Saturday, November 19, 2011

Hari Ini Hari Jumaat

Assalamualaikum.

18/11/11. Hari ni semua org sibuk berkemas, sibuk bersiap nak balik. Aku pun sibuk jugak. Malam tadi je dah pack 95% barang-barang. Hohoo. Tapi hakikatnya aku balik Sabtu. Padah beli tiket awal. -,- Takpelah. Positif positif. Memang niat awal tu nak balik Sabtu cz tau dah memang busy dan penat yg amat kalau nak balik petang ni jugak. Kelam-kabut pun ye. Huhh. Takpelah. Esok je punnn. Yg penting balik. :)

*aku? Sebelum ni saya, kan? Ok. Sory kalau ada yg tak berapa suke. Mahu tukar angin. Cehh.

Macam biasa. Bila Jumaat je, mesti akan terfikir satu perkara nih. Tentang SOLAT JUMAAT. Sebabnya, setiap kali Jumaat je, mesti tak puas ati tengok SANG LELAKI berkeliaran tak tentu hala tak tahu hala tuju kat mana-mana. Kadang2 tu depa tahu hala tuju depa nak ke mana. Biasanya nak balik kampunglah, of course. *Suasana kat terminal mana2 di seluruh Malaysia. Tapi please lah, sedar sikit yg hari ini adalah hari Jumaat. Hormat lah sikittt....Hmm..

Nape lak tetibe je tak puas ati ni? Emm, bukan apa. Memang la setiap org ada kerja masing2, ada perkara n kerja yg nak dikejar dan diselesaikan. Tapi tak bolehke FREEkan hari Jumaat korang, or at least FREEkan waktu ZOHOR korang..Kalau dah setiap kali Jumaat pada setiap minggu bermusafir, oh bukan, bukan, lebih tepat lagi keluar dating, jalan-jalan lepak-lepak dengan bff, dll, maka adalah lebih baik korang sedarkan diri bahawa tak sepatutnya korang ada kat tempat2 yg selain dari MASJID pada hari Jumaat. Huhh. Kan dah emo. Nanti ada pulak yg marah lah hape lah bila aku cakap camni. -,-

Dann...tadi terpikir satu perkara ni. Patutlah ada certain negeri yg buat cuti hujung minggu depa jatuh pd hari Jumaat dan Sabtu, bukan seperti kebanyakan negeri yg ambil cuti Sabtu dan Ahad. Ada hikmahnya kenapa pemerintah depa wat camtu. Bila difikirkan, bagus jugak. Sebab hari Jumaat tak perlu kejar-kejar sana-sini nak wat tu nak wat ni sampai TAK SEMPAT singgah masjid tuk SOLAT JUMAAT.

Kalau Jumaat cuti, maka dengan secara automatiknya budak2 sekolah atau budak2 asrama boleh balik hari Khamis. Dan secara automatiknya jugak takkan ada budak2 lelaki berpakaian seragam sekolah siap bersamping bersongkok merayau-rayau dalam MC or tempat2 yg seumpama dengannya pada hari Jumaat, dalam waktu Zohor. Betul tak? Ohoo. Sory, ini pendapat saya je. Mungkin lain org lain fikirannya. Kan? Ahha, lagi satu, kalau budak2 sekolah berasrama ni cuti pada Jumaat, hah, tak perlulah ayah-ayah dorang ponteng solat jumaat sebab semata-mata nak kena pi amek depa. Kan dah save ruang utk beribadah tu?

Tapi biasalah. Kita dah terbiasa dengan apa yg dah dibiasakan di sekeliling kita sekarang ni. Kita dah terbiasa bercuti pada Sabtu dan Ahad. Biasalah, pengaruh yg datangnya dari mana, kita sndiri pun tahu. So apa yg kita perlu buat, just behave ourselves, remind ourselves, bila masanya kita perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai manusia, dan bila masanya kita perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.

Ok. Aku tak banyak ilmu. Aku tak banyak amal. Aku banyak cakap je. Sebenarnya banyak lagi yg aku tak tahu dan mahu tahu pasal solat Jumaat ni. Banyak la jugak soalan. Tapi belum sempat dihuraikan, belum sempat ditujukan pada siapa2. Kalau sempat nanti nak pi tanya Ust Azhar Idrus. Best jugak. Hee :)

Ok ok dahh. Nak berehat. Penat angkut-angkut barang. Mata ni pun dah berapa hari asyik tidur lewat. Study utk exam. KONON. Huuu. Hah, tahun depan dah pindah hostel baharu. So tinggal kat persekitaran baharu. Rumet pon baharu. Aduh. Segann je. Dengan rumet lama belum mintak maap ape sume ni. Hihi ;p Sebenarnya nak bg gift kat rumet lama nih, tp tgh sesak sekarang, tak sempat nak prepare awal2 dulu. Sobs. Nanti kalau terjumpe tahun depan, ingatkan kite ok? InsyaAllah adaaa...:)

Baiklah. Sekian dahulu. Membebel je keje kau. Huhh. Adios~








Diari pengarang : Ahh, tak sabar nak jadikan angan-angan sbg realiti! Tunggu la balik nanti. Yeah! :)

2 comments:

Nur Ilyani said...

Akak,act kte pun nk gak bg gift tp xsgka akak nk blik awal..huhu,mnx maap gak..ingtkn kte gak ea nk bg hdiah kt akak..tc!

Bintun Sazali said...

Hehe oraiyt! Emm, sory sgt2 ok. Kite ni bukan jenis yg becakap sgt ngan rumet. Haha. Lau ada pape pon kite diammm je. Maaff sgt2 kalau2 byk kali wat ily terasa ke jauh hati ke pe. Ada pernah satu masa tu, kite macam tak bape bercakap sgt ngan ily kan? Rasa bersalah sebenarnya nk ungkit balik sume tu. Sbnrnya takda pe pon time tu. Maybe kite ngah stress or tah nape ati ni slalu berkecamuk la time tu. So mintak maaf sgt2 cz kite mmg gini, kalo stress mesti akan melibatkan org lain. Uhuk2. Maaf sgt atas sgla salah n silap....Tc yourself kat umah ye...:')

LinkWithin