Tuesday, September 28, 2010

Impak Negatif yang Maksima!

Astaghfirullah...sepetang ni membute..opss..I mean,tido..*adehh..Tapi rasa LETIH dan PENAT tak hilang jua!..Kenapa ya?..hmm~

Padan muka kamu..Sape suruh tak tido semalam?
Terpaksa laaaa.....Demi assignment!..
Padan muka lagi.Sape suruh bertangguh??!
errr....~

Nasib baik rakan-rakan seperjuangan masuk bilik saya,atas tujuan utk print asignments depa..Kalau tak??..Sampai ke petang la saya tidoq..*haiyaa...Nasib baik jugak,ada Kak Wanis..kalau tak?Asar saya tah ke mana la jawabnya..Astaghfirullah!

Oh,ya!..Saya puasa hari ni!..Makanan tuk berbuka tak beli lagi.Hmm..terpaksa la keluar dari sarang,cari makan...

Lepas beli makanan,sengaja saya singgah bilik TV, sebab ternampak my friend's slippers..*hehe..
~Lepak sat..tunggu waktu berbuka..~

Sambil-sambil tu,mata ralit memandang skrin TV..Tepat 6.30 petang..Satu rancangan baru yg menggantikan siri Epilog Syurga Cinta pun bermula..."Chinta"..
Pelakon utama,Fasha Sanda..err..sy dengan ini berterus terang bhw...sy tak brpa minat kat dy nih..huhu...

My judgement on this story :

First tengok iklan ttg crita ni..hmm..dah tau dah camne jalan crita dia..
Dan bila saya tonton siri pertama petang ni..Banyak yg membuat saya BERFIKIR..dan sedih..!!

ops..bukan sekadar SEDIH..segala perasaan bercampur!

SEDIH + GERAM + WONDERING + dll~

Yg paling sedihnya, byk sangat penerapan NILAI-NILAI NEGATIF yg disertakan dlm filem tu.Ya,mungkin tak jelas,dan mungkin org akan anggap pengarah buat cerita mcm ni sebab nk bg pengajaran, and whatsoever..Tapi!..saya tetap tak setuju..

Kenapa?

Yelah,if budak2 yg tengok cerita ni..Ada kemungkinan tak dia akan tiru perbuatan mengintai anak dara orang mandi???Ada kemungkinan tak budak2 boleh belajar camna nak lakukan sumbang mahram dengan adik sendiri???


Astaghfirullah!

Rasa hati mcm terguris..Sgt2!!..Macam mana seorang bakal pendidik mcm SAYA nak hadapi semua ni?Macam mana nak tangani semua ni???

Kebanyakan masalah sosial semuanya berpunca daripada pengaruh MEDIA MASSA di samping pengaruh2 lain spt pengaruh rakan sebaya dll...

Nampak macam perkara KECIK..tp..benda2 camni la yg boleh bawak masalah yg sgt besar..*aduhh...

What should I do...?..Ya Allah,..kuatkan hatiku!



p/s : Selamat Hari Lahir yg ke-19 ,awak~
(28 September)
Semoga Panjang Umur dalam keberkatan!


diari pengarang : Malam ni mesti tido!Jangan lawan fitrah!..esok ada oral test!..chaiyok!~


Saturday, September 25, 2010

Petunjuk Itu Di Mana?

24 September 2010, 9.56 pm

"Menulis tak sama dengan berkata-kata..Kata-kata dari bibir tak akan sama dengan kata-kata hati..Kata-kata hati pulak, hanya kita yg tahu..Kita takleh jangka masa depan, awak.."

Err..ayat sape ni ek? Ntahla..actually, ngah sibuk susun segala folder dlm laptop..semak sangat!..Tak sangka, rupanya ade lagi salinan e-mail yg disimpan ni..
Yg paling tak percayanya..SAYA ke yg taip ayat2 ni?
err...
Biasala..sy memang jiwang + tak brape betul orgnye..*adeh~

hmm..ayat tu memang sy yg tulis..long,long time ago..(err..rasanya edisi tahun ni tu.)..Cerita lama,kan?..memang betul..bila kita belek2 balik crita lama,saling tak ubah macam belek2 buku2 lama, yg ceritanya kita dah tahu..Endingnya pun kita dapat agak..Jadi?
LIVE MUST GO ON..
Tak ada maknanya patah balik..dan tak mungkin BOLEH berpatah balik..kan?
Peluang ke-2 mungkin ada..Tapi bukan melalui JALAN YG SAMA...

