Monday, January 31, 2011

Jalan Mana Yg Kau Pilih?

Jalan yg itu? Atau jalan yg ini?

"The Road Not Taken". Sape pernah baca sajak tu? Ingat lagi tak? Saya ingat lagi, sehingga kini. Sebab dlm hidup ni banyak perkara yg memerlukan kita membuat pertimbangan. Dan jalan yg kita pilih haruslah jalan yg menguntungkan. Tapi siapa yg tahu? Only Allah knows.

"Sorry, sy tak boleh tipu diri sndri. Sy masih sygkan awak"

Aduh. Inilah yg sy perlu pertimbangkan ( currently ). Jap. Asyik2 entri jiwang karat kau je. Tak bosan ke? Nak kawen sgt pi r. Tak perlu semakkan blog kau dengan cerita dia je. Eh jap. Ada tak org yg akan ckp camtu pada saya? Mungkin ada? Dalam hati ada taman. Eh salah. Dalam hati siapa yg tahu, isn't it?

Dilema. Entahla. Org cakap, utamakan kerjaya, utamakan pelajaran. Toksah fikir dulu soal hati macam ni. Tapi? Huh. What can I say? Hanya alasan je yg akan keluar.

Jap2. Tapi kalau tak fikir tentang semua ni, camne? Takkan sy nak biar masa yg tentukan? Okeh fine. Boleh. Tapi kalau takde pape perancangan mulai sekarang, takkan kau nak terima dengan pasrah segala yg berlaku pd masa depan nanti? Entah. Suxx.

Sorry dear der. Kamu datang tatkala pintu hati ni hampir2 sahaja tertutup buat kamu. Sebab sy dah pun pasrah. Cuma tunggu masa nak redha je. Tapi? Kenapa kamu dtg semula? Entahla dear der. Sayang itu mungkin masih bersisa. Tapi cinta? Mampukah dijana semula? Only Allah knows. ( again~ )

Pagi tadi sy try hantar mesej pesanan ringkas yg panjang kpd seorang sahabat. Minta khidmat nasihat. Dan beliau cadangkn supaya sy tuliskan semua tentang dia. Tak kira la baik dan buruk. Supaya sy nampak apa yg ada pd dia, yg membuatkan sy berfikir bahawa he is my Mr Right. Dan supaya pilihan dan keputusan yg sy buat ni tak akan membuatkan sy menyesal. Owh ya. Menyesal sekali lagi. =.=

Sorry dear der. Saya tak berani nak cakap sendiri benda ni kat kamu. Takut kamu terasa hati. Jadi saya pilih utk berbicara dengan Encik Blog sy je. Maaf. Jgn marah ek. :(

So..give me some time please? Malas dah nak fikir.
Thankz sebab kamu baik bangat sama aku. :')





diari pengarang :

1. Sila bosan dengan cerita2 fiksyen sebegini.

2. Sebenarnya entry ni dah dipublish dengan jayanya, tanpa sebarang kerosakan, kecacatan atau sebarang gangguan pemikiran. Tapi....entah camne silapnya. Nak edit something. Habis ter'select' dan terpadam semua sekali. Benci! Takde mud dah nak tulis semula. Sebenarnya. =.='


Friday, January 28, 2011

Transformasi 2011 : New Appearance!

Salam Sejahtera buat semua!

Wah..dah berapa hari tak update. Hilang idea lah. Kononnya nak focus on study, tapi melencong jugak selalunya. Isyh3. Sampai bila kau nak jadi malas macam ni? =.=

Okeh, jgn terkejut tau kalau time korang load page ni, tak keluar kaler hijau macam biasa. Sebab saya dengan rasminya telah menukar background dan segala appearance blog ni kepada keadaan yg baru. Sebenarnya sy masih sayang lagi dengan background lama tu. Plus, warna hijau daun tu betul2 menenangkan. Takde la menyakitkan mata dan menyakitkan hati sangat.

Tapi? Entahlah. Memang dah lama kot berangan-angan nak tukar appearance blog nih. Cuma masa yg tak mengizinkan. ( Ea? Yelah tu )


Ini pemandangan blog saya sebelum ni.



Ini pulak blog private saya. Berfungsi sebagai makmal ujikaji.



