut dengki dengan paruh orang lain,” kata Fatimah dan maknya.

Dapat isi tersirat cerita ini?

Jangan habiskan masa berdengki dan cemburu dengan kelebihan orang lain. Lebih baik kita tahu apa kelebihan kita dan mengapa Allah memberikan kita sesuatu.

Bersangka baiklah bahawa Allah maha Adil. Ada yang ada pada orang lain ada tujuannya yang mungkin tidak sesuai untuk kita. Kita adalah unik dengan kelebihan tersendiri. Takkan itu pun kita tidak boleh bersangka baik dengan Allah dan ciptaannya?

Senyum


********

Perkongsian oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Saya suka baca post2 beliau. Sungguh "keayahan". Sungguh menyentuh hati.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Senyum. :))









Friday, May 10, 2013

Stock Updated (Tudung)

Bismillah.

Baru sahaja selesai mengemaskini tudung2 yg masih ada dalam stok. Maklumlah. Sibuk. Line internet pun tak berapa cemerlang. Tengah upgrade katanya. Sabar sajela..-.-

Untuk makluman para pelanggan yg saya hormati sekalian, TUDUNG BAWAL PLAIN 55/60 insyaAllah ada, sekiranya ada permintaan. Tapi, harap kalian semua dapat bersama dengan saya dalam meningkatkan level kesabaran yg ada dalam diri ye sepanjang proses nak mendapatkan tudung ini. Sebabnya banyak masalah di pihak supplier. 

Dan, sekali lagi saya mahu ingatkan,  untuk tudung jenis ini, STOK HANYA AKAN DIAMBIL PADA HARI SABTU/AHAD SETIAP MINGGU. Harap maklum. Sekiranya terdapat kekangan di pihak kami, harap adik2 kakak2 semua dapat bersama-sama dgn saya utk bersabar. Sabar. Sabar. Sabar. :')

Buat masa ni, supplier dah kembali beroperasi. Jadi, sekiranya hendak membuat sebarang tempahan, boleh langsung sms/whatsapp 013 7458076. Kemungkinan mesej anda di fb tidak dilayan adalah amat tinggi dalam waktu2 begini. Sebab line slow dan exam is around the cornerrr..T____T


Bagaimana nak order?
- pm/sms/whatsapp
- nyatakan warna tudung yg diingini
- tunggu saya confirmkan stok dgn supplier
- sy akan maklumkan kpd anda sama ada tdg tersebut ada/tiada
- sila berikan details utk penghantaran (sekiranya stok ada)
- sabar dan tunggu stok diambil pd hujung minggu
- kami pos sekiranya stok sudah ada pd kami


Semoga mesej ini dapat difahami oleh semua. Selamat bergaya dengan mengekalkan konsep patuh syariat ye..Adios! :)








Monday, May 6, 2013

Last : PRU 13

Bismillah.

Nothing to say. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Letih dengan permainan mereka. Hehh.

#peace no war.

Saturday, May 4, 2013

Selamat Mengundi!!

Bismillah.

Nak buat a very short post ini kali. Hehe. Selamat mengundi buat semua yg layak. Jangan tersilap pangkah tauu. Make sure anda dah tetap pendirian untuk pangkah yg mana satu.

Siapa yg masih belum tahu bagaimana nak mengundi? Sila surf malam ni!! Heheh.

Nak kongsi satu gambar. Semoga mendapat manfaat. ;)

#inikalilah!

LinkWithin

Lazada Malaysia