Saturday, February 18, 2012

21 Years Old

Bahagian 1

Alhamdulilah, masih lagi diizinkan oleh Allah utk terus menghirup udaranya, masih dibenarkan oleh Allah utk meminjam anggota badan ini..kalau nak diikutkan, entah dah berapa byk kerosakan yg aku buat selama meminjam sesuatu yg bukan milik sendiri ni. Tp mujurlah yang memberi pinjam itu Maha Pemurah. Biar byk silap yg kita dah buat, masih juga Allah beri peluang. Maha Agungnya Allah..

"Jangan jadikan masa silam sebagai penghalang untuk kita gembira. Bersangka baiklah pada Allah yang Maha Pengampun lagi Penyayang. Jadikan kesilapan lalu sebagai motivasi utk kita menjadi mukmin yang lebih baik. InsyaAllah. :) "

Ye, kalau difikirkan semula, direnungkan semula, mana ada insan yg tak pernah buat silap. Macam yg kawan sy pernah katakan, kalau lah Umar asyik mengenangkan yg dia sgt berdosa, maka kita tak akan lihat syiar islam berkembang luas. Ada betulnya tu. Kan?

Bila umur makin meningkat ni, macam2 benda yg kita kena buat, kena fikir, kena rancang, dll. Sbg seorang yg mukallaf, yg dah dipertanggungjwbkan atas setiap apa yg kita lakukan, kita kena selalu hati2 dalam melaksana sesuatu tindakan.

Juga, semakin umur bertambah, macam2 keinginan juga bertambah. Isn't it? Huhu. Being a gadis adalah amat sukar, kalau tak hidup atas landasan syariat. Juga sukar kalau hidup tanpa sebarang panduan. Memang susah. Silap percaturan, kita bakal tercampak ke mana2 lembah yg tak kita ingini..

Selalu terfikir, mcm mana sebenarnya seorang yg berumur 21 tahun perlu jadi? Entah. Entah bila la nak jadi matang dalam penilaian dan tindakan. Huu. Kalau Sultan Muhammad al-Fateh pada umur 21 dah berjaya takluk kota Konstantinople. Aku pulak? Apa sumbangan aku kpd Islam sebenarnya?

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalm keberkatan dan rahmatmu. Moga dgn itu kami dpt melaksanakan suruhanmu dan meninggalkan laranganmu. Serta melakukan amal yg dpt menjamin syurga buat kami di akhirat kelak. Jika ditakdirkan mati, matikanlah kami dgn pengakhiran yg baik. Sesungguhnya kau yg lebih mengetahui atas setiap apa yg berlaku.."


Bahagian 2

Ya, memang dah lama post ni tersimpan dalam draft. Masih tak publish2. Busy sangat lah agaknya? Hehh. :)

Alhamdulillah, terharu bila merasakan yg sesungguhnya diri ini masih ada yg sayang. Eh, siapa kata sebelum ni takde sapa yg sayang? Of course lah ada. Kan? Ummi, arwah ayah, adik2, family, kawan2. Semua sayang saya. Tapi saya tak nampak semua tu. Sebab sy buta. Buta hati, mungkin? ......

Paling nyata, ada yg lebih penyayang daripada mereka2 itu, yg sangat menyayangi saya. Kalau Dia tak sayang saya, saya tak akan ada di sini skrg. Kalau Dia tak sayang saya, tentu sy dah 'jauh' sekarang.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yg Allah masih sudi beri kpd saya. Harapnya nikmat ini kekal bersama saya sehingga saat terakhir sy bernafas dengan nafas pinjaman Allah Taala ni. Nauzubillah, moga terhindar dari pengakhiran yg buruk (su'ul khotimah)..:(


Bahagian 3


Ya, sangat lama saya ambil masa utk kumpulkan gambar2 ni. Seriously teruja, sebab banyak hadiah. Heheh. Saya tau, semakin meningkat dewasa ni, masing2 pasang azam nak banyak memberi. Alhamdulillah. Sama2 kongsi rezeki, kan? Awak bagi saya, nanti saya bagi awak pula. Seronok. Lagi seronok bila berkawan atas dasar iman. Syukur kerana Allah kurniakan mereka semua kepada saya. :)


From Cik Ena


From Cik Na'imah & Cik Izzati


From Cik Khadijah


From Cik Ain + Cik Amiey + Cik Syafiqah. 
Err, ada nama yg tertinggal ke? Huhu.


From Cik Hanisah


From Cik Mastura. Hehe ;p


Ini pun dari Cik Mastura. 


From Ummi tersayang.
 -periuk nasi ni boleh pakai sampai kahwin kata umi. Haha. Kelakar je. Tak masal dapat periuk nasik. ;p


Macam kelakar pulak. Childish. Benda2 camni pun nak kecoh. Isyh, ini bukan nak kecoh la awak. Ni nak kongsi namanya. Sebagai tanda penghargaan buat mereka2 ini. Tak salah kan? :)



Ok dah. Takde bahagian 4. Rasanya dah tak larat nak baca, ye idak? Bukan senang nak post cerita2 baru lepas ni. Life's getting busy from day to day. Ye lah, takkan la kau nak duk senang lenang goyang kaki je setiap masa kan? Kalau dah namanya student tuuu...Haihh..Macam2 komitmen.

Dah mengantuk. Padahal belum study langsung utk program esok. Aiyaa. Cuakk. Semoga semuanya berjalan lancar. Paling penting, semoga program kami ini diredhai dan diberkati oleh Allah. Amin!

Adios~


6 comments:

ainzoo said...

Happy belated birthday, dear.:)
Semoga panjang umur, murah rezeki, tetap iman & sihat tubuh badan untuk beribadah. Amin

Cuma teringat catatan seorang rakan:

"Jangan bersedih kalau sahabat handai & orang2 sekeliling lupa tentang sambutan hari lahir kita.
Tapi, pada tarikh itu, janganlah kita lupa untuk mengucapkan TAHNIAH untuk ibu/mak/mama/ummi... Tarikh keramat itu sebenarnya menyambut kejayaan Ibu yang bertarung dengan maut untuk melahirkan kita... "

~ Senyum sambil kenyit mata ~
-Kakak sepupu awak Y(^_^)Y

Bintun Sazali said...

Alhamdulillah, syukran kak..:)

Sebenarnya tak kisah pun kalau org lupa tarikh tu. Bukan keramat dan bukan boleh nak dibangga-bangga pun. Huhu. Sebab makin tua makin banyak tanggungjawab. Makin banyak dosa. Makin banyak hal nak kena fikir. Huhu...:')

Owh, kirenye pangkat kakak sepupu sy la kak ain ni? kompius, sbb sedara jauh kan. huhu ;p

jelah said...

hepy belated birthday..
byknyer hadiah...tpi yg paling berharga adlah rice cooker...mgkin mak suh kawin cpt2 kot..hehehe

Bintun Sazali said...

jelah :

haha ;p tau takpe..hint kot tu? :)

Serikandi Mujahidah... said...

semoga dipanjangkn umo utk mjadi pjuang agama..InsyaAllah :D

Bintun Sazali said...

Serikandi Mujahidah :

InsyaAllah Aminnn...:')

LinkWithin