Wednesday, May 12, 2010

IMTIHAN : Mahu Pointer Lebih Tinggi!..

Salam sejahtera!...

Wahh...minggu ni sepatutnya dah berhenti berblogging,berfb dan lain-lain..tapi?aduh...bila mahu berhenti?Kalau sehari tak on laptop memang tak sah!..*Isyh3.....

[Post kali ni,refleksi diri....huii...dah nak exam dah ni cik Nadiah oii........]

Jangan ulang kesalahan lalu..
Jangan biar angan-angan tergantung tanpa pelaksanaan!!

Err....angan-angan??....Bukan angan-angan Mat Jenin ye...

---> Saya Mahu Pointer Yang Lebih Tinggi!!...

Tak salah kan pasang angan-angan?..yang penting,ada pelaksanaan!!...


Kira-kira: Pointer yang perlu saya capai untuk mendapatkan keputusan yg memuaskan.Mana best,KEPUJIAN atau CEMERLANG??...anda jawab..:)



Jadual Waktu Peperiksaan Mei 2010
[bagi PPISMP SEM 2 Ambilan Julai 2009]


Kepada semua yang sedang,akan atau telah menduduki peperiksaan,saya ucapkan SELAMAT BERJAYA!.....wish me LUCK t0o!!...:)
Sama-sama berdoa untuk kejayaan masing-masing!

Saya Boleh Lakukannya!!....STUDY cik Nadiah!!...huhu



diari pengarang : Ya ALLAH,permudahkanlah urusan kami...

Monday, May 10, 2010

Wanita : Apa Status Anda?

Salam sejahtera buat semua..

Saya dapati ramai sudah yg berstatus "in a relationship"...tak kurang juga,"married"...olok-olok atau sungguh-sungguh...Wallahua'lam..haha...saya harap mereka tak jadi hamba cinta..

Perkahwinan : Jalan utk elakkan maksiat serta penzinaan daripada berleluasa!..**Jadi,agak-agak dah mampu tu,jgn tunggu lama-lama..huhu~

Rasulullah S.A.W bersabda : "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan AGAMAnya."

Maka pilihlah pada agamanya adalah lebih baik nescaya akan membawa kerahmatan,kebahagiaan dan kesenangan yang berpanjangan.Ketahuilah mereka bahawa kecantikan itu adalah bersifat sementara dan ianya umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.

---> Imam Al-Ghazali ada mencatatkan; Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya:

1) Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentigan dirinya.

2) Wanita Hadaqah
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

3) Wanita Mananah
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat ini keranamu".

4) Wanita Baraqah
Wanita Wanita ini ada dua makna; Pertama wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.Keduanya dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) Wanita Hananah
Wanita yang mengatakan kasih sayangnya pada lelaki yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

6) Wanita Syadaqah
wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.



Jadi,para wanita sekalian...Apa status anda?

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah dan baik akhlak dan peribadinya"


~so sweet..huhu~




diari pengarang : Usaha untuk majukan diri!...

Friday, May 7, 2010

[1,2,3....peace!!..]: Boleh Ke??...

Salam sejahtera ke atas kamu semua..

Info Baru! : Alhamdulillah,mungkin info ni baru bagi sy,mungkin juga ada di antara pembaca sekalian yg dah lama tahu..tentang Illuminati...

opss!...nanti dulu!..

Tak mahu terus kepada perkara yg sukar difahami..Haa...perasan atau tidak,zaman sekarang ni,jika ada sesi penggambaran yang tidak formal (snap pic tuk suka-suka atau something like that lah..),mesti ada satu perkara yg tak asing bagi kita tuk kita lakukan..iaitu..PEACE!..dan jari kita serta-merta terangkat dan membentuk lambang V...

Pada mulanya,sy sendiri tak tahu,kenapa perkara tu boleh jd kebiasaan...?..[saya pun buat juga!]

Akhirnya suatu hari,ditakdirkan ALLAH,saya tergerak nak baca info-info yg ada dalam Buletin BISA IPG KPM atau lebih dikenali sebagai NISA'.....Sila baca utk mendapatkan penjelasan yg lebih lanjut :


petikan daripada NISA'

Salinan daripada artikel asal :


1,2,3!...Kebiasaannya kita selalu angkat tangan "Peace" semasa bergambar.Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang "peace" itu?Ok,di sini sy akan berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang "PEACE" ini.

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi.Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat ( Bekas Presiden Palestin),Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian (peace) pada tangan sebenarnya berasal dari gerakan Illuminati!..Tanda V mempunyai pelbagai sejarah.V adalah huruf Roman yg bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (Pertubuhan Yahudi)..Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda "Law of Fives"(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi,huruf V ( Van ) bermaksud "Nail"(kuku).The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey,pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan),menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.

Simbol PEACE ini adalah dari simbol kumpulan Yahusi yang anti Kristian ( antiChrist ).Mereka mengambil salib Kristian dan mematahkannya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud "Past"(palang kanan),"Present"(palang tengah),dan "Future"(palang kiri).


*sumber rujukan : http://saint-guerre.blogspot.com/2010/04/secret-sign-peace-symbol.html


________________________________________________________


Alhamdulillah..dapat juga sekali lagi berkongsi..sharing is caring,kan?..:)

Selamat Berfikir,Renung-renungkan,dan Selamat Beramal!...



diari pengarang : Betulkan yang biasa,biasakan yang betul!...

Sunday, May 2, 2010

Cinta Illahi Cinta Hakiki!

Sukar untuk singkirkan rasa kecewa...