New arrival! Eh, bukan2. New appearance! :)


Sepatutnya bila umur semakin meningkat, kita akan jadi lebih matang. Tapi saya? Tak macam childish ke nih? Sebab kadang2 kita boleh judge the book by its cover. I mean, dengan melihat pada blog ni je, maybe kamu orang boleh teka macam mana saya ni sebenarnya. Isn't it?

Hmm, terpulanglah. Nanti tahun depan kalau dah mula bosan ke, sakit mata ke, saya tukar lagi. Macamla org lain tak pernah buat, kan? Kecoh la Bintun Sazali nih. huhu. Tapi, seeloknya kalau kita sayang akan sesuatu, jgn lepaskannya. Hold it tight! Don't let it go! Eh jap. Ada kaitan ke? =.=

Tapi ( tapi lagi? ) tak semestinya semua yg kita sayang tu baik untuk kita. Kan? Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 216 :

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."

Wallahua'lam..

Sebarang teguran penambahbaikan amat dialu-alukan.
Syukran, arigato, merci, gracias! :)

Adios~


**update :
Kamu orang rasa, saiz tulisan ni ok ke ek?
Mohon tunjuk ajar. Syukran! :)



diari pengarang : Paling sy suka, saat buat header! Seronok! :)

Monday, January 24, 2011

Kau Tahu Apa Itu Dosa?

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan....

*******

Dosa, sesuatu yg tak akan terampun melainkan dengan taubat.
Dosa, bagaikan bayang2 hitam legap yg sentiasa mengekori.
Kita tak akan dapat melihat akan ia.
Namun kita sedar akan kewujudannya.
Siapa yg tak kenal apa itu dosa?

Walaupun tanpa agama, semua insan tahu apa itu dosa.
Kalau tidak, masakan ada baik dan jahat?
Kalau tidak, mana mungkin mereka percaya syurga neraka?

Pernah tak...bila kamu pejam mata,
atau bila2 je lah,
tiba2 muncul bayangan2 dosa yg pernah kamu lakukan?

Pernah tak tiba2 muncul seperti skrin besar
di depan mata yg menunjukkan satu demi satu kemungkaran
yg telah kamu lakukan?

Pernah tak tiba2 tergambar
bagaimana kamu dan kekasih kamu berpelukan tak kenal erti malu,
maruah dan dosa pahala?

Pernah tak kamu terfikir,
tangan yg menghantar mesej multimedia berbentuk gambar kamu
tanpa seurat benang pada tubuh kamu kepada seorang
yg kamu katakan dia itu kekasih kamu?

Pernah tak, tergambar di depan mata kamu,
saat kamu mengecilkan hati org tua kamu
dengan membentak-bentak mereka?

Pernah tak, kamu terfikir bahawa perbuatan kamu derhaka
pada mereka tanpa kamu sedari telah cukup
membuat hati org tua kamu terguris terluka?

Pernah tak terdetik di hati kamu,
"Aku seorang insan yg sangat berdosa.
Hidupku hanya bergelumang dengan dosa2. Ya Allah................"

Pernahkah?

*******

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


-->Mentari Hidup~Haikal~





diari pengarang : Ya Allah, Kau Maha Pengampun, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jadikan aku antara org2 yg mendapat keampunan-Mu Ya Rabbi....... :'(

Sunday, January 23, 2011

Soalnya Siapa?

"Awak, kalau kita clash kan, jgn pulang apa2 barang yg org bagi tau. Isyh, tp org tak nak la clash2 nih" si lelaki berkata.

"Kenapa awak? Salah ke kalau nak pulang balik? Dah takde pape kan..." jawab si perempuan.

"Bukan apa. Kalau org bg teddy kat awak, takkan awak nak pulang balik? Bukan org boleh guna pun. Macam ex org dulu, bile kitorang clash je, habis semua brg dy bg kat saya. Nak watpe tah,"

Si perempuan masih tak puas hati. "Tapi perempuan lain la awak. Barang2 tu akan ingatkan sy pada awak. Macam mana nak lupakan kalau tak pulangkan?"

"Isyh awak ni. Dah2. Takmo fikir dah." Si lelaki mengakhiri kata2.

*******

Kenapa? Tak suka? Atau terasa?
Okey, sila tinggalkan page ini dgn segera.

Kadang2 kita tuduh org lain tak menghargai, padahal sebenarnya kita yg selalu tak menghargai. Maaf andai tersilap. May Allah bless you.



diari pengarang : Hate + Love = Hlovate?

