Saturday, February 18, 2012

21 Years Old

Bahagian 1

Alhamdulilah, masih lagi diizinkan oleh Allah utk terus menghirup udaranya, masih dibenarkan oleh Allah utk meminjam anggota badan ini..kalau nak diikutkan, entah dah berapa byk kerosakan yg aku buat selama meminjam sesuatu yg bukan milik sendiri ni. Tp mujurlah yang memberi pinjam itu Maha Pemurah. Biar byk silap yg kita dah buat, masih juga Allah beri peluang. Maha Agungnya Allah..

"Jangan jadikan masa silam sebagai penghalang untuk kita gembira. Bersangka baiklah pada Allah yang Maha Pengampun lagi Penyayang. Jadikan kesilapan lalu sebagai motivasi utk kita menjadi mukmin yang lebih baik. InsyaAllah. :) "

Ye, kalau difikirkan semula, direnungkan semula, mana ada insan yg tak pernah buat silap. Macam yg kawan sy pernah katakan, kalau lah Umar asyik mengenangkan yg dia sgt berdosa, maka kita tak akan lihat syiar islam berkembang luas. Ada betulnya tu. Kan?

Bila umur makin meningkat ni, macam2 benda yg kita kena buat, kena fikir, kena rancang, dll. Sbg seorang yg mukallaf, yg dah dipertanggungjwbkan atas setiap apa yg kita lakukan, kita kena selalu hati2 dalam melaksana sesuatu tindakan.

Juga, semakin umur bertambah, macam2 keinginan juga bertambah. Isn't it? Huhu. Being a gadis adalah amat sukar, kalau tak hidup atas landasan syariat. Juga sukar kalau hidup tanpa sebarang panduan. Memang susah. Silap percaturan, kita bakal tercampak ke mana2 lembah yg tak kita ingini..

Selalu terfikir, mcm mana sebenarnya seorang yg berumur 21 tahun perlu jadi? Entah. Entah bila la nak jadi matang dalam penilaian dan tindakan. Huu. Kalau Sultan Muhammad al-Fateh pada umur 21 dah berjaya takluk kota Konstantinople. Aku pulak? Apa sumbangan aku kpd Islam sebenarnya?

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalm keberkatan dan rahmatmu. Moga dgn itu kami dpt melaksanakan suruhanmu dan meninggalkan laranganmu. Serta melakukan amal yg dpt menjamin syurga buat kami di akhirat kelak. Jika ditakdirkan mati, matikanlah kami dgn pengakhiran yg baik. Sesungguhnya kau yg lebih mengetahui atas setiap apa yg berlaku.."


Bahagian 2

Ya, memang dah lama post ni tersimpan dalam draft. Masih tak publish2. Busy sangat lah agaknya? Hehh. :)

Alhamdulillah, terharu bila merasakan yg sesungguhnya diri ini masih ada yg sayang. Eh, siapa kata sebelum ni takde sapa yg sayang? Of course lah ada. Kan? Ummi, arwah ayah, adik2, family, kawan2. Semua sayang saya. Tapi saya tak nampak semua tu. Sebab sy buta. Buta hati, mungkin? ......

Paling nyata, ada yg lebih penyayang daripada mereka2 itu, yg sangat menyayangi saya. Kalau Dia tak sayang saya, saya tak akan ada di sini skrg. Kalau Dia tak sayang saya, tentu sy dah 'jauh' sekarang.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yg Allah masih sudi beri kpd saya. Harapnya nikmat ini kekal bersama saya sehingga saat terakhir sy bernafas dengan nafas pinjaman Allah Taala ni. Nauzubillah, moga terhindar dari pengakhiran yg buruk (su'ul khotimah)..:(


Bahagian 3


Ya, sangat lama saya ambil masa utk kumpulkan gambar2 ni. Seriously teruja, sebab banyak hadiah. Heheh. Saya tau, semakin meningkat dewasa ni, masing2 pasang azam nak banyak memberi. Alhamdulillah. Sama2 kongsi rezeki, kan? Awak bagi saya, nanti saya bagi awak pula. Seronok. Lagi seronok bila berkawan atas dasar iman. Syukur kerana Allah kurniakan mereka semua kepada saya. :)


From Cik Ena


From Cik Na'imah & Cik Izzati


From Cik Khadijah


From Cik Ain + Cik Amiey + Cik Syafiqah. 
Err, ada nama yg tertinggal ke? Huhu.


