Saturday, May 1, 2010

Petua Cara Islam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca...

Alhamdulillah..lewat petang ni saya diizinkan oleh ALLAH untuk melayari internet,berjalan-jalan lagi di alam maya ini..:)..Petang tadi,saya mengambil kesempatan daripada masa lapang yang saya ada untuk membaca.Majalah ANIS edisi Mei 2010 jadi pilihan...Ralit membelek-belek dan membaca beberapa hasil penulisan yang sgt menarik,akhirnya saya sampai pada halaman 'Petua Anis'....wahh..sgt tertarik dgn slot ni..!

Ingin sekali saya berkongsi dengan para pembaca,kerana segala petua ini semuanya berlandaskan amalan-amalan dan ajaran ISLAM...^_^


MANDI FAJAR

Dalam menjaga kesihatan,Rasulullah SAW mengamalkan mandi fajar iaitu mandi pada sekitar jam empat pagi.Daripada Imam Ahmad as-Syaraji dalam kitabnya,Al-Fawanid,beliau telah menyebutkan bahawa terdapat banyak kelebihan mandi fajar ini,antaranya :
  1. Tidak terkena penyakit asma.
  2. Terhindar daripada angkara jahat spt sihir,sama ada daripada jin atau manusia.
  3. Tubuh badan menjadi sihat.
  4. Wajah bercahaya.
  5. Doanya mudah dikabulkan oleh ALLAH.
  6. Wajah menjadi awet muda.
  7. Mata sihat dan tak mudah rabun.

p/s : Pada pendapat saya,petua ni lebih menjurus kpd kelebihan org yg bangun bertahajud,setuju tak?..yelah,waktu sekitar 4 pagi,sesuai bertahajud..*bilalah nak ringankan diri bertahajud..:(



JAUHI PENYAKIT HATI

Kunyahlah makanan sebanyak 40 kali kunyahan sebelum menelannya.Tujuannya supaya makanan itu benar-benar hadam.Dari segi kesihatan,ia boleh menjauhkan buasir,sembelit dan batu karang.Sabda Rasulullah SAW,"Apabila kamu minum air,minumlah dgn cara menghirup dan janganlah kamu minum dgn tidak menghirupnya.Sesungguhnya minum yg tidak menghirup itu mewarisi penyakit hati."


p/s : Alamak..haha..paling tidak dipatuhi..selalunya makan nak cepat jek..lahap sangat..hehe..:p



MAKANAN TERLALU PANAS

Rasulullah melarang makan makanan yg panas kecuali pada kadar yg boleh dimakan (suam).Sebaik-baiknya tunggulah sehingga sejuk.Di samping menyebabkan lidah kita melecur,makanan yang terlalu panas akan menyebabkan lidah menjadi keras.Lidah yang keras akan menyebabkan kita sukar menyebut ayat2 ALLAH,menyebabkan gigi mudah menjadi lebam dan reput.Bagi wanita yg hamil pula,memakan makanan yg panas akan membahayakan nyawa bayi yg dikandung.Bayi yg lahir itu nanti akan mudah mendapat sawan dan sangat sukar utk dibedung.


p/s : Opsz.....sabar itu penting!



KANAK-KANAK SUKA MENGUTIP?

Kanak-kanak yg berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mengenal apa sahaja yang ada di sekelilingnya.Terjumpa sahaja sesuatu benda,dia akan terus memasukkannya ke dalam mulut termasuklah debu,batu,atau sampah-sampah halus.ISLAM ada panduan bagaimana menghadapinya.

Pegang tangan kiri kanak-kanak itu,bukakan tapak tangannya dan bacakan surah Yasin dari ayat 1 hingga 9.Kemudian sambung dengan ayat 82 hingga ayat 83,surah yg sama.Jika ini dijadikn amalan,anak akan berani,hatinya menjadi kuat,mudah menerima pelbagai bentuk ilmu,mendorong rohani serta jasmaninya melakukan kebaikan dan paling utama,dapat membuang tabiat suka mengutip itu.

p/s : Bukan setakat sampah,najis cicak pun boleh ditelan!..huhu..[teringat kisah muda-muda dulu..:p]




Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian utk entry kali ni...SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERAMAL
!..:)




diari pengarang : Ada sesiapa boleh kongsi petua nak cerahkan kulit yang "terbakar"..?..huhu

7 comments:

Penyapu said...

huhu :)

penaberkala said...

tq for the info
yg last tu baru tau
bukak tgn kiri ek, then baca ayat2 yasin
boleh buat ni nnt

sugar2 kapas strawberry said...

wah,,nice info la..yg mknn yg terllau panas ngn kanak2 suke mengutip tu...
i'allah sy akn igt petua nih..thnx ye ;)

Bintu Sazali said...

penaberkala> wahh...perancangan tuk masa depan nmpaknya..hahah...
pssttt...lau nak nikah jgn lupe jemput..kawe nih oghe klate jugok...haha..;p


sugar2 kapas strawberry> u r welcome!..:)
bagus2!..sama2 kita amalkan!..hehe

Unknown said...

salam..syukran ats petua yg brmanfaat nie..insyaAllah akn cber dpraktikkn..huhuu...erm solat tahjud???lmer x buat weyh..=(

Insankerdil said...

hmm..alhamdulillah..ilmu baru...
nice..
kalo nk cerahkan kulit tu..petuanya memang sabar je la..

Bintu Sazali said...

Izzati > samalah kita...badan makin berat..hmm..mungki sgja diberatkan..:((


Insankerdil> betul2..huhu

LinkWithin

Lazada Malaysia