Sunday, November 27, 2011

Ahlan 1433 Hijriah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni diberi ruang dan peluang oleh Yang Maha Memberi utk ke majlis perkahwinan seorang akak yg kitorang kenal waktu study kat giatmara dulu. Rasa gembira, yelah, tumpang gembira tengok orang bahagia. :)

Alhamdulillah juga, dapat berjumpa dgn kenalan yg aku kenal waktu menuntut sekejap di giatmara sementara tunggu result SPM dulu. Walaupun sekejap tapi rasa macam dah lama je kenal. Ingatkan nak jumpa dengan cik Nadia sekali, tapi apakan daya, cuti lain-lain. Jadi tak dapek la den nak menolong. Huu. Tapi lain kali harapnya boleh la kita keluar sama-sama lagi, macam dulu.  :)

With Sufiah - abaikan org yg pakai shawl tu. Serabot -,-

Waktu dalam majlis tadi, rasa kagum pun ada. Hehe. Sebab majlis macam grand, bak kata Sufiah. *Eh, piah ke Ummi yg cakap tadi ek? Aku lupa sudaa..-,- Hah, mana tak grandnya, warna tu memainkan peranan. Cantik, pandai pengantin pilih colour. Gandingan oren dan hitam, just nice. :p

Yang paling mengujakan, bila masuk bilik pengantin cz nak jumpa dengan Kak Nisa, borak-borak then ummi tanya, langsir buat sendiri la tu? Kak Nisa kata memang dia yg buat sendiri. Cantik! Mana taknya, kerja sambilan wat langsir n cadar. Haduii. Kalau dah minat semua benda pun boleh buat. :) Jeles tau, yelah, belajar menjahit sama-sama kat giatmara, tengok-tengok ada yg mahir ada yg tidak. Hehe. Ala, tapi biasalah tu, rezeki masing-masing kan lain-lain. Ye idak? :)

With Raja Sehari ;p  - abaikan org yg pakai shawl tu. Serabot jugak -,-

Bila fikir-fikir balik, hmm, tengok akak-akak macam kak Nisah tu, matured. Tu baru la org cakap anak gadis. Aku? Wakaka. Cam pe je. Huhh -,- Bila tah nye nak jadi lebih matang, berubah kepada yg lebih baik. Hmm...Tak suke la bila fikir camni. :(

Takpelah..

Rasanya masih belum terlambat. Petang ni jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum masuk Maghrib. Dan jangan lupa baca doa awal tahun selepas Maghrib. Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yg lebih baik. Jgn tanam azam, tapi semaikan azam. Harap-harap azam utk tahun baru yg akan menjelma ni tak akan terkubur macam tahun-tahun yg lepas.

Salam Maal Hijrah 1433 H!
Adios~




Diari pengarang : Nak gi Indonesia atau simpan duit utk 'masa depan'? Mohon pendapat..:|

Friday, November 25, 2011

Sanah Helwah Jaja!

Assalamualaikum.

23 November 2011. Hari ni hari ulangtahun kelahiran Jaja yg ke-12. Dah besar budak ni. Besar lagi badannya. Haha ;p  Jangan marah Ja, nanti cepat tua. Kikiki.

Dia kata tak best sebab sambut birthday dalam musim exam. Currently dia ada peperiksaan SDEA (Sjil Drjh Enam Agama). Aku tak ambik exam tu dulu. Haha. Eh ye ke? Tak ingat lor. Yg aku ingat, aku tak sempat masuk Drjh 6 sekolah agama sebab habis tahun 5, aku naik Tingkatan 1 dan start berhijrah ke tempat jauh dari family. Sob3. Tp nasib baik aku pandai berdikari. Hehe. *muntah

Ok dah. Emm, kata Ummi, si Jaja ni suka sangat kalau org bagi hadiah kat dia. Bagilah apa pun, gembira bukan main. So Ummi kata jom pakat-pakat bagi hadiah. Semuanya Ummi yg support. Hehe. Aku tak dapat nak belikan pape, buatkan apam je. Itu pon sebab 2nd try punye, keras. haha XD


My handwriting. Boleh laa..-,-


Selamat Hari Lahir ke-12 Syaza Athirah!