Saturday, January 22, 2011

Pelik!

Salam. Okeh, ini entry ala2 cemas la kononnya.

Just nak suarakan rasa hati. PELIK. Kenapa ye, gambar profile sy tak keluar waktu nak follow blog blogger lain? Kalau sy tekan follow, maka akan muncul pop-up window. Okeh, tu normal. Yg TAK normalnya, rupa dy camni :

Kenapa jadi camtu ek? Aduii..mengganggu sungguh. Hilang selera nak follow blog yg sy mahu. :(

Kalau ada sesiapa yg ada penyelesaian bg masalah yg pelik tapi benar ni, do leave me a comment (s) ye...Really need your help!

Thankz, arigato wa syukran jazilan! ❤


diari pengarang : Entah?.huh~

Friday, January 21, 2011

TUTORIAL : Tak Suke Org Copy Gambar Korang?

Salam sejahtera buat semua!

Aduh. Sibuk betul minggu ni. Rupanya macam ni la kehidupan yg perlu kami lalui lepas dah naik tahap ni. Tak meletihkan fizikal, tapi memenatkan minda! But, agi idup agi ngelaban. huhu

Okeh, sebenarnya saya tak berniat pun nak buat tutorial pape kat blog buruk saya ni. Sebab tak pernah fikir pulak nak jadi seorang blogger yg rajin berkongsi segala macam tutorial dengan semua org. Tapi atas sebab2 tertentu dan atas permintaan kawan-kawan yg saya kasihi , akan saya turutkan jua. cehh..;p

Lagipun kesian pulak bila saya tahu cerita seorang kawan ni, Bella, tentang adek dy, Si Kimi yg comel tu. Ade ke patut gambar Kimi dieksploitasi sedemikian rupa dalam facebook. huhu. Macam2 la dunia maya sekarang nih.

Tak mau nak membebel bebanyak. Sebelum tu, saya nak ingatkan ye. Sebarang gambar yg kita upload dalam internet, dalam laman sosial, dalam blog, walaupun kita dah lakukan pelbagai cara utk protect gambar2 tersebut dari "dicuri", tapi tetap berkemungkinan BESAR akan boleh "dicuri". Sebabnya, walaupun kita dah disable right click atau left click, "pencuri" yg tak kenal erti lelah dan susah tu boleh gunakan cara "print screen" pada komputer atau lappy, then crop gambar tu ,mengikut citarasa mereka.

Jadi, letakla watermark ke, pape ke yg korang fikir boleh protect gambar2 tu. Ataupun, cara paling mudah ialah....ha, apa dia?

Tak payah upload gambar bebanyak! huhu =.=

Okeh. Selalu tak jumpa blog2 yg gunakan disable right click bersama-sama dengan pop-up window ? Kebanyakan bloggers tak suka cara tu sebab menjengkelkan. huhu. Nak right click pada link pape pon susah sebab owner blog dah set disable right click utk KESELURUHAN blog.

Jadi, saya just nak share cara mudah utk elak org copy gambar2 kita sesuka hati depa. Dua dalam satu tau. Disable right click dan disable left click terus. Kalau kamu2 semua google, banyak cara yg kita akan jumpa. Tapi selalunya cara tu memerlukan kita main code yg berselirat dan memeningkan tu. Benda yg sy nak share ni, sy jumpa kat mana tah. Tak ingat. huhu

Sila ikut prosedur di bawah dengan teliti ye. Senang je ni. :)

1. Upload gambar yg kamu mahu.

2. Lepas tu, dalam ruang post editing akan ada code2 seperti ini :


3. Perasan kan, ada code yg bermula dgn "a smpai la jpg "? Hah, just BUANG code tu. JANGAN tertinggal, dan jangan lupa utk buang sekali kod "/a "kat line yg terakhir tu. [Sebenarnya ada simbol < >, tp asyik hilang je kalau wat kat sini. Sabar je la. Harap korang dpt fahamkan sendiri ye. huhu]

4. Tujuannya adalah utk menghilangkan link gambar kamu semua. Sebab tu la kalau kita nak google apa2 gambar, kdg2 boleh dapat gambar kita sendiri, sebab encik Google dpt mengesan link gambar yg kita upload. Faham?

