Sunday, November 27, 2011

Ahlan 1433 Hijriah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni diberi ruang dan peluang oleh Yang Maha Memberi utk ke majlis perkahwinan seorang akak yg kitorang kenal waktu study kat giatmara dulu. Rasa gembira, yelah, tumpang gembira tengok orang bahagia. :)

Alhamdulillah juga, dapat berjumpa dgn kenalan yg aku kenal waktu menuntut sekejap di giatmara sementara tunggu result SPM dulu. Walaupun sekejap tapi rasa macam dah lama je kenal. Ingatkan nak jumpa dengan cik Nadia sekali, tapi apakan daya, cuti lain-lain. Jadi tak dapek la den nak menolong. Huu. Tapi lain kali harapnya boleh la kita keluar sama-sama lagi, macam dulu.  :)

With Sufiah - abaikan org yg pakai shawl tu. Serabot -,-

Waktu dalam majlis tadi, rasa kagum pun ada. Hehe. Sebab majlis macam grand, bak kata Sufiah. *Eh, piah ke Ummi yg cakap tadi ek? Aku lupa sudaa..-,- Hah, mana tak grandnya, warna tu memainkan peranan. Cantik, pandai pengantin pilih colour. Gandingan oren dan hitam, just nice. :p

Yang paling mengujakan, bila masuk bilik pengantin cz nak jumpa dengan Kak Nisa, borak-borak then ummi tanya, langsir buat sendiri la tu? Kak Nisa kata memang dia yg buat sendiri. Cantik! Mana taknya, kerja sambilan wat langsir n cadar. Haduii. Kalau dah minat semua benda pun boleh buat. :) Jeles tau, yelah, belajar menjahit sama-sama kat giatmara, tengok-tengok ada yg mahir ada yg tidak. Hehe. Ala, tapi biasalah tu, rezeki masing-masing kan lain-lain. Ye idak? :)

With Raja Sehari ;p  - abaikan org yg pakai shawl tu. Serabot jugak -,-

Bila fikir-fikir balik, hmm, tengok akak-akak macam kak Nisah tu, matured. Tu baru la org cakap anak gadis. Aku? Wakaka. Cam pe je. Huhh -,- Bila tah nye nak jadi lebih matang, berubah kepada yg lebih baik. Hmm...Tak suke la bila fikir camni. :(

Takpelah..

Rasanya masih belum terlambat. Petang ni jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum masuk Maghrib. Dan jangan lupa baca doa awal tahun selepas Maghrib. Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yg lebih baik. Jgn tanam azam, tapi semaikan azam. Harap-harap azam utk tahun baru yg akan menjelma ni tak akan terkubur macam tahun-tahun yg lepas.

Salam Maal Hijrah 1433 H!
Adios~




Diari pengarang : Nak gi Indonesia atau simpan duit utk 'masa depan'? Mohon pendapat..:|

5 comments:

Ukhti Ibtisam said...

cantik la yg pkai shawl tu :)

sugar2 kapas strawberry said...

salam maal hijrah :)

Liyana said...

pegi indon... cuti2 best la.. hehe

Liyana said...

pegi indon... cuti2 best la.. hehe

ilyani92 said...

alamak..indon..huhu..
btw..salam maal hijrah
sorry for being late..

LinkWithin