Ops, koyak sikit. Hehe


Bukan main bergambor -.-


Nampak cantik. Lalala -.-



Ok.Sekian sahaja untuk hari ini.
Adios~





Diari pengarang : Perlu lebih banyak latihan. Chaiyok!

Tuesday, November 22, 2011

Mabruk Harimau Muda!

Assalamualaikum.

Semalam kecoh kata Harimau nak lawan Garuda. Rasanya org lain lebih tahu. Aku tak minat secara extreme pun tentang bola nih. Tapi kalau ada match, aku boleh je tengok. Tapi just nak tengok gol pergi tang mana je la. Haha. Ok fine. Tak lawak. -,-

Apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia yg bermain dengan sepenuh kesungguhan semalam. Ada pendengar Ikim kata, pasukan Malaysia bermain dengan kekuatan minda, selain bermain bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan fizikal. Bagus tu. Yelah, kadang-kadang bila kita hampir putus harapan, kuasa minda je yg dapat membantu. Kau Boleh! :)

Tengok pada keputusan perlawanan, 5-4. Konklusinya Malaysia dan Indonesia sama-sama hebat. Tahniah buat kedua-dua pasukan. Jangan berbalah pulak lepas ni. Huu. Emm, syukran utk botak cz sudi roger-roger tentang match malam tadi. Aku tak tengok tv pon. Penat la. Biasala, 'suri rumah' memang camni. Cett. -,-

Ok dah. Aku bukan pengulas sukan. So tak banyak yg aku tahu. Yg penting aku rasa bangga sebab sukan camni dapat jadi salah satu wadah untuk menyatukan rakyat Malaysia sekaliannya. Dalam hal lain or perkara lain,sibuk nak berbalah, semua perkara nak dikaitkan dengan politik. Bosan aku. Huhh. Tapi aku tengok bab sukan, lebih-lebih lagi sukan bola sepak ni, ramai yg boleh bersatu, sama-sama menyokong pasukan negara dengan semangat yg sama, dengan harapan yg sama. Subhanallah. :)

Semoga terus mara lagi pada masa yg akan datang! We love Malaysia!
Adios~





Tahniah Harimau Muda!






Diari pengarang : Kalau players sume main sambil menutup aurat, rasanya lagi best. Kata negara Islam. Hehh. :)


Sunday, November 20, 2011

Dreams Come True!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Hari ni selamat sampai rumah!! :) Dan hari ni jugak, macam-macam benda yg dah terjadi. Thankz to botak yg tolong angkat barang2 kite time nak balik. Sory cz membebankan. Huu. Thankz jugak pd mana-mana pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm proses I nak balik ke rumah ni. Cehh. :p

Pernah tak korang terfikir something/angan-angan yg korang rasa nak sangat-sangat jadikan sbg realiti? Kalau bagi aku, banyakk! Dan salah satunya, meet with Fatin Liyana, the famous beautiful gorgeous pretty blogger a.k.a a doctor-to-be tu!  Hehh. Macam kelakar je kan? Tapi siyes, baru je dlm 2 minggu lepas terfikir, camne ek agaknya kalau terjumpe dgn FL ni secara live? Hohoo Tak terbayang. Memang tak terbayang. Sebab macam tak mungkin berlaku.

Tapi hakikatnya, baru je petang tadi terjumpe akak yg comey lote nih. Subhanallah! Seriously, memang kak FL ni sgt cantik, comell sgt2! Rasa mcm nak tumbuk! Haha. Sebenarnya kak FL otw nak pi kenduri kat rumah kawan dia kat BP ni. Baru first time sampai ke BP. Kelakar je akak ni, seronok sgt ngobrol2 sama dia sihh. Hehe. Rasa macam dah lama kenal. Happy go lucky and peramah. :)

