Friday, January 7, 2011

Permulaan Sebuah Perjalanan. Mampukah?

Salam sejahtera buat semua!

Alhamdulillah..akhirnya dah selesai minggu orientasi utk guru2 pelatih Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Januari 2011. Nak kata jadual fit, rasanya masih lagi ada ruang bernafas. So, tak perlu nak merungut lebih2. Never say no, kan?..Org bertamadun tak banyak merungut. Cewah. ;p

Hari pertama jejak kaki ke institut ni (I mean tahun 2011 tau) rasa macam lain pulak. Sebab saya bukan lagi kanak2 Ribena yg bergelar student foundation lagi. Dah naik pangkat, org kata. Lagipun umur pun dah meningkat. Makin tua. Makin banyak yg perlu dimuhasabahkan. Makin banyak perkara yg perlu difikirkan. Makin banyak tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Masih banyak yg perlu dipelajari. Jadi, kalau tak mula berlari bermula dari sekarang, entah apa jadi pd saya 4 tahun akan datang. Hmm....

Kelakar pulak bila teringat balik peristiwa hari pertama 3 Jan 2011 hari tu. Biasalah, hari pertama, mood masing2 kebanyakannya masih lagi kat rumah. Perut masing2 pun masih lagi mengharapkan masakan macam kat rumah. Kononnya masih tak dapat nak terima kenyataan bahawa cuti sekolah is over. haha. Ops, jgn tiru aksi ini okeh. Sebab sepatutnya sebelum kita berangkat ke tempat belajar tu, hati ni dah set siap2 utk IKHLAS dlm setiap perbuatan. haisyh. Susah betul nak ikhlas. Sampai bila ye?

Okeh, sambung semula.
[ceh. macam la ada org baca. Kau baca la sorang2. haha]

Disebabkan oleh keadaan perut yg tak berapa nak menerima makanan dr kafetaria, perasaan utk makan pun memang tak berapa nak ada. Aduh. Puas mata ni tengok sana tengok sini. Makanan punyalah banyak, tp satu pun tak berjaya menawan hati beta. Akhirnya cedok nasi sikit, lauk sikit, then terus pi kaunter.

Tak pasal2 muka abg cashier tu blur semacam.
Pening, tak tahu nak letak harga berapa.

Meh tengok lauk yg saya ambik hari tu :

Ciput je kan? huhu. Maapla bang. Bukan sengaja nak menyusahkan, tp makanan tu ha yg tak mau pikat saya. Camne sy nak tertarik. Last2, nak tahu berapa harga sepinggan nasi dan seciput lauk ni? Hanya 50 SEN!..haha. Cam tak logik. Padahal dah ready duit berkeping-keping. ;p

Emm, tp kan. Bila dah masuk hari kedua, perut ni terpaksa surrender dengan keadaan. Terpaksa juga saya pujuk perut ni utk terima hakikat bhw sekarang bukan lagi di rumah. Dan secara kebetulannya, harga makanan kat luar makin meningkat. Harga makanan kat kafe macam ok lagi. Maka mahu tidak mahu, terpaksa la kami bershopping kat sana sahaja. Jalan mudah.

Waktu orientasi, macam2 taklimat yg diberi oleh lecturer dan senior, dgn harapan pegangan dan panduan kami kukuh dan tepat. Tak goyah dan tak confuse. Bak kata Encik Segahran dlm taklimat beliau hari tu, kalau CONFUSE, perlu cari FUSE!..hehe. Kedengarannya macam lawak. Tapi bermakna!..:)

Bila terbayang kehidupan kami dlm tempoh 4 tahun ini, haih. Semput rasanya. Takut, cemas , pelik, bimbang. Macam2 yg boleh berlaku, kan? Afer posting nanti pulak, macam mana? Mampu ke tempoh 4 tahun ni mendidik saya dan rakan2 utk menjadi seorang guru yg berkaliber? Atau hanya seorang guru yg berkaki lebar? Haih. Payah. Mudah2an ALLAH permudahkan..

Wajah2 bakal guru. Muka letih je semua. Penat dan sedang menahan terik mentari yg memancar ganas. Cewah. Eh, jgn pelik taw. Memang dah jadi tradisi sejak turun-temurun lagi, setiap kali orientasi, semua guru pelatih WAJIB pakai tudung kuning ni. Minggu orientasi je dapat peluang camni. Bila lagi an? haha.

Oraiyt. Sudah2la tu membebel. Pi tido. Esok nak study perkara baru.
Selamat Belajar kawan2 semua!
^_~


diari pengarang: Bak kata Harlina, kalau takde minat, takde siapa yg boleh tlg kita utk berjaya!

2 comments:

auni_damia said...

assalamualaikum...

sangat rajin anda mengUPDATE blog..hehehe

kenangan terINDAH tudung itik..

makanan murah kat kafe dah jd perkara biasa..

semoga akn istiqomah..
hahaha:p

Bintun Sazali said...

yups. sekarang dah tahu camna nk bajet duit makan!!..ahah...:D

insyaAllah..amin...:)

LinkWithin