From Cik Hanisah


From Cik Mastura. Hehe ;p


Ini pun dari Cik Mastura. 


From Ummi tersayang.
 -periuk nasi ni boleh pakai sampai kahwin kata umi. Haha. Kelakar je. Tak masal dapat periuk nasik. ;p


Macam kelakar pulak. Childish. Benda2 camni pun nak kecoh. Isyh, ini bukan nak kecoh la awak. Ni nak kongsi namanya. Sebagai tanda penghargaan buat mereka2 ini. Tak salah kan? :)



Ok dah. Takde bahagian 4. Rasanya dah tak larat nak baca, ye idak? Bukan senang nak post cerita2 baru lepas ni. Life's getting busy from day to day. Ye lah, takkan la kau nak duk senang lenang goyang kaki je setiap masa kan? Kalau dah namanya student tuuu...Haihh..Macam2 komitmen.

Dah mengantuk. Padahal belum study langsung utk program esok. Aiyaa. Cuakk. Semoga semuanya berjalan lancar. Paling penting, semoga program kami ini diredhai dan diberkati oleh Allah. Amin!

Adios~


R I N D U

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

Baru je nak sarung kain telekung, tiba-tiba ada panggilan masuk. Ummi.

"Tengah buat apa?"
"Baru je nak solat ni mi, kenapa telefon mi?"
"Saja, nak tahu awak balik pukul berapa semalam.."
"..bla3...."

"Ok lah, gi lah solat dulu. Umi saja je ni, nak habiskan pitih kat dalam handphone ni.."



Seriously, entah kenapa. Sebak. Tiba2 datang rindu...:(








Diari pengarang : Ummi dan yg lain, doakan kesejahteraan sy dan kwn2 di sini..

Tuesday, February 7, 2012

Cinta Tak Perlu Dipaksa

Assalamualaikum.

Wahh. Ni apesal cintan cintun bagai nih? Sengaja.. Saja nak share satu lagu lama. Orang kata apa? Evergreen? Hah, lebih kurang gitu la.

Emm..rumet saya pernah cakap dulu-dulu dalam fb, sebelum dia jadi rumet saya, katanya setiap lagu yg dia post kat wall tu ada cerita yg tersendiri. Agak-agak lagu ni ada kaitan tak dengan diri yang menaip ni? Lalala #


Cinta Tak Perlu Dipaksa
by : Budak Kacamata

Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa


Sebenarnya terdengar lagu ni dalam bas waktu nak balik ke negeri orang ni. Baru first time dengar. Bukan minat sangat. Tapi...macam yg saya mention kat atas tu, ada ceritanya yg tersendiri. Emm. Biar je lah...

Ok, sambung buat kerja. Bertimbun-timbun tak pernah beres, entah bilaa nak habis. -,-  Adios~









Diari pengarang : 13 Tahun Mencari Cinta? Hehh...Terima kasih Fatin..:)

Friday, February 3, 2012

Lagi-lagi, Kahwin!

Fuhh.

Sepanjang duduk bersebelahan dengan golongan 'akak-akak', puas menahan telinga dan mulut. Mana taknya. Depa sibuk bercerita tentang masa depan. Ye, perkara masa depan yg sangat suka diborakkan oleh gadis-gadis, -perkahwinan- Huhu

Aku sebagai seorang yg pasif, just duduk diam, kaku dan bisu. Bukan sebab tak mahu bercampur. Tapi sebab sakit kepala, mengantuk dan sebagainya. Macamlah petang tu ada buat kerja berat. Mengada je. Haiyaa..-,-'

"Aku kenal dia kat fb. Entah, camna boleh kenal. Time nak apply program ni la aku kenal dia, sama-sama apply."