Sebenarnya mula-mula tu segan nak tegur. Yelah, I segan tau kalau jumpe org2 femes n lawa ni. Maklumla, I ni bukan siapa2. Cehh. Ayat macam pe je. Tapi bila difikirkan balik, "weyh! Ini macam mimpi! Kak Fatin Liyana dah depan mata, bila lagi boleh terserempak camni?". Oleh sebab keinginan yg kuat utk bertegur sapa dgn bakal doktor jelita ni, so aku decide dgn nekadnya utk menegur beliau. Ehh jap jap. Tp masa tu dia ngah borak-borak dgn ehemm. Ahaha :p Takut jugak mengganggu, tapi kak FL sporting yg amat! Memang akak terbaikk lah! :)

Rupanya kak FL kata dia baru je pakai braces lagi semalam. Sakit katanya. Nak makan pon tak boley. Minum ayaq ja. Makan jambu rasa macam nak mati. Haha. Itu dia yg cakap. Hehe. Ehh. Tp siyes tak teringat nak tanya, nape pakai balik? Kan dah bukak hari tu? Huhuu.Then kitorang borak-borak lebat, pasal study, maktab, medic, dll. Patutla bila ada org duk cerita pasal FL ni dorang kata FL memang senang dibawa berbicara. No doubt la. :)

Wahh. Hepi gila. Tak tau nak kata camna. Still rasa macam bermimpi. Hehe. Hah, kak Fatin. Sibuk duk pi kenduri org lain, akak bila pulak nak wat kenduri? Kikiki...:p

Dah. Malas nak bebel lagi. Selamat bercuti bg siapa yg bercuti! Selamat berpraktikal bg siapa yg berpraktikal! Selamat menjawab soalan exam bg siapa yg ngah duk berperang dgn exam! Bittaufiq wannajah, moga dipermudahkan segala urusan kita. Aminn. :)

Adios~


Ok. Ni bukan edit. FL mmg cantik. Subhanallah. :p






 Diari pengarang : Ok, esok realitikan angan-angan lagi. Tinggal beli baking powder. Heh. :)

Saturday, November 19, 2011

Hari Ini Hari Jumaat

Assalamualaikum.

18/11/11. Hari ni semua org sibuk berkemas, sibuk bersiap nak balik. Aku pun sibuk jugak. Malam tadi je dah pack 95% barang-barang. Hohoo. Tapi hakikatnya aku balik Sabtu. Padah beli tiket awal. -,- Takpelah. Positif positif. Memang niat awal tu nak balik Sabtu cz tau dah memang busy dan penat yg amat kalau nak balik petang ni jugak. Kelam-kabut pun ye. Huhh. Takpelah. Esok je punnn. Yg penting balik. :)

*aku? Sebelum ni saya, kan? Ok. Sory kalau ada yg tak berapa suke. Mahu tukar angin. Cehh.

Macam biasa. Bila Jumaat je, mesti akan terfikir satu perkara nih. Tentang SOLAT JUMAAT. Sebabnya, setiap kali Jumaat je, mesti tak puas ati tengok SANG LELAKI berkeliaran tak tentu hala tak tahu hala tuju kat mana-mana. Kadang2 tu depa tahu hala tuju depa nak ke mana. Biasanya nak balik kampunglah, of course. *Suasana kat terminal mana2 di seluruh Malaysia. Tapi please lah, sedar sikit yg hari ini adalah hari Jumaat. Hormat lah sikittt....Hmm..

Nape lak tetibe je tak puas ati ni? Emm, bukan apa. Memang la setiap org ada kerja masing2, ada perkara n kerja yg nak dikejar dan diselesaikan. Tapi tak bolehke FREEkan hari Jumaat korang, or at least FREEkan waktu ZOHOR korang..Kalau dah setiap kali Jumaat pada setiap minggu bermusafir, oh bukan, bukan, lebih tepat lagi keluar dating, jalan-jalan lepak-lepak dengan bff, dll, maka adalah lebih baik korang sedarkan diri bahawa tak sepatutnya korang ada kat tempat2 yg selain dari MASJID pada hari Jumaat. Huhh. Kan dah emo. Nanti ada pulak yg marah lah hape lah bila aku cakap camni. -,-

Dann...tadi terpikir satu perkara ni. Patutlah ada certain negeri yg buat cuti hujung minggu depa jatuh pd hari Jumaat dan Sabtu, bukan seperti kebanyakan negeri yg ambil cuti Sabtu dan Ahad. Ada hikmahnya kenapa pemerintah depa wat camtu. Bila difikirkan, bagus jugak. Sebab hari Jumaat tak perlu kejar-kejar sana-sini nak wat tu nak wat ni sampai TAK SEMPAT singgah masjid tuk SOLAT JUMAAT.

