Wednesday, February 17, 2010

Tatkala Merinduimu....

Entah kenapa,rasa rinduku membuak-buak terhadap Almarhum ayahanda tercinta sejak akhir-akhir ini...

“itulah INSAN..bila memiliki sesuatu,jarang sekali dihargai..namun apabila miliknya sudah hilang dari genggaman dan pandangan mata,baru nak menyesali..”

Sedang sibuk melayan perasaan sambil membuat tugasan yang diberi oleh lecturer,tiba-tiba sy menemukan sesuatu yg agak menarik untuk dikongsikan bersama para pembaca.Artikel yang menyentuh hati seorang anak...tentang seorang AYAH..

~Ayah~

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin~

**************************************************************

diari pengarang : Buat yang masih memiliki ibu dan bapa,berbaktilah kepada kedua orang tuamu sementara mereka masih ada di hadapanmu,di sampingmu..Buat UMMI..maafkan salah dan silap anakmu ini..kakak masih belum mampu berikan yg terbaik utk ummi dan adik2..=(....AL-FATIHAH untuk Almarhum ayahandaku....~

Sabarlah wahai Anak Kecil...~

Meluap-luap marahku...!

Bakar bayi
Bunuh bayi hidup-hidup
Buang bayi

aduhh..mana pergi kemanusiaan dalam diri seorang insan bergelar ibu???

Sedih sangat bile dengar cite ttg pembuangan dan pembunuhan bayi yg makin menjadi-jadi,makin kejam dan teruk ni..Tertarik sgt dgn slot kat MHI pg tadi ttg kes ni..yg ada masa tu,kak Wardina dan tetamu undangan...Prof Madya..err...lupe la plak nama dy..huhu
takpe2...yg penting,dapat byk sgt yg berguna daripada slot tu..

Kes ni dah makin truk,mungkin memang salah institusi kekeluargaan.Tapi tak SEMUAnya adalah salah institusi kekeluargaan.Pemuda pemudi sekalian perlu tahu,sedar dan maklum akan punca2 lain bg permasalahan ini.Kadang2 kita sibuk menyalahkan orang lain,namun kita sendiri tak tahu atau tak perasan pun bahawa sebenarnya kesalahan tu berpunca dari diri sendiri.Secara analoginya adalah ibarat orng yang menudingkan salah satu jarinya terhadap org lain,namun dy tak sedar pun bahawa tiga lagi jarinya terarah pd dirinya sendiri..betul tak?

Allah dah berfirman dalam al-Qur'an,JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA..!...dan yang menarik perhatian sy dlm slot bersama Prof Madya tu,beliau ada terangkan bahawa ade ulama' yang mengingatkan bahawa hadirnye ayat "jgn kamu hampiri zina" tu dgn dua lagi ayat sebelum dan selepasnya.Dan apabila ditafsirkan,memang berpadananlah dgn apa yg berlaku pd masa kini.




Ha,jelas kan?..sesungguhnya Maha Suci dan Agung Allah yang menurunkan al-Qur'an..Namun yang dikesali,perkara yang ditegah,makin dibuat!..perkara yang dituntut pula?Ditinggalkan...hmm,apa nk jadi pada umat Islam kini?mengaku sayangkan Islam..sensitif apabila agama dipermainkan..namun dalam hal macam ni?masih ramai lagi yg berdiam diri,masih lagi berpeluk tubuh...dunia,dunia..

Dalam ayat di atas,Allah melarang umat manusia membunuh anak2 @ zuriat mereka.Dan apa yang menarik,Allah telah menegaskan supaya jgn HAMPIRI zina!..kerana dgn hanya menghampiri sahaja pun,pelbagai perkara buruk yang tak diundang boleh berlaku...bak kata pepatah,WHAT CAN GO WRONG WILL GO WRONG...~.....*malang tidak berbau..

Dengan menghampiri zina,macam2 perkara yg boleh berlaku?BUKTInya???manusia kini makin kejam..sehingga sanggup bakar anak!..apa ni???...cuba bayangkan,banyak implikasinya jika seseorang tu membunuh zuriatnya sendiri.Kelak,dy tak akan dikurniakan waris kpd harta2 nya.Dia juga telah menghapuskan nasab keturunannya sendiri.Kalau dia dah meninggal dunia,mana ANAK SOLEH yg diharapkan dapat membantunya di akhirat nanti?di dunia,boleh jadi si pembunuh trauma dan terbayang-bayang akan anak yg telah dibunuh.Dan paling utama,tak mstahil anak yg dibunuh tu akan menuntut semula nyawanya yg telah diragut oleh sang pembunuh di akhirat kelak....tak terfikirkah hai pembunuh?????