5. Step 3 tu adalah utk "disable left-click". Tak caye? Cuba la korang try tekan left-click pd gambar tu. Kalau takde pape action yg berlaku, that's mean kamu dah berjaya. Kalau ada jugak, emm, tak tau le teman..huhu

6. Langkah seterusnya, tambah code. Tadi buang link kan? Lepas dah berjaya, just letak code ini SEBELUM code /> :
oncontextmenu="return false"

Tak jelas eh? Cuba tgk contoh :

Gambar ni sy tak protect. Jadi boleh left-click atau right click utk lihat kod2 yg dah siap edit dengan jelas. Kalau tak faham, boleh tanya ye. Saya tak pandai sangat la nak explain2 nih. huhu

Lupa pulak nak bgtau. Tujuan letak kod pada Step 6 tadi adalah untuk "disable right click". Mudah je kan sebenarnya? Tak perlu nak pi kat blog setting, pastu edit HTML itu ini. Haisyh. Sesak. Tapi cara yg saya kongsikan ni adalah utk org2 yg rajin la. Sebab setiap kali upload, setiap kali tu la jugak kena edit. Jangan jemu la ye, kalau nak tiru macam saya. ;p

Okeh, itu sahaja. Selamat mencuba ye! :)




diari pengarang : Sedang rushing ni sebenarnya, sebab kawan2 dah panggil utk buat discussion utk our next presentation, ISL, dll. Huhhhhh...Sabar je la. >_<

Tuesday, January 18, 2011

Antara Nyata dan Maya

Salam sejahtera buat semua!

Amacam hujung minggu? Best? Tak best?
Takpe2. Lupakan hujung minggu.
Life must go on! huhu

Biasalah, after weekend je, bila dah kena bekerja semula kadang2 semangat itu hilang. Bukan senang tau nak cari semangat yg hilang.

[Semangat Yg Hilang by XPDC]
Wah, I like that song! It's really inspiring me when I'm feeling down!


Saya sangat banyak kerja dan saya tak mau buat!
Perlu ke cakap camtu? huhu.Tak boleh tak boleh. Mesti buat.
Sebab bakal2 guru ataupun guru2 pelatih yg tak berkualiti tak akan diberi kelayakan utk menjadi guru suatu masa nanti! Adeh. Jadi saya WAJIB rajin, kreatif, positif, produktif, interaktif, dll. hehe

Nyata dan Maya.
Pernah dengar tak lagu tu? Lagu Search la. Jgn terkejut la if sy tau lagu2 rock ni. Sbb saya memang suka lagu rock. haha. *tak memasal*

Saya tak faham, kenapa sy suka luah segala perkara dlm blog. Tp saya tak akan luah segala macam benda pd org lain. Kenapa? Entah. Kadang2 ada benda yg kita nak sampaikan, tp selalunya kita malu. Kita? Eh, saya. Yups, sy malu.

Bukan sy tak pandai bezakan antara nyata dan maya. Tp memang jelas, antara nyata dan maya, mmg wujud byk perbezaan yg besar. Antara nyata dan maya, sy lebih memilih maya. Ye, maya. Dalam alam maya, sy nmpk macam hiperaktif, interaktif. Kononnya. Tp dalam alam nyata? Nak berucap depan semua org, owh sorry. That's definitely not my strengths.

Tapi saya perlu sedar. Saya hidup dlm alam nyata, bukan maya!
Jadi mau tak mau, perlu teruskan kehidupan sbg manusia normal yg hidup sejahtera bahagia di alam nyata. Sejahtera bahagia? Hanya akan dapat jk kita hidup berteraskan panduan-Nya.

Entahla. Memang segan sangat2 kalau org ulas apa yg kita tulis dlm blog kat alam nyata. Dush3. Memang rasa cam nak tepuk2 muka sendiri. "Eh, ko sedar tak apa yg kau tulis?" huhu. Lainla kalau sy pandai beri kata2 berbentuk motivasi. Tazkirah. dll yg seumpamanya.

Hmm. Tahla. No komen.
Tapi kan, thankz a lot buat kawan2 yg sudi memahami. Dan sudi membantu meredakan perasaan gundah gulana si makhluk pelik ini. huhu. Touching2.

Thankz jugak kpd KAU, sbb sudi baca blog ni once in a blue moon, perhaps?
Dgn cara ni,kau tau apa yg aku rasa. Org lain pun tau apa yg saya rasa. Dari situ saya boleh dptkan nasihat dan segala macam tunjuk ajar. Thankz semua!