Kalau Jumaat cuti, maka dengan secara automatiknya budak2 sekolah atau budak2 asrama boleh balik hari Khamis. Dan secara automatiknya jugak takkan ada budak2 lelaki berpakaian seragam sekolah siap bersamping bersongkok merayau-rayau dalam MC or tempat2 yg seumpama dengannya pada hari Jumaat, dalam waktu Zohor. Betul tak? Ohoo. Sory, ini pendapat saya je. Mungkin lain org lain fikirannya. Kan? Ahha, lagi satu, kalau budak2 sekolah berasrama ni cuti pada Jumaat, hah, tak perlulah ayah-ayah dorang ponteng solat jumaat sebab semata-mata nak kena pi amek depa. Kan dah save ruang utk beribadah tu?

Tapi biasalah. Kita dah terbiasa dengan apa yg dah dibiasakan di sekeliling kita sekarang ni. Kita dah terbiasa bercuti pada Sabtu dan Ahad. Biasalah, pengaruh yg datangnya dari mana, kita sndiri pun tahu. So apa yg kita perlu buat, just behave ourselves, remind ourselves, bila masanya kita perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai manusia, dan bila masanya kita perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.

Ok. Aku tak banyak ilmu. Aku tak banyak amal. Aku banyak cakap je. Sebenarnya banyak lagi yg aku tak tahu dan mahu tahu pasal solat Jumaat ni. Banyak la jugak soalan. Tapi belum sempat dihuraikan, belum sempat ditujukan pada siapa2. Kalau sempat nanti nak pi tanya Ust Azhar Idrus. Best jugak. Hee :)

Ok ok dahh. Nak berehat. Penat angkut-angkut barang. Mata ni pun dah berapa hari asyik tidur lewat. Study utk exam. KONON. Huuu. Hah, tahun depan dah pindah hostel baharu. So tinggal kat persekitaran baharu. Rumet pon baharu. Aduh. Segann je. Dengan rumet lama belum mintak maap ape sume ni. Hihi ;p Sebenarnya nak bg gift kat rumet lama nih, tp tgh sesak sekarang, tak sempat nak prepare awal2 dulu. Sobs. Nanti kalau terjumpe tahun depan, ingatkan kite ok? InsyaAllah adaaa...:)

Baiklah. Sekian dahulu. Membebel je keje kau. Huhh. Adios~








Diari pengarang : Ahh, tak sabar nak jadikan angan-angan sbg realiti! Tunggu la balik nanti. Yeah! :)

Wednesday, November 16, 2011

Yang Benar

Assalamualaikum.

Seriously memang dah lama sngat2 tak berblog. Entah. Perasaan tu dah takde. Hampir 100% takde. Haihh. Nape tah ek?

Blogwalking pun dah tak berapa sangat. Actually sy privatekan blog ni sebelum ni. Sebab sy tau selagi blog ni masih hidup selagi tu blog ni boleh diselongkar. Nak padam rasa sayang. Tak padam rasa benci. Hmm.

Takpelah. Kepada yg sedang membaca, bacalah. Ambil mana yg nak diambil, tapi pastikan ambil yg positif shja. Yg negatif yg buruk2 yg mazmumah yg cacat yg cela yg cuai yg buruk2 belaka semuanya tu, tolak tepi, buang jauh2. Takmo contohi perkara yg tak baik. Sy juga insan, yg sering lupa lalai n leka.

Mungkin akan berblog kembali lepas ni. Tapi mungkin bukak buku baru? Atau macam mana? Tengoklah. :)

Semoga kalian sentiasa berbahagia dalam rahmat Allah! Wish me luck in my life! Thankz for your supports, comments, dll. Sy sgt hargai semua tu. Alhamdulillah!

Adios~


Ok. Aku nak balik rumah. Huuuu. **







Diari pengarang : Memberi adalah syarat utk menerima.

LinkWithin