Sesungguhnya,amat penting bg kita untuk sama-sama reset iman kita..dan upgrade iman kita agar iman dapat berfungsi dgn lebih baik..Segala apa yang ingin kita lakukan,haruslah berlandaskan iman dan akal..bukan emosi..SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN...~


diari pengarang : if you love me,don't you dare to touch me!!!...it's only after marriage..~

Saturday, February 13, 2010

Kelapa Atau Mutiara??...~

Assalamualaikum....

alhamdulillah,hari ini sy berjaya menikmati cuti di rumah!!..sangat seronok..hehe..^_^..sekurang-kurangnya berkurang sikit rasa penat sepanjang duduk di maktab..huhu

Pagi tadi,adik sy menghulurkan satu kertas kepada saya..mulanya,sy fikir kertas itu hanyalah sekeping kertas..namun,bila sy teliti semula..alhamdulillah,,dpt sesuatu yg berguna...
Rasanya bukan hanya sekadar renungan..tp pembaca harus berfikir akan kebenaran puisi ini....dan sama-samalah kita koreksi diri....




PEREMPUAN : Kelapa @ Mutiara ???

Apabila kamu berkawan dengan LELAKI
Ingatlah ada DUA pilihan terbentang
yang Pertama :
Kamu jadi seperti KELAPA
mudah diperoleh..diparut..diperah..
dan diambil santannya..
Kemudian hampasnya dibuang..
yang Kedua :
Kamu menjadi sebutir MUTIARA
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
dilindungi dengan kulit
Bukan senang untuk melihatnya..
apatah lagi mendapatkannya!..
Harganya??
Mahal sekali.....
dan mutiara tersebut akan tersimpan rapi selamanya..

Jadi..kamu pilihlah..sama ada mahu menjadi KELAPA atau MUTIARA..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan
diperah segala kenikmatan...
dengan MUDAH jatuh menjadi titisan..
akhirnya..
habis kari dimakan..
pulut panggang,sisa habis ditelan..
dan santan hilang...tak jadi ingatan..
yang terasa LAZAT hanya kari dan pulut panggang
ORANG TAK KENANG JASA SANTAN..

MUTIARA??
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian....
kerana dilapisi
kulit yang keras menghadang
namun...
kiranya ditemui INSAN akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman
atau
di leher nan jinjang..
atau
di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..makin TINGGI nilaiannya..

Oleh itu..TENTUKAN..yang mana satu PILIHAN??

Menjadi SANTAN
mudah JADI PERHATIAN...
tapii...
hanya sebentar jadi santapan..
kemudian??
hilang segala NIKMAT dan PUJIAN...

Menjadi MUTIARA
sukar ditemukan..
namun..
bila dihias,INDAH gadis perawan..
Hilangnya ia
tangisan mengiring berzaman!...



tamat..~
jadi...rasa-rasanya siapakah kita??
KELAPA atau MUTIARA??......


diari pengarang : sangat beruntung sang mutiara...kelapa sangat cemburu dgn mutiara...='(



Wednesday, February 3, 2010

Mencukur / Memantis Bulu Kening : HARAM!

Pertama sekali,syukur ke hadrat Illahi cz sy berjaya sampai ke ruangan ini,diberikan ruang dan peluang tuk menulis,menyampaikan ilmu yg ada walaupun sedikit..

Alhamdulillah,sy diberikan ilham utk menulis berkenaan tajuk ini..perkara ini sudah menjadi norma dalam kalangan masyarakat,atas alasan mahu berfesyen..actually,tak salah utk bercantik-cantik atau berhias...dan tak salah jika kita sentiasa pastikan diri kita masing2 sentiasa dalam keadaan yg bersih dan kemas..

NAMUN,adalah menjadi kesalahan apabila apa yg dilakukan itu tak kena pd tempatnye..zalim tu...adakah kite semua maklum akan maksud ZALIM pd erti kata yg sebenarnya?..ZALIM membawa maksud "tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya"..maka,jika kita melakukan sesuatu yg tak kene pd tempatnye,kita jg tergolong dlm golongan yg zalim..NA'UZUBILLAHIMINZALIK...

Perbuatan memantis bulu kening..memang menarik,dan adakalanya cantik dipandang..takde la berserabut sgt bulu kening tu nanti..tp,seharusnya kite tahu akan hukum mencukur/memantis bulu kening itu...dan Allah SWT telah menetapkan bhwa hukum memantis/mencukur bulu kening adalah HARAM dan termasuk dlm salah satu perbuatan yg mengubah ciptaan-Nya.Bukankah Allah SWT dah jadikan stiap manusia tu dgn sebaik-baik kejadian?

Ingat..CANTIK tu SUBJEKTIF...macam2 penilaian yg boleh dibuat ttg CANTIK seseorang itu..dan sesungguhnya tidaklah ALLAH SWT menjadikan sesuatu yg ada di muka bumi ini dgn sia2..pasti ada hikmah yg tersembunyi..kan?..=)

Oleh itu,bg wanita2 Muslimah di luar sana,harap dpt ambil iktibar dr post sy kali ini..mungkin bahasanya agak skema dan mungkin juga olahan sy tak begitu menarik..Namun, sudah lumrah-menjadi manusia itu tak akan pernah sempurna-,maka sama2lah kite renung2kan....Wassalam~

diari pengarang : Nak cantik pun biarlah berpada-pada..jgn sampai salah konsep!

LinkWithin

Lazada Malaysia