Friday, April 23, 2010

Apa Nak Jadi Ni???

Terperanjat.Terkejut.Terkesima.Terkedu.

[Reaksi spontan dari para pembaca akhbar pagi td-22 April 2010-.]

Seorang pelajar Tingkatan Dua dirogol oleh rakan-rakan sekelas sendiri!!....Telah mengandung,namun tidak diketahui siapa bapanya kerana...teralu ramai!!........Astaghfirullah...

Tak sanggup sy membayangkan bagaimana terseksanya pelajar perempuan tersebut.Menanggung malu kerana maruahnya tercalar,diragut dek pemangsa bernama LELAKI.Menanggung trauma yg sgt teruk akibat perkara itu.Namun dia hanya mampu berdiam diri,menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan siapa2,kerana dia seringkali DIUGUT!!..Sangat sedih....Bukan utk mengulas secara terperinci di sini...Pembaca semua pasti maklum akan berita ini.Sepetang tadi sy berjalan-jalan lagi di alam maya..dan terjumpa pelbagai reaksi dari para pembaca akhbar.Pada saya,sudah bukan masanya lagi utk masing-masing menuding jari ke arah siapa-siapa.Masing-masing perlu koreksi diri!

Antara reaksi yg saya dapati :
  1. Macam mana kejadian tu boleh berlaku dalam kelas??Ini mesti salah cikgu yg tak pantau...[tengok?cikgu juga..hmm..tak semestinya kan..?..]
  2. Kesian budak perempuan tu.Dahla tak ada yang menjaga.Tinggal di rumah kebajikan pun,tak semestinya kebajikan sentiasa terjaga.Kesian sangat....
  3. Macam mana pelajar LELAKI TINGKATAN DUA boleh lakukan perkara ni???Mengapa sekejam itu??...Bila ditanya pada pelajar lelaki itu,apa jawabnya??.."Hanya utk suka-suka"..[Sakitnya hati!!..:((..]
  4. Apa nak jadi budak-budak sekarang ni?........

Ya ALLAH...kejamnya umat manusia sekarang...Ramai manusia yang dah bertukar menjadi BINATANG.....manusia,manusia.....masa orang sibuk-sibuk dgn kes buang bayi,makin ramai yang buang bayi..sampaikan bayi kucing pun manusia buang dengan cara yg sama!!...[kisah benar ni..huhu]...ke mana pergi PERASAAN SIMPATI seorang manusia?..

Berdasarkan pemerhatian saya,KANAK_KANAK sekarang ni bukan macam kanak2 zaman dulu2...Kanak-kanak sekarang,kebanyakannya arif,tahu akan hal2 org dewasa yg tak sepatutnya mereka bicarakan,sbg contoh : soal seks.

Pernah saya terbaca dalam sebuah majalah tempatan suatu masa dahulu,kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun sudah pandai beronani...dengan seekor kambing!!....logikkah??...Umur yg sebegitu muda...Mungkin terlalu byk pendedahan ttg seks,spt dijinak-jinakkkan dgn filem2 lucah,tayangan video2 porno dan paparan gambar porno semenjak kecil,menyebabkan kanak2 tersebut menganggap perkara itu sbg sesuatu yg biasa.

Saya sgt bersetuju dgn apa yg telah disuarakan oleh Tun Dr Mahathir tentang pendidikan seks yg katanya mahu diwujudkan sbg satu subjek khas di sekolah2.Sebenarnya subjek yg khusus tentang seks tak perlu diwujudkan sebagai satu subjek baru,kerana pendidikan seks secara asalnya telahpun terkandung dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral!!..Ia juga terkandung dlm beberapa matapelajaran lain spt BIOLOGI..jadi,utk apa diwujudkan satu subjek khas ttgnya??....Pada pendapat sy,jika diwujudkan juga subjek khusus yg hanya tertumpu pada perkara berkaitan SEKS,para pelajar hanya akan lebih suka berangan-angan dan membayangkan perkara2 yg menjurus ke arah itu,dan asyik tertanya-tanya bgmana berlaku sesuatu proses,contohnya proses pensenyawaan..Maka dari situ,mereka bertindak melakukan satu EKSPERIMEN...THE REAL EXPERIMENT!!!...bahaya bukan?..Mungkin ada KEBAIKAN jika dilaksanakan cdgn itu...namun nyata sekali,banyak kontra daripada pro nya..