Hmm....Pagi ni sempat buka fb...Kebetulan,ada seorang rakan tagged saya dalam satu note,tajuknya "Curahan Cinta Niagara"...entahla..tertarik nak view...dan akhirnya ALHAMDULILLAH.....note tu sedikit sebanyak dpt memotivasikan sy..Yelah..sbg seorang hamba,kita tak boleh nak lawan ketentuan ALLAH...ya,kita punya takdir..dan setiap org miliki takdir yg berbeza antara satu sama lain...am I right?

Saya fikir,tak salah jika saya kongsikan note tersebut,agar pembaca yg lain juga boleh memotivasikan diri melalui note ini..SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERFIKIR!....


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286



RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



[Kata Forest Gump;"Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... "]


**Lihatlah...ALLAH lebih mengetahui akan perihal hamba-hambaNya!....Moga hati ini akan terus bertahan,tabah dgn segala ujian...hmm...




diari pengarang : Fokus pada apa yg sedang kau tuju wahai diri!!....Cita-Cita is better than Cinta!!...lagi 2minggu exam weyhhh.....!!


Moga Rasa Ini Cepat Berlalu Pergi....

Hiba.Pilu.Sedih.Pedih.Kecewa.Terluka.

Tak tahu apa sebenarnya rasa yang sedang melanda.

Semuanya gara-gara......cinta pertama...

Ya ALLAH....ampuni aku..tabahkan aku................................................:'(


Patah Hati - Saujana

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG



Luahan rasaku...rasa yg sendiri tak dapat mengerti....




diari pengarang : Andai cinta pertamaku itu ialah ALLAH dan Rasul-Nya........:((

Saturday, May 1, 2010

Petua Cara Islam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca...

Alhamdulillah..lewat petang ni saya diizinkan oleh ALLAH untuk melayari internet,berjalan-jalan lagi di alam maya ini..:)..Petang tadi,saya mengambil kesempatan daripada masa lapang yang saya ada untuk membaca.Majalah ANIS edisi Mei 2010 jadi pilihan...Ralit membelek-belek dan membaca beberapa hasil penulisan yang sgt menarik,akhirnya saya sampai pada halaman 'Petua Anis'....wahh..sgt tertarik dgn slot ni..!

Ingin sekali saya berkongsi dengan para pembaca,kerana segala petua ini semuanya berlandaskan amalan-amalan dan ajaran ISLAM...^_^


MANDI FAJAR

Dalam menjaga kesihatan,Rasulullah SAW mengamalkan mandi fajar iaitu mandi pada sekitar jam empat pagi.Daripada Imam Ahmad as-Syaraji dalam kitabnya,Al-Fawanid,beliau telah menyebutkan bahawa terdapat banyak kelebihan mandi fajar ini,antaranya :
  1. Tidak terkena penyakit asma.
  2. Terhindar daripada angkara jahat spt sihir,sama ada daripada jin atau manusia.
  3. Tubuh badan menjadi sihat.
  4. Wajah bercahaya.
  5. Doanya mudah dikabulkan oleh ALLAH.
  6. Wajah menjadi awet muda.
  7. Mata sihat dan tak mudah rabun.

p/s : Pada pendapat saya,petua ni lebih menjurus kpd kelebihan org yg bangun bertahajud,setuju tak?..yelah,waktu sekitar 4 pagi,sesuai bertahajud..*bilalah nak ringankan diri bertahajud..:(



JAUHI PENYAKIT HATI

Kunyahlah makanan sebanyak 40 kali kunyahan sebelum menelannya.Tujuannya supaya makanan itu benar-benar hadam.Dari segi kesihatan,ia boleh menjauhkan buasir,sembelit dan batu karang.Sabda Rasulullah SAW,"Apabila kamu minum air,minumlah dgn cara menghirup dan janganlah kamu minum dgn tidak menghirupnya.Sesungguhnya minum yg tidak menghirup itu mewarisi penyakit hati."


p/s : Alamak..haha..paling tidak dipatuhi..selalunya makan nak cepat jek..lahap sangat..hehe..:p



MAKANAN TERLALU PANAS

Rasulullah melarang makan makanan yg panas kecuali pada kadar yg boleh dimakan (suam).Sebaik-baiknya tunggulah sehingga sejuk.Di samping menyebabkan lidah kita melecur,makanan yang terlalu panas akan menyebabkan lidah menjadi keras.Lidah yang keras akan menyebabkan kita sukar menyebut ayat2 ALLAH,menyebabkan gigi mudah menjadi lebam dan reput.Bagi wanita yg hamil pula,memakan makanan yg panas akan membahayakan nyawa bayi yg dikandung.Bayi yg lahir itu nanti akan mudah mendapat sawan dan sangat sukar utk dibedung.


p/s : Opsz.....sabar itu penting!



KANAK-KANAK SUKA MENGUTIP?

Kanak-kanak yg berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mengenal apa sahaja yang ada di sekelilingnya.Terjumpa sahaja sesuatu benda,dia akan terus memasukkannya ke dalam mulut termasuklah debu,batu,atau sampah-sampah halus.ISLAM ada panduan bagaimana menghadapinya.

Pegang tangan kiri kanak-kanak itu,bukakan tapak tangannya dan bacakan surah Yasin dari ayat 1 hingga 9.Kemudian sambung dengan ayat 82 hingga ayat 83,surah yg sama.Jika ini dijadikn amalan,anak akan berani,hatinya menjadi kuat,mudah menerima pelbagai bentuk ilmu,mendorong rohani serta jasmaninya melakukan kebaikan dan paling utama,dapat membuang tabiat suka mengutip itu.

p/s : Bukan setakat sampah,najis cicak pun boleh ditelan!..huhu..[teringat kisah muda-muda dulu..:p]




Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian utk entry kali ni...SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERAMAL
!..:)




diari pengarang : Ada sesiapa boleh kongsi petua nak cerahkan kulit yang "terbakar"..?..huhu

LinkWithin

Lazada Malaysia