Thursday, April 29, 2010

Indahnya Al-Qur'an!

Assalamualaikum...

Apa khabar anda pada ketika anda membaca entry ini?Mudah-mudahan sedang dalam keadaan sihat walafiat semuanya..Aminn..:)....sesudah itu,bagaimana pula iman anda?Adakah masih kekal di takuk yg terdahulu?Adakah masih belum dinaiktaraf?Adakah masih dalam usaha me'renovate' hati?Atau..adakah telah diyakini bahawa iman anda berada pada tahap tertinggi??....Tepuk dada,tanyalah IMAN...

Alhamdulillah,ada rezeki hari ni utk berjalan-jalan di alam maya...Sakit kepala sebenarnya..kesan migrain semalam..adehh...Mahu saja tidur,tapi takut pula kalau terlebih tidur..isyhh...makin sakit nanti..huuu..sabar je la..UJIAN....

Syukur juga kepada ALLAH kerana hari ni saya dan kawan-kawan mendapat peluang mendengar bacaan Al-Qur'an dari seorang tetamu jemputan yg Ustaz Ariffin jemput ke Institut kami umumnya dan ke kelas kami,khasnya!...Tetamu istimewa ini datang dari Darul Qur'an [tempat yg sgt sy bangga-banggakan..pernah ada keinginan utk belajar di sana,namun...apakan daya..tak layak rasanya,....:(..]...Rasa sangat beruntung kerana mendapat peluang sebegini..Dulu pernah juga Ustaz Ariffin bawakan beberapa pelajar tahfiz,kecil-kecil lagi,sekitar 10-14 tahun..Subhanallah..fasih sekali mereka membaca ayat2 suci al-Qur'an.Menghafaz pula tu!!...Insaf kami semua..*adehh...

Hah,berbalik kepada kisah tetamu jemputan yg diundang Ustaz Ariffin tadi,..Umurnya sekitar 20-an..Ustaz Ariffin gelarkan diri beliau sebagai Ustaz Haikal..Setelah bertaaruf serba sedikit,Ustaz Haikal diminta membacakan ayat dari al-Qur'an utk diperdengarkan kepada kami.



Al-A'raf,ayat 138-143


Subhanallah..sedap sangat bacaan beliau..err..maaf..video senget pulak..hehe.kualiti video pun kurang memuaskan..Maklumlah..rakam menggunakan handset 2megapixel...tak berapa jelas..tp Alhamdulillah..suara ok!..:)..Tapi tak sempat pulak rakam dari awal..terputus sikit.Sangat tersentuh bila mendengar bacaan ayat2 suci al-Qur'an ni..Lebih terkesan apabila sampai pada ayat 141,ada kalimah suu'al 'azab..Lagu yg dibacakan sgt tepat,kena dengan makna perkataan tersebut iaitu "siksaan yg sangat berat"...Dari situ,fahamlah kami,penting bagi seseorang yg membaca al-Qur'an mengetahui apa yg dibaca,supaya tujuan sebenar Allah menurunkan kalam-Nya ini tercapai dan kita pun dapat mengambil pengajaran daripada kalam Allah ini..

Kebetulan,semalam saya baru selesai membaca hasil karya Faisal Tehrani,Advencer Si Peniup Ney..Lama sudah saya berangan-angan utk membaca novel tu...Tapi baru semalam tercapai..rezeki la tu..huhu...




Apa yg boleh saya konklusikan dari hasil pembacaan saya,Faisal Tehrani cuba menerapkan unsur-unsur muzik yg dibenarkan dalam ISLAM dan juga menyedarkan para muda-mudi tentang hakikat sebenar kehidupan yg patut ditempuh.Beliau turut menekankan perihal HEDONISME,yang bermaksud hiburan terlampau,yang kini diamalkan oleh remaja di sana-sini.Rasa saya,jika yang membaca novel ini merupakan seorang yg "cepat tangkap" ataupun senang memahami kiasan,pasti pembaca tahu apa yg ingin beliau sampaikan.

Isinya menarik,sesuai dibaca oleh semua peringkat umur...:)


Mahu menaip lagi,masa dan internet connection tak mengizinkan..asyik putus2 je..:(..Laptop ni pulak,mula wat hal.....hmm..format lagi kot nampaknya...duit,duit..



diari pengarang : Sekali lagi curi-curi masa,walaupun ALLAH dah bg cukup 24jam seorang!..huhh~

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

hedonism yg terdekat tuh cth cm AF mentor jela kn??
bnda2 ni cm xde faedah bg sy..
cm merugikn je...
then bg contoh2 yg x baik pd gol remaja yg mmg senang sgt terikut ngn cara2 artis nih

Bintu Sazali said...

Yups!..tepat sekali!..:)

Memang pada pendapat sy,Faisal Tehrani cube mengetengahkan apa yg buruk ttg AF..memang terang lagi bersuluh!..ya,AF mmg sgt merugikan..buang masa,duit dll..itulah dakyah penjajah...senyap2 sebarkan dakyah dorang,rapi je perancangan dorang since dulu sampai skrg..iaitu utk menyesatkan bangsa kat negara kita...isyh2...Nauzubillahiminzalik....

Mudah2an kita sentiasa dlm lindungan ALLAH..

Balqish said...

kita x suka AF tapi suka akademi al-quran.
mana Abdullah Fahmi hilang ye?
kat mesir lagi ke smabung belajar?

Bintu Sazali said...

alamak...tang tu tak leh nak tulun jawab la aqish..hehe...
kena siasat nih...;p

LinkWithin

Lazada Malaysia