* * * * * * *
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”

[Al-Aa'raaf 7: 30]

* * * * * * *

Rasanya saya perlu lawan kata hati...Org tua2 kata..ikutkan HATI, MATI...
Sebab tu..sy perlukan bimbingan..
Ya Allah....bantu aku..bantu kami..
Tetapkanlah kami pd jalan-Mu....



diari pengarang : Istikharah..~


Sunday, September 12, 2010

Salam Aidilfitri!..

Ku tatap RAMADHAN dari kejauhan..Ku dekati lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"..Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi,mungkin jauh dan lama.Tolong sampaikan pesanku untuk si MUKMIN....SYAWAL akan tiba sebentar lagi.Ajaklah SABAR untuk temani hari-hari duka.Peluklah ISTIQAMAH saat ia kelelahan dalam perjalanan TAQWA..Bersandarlah pada TAWADHU' saat kesombongan menyerang..Mintalah nasihat dari QUR'AN dan SUNNAH pada setiap masalah yang dihadapi. Sampaikan pula salam dan terima kasihku bagi yang telah menyambutku dengan sukacita. Kelak,ku berharap ia disambut SYURGA di pintu AR-RAYYAN..

Pernah dapat mesej macam ni?..Ini antara mesej sempena kedatangan Syawal dan pemergian Ramadhan...Suka sangat baca mesej ni..Padat, dan penuh hikmah..

Alhamdulillah,first time dapat mesej ni,Syawal tahun lepas..dari seorang kenalan di Universiti Malaya..Syukran sahabat..:)....Em,bila menjelang Syawal je,bising bunyi phone dengan nada dering mesej..Alhamdulillah,masih ada yg mengingati..Bak kata orang, erti hidup pada memberi..Kalau kita tak memberi, orang pun sukar untuk menghargai kita..Am I right?..

Rasa syukur sangat sebab berjaya sampai ke bulan Syawal..Tak sangka kan?Pejam celik pejam celik,tiba-tiba dah pun habis sebulan Ramadhan..Saya rasa, saya sendiri masih belum berjaya dengan cemerlang sepanjang berkursus dalam Madrasah Ramadhan yang lalu...Anda?Bagaimana?...Mudah-mudahan kita semua adalah dari kalangan yang mendapat petunjuk-Nya..Aminn...

Sepanjang dua minggu bercuti kat rumah, macam-macam yang perlu difikirkan..macam-macam yg perlu diuruskan..cuti pun,taklah lama...Assignments lagi..huhu..Takpe2...SABAR...Bak kata kenalan di Komuniti Iluvislam, pensyarah-pensyarah sangat caring..Mereka semua bagi segala macam task and assignments so that kita semua tak leka dengan cuti yang tak lah lama mana ni..huhu..Bila difikir-fikirkan semula..betul jugak..adehh...
Tapi..ye ke?..uhuk2...

Apapun, segala yang terjadi, pasti ada hikmahnya..kan?..:)...As a student, terima je la..Untuk kebaikan kita dan pembelajaran kita jugak..Tapi, kesian pulak tengok adik-adik saya ni..Banyak sangat kerja sekolah yg cikgu2 depa bekalkan..Sampaikan trapezium pun boleh jadi ketupat..isyh2...:p


Lama betul tak update blog ni..hehe..Tapi,sebulan sekali pun jadilah,kan?..:)...Asalkan kandungan-kandungan dalam blog ni dapat beri manfaat pada pembaca..