Entri tak berfaedah.
Maaf.



diari pengarang : Belajar utk menerima kepahitan suatu hakikat~


Friday, January 14, 2011

Thank You Allah!

Salam sejahtera buat semua!

Alhamdulillah. Masih diberi ruang utk bernafas.
Hari ni banyak perkara yg tak dijangka telah berlaku.
Yelah, kita hanya merancang, Allah shj yg layak menentukan.

Program Derma Darah.
Wah, rasanya ini kali ke-3 sy cuba utk jadi seorang penderma darah yg pemurah.[konon] Sungguh, saya lupa program tu akan diadakan hari ni. Haisyh. Tak cukup rehat, sebab kena prepare utk presentation utk kelas EDU 3101. Eh, tp saya tak salahkan subjek tu. Saya tido lambat sebab berfoya-foya je lebih. Skype lah, fb lah. The LAST thing that I do is, bukak buku.

Alhamdulillah.
Presentation berjalan dgn lancar. Mood study hari ni pun baik! I like!..:)
Waktu isi borang utk derma darah, kita kena timbang berat dulu. Yelah, kalau underweight confirm tak layak jd penderma. Tapi saya tak risau dgn perkataan UNDERWEIGHT tuh. Sebab tak mungkin sy kurang berat badan! hehe.

U know what?
Berat saya dah turun 3kg lepas masuk hostel semula!!
haha. Macam tak percaya. Tapi tu la hakikatnya. :p

Okeh, itu satu kegembiraan.
Lepas isi borang, sy terus ke kaunter check darah. Saya dah tahu jenis darah saya. So, takdelah wondering sgt tentang type darah tu. Cuma saya risau tentang HAEMOGLOBIN!..Selalunya menda ni la yg wat sy tak layak jd penderma yg pemurah. Isyh3.

Dan spt yg dijangka...
Kepekatan haemoglobin masih lagi belum mampu melayakkan sy menjadi penderma! Tapi yg tak dijangkanya, pointer kepekatan haemoglobin tu dah berjaya meningkat!..:)
[Just 12.3. We need 12. 5 ke atas, okeh..]

Takpe2. Cube next time pulak!

Kali ni ramai yg tak dapat menderma.
Mungkin faktor persekitaran dan keadaan psikologi pun turut mempengaruhi.
Yelah, kami ni asyik stress ja. huhu.

Kebetulan, ada kaunter khas pemeriksaan mata percuma dlm dewan tu.
Wah, sy memang suka dgn menda2 camni. Saje la nak check mata. Selalunya OK, Alhamdulillah. Tapi...

R - 250- 025 x 24
L - 100- 025 x 79

Unpredictable!
Unbelievable!

Saya RABUN JAUH ke?
Tapi sy tak pernah pun rasa cam rabun? huhu.

"Biasala tu dek. Kadang2 kite rasa mata kite cam Ok, tp bile kite check,
resultnya akan jd camni. Adek kena pakai speck, kalau adek lambat bertindak, nanti speck pertama dah kanta tebal."

Adui..Masih tak dapat nak percaya.
Itulah. Dulu2 suka berangan nk pakai speck. Sebab selalunya org2 yg pakai speck ni nmpk LAWA dan EDUCATED!!!..haha. Childish sungguh. :p

Sorry la kak.
Kalau sy pakai speck, memang tak best!
Tak lawa. Cam nenek2.
Bukti?

|
|
|
|
V

Eh. Ni gambar time foundation, sem 2 tahun lepas. hehe.
Speck tu bukan speck yg sebenar. [edit]

Okeh. Memang perkara2 yg kita anggap remeh ni selalu buat kepala runsing, jiwa kacau, once menda2 nih menerjah pemikiran. Haih. Sebab tu kita selalu diajar untuk bersyukur.

Tahu apa itu bersyukur?
Kita menghargai apa yg telah diberikan kpd kita.

Firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 7 :

Tak nampak? Boleh klik utk imej yg lebih besar. Ok? :)

Baiklah. Mafhum bg firman Allah di atas :
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Nampak? Allah dah ingatkan hamba2nya supaya bersyukur atas setiap kurniaan-Nya. Tak kiralah cantik ke, tak cantik ke pada pandangan mata kita, itu tetap pemberian Allah yg harus kita syukuri. Bukan kita ingkari.

