Sunday, September 12, 2010

Salam Aidilfitri!..

Ku tatap RAMADHAN dari kejauhan..Ku dekati lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"..Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi,mungkin jauh dan lama.Tolong sampaikan pesanku untuk si MUKMIN....SYAWAL akan tiba sebentar lagi.Ajaklah SABAR untuk temani hari-hari duka.Peluklah ISTIQAMAH saat ia kelelahan dalam perjalanan TAQWA..Bersandarlah pada TAWADHU' saat kesombongan menyerang..Mintalah nasihat dari QUR'AN dan SUNNAH pada setiap masalah yang dihadapi. Sampaikan pula salam dan terima kasihku bagi yang telah menyambutku dengan sukacita. Kelak,ku berharap ia disambut SYURGA di pintu AR-RAYYAN..

Pernah dapat mesej macam ni?..Ini antara mesej sempena kedatangan Syawal dan pemergian Ramadhan...Suka sangat baca mesej ni..Padat, dan penuh hikmah..

Alhamdulillah,first time dapat mesej ni,Syawal tahun lepas..dari seorang kenalan di Universiti Malaya..Syukran sahabat..:)....Em,bila menjelang Syawal je,bising bunyi phone dengan nada dering mesej..Alhamdulillah,masih ada yg mengingati..Bak kata orang, erti hidup pada memberi..Kalau kita tak memberi, orang pun sukar untuk menghargai kita..Am I right?..

Rasa syukur sangat sebab berjaya sampai ke bulan Syawal..Tak sangka kan?Pejam celik pejam celik,tiba-tiba dah pun habis sebulan Ramadhan..Saya rasa, saya sendiri masih belum berjaya dengan cemerlang sepanjang berkursus dalam Madrasah Ramadhan yang lalu...Anda?Bagaimana?...Mudah-mudahan kita semua adalah dari kalangan yang mendapat petunjuk-Nya..Aminn...

Sepanjang dua minggu bercuti kat rumah, macam-macam yang perlu difikirkan..macam-macam yg perlu diuruskan..cuti pun,taklah lama...Assignments lagi..huhu..Takpe2...SABAR...Bak kata kenalan di Komuniti Iluvislam, pensyarah-pensyarah sangat caring..Mereka semua bagi segala macam task and assignments so that kita semua tak leka dengan cuti yang tak lah lama mana ni..huhu..Bila difikir-fikirkan semula..betul jugak..adehh...
Tapi..ye ke?..uhuk2...

Apapun, segala yang terjadi, pasti ada hikmahnya..kan?..:)...As a student, terima je la..Untuk kebaikan kita dan pembelajaran kita jugak..Tapi, kesian pulak tengok adik-adik saya ni..Banyak sangat kerja sekolah yg cikgu2 depa bekalkan..Sampaikan trapezium pun boleh jadi ketupat..isyh2...:p


Lama betul tak update blog ni..hehe..Tapi,sebulan sekali pun jadilah,kan?..:)...Asalkan kandungan-kandungan dalam blog ni dapat beri manfaat pada pembaca..

Untuk edisi Syawal kali ni, Bintun Sazali dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Buat yang mengenali diri ini, maaf atas segala salah dan silap..Untuk rakan2 bloggers, teruskan perjuangan anda, jangan gaduh2 if tak sependapat, dan yang penting..kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..hehe..^^

Buat Abang Amin yang berada di perantauan, nun jauh di Mesir sana, ni je gambar2 1 Syawal hari tu..[sy sbg watak utama.haha..:p]....belum sempat snap gambar 1 family la..huhu..Jaga diri leklok kat sana..Jangan berangan jek..hihi..~

Istimewa untuk rakan-rakan, terutama Cik Harlina, kat bawah ni, my latest picture..diambil pada 1 Syawal hari tu..Maafla..dah takdak fb nak upload..lau bg kat emel pun,lum tentu kome bukak..ye idak?..:p..

Mesej untuk Harlina :
Maafla..nak mms kat ang, tapi hp ada prob sikit la..huhu..Em, ak harap sangat ang dapat on9..Tapi..mesti ngah bz kan..Good luck tuk trial STPM naik cuti ni..Ko boleh wat punye..Ak tau..Chaiyok!..:)



Okeh..mata dah pedih..Tak mau stay up lagi..huhu..


Akhir kalam, maafkan segala salah dan silap saya..Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa hadapan..hatta apa yg akan berlaku 1 minit selepas anda membaca post ini,pun kita tak tahu..Semuanya dalam pengetahuan Allah..Moga-moga kita terus-menerus menjadi seorang makhluk yg sentiasa bersyukur atas setiap nikmat dan kurnia yg telah disediakan-Nya buat kita...Aminn..



diari pengarang : Post seterusnya, 1 bulan dari sekarang.Amacam?..hehe..:p

2 comments:

Anip™ said...

salam aidilfitri

BalqisShafiqa said...

selamat hari raya, sis.
sepanjang kita bersahabat, saya bahagia sangat.

so chumil laa picture ni. :)
semoga berjaya sis!!! :D

LinkWithin