Untuk edisi Syawal kali ni, Bintun Sazali dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Buat yang mengenali diri ini, maaf atas segala salah dan silap..Untuk rakan2 bloggers, teruskan perjuangan anda, jangan gaduh2 if tak sependapat, dan yang penting..kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..hehe..^^

Buat Abang Amin yang berada di perantauan, nun jauh di Mesir sana, ni je gambar2 1 Syawal hari tu..[sy sbg watak utama.haha..:p]....belum sempat snap gambar 1 family la..huhu..Jaga diri leklok kat sana..Jangan berangan jek..hihi..~

Istimewa untuk rakan-rakan, terutama Cik Harlina, kat bawah ni, my latest picture..diambil pada 1 Syawal hari tu..Maafla..dah takdak fb nak upload..lau bg kat emel pun,lum tentu kome bukak..ye idak?..:p..

Mesej untuk Harlina :
Maafla..nak mms kat ang, tapi hp ada prob sikit la..huhu..Em, ak harap sangat ang dapat on9..Tapi..mesti ngah bz kan..Good luck tuk trial STPM naik cuti ni..Ko boleh wat punye..Ak tau..Chaiyok!..:)



Okeh..mata dah pedih..Tak mau stay up lagi..huhu..


Akhir kalam, maafkan segala salah dan silap saya..Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa hadapan..hatta apa yg akan berlaku 1 minit selepas anda membaca post ini,pun kita tak tahu..Semuanya dalam pengetahuan Allah..Moga-moga kita terus-menerus menjadi seorang makhluk yg sentiasa bersyukur atas setiap nikmat dan kurnia yg telah disediakan-Nya buat kita...Aminn..



diari pengarang : Post seterusnya, 1 bulan dari sekarang.Amacam?..hehe..:p

Sunday, September 5, 2010

Tentang Kita dan Si Tetamu Agung..

.:ASSALAMUALAIKUM:.
Salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah..sedar tak sedar..dah dekat sebulan kita berpuasa..

Hmm..macam mana?..Berat badan turun 2kg?..Rasa lesu setiap hari?..Dah 25 kali pergi bazar Ramadhan sepanjang 25 hari berpuasa?..isyh2...

Macam mana dengan bacaan al-Qur'an?

Macam mana dengan amalan bersedekah?

Bagi yg mampu..macam mana dengan zakat?

Astaghfirullah....

Saya diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk membaca hasil coretan Uncle Bad dalam majalah ANIS keluaran terkini..tentang "Perginya Tetamu Agung"..

Memang terpukul,sebabnya saya sendiri selalu terfikir..Bilalah agaknya Ramadhan nak pergi..Bilalah Syawal nak datang..nak makan rendang..nak ketupat..nak itu,nak ini..

Tapi dalam Ramadhan?

Jarang saya mengharapkan khatam al-Qur'an 30 Juzu',jarang saya harap dapat bersedekah..jarang saya harapkan dapat qiamullail dengan jayanya..jarang saya harapkan segala ibadah dapat saya lakukan dengan tenang dan ikhlas...Semuanya JARANG...sampai bila??


Memetik nukilan Uncle Bad, bila tetamu agung bernama Ramadhan dtg, kita sambut kedatangannya dengan bermacam persiapan,tapi tak sehebat persiapan menyambut Syawal..

bila tetamu agung Ramadhan nak berangkat pergi, kita seronok sangat!..Sebab dah tak perlu kawal diri dari bermacam perkara..Petang 29 Ramadhan..tetamu bernama Ramadhan dengan langkah sedihnya bersiap untuk meninggalkan kita..Namun kita?

Akhirnya lewat Asar 29 Ramadhan,tetamu agung itu pun berangkat pergi..tanpa iringan sesiapa..

Sebab?

Semua orang dah sibuk dengan kedatangan Syawal..yang mungkin sebenarnya tak layak pun untuk mereka...

Adakah puasa kita seperti umat-umat terdahulu?..Para sahabat dan para salafussoleh terdahulu menangis apabila Ramadhan hampir berlalu..kerana mereka tahu,setiap saat ketika berada di dalam Madrasah Ramadhan merupakan saat-saat yang saaangat berharga kerana setiap amal kebajikan yang dilakukan,pahalanya berganda!

Kita sekarang?...ada aku kisah?

MasyaAllah...:(


Ya Allah..ampuni dosa kami ini...Masih sempatkah kami bertaubat kepada-Mu??


Astaghfirullah...

diari pengarang: Sampai bila akan terus beralasan?...hmm~

LinkWithin