Makin meningkat umur kita, satu demi satu nikmat kita ditarik.
Tapi Maha Pemurah Allah, Dia tarik satu, Dia bagi lagi satu. Eh, bukan SATU. Banyakk!!!..Subhanallah!

Touched.
Kena koreksi diri dahulu sebelum menyalahkan situasi.
Alhamdulillah..

Thank You Allah!



diari pengarang : Aduh. Dah tak boleh nafi. Saya Dah Tua!..:p

Wednesday, January 12, 2011

Aku Tanggung, Kau Jawab!

Salam sejahtera buat semua!

Hmm, entah kenapa.
Asyik diserang rasa gundah gulana sejak dua tiga menjak nih.
Kenapa ek?

Kurang kasih sayang ke?
Rasanya dah cukup. Cuma tak tahu bersyukur.

Kurang perhatian ke?
Entahlah. Apa yg pasti Allah sentiasa memerhati.

Kurang keyakinan ke?
Perhaps. Sebab banyak TANGGUNGJAWAB.

Susah bila org beri kepercayaan kat kite utk lakukan sesuatu atau
banyak perkara.

Bukan perkara yg ringan-ringan.
Bukan perkara yg boleh buat endah tak endah.
Bukan perkara yg sambil kita buat tu boleh pejam mata sebelah ke, kenyit mata dua belah ke. Apa2 aje lah. huh.

Bila dengar perkataan TANGGUNGJAWAB je, kita dah boleh tafsir sendiri apa makna yg tersembunyi di sebalik kalimah tu. Yg pasti, kalimah tu selalu membuat insan rasa terbeban, selalu buat insan minta diberi perhatian. Selalu buat insan rasa kurang keyakinan! huh.

Mengeluh mengeluh dan mengeluh.
Habis tu, kalau tak buat, siapa yg nak tolong tanggung, siapa nak tolong jawab?
Yg kita pikul tu adalah kepercayaan org terhadap kita.
Bukan perkara main2.

Okeh. Mungkin kita dipilih hanya sekadar suka2. Gurauan sesama rakan. Tapi???

Tanggungjawab TETAP tanggungjawab.
Ada amanah yg kita perlu pelihara.

bila awak jadi orang yg diharap.. maknanya.. diorang percayakan awak.. dan kepercayaan ni adalah sumthing yg very2 specials.. btolll..

blablabla...

so, last advice.. just calm down n relax.. trust urself more than the other trust u... than, u'll definitely can do it insyaallah..

Hmm, entahlah.
But, really thank you for this advice.

Sampai bila nak lari dari kenyataan?
Ini memang hakikat hidup insan.

Tapi kan, sebenarnya takde lah berat mana pun tanggungjawab yg sy harus pikul. Cuma diri shj yg tak mahu terima. Cuma diri shj yg anggap susah.
Hey, tolong ubah mentaliti dan cara pemikiran kau.

Utk jd seorg pemimpin, haruslah tahu memimpin.
Bukan selamanya dipimpin.

Dah2. Jgn mengeluh lagi.
Just do your job, jd seorang yg integriti, dan cuba komited dgn tugas.
Terutama tugas menjadi seorang pelajar, dan juga sbg seorang hamba.
Maksud sy, hamba kpd Tuhannya.

Kalau kau tak nak terima hakikat sekarang,
sampai bila2 pun kau akan terus jd org yg gagal.
If you fail to plan, you're planning to fail!
Jika kita jd optimis, pandang sesuatu perkara dgn pndgn yg positif,
insyaAllah, U can make it!



diari pengarang : Kau yg tanggung, kau la yg jawab!!..huh~

Sunday, January 9, 2011

What time is it?

Salam sejahtera buat semua!

Okeh, semua tengok jam. Pukul berapa sekarang? Dah solat dah?
Emm, entri kali ni tak mau la emo2. Cam geli jer bila baca balik. haha

Baiklah. Dalam hidup ni, tak sah kalau tak ada penunjuk masa.
Owh, maksud saya, JAM.

Tak kira lah jam tangan ke, jam dinding ke, ataupun jam meja sekalipun, semua tu memang penting. Paling kurang pun mesti ada satu sbg koleksi. Eh, ke ada sesiapa yg tak memiliki jam, walau satu pun?
Cepat angkat laptop. Saya nak tengok. haha

Okeh2. Siyes.