"Takpelah. Aku tak nak lah bercinta dulu. Nak cinta lepas kahwin!"

"Ala, kita duk sini setahun setengah je kan.. Tak lama. Lepas ni kahwin la,"

Ok, aku tak faham dengan betul sebenarnya. Tapi intipatinya aku faham. Ye, umur seperti mereka, memang dah layak sangat dah cakap-cakap tentang perkara-perkara camni. Eh, rasanya baya-baya aku ni pun sama je. Kan kan? Aku tak terkecuali. -,-

Bak kata ustazah pagi tadi, memang, bila sebut tang kahwin, memang semua suka. Sebab apa? NAFSU KITA SUKA. Well. Itu kebenaran, dan tak ada apa yg perlu diselindung lagi. Isn't it? Aku sendiri pun, ada kisah yg tersendiri. Kau ada? Mesti ada, kan? Tapi biarlah. Biar kita dan Pencipta shj yg lebih tahu. *padahal kalau ada anything happen, terus je nak update lah hape lah. Cakap tak serupa bikin punya org -,-

Emm, dah. Tak ada idea nak membebel. Sakit kepala memaksa otak mengurangkan aktiviti berfikir secara kritis. Cehh. Alasan je tu. Seni berblogging kian lama kian pudar sebenarnya. Makin lama makin tak tahu camna sebenarnya nak menaip supaya org boleh faham dan terima. Tapi takpelah. Who cares, right? Bukan ada org baca ponn...Lalala~

Dah sedaya-upaya menyingkatkan perenggan, tapi masih juga berperenggan-perenggan. Haisyh..-,-
Sekian dahulu, adios~



-promote!-
Hey, don't judge a book by its cover, okeyh?








Diari pengarang : Rasanya bila ye?


Thursday, February 2, 2012

Sia-sia ?

Assalamualaikum.

Waktu menjenguk-jenguk 'home' dalam fb tadi, terlihat satu update dari Akh Hilal Asyraff (HA). Saya tahu, HA selalu sangat update status2 yang kadang-kadang pembaca tak mampu menilai kalau sekadar gunakan mata ori. Kena bijak guna mata hati untuk mencari makna sebenar. Ayat ala-ala sasterawan gitu..Nama pun penulis :)

Oh ya. Sambung balik. Update yang saya nak share ni, hmm..Agak-agak ramai ke yang bisa mengerti ye? Wallahua'lam..Let's check it out :


Ada faham? Mai sini cek nak terangkan. Tapi, nak warning awal-awal ni. Mungkin apa yang kita faham tak akan exactly sama dengan apa yg HA cuba sampaikan. Tapi harapnya maksud itu sampai. Huhu

Apa yang saya sendiri faham dan terkesan, HA bina website sendiri bukan sebab utk kepuasan diri sendiri, tapi juga untuk kepuasan bersama. Apa yang penting, semua dapat makanan rohani, semua sama-sama menuju ke "langit Illahi" untuk mencari redha-Nya.

Nampak ayat yg akhir tu? Itu yang PALING menggugat rasa. Fuhh..Agaknya aku dalam golongan tu ke? Entahla. Memang, saya anggap blog ni seumpama sebuah diari. Boleh bercerita segala apa yang saya suka. Boleh kongsi apa yang saya rasa. Tapi harapnya saya bukanlah seperti yang HA katakan "bersama wajah ayu menggugah rasa". Harapnya bukan, tidak, dan tak akan!

Bukannya apa. Sekarang ni ramai blogger, terutama PEREMPUAN, sama ada dikenali atau tidak dikenali, tak tahu tujuan sebenar depa berblog. Mungkin sekadar nak ikut trend. Mungkin juga setakat nak upload gambar-gambar depa yang sangatlah ayu - mungkin ilusi optik semata- , dan banyak lagi mungkin-mungkin yg lain. *girls, belajar2 lah utk jadi mawar berduri yang mahal harganya.