Saya tidak tahu apa yg akan terjadi lagi selepas ini..Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yg baru..Macam-macam cadangan dah diusulkan..Banyak tindakan dah dijalankan...Tapi??Masih belum cukup memberi kesan....[Mungkin umat manusia ni nak tunggu azab seksa yg nyata dari ALLAH,baru mereka mahu berhenti???...]...Sesungguhnya sy juga dhaif..lemah dalam hal2 sebegini...Hanya mampu meluahkan perasaan di sini..dan terus menjadi pemerhati...Sesungguhnya SELEMAH-LEMAH IMAN ADALAH DENGAN MENCEGAH KEMUNGKARAN MENGGUNAKAN HATI......:'(


diari pengarang : Amarah + Kesal...:(

12 comments:

penaberkala said...

nice entri
tu la,mcm2 berlaku skang ni
ades, ponim2 nk pikirkan
apepun, back to the basic is the best solution!

zaman skang makin mencabar
peranan kita pun makin bertambah
semoga perkara mungkar ini dijauhkan dari salasilah keluarga kita, amin

Bintu Sazali said...

Thanks!

aminn..mudah-mudahan!..
sedih juga...sbb sy ialah seorang bakal guru..:'(

walupun bakal jadi guru sk rendah,tp..setiap sesuatu tu bermula dari sekecil-kecil perkara..org kata,melentur buluh biar dari rebungnya..tapi..Ya ALLAH..risau sgt..takut silap mendidik...:'((

akmal hacks said...

menarik la entri ni..

dua kali sy baca..hehe..

ish3..kecik2 dah jadi mcm tu,,

hampa+ marah..

Bintu Sazali said...

akmal hacks : tq..

tu la..tahla..sedih sangat..:(

harapnya budak2 tu dapat pengajaran supaya dorang sedar bhw tindakan dorang wat benda2 tu adalah suatu perkara yg tak sepatutnya dilakukan..

sal ya said...

zaman sekarang ni mcm2 benda kita blh jmp...tak menghairankan lg.

Munsyi said...

Salam.
nice Post.

Banyak perkara perlu dikaji dan antaranya adalah pengaruh media yg berleluasa sekarang.Kalau media massa digunakan sebaik2nya, insyaAllah banyak perkara mcm ni kita boleh elakkn.

teruskan menulis.=)

Balqish said...

perkara ni mmg mengejutkan laa, sis.
kecil2 lagi dah nak buat kerja merosakkan!
geramnya! tp x berani nak tegur. bdk skunk bkn nak dgr nasihat.
selalu membantah. :(

sugar2 kapas strawberry said...

smlm pon ad sorg blogger buat n3 cmnih..
mst terpengaruh ngn media massa nie..bdk2 skang bkn cm kita dlu..ketuk keyboard pon xtaw..internet pon haram kejadah kita xtaw..pkai hnset pon kita bile da naik form...dorg???kecik2 da pndai tekan youtube la...mcm2.

Norul Malakiah Sidek said...

mak ai form 2 da pandai bai..bak mai sini sembah kaki kak mala..aku nak terajang, wat masuk dlm washing machine smpi lumat aku mesen..nasib bek xmuat dlm blender

terry bogart said...

frankly speaking...masa saya sekolah kat pontian, penah dengar certa budak sekolah sebelah buat bnda2 macm ni..

++kat my sekolah pun ada, tapi just xpernh terserempak je..

semoga mampu menjadi pendidik yg akan mngubah sistem pendidikn di Malaysia

Bintu Sazali said...

anisalya,Munsyi SaMa,Sugar2 kapas strawberry :

betul..mmg tak menghairankan lagi..pengaruh media massa mmg sgt kuat,smpaikan sng je kanak2 skrg ni nk terpengaruh...bukan mudah nak perbetulkan semua tu...:(

Bintu Sazali said...

Balqis Shafiqa :

betul..mmg sukar dijangka!..huhh..tak tahu lah nk tegur camne...adehh...


miss havoc :

selalunye kita just dpt melempiaskan marah dgn tulisan..tp..sukar sekali menegah dgn perbuatan..:(..hmmm..


terry bogart :

mmg tak menghairankan..kat mana2 skolah pun akan ada citer2 camni...cume berbeza tahap teruk atau tidak tu jek..huuu..tak tahu la lau salah..hmm...yg nyata,perkara2 camni bukanlah sesuatu yg asing lg lam idup msyrkat skrg..adehh..dunia2...:'(

**aminn..mudah-mudahan...~

LinkWithin

Lazada Malaysia