Kadang2 kita akan keliru dengan masa dan keadaan kalau tak ada sebarang
penunjuk masa. Camne tu?

Ok, sy bg contoh:
Katakanlah anda sekarang menetap di asrama. Dan kebetulan pulak ini hari minggu. Roommate pulak tak bermalam kat bilik cz ada urusan luar (cewah) ataupun bermalam kat bilik kwn lain. Pastu anda lupa nk set alarm utk bgn Subuh.

Tetiba anda terjaga dr tidur. Tapi tgk kat luar tingkap macam gelap. Mata pulak kabur, tak nmpk jam kat hp dgn jelas. Dengan bersangka baik bahawa hari masih muda (ceh), anda pun tidur semula.
"Azan Subuh nanti aku bgn la."

Tup tup. Anda terjaga semula, rupanya hari dah TERLAMPAU siang!
Rupanya pagi tadi salah tengok jam. Anda sangka baru pukul 5.47. Rupanya waktu anda tengok jam hp tu, sudahpun 6.47!
Err..pernah alami tak kes camni?
Saya tak nak alami. huhu

Baiklah. Konklusinya setiap org perlukan jam yg mampu tunjukkan masa yg betul kpd anda. Kalau boleh biarlah nombor pd jam tu jelas dan besar. Mata sepet macam mana sekalipun, mampu tgk nombor2 pd jam tu. :)

Tp kan, kadang2 tu keliru jugak.
Bila ada jam, tak semestinya jam awak dan saya sama waktunya!
Jam awak mungkin lebih cepat 10 minit. Jam saya pulak, ikut jam pakcik yg jual jam ni. Tak tahula cepat ke lambat. Camne eh nak tahu masa yg standard? Selalunya saya tengok jam kat TV, sebelum berita disiarkan. Boleh tak camtu? Ke camne? hehe.

Ha, ini jam2 lama saya.
Selalunya saya akan pilih jam kaler hitam @ putih @ both.
Sebab cantek! Dan senang nak match dgn mana2 baju dan event.

Saya tak pandai tau nak beli jam yg mahal2 ni. Tak kisahla org kata tak berkualiti ke, hape ke. Yg penting bg saya, jam tu saya boleh pakai dan boleh berfungsi dgn baik.

Satu lagi sebab kenapa saya tak pandai pakai jam mahal2 ni, adalah kerana saya ni lasak sikit. Eh, ye ke? Entah. haha. Tapi yg pasti jam saya memang selalu bertukar ganti. Sebab cermin retak la, calar la. Sakit mata I tau. huhu.

Tapi kan, waktu cuti hari tu, sy dapat jam baru.
Eh, bukan dapat. Saya beli sendiri la. >_<

First time tau I beli jam mahal.
Err, mahal ke RM30 bg kamu semua?

Mungkin akan ada yg kata,
"Eleh,jakun la budak ni. Setakat jam RM30.Biase je tu"

Sorry, I memang tak pandai la nak beli jam mahal2.
Ini pun Ummi yg suggest suruh beli. Senang sikit, takyah nak ganti2 banyak kali. Kata Ummi. Sebab Ummi belikan jam RM100 utk Kak Nor. Ops, sorry again. Saya memang tak pandai pakai jam mahal2 camtu. huhu.

Maceh tau Ummi. Akak suka sangat ngan jam nih!
Best! Kalau bukak tak akan jatuh, sebab jam ni bersambung. Camne eh nak explain? Ala, sape yg ada jam style camni dy tau la. :)

Harapnya lepas ni cermin jam saya tak akan retak lagi sebab terjatuh.
Melainkan kalau saya yg terjatuh!
huhu.

END.


diari pengarang : Hey, sila paksa diri anda [pengarang] utk membaca buku "Pendidikan di Malaysia" tuh!!..grr~

Friday, January 7, 2011

Permulaan Sebuah Perjalanan. Mampukah?

Salam sejahtera buat semua!