"Ehh, tapi suka hati aku la nak buat apa. Blog aku!"  Ayat siapa tu? Rasanya semua pun ada berfikiran begini. Kan kan kan?? :) 

Sebenaqnya tak salah kita nak wujudkan blog. Yelah, untuk diri kita sahaja. Tapi yang penting, wujudkan la sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh org lain. Mungkin adakan post yang membuat orang berfikir. Mana tahu, ada kebaikannya utk kita dan org lain jugak? Ok fine. Sekali lagi, ni peringatan utk diri sendiri. -,-

Saya tak mampu jadi macam Hilal. Saya akui blog ni adalah sebahagian daripada banyak perkara yang memuaskan hati saya. Kalau rasa nak meluah, semua saya luah kat sini. Malu jugak, orang duk tengok, baca dan nilai diri kita. Tapi entah. Kenapa ek aku camni? Isyh3.

Hajatnya awal-awal tadi tak nak membebel. Tapi sedar-sedar dah banyak rupanya aksara yang dah tertaip. Hee. -,-'

Hah, sebelum apa-apa terjadi, saya just nak INGATKAN kepada siapa2 yang membaca post ni. Ini bukan post utk mengutuk atau mengata atau menafikan atau menghalang - atau dll lagi - kepada para blogger yg lain utk terus berblog. Cuma kadang2 kita kena muhasabah, semak semula tindakan kita. Tak salah kan?

Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari teknologi yg dah tersedia ada utk kita ni. Huu..Sekian utk waktu ini, adios~






Diari pengarang : Encik laptop semakin meragam. Agak2 nak kena minta sponsor dari siapa? Huhh. -,-'

Wednesday, February 1, 2012

Buka Semula

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih dikurniakan nyawa sehingga ke waktu ini. Rasanya ini kali yg entah ke berapa kali saya tutup blog-bukak balik blog. Entah dah berapa banyak kali saya kata give up, malas, dll. Tapi? Rasa mahu berkongsi tu masih akan tetap ada. Huhu

Jadi, kepada kawan-kawan yg bertanya, maaf sangt sebab tiba2 private tanpa pemberitahuan. Haha. Koya yang amat. Macamlah ada org yang peduli. -,-

Dalam waktu private tu jugak, saya ada buat sikit renovation. Paling puas hati, tulisan utk blog post ni. It's awesome, and I like it! :) Terima kasih yang teramat sangat kepada Alieff Artwork yang sudi membalas mesej saya di fb waktu saya bertanya tentang tulisan ni. Nasib baik beliau sudi kongsi. Kalo idak, entah bilanya nak jumpa dgn tulisan idaman ni. :)

Terima kasih juga kepada kawan2 semua sebab masih sudi menyokong, sudi jadi silent readers, stalkers, pemberi komen, haters dll. Saya hargai sgt2. Sekurang2nya saya tahu yg saya tak sendiri. :)

Emm emm emm....apa lagi ye nak dibebelkan?  Dahla. Belum lagi ada mood yang selesa utk menaip, padahal dah banyak benda yg nak dikongsi ni. Huhu  Takpelah, kalau Allah beri kelapangan, insyaAllah kerja taip-menaip ni akan saya teruskan.

Lagi satu masalah baru yg baruuu je timbul, tentang encik laptop ni. Takkan lah saya kena korbankan RM200 ++ setiap tahun untuk baiki awak punya entah apa yang rosak ni, huh encik lappy? Awak tak kesian kat saya ke? -.-

Nasiblah. Nak cari pengganti, kena berkira-kira dan berfikir panjang dahulu. Aduii....Sabar je lah..Okeh, dah dah. Out dulu. Selamat memanfaatkan hari-hari anda dengan sebaiknya..:)

Sekian dahulu, adios~








Diari pengarang : Buntu yang perlu dibantu.

LinkWithin

Lazada Malaysia