Alhamdulillah..akhirnya dah selesai minggu orientasi utk guru2 pelatih Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Januari 2011. Nak kata jadual fit, rasanya masih lagi ada ruang bernafas. So, tak perlu nak merungut lebih2. Never say no, kan?..Org bertamadun tak banyak merungut. Cewah. ;p

Hari pertama jejak kaki ke institut ni (I mean tahun 2011 tau) rasa macam lain pulak. Sebab saya bukan lagi kanak2 Ribena yg bergelar student foundation lagi. Dah naik pangkat, org kata. Lagipun umur pun dah meningkat. Makin tua. Makin banyak yg perlu dimuhasabahkan. Makin banyak perkara yg perlu difikirkan. Makin banyak tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Masih banyak yg perlu dipelajari. Jadi, kalau tak mula berlari bermula dari sekarang, entah apa jadi pd saya 4 tahun akan datang. Hmm....

Kelakar pulak bila teringat balik peristiwa hari pertama 3 Jan 2011 hari tu. Biasalah, hari pertama, mood masing2 kebanyakannya masih lagi kat rumah. Perut masing2 pun masih lagi mengharapkan masakan macam kat rumah. Kononnya masih tak dapat nak terima kenyataan bahawa cuti sekolah is over. haha. Ops, jgn tiru aksi ini okeh. Sebab sepatutnya sebelum kita berangkat ke tempat belajar tu, hati ni dah set siap2 utk IKHLAS dlm setiap perbuatan. haisyh. Susah betul nak ikhlas. Sampai bila ye?

Okeh, sambung semula.
[ceh. macam la ada org baca. Kau baca la sorang2. haha]

Disebabkan oleh keadaan perut yg tak berapa nak menerima makanan dr kafetaria, perasaan utk makan pun memang tak berapa nak ada. Aduh. Puas mata ni tengok sana tengok sini. Makanan punyalah banyak, tp satu pun tak berjaya menawan hati beta. Akhirnya cedok nasi sikit, lauk sikit, then terus pi kaunter.

Tak pasal2 muka abg cashier tu blur semacam.
Pening, tak tahu nak letak harga berapa.

Meh tengok lauk yg saya ambik hari tu :

Ciput je kan? huhu. Maapla bang. Bukan sengaja nak menyusahkan, tp makanan tu ha yg tak mau pikat saya. Camne sy nak tertarik. Last2, nak tahu berapa harga sepinggan nasi dan seciput lauk ni? Hanya 50 SEN!..haha. Cam tak logik. Padahal dah ready duit berkeping-keping. ;p

Emm, tp kan. Bila dah masuk hari kedua, perut ni terpaksa surrender dengan keadaan. Terpaksa juga saya pujuk perut ni utk terima hakikat bhw sekarang bukan lagi di rumah. Dan secara kebetulannya, harga makanan kat luar makin meningkat. Harga makanan kat kafe macam ok lagi. Maka mahu tidak mahu, terpaksa la kami bershopping kat sana sahaja. Jalan mudah.

Waktu orientasi, macam2 taklimat yg diberi oleh lecturer dan senior, dgn harapan pegangan dan panduan kami kukuh dan tepat. Tak goyah dan tak confuse. Bak kata Encik Segahran dlm taklimat beliau hari tu, kalau CONFUSE, perlu cari FUSE!..hehe. Kedengarannya macam lawak. Tapi bermakna!..:)

Bila terbayang kehidupan kami dlm tempoh 4 tahun ini, haih. Semput rasanya. Takut, cemas , pelik, bimbang. Macam2 yg boleh berlaku, kan? Afer posting nanti pulak, macam mana? Mampu ke tempoh 4 tahun ni mendidik saya dan rakan2 utk menjadi seorang guru yg berkaliber? Atau hanya seorang guru yg berkaki lebar? Haih. Payah. Mudah2an ALLAH permudahkan..

Wajah2 bakal guru. Muka letih je semua. Penat dan sedang menahan terik mentari yg memancar ganas. Cewah. Eh, jgn pelik taw. Memang dah jadi tradisi sejak turun-temurun lagi, setiap kali orientasi, semua guru pelatih WAJIB pakai tudung kuning ni. Minggu orientasi je dapat peluang camni. Bila lagi an? haha.

Oraiyt. Sudah2la tu membebel. Pi tido. Esok nak study perkara baru.
Selamat Belajar kawan2 semua!
^_~


diari pengarang: Bak kata Harlina, kalau takde minat, takde siapa yg boleh tlg kita utk berjaya!

LinkWithin

Lazada Malaysia